7 Keunikan dan Kelebihan Kurma Ajwa Asli Madinah VIP Gred Premium dari Rihura Herbs Enterprise Yang Patut Diketahui!

7 Keunikan dan Kelebihan Kurma Ajwa Asli Madinah VIP Gred Premium dari Rihura Herbs Enterprise Yang Patut Diketahui! | Bertahun-tahun asyik makan kurma biasa, apa kata kali ini makan kurma ajwa asli Madinah VIP gred premium dari Rihura Herbs Enterprise. Setiap kali berbuka puasa, jadikan santapan pemanis mulut kurma ajwa premium yang mengandungi 1001 khasiat ini sebagai pilihan utama kalian. Selain pemanis mulut dan penguat tenaga anak, ibu bapa dan keluarga, khasiatnya turut disebutkan dalam Hadis.

Nabi SAW bersabda : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa Madinah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya.”


Stok Kurma Ajwa Asli Madinah dari Rihura Herbs Enterprise ini dipetik sendiri dari ladang. Stok kurma Ajwa adalah yang PALING TERBARU daripada stok-stok kurma pembekal yang lain, iaitu diimport ke sini pada Januari 2020.



7 Keunikan dan Kelebihan Kurma Ajwa Asli Madinah Berbanding Kurma Lain 

#1 Disebut dalam hadis (Penawar Racun)


Sangat LUAR BIASA fungsinya yang hebat diperkatakan dapat membuang racun dari tubuh.



#2 Ciri Unik


Kurma Ajwa Asli Madinah mempunyai ciri-ciri yang unik jika dibandingkan dengan kurma yang lain. Siapa sangka kurma pon ada yang fake. Hati-hati bila kalian membeli kurma. Pasti kalian baru perasan bila membaca tentang kurma ajwa ni kan? Ada kurma yang sedap, ada yang tak, ada yang kering dan ada juga yang lembab. Ciri-ciri kurma ajwa kurma ajwa asli madinah :

[1] Warna hitam pekat

[2] Ada beberapa garis kecil
[3] Mempunyai kedutan
[4] Baunya wangi
[5] Sederhana manis
[6] Saiz sedikit kecil
[7] Kurma kering dan tak mudah rosak
[8] Kualiti terjamin

#3 Sumber Antioksidan

Kurma Ajwa  mempunyai sumber Antioksidan yang tinggi, di mana dapat memberi pelbagai manfaat kesihatan kepada badan kita.

#4 Melindungi daripada penyakit

Selain fungsi untuk penjagaan kesihatan diri, Kurma Ajwa juga boleh diamalkan sebagai ikhtiar atau penawar sihir, santau, saka atau penyakit misteri.

#5 Khasiat untuk ibu mengandung dan menyusu

Kurma Ajwa Asli Madinah boleh menjadi milk booster bagi membantu ibu-ibu memperbanyakkan susu badan dan juga dapat membantu ibu-ibu mengandung meningkatkan tenaga dalam badan. 


#6 Sesuai dimakan oleh pesakit diabetes (kencing manis)

Bagi penghidap kencing manis tidak disarankan untuk memakan bagi sesetengah jenis kurma. Takut memudaratkan pada pesakit. Tetapi jangan risau,  kurma ajwa asli madinah ini sesuai dimakan oleh pesakit diabetes. 

#7 Melancarkan penghadaman

Kepada yang mempunyai masalah penghadaman, seeloknya amalkan makan kurma Ajwa ini bagi membantu melancarkan penghadaman.


Fakta Tentang Kurma Ajwa Yang Perlu Diketahui

Kalau beli kurma di pasaraya, kita tidak tahu pun bila kurma tu diambil dan berapa lama dia diperam. Bagi yang tidak tahu, buah kurma mempunyai tarikh luputnya. Buah kurma tahan hanya beberapa tahun sahaja. Sebagai pengguna, kita kena pilih yang betul-betul segar dan terbaik serta harga mampu milik. 

Kurma Ajwa terdapat 2 kategori iaitu :


#1 Ajwa Aliyah/Awwali 
Kurma Ajwa Aliyah ditanam di tanah haram yang terletak di atas bukit di Madinah. 

#2 Ajwa Madinah 
Kurma Ajwa Madinah ditanam di tanah halal di dalam kawasan dataran atau ladang di Madinah.  

