Resepi Nasi Lemak Paling Simple dan Mudah - MARINA BASHAH

Resepi Nasi Lemak Paling Simple dan Mudah

Resepi Nasi Lemak Paling Simple |
Anak-anak request nak makan Nasi Lemak. Wahyu dari mana turun tak tahulah, tiba-tiba nak makan Nasi lemak. Disebabkan last minit baru nak request,  makanya Marina masaklah Nasi lemak menggunakan bahan-bahan yang ada kat rumah je. Diorang bosan asyik makan nasi putih agaknya. Masak nasi lemak ni cerita kisah lama. Zaman sebelum PKP lagi. Baru nak up kisah masak nasi lemak ni.

Nasi lemak version Marina ni, kejap je nak masaknya. Macam tanak nasi putih biasa je. Cuma nak masak sambalnya makan masa sikit.

Selalunya kalau balik keje, tak tau nak makan apa, masak nasi lemaklah. Kat rumah ni, biasa makan beli kat luar je. Kadang bosan jugak asyik beli makanan kat luar. Tak kena selera. Jadi kita masakla nasi lemak.

Bahan-bahan:
Telur yang telah direbus
Timun
Kacang
Ikan bilis yang telah digoreng

Bahan-bahan Nasi:
1 kotak kecil Santan
1 inci Halia dihiris
2 pot Beras

Bahan-bahan sambal:
3 biji bawang merah sederhana besar
3 ulas Bawang putih
2 sudu besar cili boh
Setengah sudu besar pes asam jawa (Marina guna asam jawa yang adabi)
Gula

Cara-cara masak nasi :
1. Bilas beras. Masukkan 1 pot cawan santan dan 2 pot air.
2. Masukkan halia dan tanak nasi seperti biasa.

Cara-cara masak sambal :
1. Kisar bawang merah dan bawang putih.
2. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Biarkan kering sikit.
3. Masukkan cili boh. Tumis sampai sambal warna merah gelap.
4. Masukkan asam jawa, kemudian tambah air satu cawan kecil. Tunggu kering sikit.
5. Masukkan gula. Gaul sebati.

Anak berkali-kali tambah makan nasi lemak ni. Makan simple macam ni deme lagi berselera.



Disebabkan takde timun dan kacang kat rumah, makanya jadilah Nasi Lemak togel. Hehe. Janji ada rasa.

Tengah darurat musim PKP ni,  bolehlah cuba resepi Nasi Lemak paling simple dan sedap ni.

[Baca juga] : Resipi Nasi Durian

No comments:

Post a Comment