20 Resepi Menu Masakan Berasaskan Nasi untuk Berbuka Puasa - MARINA BASHAH

Wednesday, April 29, 2020

20 Resepi Menu Masakan Berasaskan Nasi untuk Berbuka Puasa

20 Resepi Menu Masakan Berasaskan Nasi | Bulan puasa je mesti cari nasi kan? Makanan yang berasaskan nasi ni perut kenyang lama sikit kan? Tapi hari-hari makan nasi putih berlauk bosan jugakkan? Nak masak menu yang berasaskan nasi takde idea. Tak nasi goreng, nasi putih. Jom Marina share resepi menu yang berasaskan nasi yang agak mudah dimasak yang korang boleh cuba.



20 Resepi Menu Masakan Berasaskan Nasi


#1 Resepi Nasi Minyak Guna Beras Biasa

Resepi klik di gambar atau kredit nama di bawah.



Kredit : Siti Awadah

#2 Resepi Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Macam Lauk Kenduri
Bahan-Bahan :
Beras Biasa / Basmathi ( sukatan : 1 pot beras bersamaan 2 pot air )
air sukatan beras
3sb minyak sapi
2sb minyak masak
Rempah tiga beradik ( bunga lawang/Kulit Kayu Manis/ Buah Pelaga ) 
1/2 tin susu cair
1 tin susu
1 tin tomato puree
Daun ketumbar
Daun pandan
2 biji tomato ( potong 4 bahagian )
Garam

Bahan Kisar

  • 1 Ulas Bawang besar
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1/2 inchi halia

Cara Penyediaan

  • Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan kisar dan rempah tiga beradik sampai garing dan naik bau. Lepastu masukkan tomato puree, kacau rata dan kalau boleh dalam 5 minit.
  • Masukkan susu cair dan air yang di camca mengikut sukatan beras tadi. Biarkan separuh didih
  • Masukkan Garam / daun pandan / daun ketumbar / tomato
  • Bila dah didih masukkan beras, kacau bagi rata. Terus pindahkan ke rice cooker. ( kalau tumis atas dapur gas )
PETUA JIKA GUNA BERAS BIASA
KALAU NAK NAMPAK CANTIK BILA NASI DAH MASAK, WAJIB GORENG TERLEBIH DAHULU BERAS TERSEBUT
Ayam Masak Merah

Bahan-Bahan :

  • 1kg ayam ( Goreng Terlebih Dahulu )
  • 1/2 tin tomato puree
  • 1/2 tin susu cair
  • air
  • Minyak
  • Garam & Gula
  • Daun Ketumbar ( potong 4 bahagian )

Bahan Kisar :

  • Segenggam Cili Kering
  • 1 Ulas Bawang Besar
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1/2 inch Halia

Cara Penyediaan :

  • Tumiskan Bahan kisar tadi sehingga masak dan garing.
  • Masukkan tomato puree dan biarkan 5 minit.
  • Lepastu masukkan susu cair/air ( ikut suka ) sebab nak bagi berkuah/ garam/ gula dan biarkan seketika,
  • Bila dah didih masukkan ayam terus gaul rata. Lepastu tabur daun ketumbar dan kacau rata. Boleh terus hidang.
  • ( Kalau nak sedap letak kacang pea’s)
Kredit : Cikza Mohmad



#3 Nasi Arab Mudah

Bahan Untuk Rebusan Ayam - Nasi Arab :

½ ekor ayam - potong 2
1 kiub ayam
1 biji tomato belah 4
1 biji cili merah belah 4
1 batang kulit kayu manis
½ sudu jintan manis (biji)
½ sudu biji ketumbar
½ sudu lada hitam (biji)
Sesudu garam

Cara-cara :
Masukkan semua bahan dalam air. Rebus dalam 30 minit dan pastikan ayam tu tenggelam.

PERAP AYAM

Angkat ayam lumur dengan garam kunyit,dan madu. Kemudian bakar atau goreng macam biasa.

Cara Penyediaan Nasi Arab:

Bahan untuk menumis :
Minyak sapi / butter / minyak masak
2½ pot beras biasa - telah direndam dalam ±5/7 minit. (Kalau beras basmathi rendam dalam ±30 minit)
½ sudu biji ketumbar
½ sudu jintan manis
½ sudu lada hitam

Cara-caranya :
·    1. Tumis semua bahan sehingga naik bau.
·    2. Kemudian masukkan beras dan kacau seketika.
·    3. Masukan ayam dan air rebusan ayam dan biarkan ia masak sepenuhnya.
·    4. Akhir sekali masukan daun ketumbar. 

