7 Tips yang Perlu Dilakukan untuk Berjaya Turunkan Berat Badan - MARINA BASHAH

7 Tips yang Perlu Dilakukan untuk Berjaya Turunkan Berat Badan

7 Tips yang Perlu Dilakukan untuk Berjaya Turunkan Berat Badan | Ramai yang menyimpan hasrat untuk turunkan berat badan. Tetapi berapa ramai yang berjaya melaksanakannya? Ada di antara kalian yang belum melaksanakan misi kuruskan badan dan ada juga yang buat separuh jalan. Kenapa masalah ini timbul pada kalian? Macam mana nak berjaya turunkan berat badan dengan berkesan? Macam mana nak terus istiqomah untuk berdiet?

Di sini, Marina kongsikan beberapa tips untuk kalian melaksanakan misi kurus kalian. Sebelum kalian memulakan misi menurunkan berat badan, kalian perlu melakukan perkara-perkara ini terlebih dahulu supaya kalian sentiasa istiqomah dalam mencapai matlamat kalian.

7 Tips Sebelum Turunkan Berat Badan

#1 Bersedia ubah cara hidup
#2 Tetapkan matlamat
#3 Big Why
#4 Jangan Bertangguh
#5 Tukar mindset
#6 Lakukan secara berkumpulan
#7 Sediakan kelengkapan

Photo via Pinterest

#1 Bersedia ubah cara hidup

Kalian perlu bersedia untuk ubah cara hidup. Kalian perlu persiapkan diri dari segi fizikal dan mental. Fizikal dan mental kalian perlulah kuat untuk menerima perubahan cara hidup yang baru.

#2 Tetapkan matlamat

Setiap apa yang kita hendak capai, kita perlulah tetapkan matlamat kita. Sejauh mana kita nak capai matlamat itu. Sebagai contoh, kalian mahu turunkan berat badan 1kg seminggu. Target yang kecil-kecil dulu,  dah berjaya capai yang kecil,  baru kalian setkan target yang besar.

#3 Big Why 

Apa yang dimaksudkan dengan Big Why? Big Why ini adalah sesuatu yang mendorong kita untuk melakukan sesuatu itu dengan bersungguh-sungguh. Sesuatu perkara yang buat kita menangis apabila kita teringatkan Big Why kita. Kita seperti dah tidak ada pilihan jika kita tak turunkan berat. Kalau tak menangis, tak cukup kuatlah Big Why kita. Jangan sengaja buat-buat nangis pulak. Hehehe. Big Why tu seperti contoh ibu bapa kita, adik beradik atau anak-anak. Seperti contoh, 'Doktor suruh aku turunkan berat badan, kalau aku tak buat, aku akan jatuh sakit. Aku tak boleh bekerja, macam mana anak-anak aku?' Di sini, anak-anak lah Big Why kalian. Big Why lah yang menjadikan kalian kuat untuk mencapai matlamat. Faham ke faham?

#4 Jangan Bertangguh

Apabila dah nekad nak turunkan berat badan, kalian janganlah bertangguh. Buat terus. Sikap bertangguhlah usaha kalian untuk kurus hanyalah sia-sia. Mempunyai azam dah bagus, mendapatkan ilmu tersangatlah bagus, tetapi kalian masih berada di takuk lama, tidak bergerak dan tidak mengambil tindakan untuk ke arah menurunkan berat badan. Ilmu berdiet yang kalian ada tu nak digunakan bila?

#5 Tukar mindset

Salah satu sebab yang membuatkan kalian tidak berjaya menurunkan berat badan atau melakukan separuh jalan sahaja adalah disebabkan mindset kalian. Cuba kalian tanya pada rakan-rakan,  berapa ramai yang nak turunkan berat? Marina pasti majoriti semua nak turunkan berat. Cuba kalian tanya pulak pada rakan-rakan kalian,  sebab apa mereka nak turunkan berat? Sebab nak kurus? Marina pasti semua nak kurus, cantik dan kelihatan segak. Mulai sekarang, cuba kalian tukar mindset. Daripada nak kurus, kalian tukar kepada hendak menjalani kehidupan SIHAT, taknak jatuh sakit. Lama kelamaan kalian akan terbiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat serta pemakanan yang sihat.