Setiap kurma ajwa mempunyai pelbagai gred. Kurma Ajwa dari Rihura Herbs Enterprise ini adalah merupakan kategori kurma Ajwa Madinah bergred premium. Kurma Ajwa asli Madinah adalah Kurma Ajwa Premium Kualiti Tinggi, di mana buah kurmanya merupakan buah yang baru iaitu stok yang paling baru. Ia adalah kurma yang TERBAIK yang SUDAH DIPILIH dari pokok yang terbaik.

Kalau Gred A, buahnya tak semestinya bagus. Ia diambil dari pokok terpilih. Tetapi kurma Ajwa gred premium ini, ianya telah dipilih yang paling segar, buahnya elok dan cantik serta kualiti paling terbaik dari pokok yang dipilih tu.


Khasiat Kurma Ajwa

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda;

"Kurma Ajwa berasal dari syurga dan di dalamnya terdapat ubat penangkal racun, menjaga kesihatan dan airnya menyembuhkan penyakit pandangan mata" (Hadis Riwayat al-Tarmizi)


Kurma adalah kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A, juga vitamin C dan juga kandungan antioksida yang tinggi yang memberi pelbagai manfaat kesihatan.


Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Sabda Rasulullah SAW:


"Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut"


Berselawat dan berdoa sebelum makan kurma Ajwa. Semoga ia menjadi asbab untuk kita mencegah diri daripada sebarang penyakit, racun dan hal lain.



KENAPA PERLU DAPATKAN KURMA AJWA ASLI MADINAH VIP GRED PREMIUM (RIHURA)?

#1 Kurma Ajwa Asli Madinah original dari tanah Madinah AlMunawwarah.
#2 Harga berpatutan dan sangat mampu milik sehingga semua mampu merasa.
#3 Gred Premium VIP.
#4 Buah segar dan terbaru (handpickup dari ladang pada awal tahun 2020).
#5 Kurma tidak diperam lama-lama.
#6 Kualiti premium, dijamin dan terbaik.
#7 Saiz standard, sesuai untuk kanak-kanak, golongan tua dan muda.
#8 Packaging yang menarik.
#9 Sesuai dijadikan gift set/hadiah.
#10 Harga berbaloi sesuai utk tempahan bagi sedekah/doorgift dan sebagainya.
#11 Trusted dan dipercayai.


Harga Ajwa Asli Madinah VIP Gred Premium dari Rihura Herbs Enterprise

Harga bagi Ajwa Asli Madinah yang ditawarkan dari Rihura Herbs Enterprise adalah harga yang mampu milik. Pada peminat tegar kurma, kalian pasti tahu kenapa harga Ajwa Asli Madinah VIP gred premium ini berbeza dari kurma yang lain.

[100g] Rm 15
[200g] Rm 28
[300g] Rm 40
[500g] Rm 60
[1kg] Rm 110


Review Marina Mengenai Kurma Ajwa Asli Madinah VIP gred Premium

Serius Marina cakap, Marina bukan penggemar kurma. Agak susah juga nak dapatkan kurma di kedai runcit atau mall. Tambah-tambah musim PKP ni kan. Bila jumpa kurma, main beli je tanpa tahu apa beza kurma-kurma yang bermacam-macam jenis. Janji dapat beli. Bila dah makan kurma, kadang ada yang tak boleh diterima tekak, ada juga yang kering sampai menyucuk tekak. Makan sebiji lepas tu duk tinggal dalam peti sejuk bertahun-tahun. Sudahnya buang macam tu je. 

Alhamdulillah Marina diperkenalkan dengan kurma Ajwa Asli Madinah VIP gred premium ini. Kurma Ajwa ini serius Marina bagitahu sedap dan moist. Makan banyak pon tak muak. Dalam satu masa Marina boleh makan 7/8 biji. 


Pada yang tak suka makan kurma tapi teringin nak makan, Marina rekemen makan kurma Ajwa Asli Madinah VIP gred premium dari Rihura Herbs Enterprise. 


Harga mampu milik, 'Semua Merasa'.


Untuk pembelian dan makluman lanjut boleh hubungi pihak Rihura Herbs Enterprise



Whatsapp :

Post a Comment

2 Comments

  1. kurma-kurma yang lama diperam ni, paling tak boleh terima kalo ada kutu kurma...aduu, terbantut terus nak makan walaupun orang kata ada kutu kurma tu normal...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Sedap sangat . Rin suka jadikan susu kurma ajwa.. sbb rasa dia mmg nice sgt2. penah guna ajwa rihura ni buat susu kurma. memang sedap. Pek kecil RM15 tu pun puas hati, janji dapat rasa!

    ReplyDelete