SAYUR 

Bahan :-
Timun dibuang biji di tengahnya
Tomato di potong dadu
Bawang besar racik halus
Garam dan air perahan lemon

Caranya :
Gaulkan kesemua bahannya tu.

SAMBAL

Bahan-bahan : 
3 batang cili besar merah
3 batang cili padi merah
Buah Tomato - Lebihkan buah tomato ye
Daun ketumbar
Air Perahan lemon
Garam / gula

Cara-cara :
Blend cili, tomato dan daun ketumbar. Kemudian masukan garam, gula dan perahan lemon.

Kredit : Ct Noraishah



#4 Resepi Nasi Goreng Mudah
Bahan-bahan :
Nasi
Bawang putih 5 ulas
Bawang merah 4 ulas
Cabai melaka dalam 10 biji
Sos Tiram
Sos Cili
Sosej
Telur ayam 3 biji

Cara-cara :
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan cabai melaka.
2. Tumis semua bahan. Letak butter sikit masa kita nk tumis.
3. Masukkan sos tiram dan sos cili.
4. Masukkan sosej yang dah potong.
5. Masukkan telur ayam.
6. Kacau bagi semua bahan mesra, kemudian baru masukkan nasi
7. Kacau nasik bagi sekata. Kalau nak sedap lagi goreng nasik bagi lama sikit.




#5 Nasi Daging Bersama Air Asam Berkerisik
Bahan-Bahan Nak Buat Nasi Daging 
500 gm daging (dihiris)
5 pot beras basmati 
3 serangkai (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)
5 sudu serbuk kurma
1 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)1 inci halia (dihiris)
1/2 batang lobak merah potong dadu
1 helai daun pandan
3 sudu butter
sedikit garam bukit
sedikit cukup rasa maggi

Cara memasak :
1. Bonde masak mengunakan Philips Presure Cooker , Masukan butter, bawang merah, bawah putih dan 3 serangkai. 
2. Tumis bawang sampai garing masukkan rempah kurma dan sedikit air. 
3. Masukkan daun pandan dan biarkan sampai garing juga selepas itu masukkan daging yang telah dihiris ikut saiz kegemaran anda.
4. Seterusnya..Masukkan lobak merah yang telah dipotong dadu.
5. Kacau-kacau bagi rata lobak merah dengan rempah ratus.
6. 5 pot beras basmati sukat macam masak nasi biasa, 5 pot beras bersamaan 6 pot air dan Bonde tambahkan air sikit jer lebih sebab guna basmati berasnya kena lebihkan air ( agak-agak jangan terlalu banyak)
7. Masukan garam dan cukup rasa maggi dan kacau-kacau bagi rata.
8. Padamkan mood bake sekarang dan tukar kepada mood rice, masak selama 15 minit.

Bahan-bahan untuk Air Asam :
2 sudu kerisik 
2 biji tomato (potong dadu)
7 cili akar hijau (dihiris bulat)
3 cili merah thai (dihiris bulat)1 biji bawang merah (dihiris nipis)
1 biji bawang putih (dihiris nipis)1 sudu air asam jawa
sedikit air suam
sedikit garam 

Cara-cara membuat Air Asam Berkerisik:
1. Masukkan semua Bahan diatas dalam satu mangkuk dan gaulkan semua, untuk garam ikut citarasa anda nak masin boleh letak lebih.

Tip : tahap kepedasan air asam adalah boleh di ubah ikut selera jika suka lebih boleh tambahkan cili. bergitu juga tahap masin dan masam anda boleh jer adjust ikut citarasa anda tau!