#6 Lakukan secara berkumpulan

Mungkin di antara kalian lagi bersemangat untuk menurunkan berat badan jika berada dalam circle rakan-rakan yang nak turunkan berat badan. Kita akan rasa seronok apabila rakan-rakan lain kongsi cerita perjalanan mereka dan pelbagai tips untuk kurus. Kalian pula jangan hanya seronok baca, kita sama-sama buat sekali. Banyak group di telegram atau facebook yang boleh kalian join untuk menaikkan semangat kalian untuk kurus. Ada juga yang suka bergerak sendiri. Terpulang pada keselesaan masing-masing. Yang penting semangat kalian untuk kurus berkobar-kobar dalam diri kalian. 

#7 Sediakan Kelengkapan

Ini adalah option. Terpulang kepada kalian untuk sediakan kelengkapan ini atau pon tidak. Kelengkapan seperti alat penimbang,  pita ukur, smart watch untuk track progress sepanjang misi menurunkan berat badan.

Photo via Pinterest

Amacam? Kalian dah bersedia ke untuk berubah dari fasa sekarang ke fasa yang baru? Marina ucapkan selamat berjaya kepada kalian semua. Tanpa tindakan kalian takkan ke mana. Marina akui memang sangat susah nak ubah cara hidup yang sekarang kepada yang baru, tapi peecayalah, bila kalian berjaya mencapai apa yang kalian idamkan, kita akan berasa puas dan bangga dengan diri sendiri. Akhir kata, semuanya terletak pada kalian, hanya kalian sendiri yang boleh menggerakkan misi kurus sendiri. Tahniah kepada yang berjaya memulakan tindakan. 

24 comments:

  1. Kena fokus gak.. mmg nak kurus ni perlukan fokus yg tinggi.

    ReplyDelete
  2. Bab turun berat badan ni, susah nak elak makan. Terus semua tips terkubur. Hurmmm

    ReplyDelete
  3. Nak kurus & sihat kenalah rajin kn..dlm tujuh ni ada la apply juga 3 4 tips di atas hehe

    ReplyDelete
  4. mental dan fizikal kena kuat. jangan terpengaruh dengan makanan yang org sekeliling makan.

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing this, am gonna check out & start some of the tips for my slimming plan :D
    cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. Bagus Tips ni. Cuma tinggal nak buat atau tidak jer

    ReplyDelete
  7. Nak buat nk buat nak buat. Haha..adehh

    ReplyDelete
  8. Aishhh..macam tau ja tengah ke arah ittew..hehehe

    ReplyDelete
  9. masih berfikir2..hahaaa..seronok makan je..kalau turun pun sbb keje x henti

    ReplyDelete
  10. Nak fokus bkn main susah walau big why tu dah tau

    ReplyDelete
  11. Ya kena ada big why yg jelas. Setuju sangat

    ReplyDelete
  12. nak turunkan berat badan tu memang nak, tapi tak kesampaian2 lagi hehehe... Thanks for the tips!

    ReplyDelete
  13. Orng yang turunkan bert badn kene ada niat.. Kalau tak sekej je lepas tu tak buat.. Huhu.. Bgus tips ni

    ReplyDelete
  14. I desperately need this tips to lose weight. Thank you for sharing this.

    ReplyDelete
  15. Kena follow tips nj lepas habis pantang nanti😂

    ReplyDelete
  16. Betul tu. Dan perlu juga sokongan dari org terdekat. Ni kalau yg terdekat asyik sabotaj je suruh makan la apa la.. Kita insan yg lemah... Hahahha

    ReplyDelete
  17. Betul lah semua tips yang diberikan perlu kepada kesungguhan untuk berubah kalau tidak memang tak akan capai matlamat kita untuk kurus hehehehe kita pun masih belum lagi kurus wakakakak..

    ReplyDelete
  18. Paling penting no1, kena istiqomah ..kalu no 1 tak boleh buat, lupakanlah nak kurus hahahaha...adeiii bilalah nak kurus ni..

    ReplyDelete
  19. Thanks for your tips, they are useful for us to reduce weight. I think everyone should follow your tips to achieve

    ReplyDelete
  20. Yes big why tu sangat penting..takde yang tu confirm kelaut

    ReplyDelete
  21. hahahaha setuju sangat part buat separuh jalan tu. Nampak dah turun sikit mula la hilang pedoman tersasar dari landasan

    ReplyDelete
  22. hehehe.. TB sekarang nak diet tapi entahlah.. asyik terbabas je.. tapi kalau diet terfikir pulak baby nak menyusu .. so tak jadi diet.. haha

    ReplyDelete