#6 Resepi Mudah Nasi Ayam Hainan
Bahan - Bahan :
Untuk Sup
2 ketul bahagian peha Ayam
2 batang Daun bawang (diikat)
2 inci Halia (dipotong tebal) 
3 cawan air
Garam

Untuk Nasi
3 pot kecil beras (dibasuh, ditos)
2 sudu butter
3 ulas bawang putih (dicincang)
2 inci halia (dipotong kasar)
1 batang serai (diketuk)
2 sudu besar serbuk perencah Hilal
Garam

Untuk sos cili
5 batang cili masak
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1 sudu besar serbuk perencah Hilal
Garam
Cuka

Untuk sos kicap
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu besar tepung jagung (untuk memekatkan)
6 sudu air
Garam

Cara memasak sup :
1. Didihkan dahulu air. Kemudian masukkan halia dan daun bawang. Biarkan selama 5 minit.
2. Kemudian masukkan ayam. Celup dahulu ayam selama 3 kali sebelum masuk terus kedalam air rebusan tadi. Kemudian masukkan garam.
3. Tutupkan periuk tadi dan tutup api. Biarkan ayam tadi sehingga 20 minit.
4. Bila sudah cukup masa, angkat ayam tadi dan masukkan ke dalam air ais dan biarkan selama 30 minit.

Cara memasak nasi :
1. Panaskan butter dan masukkan bawang putih, halia dan serai. Goreng hingga garing.
2. Kemudian masukkan beras tadi dan goreng hingga beras menjadi kekuningan.
3. Masukkan perencah Hilal, garam dan air rebusan sup tadi mengikut sukatan beras.
4. Biarkan ia masak.

Cara membuat sos cili :
1. Kisar semua bahan dengan sedikit air. Jangan terlalu cair atau pekat sangat.

Cara membuat sos kicap :
1. Panaskan bawang putih hingga garing. Masukkan air.
2. Masukkan sos tiram dan kicap cair. Perasakan dengan serbuk lada sulah, garam dan gula.
3. Kemudian campurkan dengan air bancuhan tepung jagung.
4. Siap untuk dituang keatas ayam tadi.

#Tips:

- ayam dicelup terlebih dahulu untuk memastikan isi ayam tidak keras. Kira isi ayam akan halus kalau buat teknik ni.
- nasi ayam hainan juga boleh dimasak menggunakan teknik kukus.

Kredit : Noor Liza



#7 Nasi Goreng Ikan Bilis

Resepi klik di gambar atau kredit nama.



#8 Nasi Goreng Telur
Bahan-bahan :
Nasi putih
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
6 biji cili padi
2 biji telur

Cara menyediakan :
1. Tumbuk 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, segenggam ikan bilis dan 6 biji cili padi. Cili padi tu ikutlah pada tahap kepedasan yang korang nak. Kalau nak pedas lagi tambahlah lagi bilangan cili padi tu. Macam Mimi letak sikit je sebab anak anak pun nak makan. Tumbuk kesemua bahan tu hingga lumat. Jangan terlalu lumat. Agak agaklah ye.
2. Masukkan minyak biarkan sekejap bagi panas kemudian baru tumis bahan yang ditumbuk tadi. Agak agak dah garing masukkan dua biji telur.
3. Kemudian masukkan garam. Gaul sebati, akhir sekali masukkan nasi dan gaul sehingga bahan tumisan dan telur tadi rata.

Dah siap nasi goreng telur. Senangkan nak masak nasi goreng ni. Tak renyah pun!

Kredit : Mimi Azirah


#9 Nasi Ayam Kukus
Bahan-bahan :
5 ketul ayam
Air
Bawang Merah* tumbuk kasar
Bawang Putih* tumbuk kasar
Halia *diketuk
Akar daun ketumbar
1 kiub ayam

Langkah-langkah Memasak Nasi Ayam Kukus :
1. Rebus ayam dengan semua bahan di atas sehingga ayam menjadi lembut. Air rebusan ayam jangan dibuang kerana air rebusan akan digunakan untuk memasak nasi. Nasi dimasak seperti biasa ya.
2. Ayam di tos dan tunggu nasi masak.

Sambil tunggu nasi masak kita buat Sos Untuk Nasi Ayam Kukus kita.

Resepi Sos Merah
1 biji Bawang merah*ditumbuk kasar
1 ulas Bawang putih *ditumbuk kasar
1 biji Cili merah *ditumbuk kasar
3 biji Cili padi *ditumbuk kasar
Daun ketumbar dipotong kasar
1 biji tomato dipotong dadu
1/2 gelas Air rebusan ayam
1 piring kecil sos cili.

*** Kalau ada limau nipis boleh perah sekali, lagi sedap.

Bila dah siap tumbuk bahan-bahan yang ditumbuk (Sha suka pakai lesung berbanding pakai blender), korang satukan bahan-bahan lain ke dalam 1 mangkuk.

Hidangan ini korang boleh hidang bersama sayur salad, timun batang dan hirisan tomato. 




#10 Nasi Ulam Sayur Keladi (Utara)
Bahan:
Nasi
Ikan talang masin - goreng dan mesin halus
Udang kering - goreng tanpa minyak, mesin halus
Kerisik – mesin halus (elok kalau buat sendiri )
Lengkuas, Serai – mesin halus, mesin asing jangan sekali
Bawang besar – potong nipis
Bunga kantan – potong nipis
Ulam-ulam - gulung kemudian hiris halus.
( Macam ulam ni, ikut citarasa masing).

Selalunya kalau kita pi beli kat pasar, memang peniaga tu akan buatkan ikatan ulam untuk menu ni. Kita bagitau ja nak buat nasi ulam, cumanya kalau kita nak tambah, boleh pilih ulam yang kita nak. Ulam yang selalu orang guna pucuk kadok, daun selom, pegaga, daun kesom  daun kunyit, daun sekentut, bunga betik. Ada lagi jenis-jenis daun tu, Mommy pun tak pasti )

Caranya:
1. Buh nasi dalam bekas besar, masukkan setiap bahan, campur dan gaul semuanya. Masukkan bahan tu sikit –sikit. Siap.

*Ikut kalau nak tambah garam ka, gula ka serbuk perasa ka. Kalau nak bagi pedas sikit boleh tambah cabai kecik atau lada hitam. Ikut citarasa masing-masing. 

Sayur Keladi

Sayur keladi macam macam –macam cara nak buatnya. Macam keladi ni tak payah susah-susah nak cari. Kat pasar pun ada, boleh pilih bayak mana yang kita nak. Menu ni Mommy campur semua sekali

Bahan-bahan :
Keladi – rebus, lepas tu buang air
Ikan temenung – rebus, asing isi dan tulang..mesin ( macam buat laksa )
Bawang besar, Belacan – mesin air
Cabai kering mesin
Daun kesom
Bunga kantan – hiris nipis
lada hitam – mesin halus
Asam keping
Gula Garam

Cara-cara :
1. Basuh keladi dan rebus. Dah nampak lembut sikit, buang air rebusan tu. 
2. Masukkan bahan yang telah di mesin ( ikan temenung, bawang besar, belacan ).  
3. Masukkan cabai kering mesin. Kalau nampak kering tambah air sikit. Biar la mendidih sikit. 
4. Masukkan daun kesom, bunga kantan, asam gelugor, lada hitam, garam dan gula. Ikut kalau nak tambah perasa. 
5. Masak sampai dia masak. Tutup api. Siap dihidang.

Kredit : Zahirah Dzahir



#11 Bubur Nasi Berlauk
Bahan-bahan for bubur nasi :
Beras

Air

Cara-cara :
1. 1 cup of rice grain + 2 cups water. 

2. Lepas tu masukkan dekat dalam Philip Pressure Cooker and then press mode "Congee" and then press START.
3. After 13 minutes ur moi /bubur nasi is ready.. Kalau guna rice cooker biasa pun boleh tapi ambil masa skit la kan untuk nasi tu pecah and jadi moi.

Lauk bubur

And for the lauk parts.. U can cook basically anything u love. I basically cook what I got in my freezer. There are beef, mushrooms, dried anchovies. So here we go....

Beef 
I cooked this beef with chillies n dried prawn that I bought from Thailand and with Thai basil.

Mushroom
Mushroom with teriyaki sauce. 
Heat some oil. Sautéed the mushroom and put some teriyaki sauce. Done.

Garlic
his is chopped garlic with oil. For this.. I chopped like the whole labu of garlic. Heat the oil n then put all this garlic. Goreng sampai nampak garing. The Chinese love this with their soup-y things. 

Potato
Fried potatoes. Nothing fancy about it. But it add more texture to ur moi berlauk. 
Last but not least.. 

Ikan bilis
Dried anchovies with onion n dried chilies.. Fried and put some sweet spy sauce and it's done. 

Kredit : Alia Farhan Said



#12 Nasi Goreng Sotong
Bahan-bahan :
Nasi lebihan semalam
2-3 ekor sotong- dipotong
1 ulas bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1-2 sudu besar cili kisar 
1 sudu besar sos tiram
1-3 biji cili padi (optional- kalau nak pedas la)
1 biji telur - di buat telura hancur terlebih dahulu
Sayuran seperti sawi dan kobis 
Garam secukupnya.
Minyak
Daun bawang
Bawang Goreng

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih sehingga wangi. 
2. Masukkan cili kisar dan masak seketika cili tu. Selalunya sampai berminyak la.
3. Masukkan sotong dan sos tiram. Biar seketika sehingga sotong masak.
4. Akhir sekali, masukkan nasi, telur hancur, garam dan sayur. Gaul rata.
5. Hidangkan bersama daun bawang dan bawang goreng.

Tips:
Saya suka gaulkan garam dengan nasi terlebih dahulu. Ini adalah agar garam tersebut rata sebelum menggoreng.

Kredit : Cahaya Hati


#13 Bubur Nasi Kemboja
Bahan-bahan untuk buat bubur nie :
Beras yang da dibersihkan (xkesah la berape pot yang korang nak)
Bawang putih (di tumbuk halus)
Udang kering(wajib ada nie)tumbuk la skit..biar hancur ckit
Potongan Ayam( kalau umi ayam seekor belah 4 nanti nak carikkan isi)
Lada Hitam (ditumbuk & kalau nak pedas letak lebih ckit yerk)
Sayuran korang boleh letak sawi + taugeh or kobis la)8) Daun Ketumbar jawa(wajib jugak ada)
Sedikit garam
Sedikit Minyak masak untuk menumis
Cara-Caranya :
1. Korang kene la tumis bawang putih dan hirisan halia sedikit .Selepas da naik bau tu,korang letak beras yang sudah di bersihkan..Kemudian korang goreng la beras tu sehingga garing.
2. Di dalam periuk yang lain, rebus ayam sehingga ayam tu lembut.Kalau korang beli seekor ayam, belah 4 dan rebus je.Bila ayam tu dah lembut, angkat dan toskan air ayam.Lepas tu ayam tu carik-carikkan isi ayam tu.Tulang temulang tu masukkan semula ke dalam air rebusan ayam.Macam korang buat sup la.
3. Beras yang korang dah goreng garing tu, terus masukkan ke dalam air rebusan ayam.Masak sehingga beras tu menjadi bubur.Masukkan lobak asin yang bersaiz besar ke dalam bubur.
4. Perasakan dengan garam.Agak-agak dah jadi bubur tu boleh la tutup api dan sediakan rencah lain seperti di bawah ni ye.
Bahan-bahan yang dijadikan sebagai hiasan dan pelengkap bubur :
Lobak asin yang diracik.atau korang beli yang kecik tu je.
Taugeh
Limau
Daun ketumbar kemboja(kalau takde takpe sebab susah nak jumpa)
Isi ayam
Lada hitam
Sambal
Cara masak Sambal :
Sambal tu nak buat senang je.Rebus lada dan blend dengan bawang putih dan letak sedikit cuka.Perasakan dengan garam dan gula.

Kredit : Siti Rohaida Yusof 

#14 Nasi Minyak Daging Beriani
Bahan - bahan untuk membuat nasi minyak yang simple :
3 cawan beras basmathi
1/2 cawan margerin/planta
3 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 helai daun pandan
Garam secukupnya
1 kiub stok ayam
Pewarna kuning

Bahan - bahan untuk dikisar :
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia

Bahan - bahan sebagai hiasan :
Bawang goreng
Daun bawang dihiris

Kredit : Shuhada Herman

#15 Nasi Goreng Ikan Masin
Bahan-bahan :
Nasi sejuk
Ikan tenggiri masin (digoreng separuh masak)
Bawang putih (ketuk dan cincang)
Cili padi (ketuk dan cincang)
Telur
Kailan
Serbuk lada hitam/lada sulah
Sos tiram
Gula

Cara memasak :
1. Tumis bawang putih dan cili padi hingga kekuningan
Masukkan telur dan hancurkan
Masukkan sos tiram, masukkan sayur kailan dan isi ikan tenggiri masin. Kacau rata
Masukkan gula dan serbuk lada hitam atau lada sulah.
Masukkan nasi dan kacau rata. 
Siap untuk dihidang.

Senang sangat masak nasi goreng ni... Nak bertambah wangi dan sedap boleh tambahkan ikan bilis dan juga masukkan daun bawang. Lagi sedap.

Kredit : Maria Firdz


#16 Nasi Ayam Kukus Halia
Bahan-bahan nasi ayam :
Bawang putih (dihiris ikut suka berapa banyak)
Bawang merah ( dihiris)
Halia (dicicang atau dihiris)
Ayam dalam 3 ke 4 ketul
Minyak masak
Daun pandan, saya tak ada daun pandan so saya pakai essen daun pandan je.
Beras


Cara memasak :
1. Panas kan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dicincang sehingga naik baunya. Kemudian masukkan stok nasi ayam sepeket (tak kira apa brand).
2. Beras dibasuh dan ditoskan, kemudian di masukkan ke dalam bahan-bahan yang telah digoreng tadi, digaul sehingga sebati. Selesai digoreng, masukkan ke dalam rice cooker bersama ayam dalam 3 ke 4 ketul yang telah dibasuh dan di masak dengan air mengikut sukatan beras. Biarkan ia masak sendiri.
Ok untuk resepi ayam kukus halia ni :
Ayam – saya gunakan ayam drummet, itu je yang ada.
Halia dihiris nipis – saya cincang aje halia ni, kalau dihiris nanti anak saya pilih-pilih dan tolak halia tu ketepi, better saya cincang aje. Lagi banyak lagi bagus, tapi ikut suka yang memasak le!
Garam secukup rasa
Minyak bijan – saya letak banyak sehingga naik bau bijan. Kalau tak berapa suka letak 2 sudu pun dah cukup
Kicap cair – ikut berapa banyak yang anda suka. Saya letak 4 sudu besar.
Kicap manis sedikit – tak nak letak pun tak apa.
Serbuk lada hitam dalam 3 susu teh atau ikut suka.

** Untuk dimasukkan bila nak masak** daun ketumbar untuk menggantikan daun bawang yang tak ada stok dalam rumah ni.
Caranya :
1)Saya gaulkan kesemua bahan-bahan yang di atas bersama ayam, kemudian saya perapkan dan letakkan di dalam peti ais selama sejam.
2)Panaskan ketuhar kemudian susun ayam yang telah diperap tadi bersama daun ketumbar ataupun daun bawang di dalam kukusan sehingga ayam empuk. Saya masak dalam 40 min.

Kredit : Hanny Abdullah




#17 Nasi Lemak Kuah Sambal

Bahan-bahan:
Telur yang telah direbus
Timun
Kacang
Ikan bilis yang telah digoreng

Bahan-bahan Nasi:

1 kotak kecil Santan
1 inci Halia dihiris
2 pot Beras
Bahan-bahan sambal:
3 biji bawang merah sederhana besar
3 ulas Bawang putih
2 sudu besar cili boh
Setengah sudu besar pes asam jawa (Marina guna asam jawa yang adabi)
Gula

Cara-cara masak nasi :
1. Bilas beras. Masukkan 1 pot cawan santan dan 2 pot air.
2. Masukkan halia dan tanak nasi seperti biasa.

Cara-cara masak sambal :
1. Kisar bawang merah dan bawang putih.
2. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Biarkan kering sikit.
3. Masukkan cili boh. Tumis sampai sambal warna merah gelap.
4. Masukkan asam jawa, kemudian tambah air satu cawan kecil. Tunggu kering sikit.
5. Masukkan gula. Gaul sebati.

Kredit : Marina Bashah


#18 Nasi Ayam Marjerin
Bahan-bahan :
Bawang putih
Halia
Ayam beberapa ketul(Untuk 2-3 orang makan)
Air 1 jug
Kicap
Sos tiram
Cili merah
Lada sulah
Sup bunjut
Garam
Gula
Madu
Kentang(dipotong 7 hingga 10 bahagian)
Carrot (dipotong dua selepas potong hiris sedikit tebal)
2 kiub ayam
Cuka
Majerin

Cara-caranya :
1. Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat. Bahgaikan kepada 4 bahagian untuk masak nasi, sup, sos cili dan perap ayam.
2. Ambil 1 bahagian pertama bawang putih dan halia yang telah ditumbuk untuk perap ayam dalam mangkuk. Biarkan selama 5 minit dan rebus ayam tersebut bersama 1 kiub ayam.
3. Setelah ayam masak, keluarkan ayam dari periuk dan perap sekali lagi dengan kicap, sos tiram, garam dan madu. Perap selama 10 hingga 20 minit.
4. Sementara tunggu perapan ayam, masak nasi.

Cara Masak Nasi :
1. Cairkan majerin dan masukkan 3 serangkai, 1 bahagian bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk lumat.
2. Apabila sudah nampak kekuningan masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dibersihkan.
3. Masukkan air rebusan ayam,garam,daun pandan dan 1 sudu serbuk kunyit.
4. Masakkan beras tersebut.

Cara Masak Ayam :
1. Setelah 10 higga 20 minit ayam diperap, gorengkan ayam tersebut di dalam kuali yang telah diletakkan minyak. Tahap garing terpulang kepada anda.

Cara Masak Kuah Kicap :
1. Masukkan lebihan air kicap hasil perapan ayam ke dalam periuk kecil di atas api.
2. Kdemudian masukkan setengah cawan air rebusan ayam.
3. Tambahkan sedikit garam dan sedikit kicap.
4. Kacau kuah kicap tersebut sehingga mendidih dan tutup api.

Cara Buat Sambal Cili :
1. Masukkan 5 hingga 6 biji cili merah atau hijau ke dalam blender.
2. Kemudian masukkan  cuka, gula, air , sos cili dan 1 bahagian bawang putih yang telah ditumbuk.
3. Kisar sehingga hancur dan masukkan ke dalam mangkuk untuk dihidang.

Cara Buat Sup Ayam :
1. Masukkan air rebusan ke dalam periuk atas api.
2. masukkan sup bunjut, ayam yang dipotong kecil yang masih mentah, garam, kiub ayam dan bawang putih halia yang telah ditumbuk.
3. Kemudian masukkan carrot dan kentang.
4. Bila carrot dan kentang sudah empuk maka anda boleh tutup api dan hidang ke dalam mangkuk.

Tadaaa.... Dah siap kesemua bahan dalam masakan resepi nasi ayam sedap dan mudah disediakan.


#19 Nasi Lemak Sambal Telur Dadar
BAHAN-BAHAN & CARA MASAK NASI :
3 pot beras
1 kotak santan & air (dicampur menjadikan 6 pot air + santan)
Sedikit garam
2 ulas bawang merah (saya tumbuk halus)
2 helai daun pandan (diikat)
mudah. kesemuanya dimasukkan dlm periuk nasi. onzzz kan suis.

BAHAN-BAHAN UTK SAMBAL IKAN BILIS :
3 senduk ciliboh
3 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
1 labu bawang besar (dihiris nipis)
segenggam ikan bilis
sedikit air asam jawa
sedikit garam dan gula utk perisa

Cara-cara :

1. Tumiskan dulu bawang merah yang dah ditumbuk halus tu hingga naik bau harumnya.
masukkan ciliboh. Masakkan hingga terbit minyak ye.
2. Selepas ciliboh dah garing, masukkan air asam jawa. Gaul rata.
3. Masukkan ikan bilis dan hirisan bawang besar. perisakan dgn garam dan gula.
SIAP!

BAHAN PENYERI NASI LEMAK :
telur dadar / telur rebus / telur mata lembu
ayam goreng
ikan bilis garing
ulam timun
sayur kangkung goreng
kacang tanah goreng

Kredit : Aida Hanafiah


#20 Nasi Dagang Kelantan
Bahan-bahan :
2 ekor ikan tongkol bersaiz besar
15 keping asam gelugor
Garam - wani letak 5 sudu besar tapi kalau nak letak tu adjust-adjust la ikut saiz ikan 
Air
Lengkuas ( dihiris )

CARA-CARA :
1. Rebus ikan bersama bahan-bahan diatas ( kalau ikut cara wani, wani selang-seli letak ikan lepas tu garam lepas tu asam keping lepas tu hirisan lengkuas nak bagi rasa tu sekata bila ikan tu disusun dalam periuk dan direbus sampai la kering air ikan tu.

NOTA:
Wani guna periuk tanah nak rebus ikan ni lagi sedap dan lagi satu jangan terkejut ya .. ikan tongkol rebus ni wani simpan sampai seminggu lamanya sebelum nak buat gulai ikan ... hihi memang bertambah kemasaman ikan ni.. sedap.. dah macam kat kedai ..  .. dan isi ikan pun tak lah hancur .. kalau nak simpan lama-lama ni baik guna periuk tanah lagi selamat berbanding periuk besi tu .. sebab periuk jenis besi ia akan bertindak balas dengan garam  .. periuk tu boleh tembus. so, tak selamat.


GULAI IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN :
2 biji bawang merah besar*
1 biji bawang besar*
21 tangkai lada kering*
11/2 lengkuas*
11/2 kunyit*
2 1/2 sudu besar kari ikan 
3 keping asam keping
Nisan 11/2 keping
Garam ikut kesesuaian
4 biji cili hijau 
santan - wani ikut letak tak sukat .. wani agak-agak dengan jumlah ikan tongkol rebus tu

CARA-CARA :
1. Kisarkan bahan yang bertanda * hingga halus.
2. Sebelum diletakkan di atas dapur, terlebih dahulu, santan dimasukkan di dalam periuk bersama-sama bahan yang telah diblender beserta kari ikan .. kacau sebati dan baru letakkan di atas dapur ..
3. Kacau santan bersama-sama bahan tadi  sehingga ia mendidih guna api yang sederhana besar. apabila sudah mendidih, biarkan  mendidih lama sikit.
4. Masukkan asam keping dan garam ikut kesesuaian. jangan letak banyak sangat garam sebab nanti masa nak letak ikan tongkol rebus, air garam dalam ikan rebus tu akan  turun.. jadi, berhati-hati masa letak garam untuk turn pertama. biarkan mendidih.
5. Barulah masukkan ikan tongkol rebus bersama-sama dengan nisan, cili hijau dan biarkan mendidih sekali lagi lama sikit dan pastikan masa nak letak garam untuk kali kedua seimbangkan rasa kuah tu sebab bila dibiarkan mendidih lama sikit .. air garam dekat ikan tu akan turun lagi ..so berhati- hati...
6. Biarkan mendidih sehingga dekat atas permukaan atas tu nampak macam pecah minyak dan pekat sedikit. setelah nampak pecah minyak ,tutup api .siap untuk dihidangkan.
7. Gulai ikan tongkol ni tak boleh nak cair sangat, sedang-sedang elok pekat je sebab nak makan dengan nasi kan.

NOTA:
gulai ikan tongkol ni wani buat petang tu untuk esok pagi makan.. barulah bertambah kesedapan gulai ni..


NASI DAGANG
BAHAN-BAHAN :
1.5 kg beras nasi dagang
8 biji bawang merah dihiris
11/2 inci halia dihiris panjang-panjang
1 sudu besar rata halba
santan pekat 2 cawan dimasak bersama sedikit garam
santan cair 21/2 cawan

CARA-CARA :
1.Beras direndam semalaman kira-kira 8 jam.
2. Letakkan beras dalam pengukus dan buatkan lubang dekat tengah supaya wap mudah masuk. Kukus kali pertama beras nasi dagang ( wani kukus kira-kira dalam 15 minit )
3. Kukus kali kedua, masukkan santan cair gaul sikit demi sikit bersama-sama dengan hirisan bawang merah dan halia ... dalam proses itu, masukkan halba sekali sikit demi sikit.gaul sebati dan kukus balik. kukus dalam 15 minit
4. Akhir sekali, gaulkan nasi dagang yang telah dikukus tadi dengan pati santan yang telah dimasak dan kukus balik.. kukus sekejap je dan balik-balikkan . bila nampak nasi sudah masak dan warna dia dah pucat  atau pun dah tak nampak putih beras tu dah kira masak la.

NOTA:
 - nak masak nasi dagang ni tak boleh nak leka sangat bab -bab kukus tu,  takut nasi tu dah jadi pecah sebab dimasak terlalu lama. jadi nampak dah tak cantik dan juga tak sedap
- sebaik-baiknya , semasa nak angkat kukusan kali pertama tu ada petua nya .. pastikan beras tu bila kita picitkan diantara dua jari kita .. beras tu dah mudah putus, walaupun beras masih belum masak sepenuhnya .. dah boleh angkat gaulkan bersama santan cair, bawang merah, dan halia tu dan kukus balik untuk kali kedua. dan begitulah seterusnya .. jangan leka sangat ..
- wani nak cakap ikut timing pun tak boleh sangat ... sebab ia bergantung kepada jumlah beras yang nak dikukus.
- nak letak beras ke dalam pengukus buatkan lubang ditengah-tengah supaya wap mudah masuk..

Kredit : Wani Sukarno Sk

4 comments:

  1. Mudahlah nak masak dengan adanya resepi macam nih... boleh pilih dan cuba nanti

    ReplyDelete
  2. fuhhhh semua sedap2 ni,kat umah kami memang wajib ada nasi la bulan puasa huhuu boleh la try nanti

    ReplyDelete