Tempat Menarik Di Pulau Langkawi : Tasik Dayang Bunting - MARINA BASHAH

Tempat Menarik Di Pulau Langkawi : Tasik Dayang Bunting


Tempat Menarik Di Pulau Langkawi : Tasik Dayang Bunting | Hari Kedua di Pulau Langkawi, kiteorang melakukan aktiviti Island Hopping. Sebelum hendak pergi ke Island Hopping ni, Marina perlu menghubungi pihak syarikat selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh hendak pergi ke Island Hopping. Marina wassap pihak berkenaan seminggu sebelum tarikh hendak pergi. Nombor wassap ada diberikan pada tiket yang dah di book melalui online sebelum ni. Sehari sebelum tarikh, Marina wassap sekali lagi untuk confirmkan tarikh tersebut. Takut pihak sana terlupa. Kali kedua wassap tu, pihak syarikat minta Marina wassap owner syarikat bot, Encik Mansur untuk uruskan pakej Island Hopping. Encik Mansur wassap Marina lokasi yang perlu dituju untuk berkumpul dan menunggu bot. Kiteorang diminta untuk menunggu di Pengkalan Nelayan Teluk Baru.

Di dalam pakej Langkawi Island Hopping ni termasuklah pergi ke Tasik Dayang Bunting, tengok Helang makan dan ke Beras Basah.

Pagi tu kiteorang breakfast dulu kat kedai mamak. Pukul 8.30 pagi kiteorang dah terpacak di lokasi yang dah diberikan Encik Mansur semalam. Apabila semua dah ready dalam pukul 9.30 pagi, kiteorang mula bergerak. Perjalanan dimulakan di mana pemandu bot membawa kami ke gunung yang menyerupai wanita mengandung. Selepas itu, kiteorang bergerak pula ke Tasik Dayang Bunting.

Tasik Dayang Bunting
Kali pertama Marina jejak Tasik Dayang Bunting ni. Kiteorang diberikan masa sejam beronok-ronok di Tasik Dayang Bunting. Nak ke Tasik Dayang kena menaiki tangga. Marina tengok tangga ni dah lemah dah. Nasib baik tak setinggi di Skybridge. Sakit dah urat-urat kaki ni.

Nak masuk ke Tasik Dayang Bunting ni kena bayar rupanya. Harga tiket:
Dewasa : RM3.00
Kanak-kanak (6 tahun-12 tahun) : RM1.00

Selepas 15minit menaiki tangga, sampailah ke Tasik Dayang Bunting. Macam-macam aktiviti yang boleh dibuat di sini. Antaranya boleh mandi, berkayak dan ber 'paddle boat'.

Sejarah Tasik Dayang Bunting ni menyatakan, siapa yang susah nak dapat anak, boleh ikhtiar dengan mandi di tasik ini. Siapa sangkakan ada tasik air tawar di kawasan laut.


Gunung yang dikatakan menyerupai wanita mengandung. Kat tiang bot yang ada tali tu muka wanita.
Kaunter tiket masuk ke Tasik Dayang Bunting


Rugi pulak kalau tak buat aktiviti di Tasik Dayang Bunting ni. Marina, husband, anak-anak dan mak mertua menaiki 'paddle boat'. Tak payah susah payah kayuh, guna tenaga solar je. Tapi lambat kemain.




Eagle Feeding
Selepas dah beronok-ronok di Tasik Dayang Bunting, pemandu bot membawa kiteorang ke habitat helang. Di sini pemandu bot  melemparkan perut ayam untuk beri helang makan. Maka berduyun-duyunlah helang turun menyambar makanan. Masa mengikuti rombongan dengan arwah mak Marina, helang kemain banyak. Kalini tak banyak pulak helangnya. Dan pemandu bot yang ini hanya spend masa dalam 3 minit je kat sini. Kejap sangat. Tak puas tengok helang makan.



Beras Basah
Actually masa booking tiket ni Marina tak tau pon pakej Island Hopping ni apa yang include. Main booking je, janji pergi Island Hopping. Hihi. Selepas dah tengok helang makan, pemandu bot bawak kiteorang ke Beras Basah. Sesampai je di sini, semua macam blur-blur, tak tahu nak buatpe. Dahlah dibiarkan kami terdampar di sini selama sejam. Di tempat Beras Basah ni hanya ada sebuah kedai untuk membasahkan tekak. Ada chalet di sini tapi dah lama terbiar. Kalau bot-bot ni tak bawak pengunjung ke sini, mungkin pulau ni hanya tinggal pulau je.

Laut dah depan mata, tengok lagi? Tapi kiteorang tak bawak baju spare pon untuk mandi di sini. Tak tau pon akan ke sini. Anak-anak Marina je yang mandi. Mana boleh tengok je lautkan.

Air laut dia bersih. Cantik yakmat. Masa baru sampai ke Beras Basah ni, ada nampak anak-anak ikan kat laut ni. Dah habis sejam, kiteorang balik semula di lokasi pertama menaiki bot.

Island Hopping kami tamat setakat ni sahaja. Rombongan sebelum ni Marina tak pernah ke Tasik Dayang Bunting dan Beras Basah tapi kami dibawa ke sangkar ikan. Di situ kami diberi peluang untuk pegang ikan pari.






Tapak Sulaiman terdampar di Pantai Chenang
Pada sebelah petangnya, Marina dan anak-anak main di Pantai Chenang. Memang berbeza sungguh pantai di Beras Basah. Nasib baik bagi anak-anak mandi laut di Beras Basah. Laut di Beras Basah sangat bersih dan jernih airnya berbanding di Pantai Chenang. Di Pantai Chenang siap jumpa banyak tapak sulaiman terdampar di tepi pantai.


Pertunjukan Api
Marina pernah terbaca, di area Pantai Chenang diorang ada pasang bunga api. Tapi tak tahu hari apa. Husband Marina tanya staff di Malibest. Staff di situ kata, setiap hari ada pertunjukan api di Pantai Chenang. Marina ingatkan diorang pasang bunga api je.

Pada sebelah malamnya, kiteorang melepak di tepi pantai Chenang, tengok pertunjukan api. Bukan satu tempat je. Banyak tempat di sepanjang Pantai Chenang ni ada pertunjukan api. Kiteorang lepak Pantai Chenang sampai 10.00 malam.



Walaupon penat, tapi seronok dapat bercuti di Pulau Langkawi. Tenang je duduk sini.

14 comments:

  1. Alhamdulillah saya pun dah pernah sampai sini. Tp tak minum je lagi air tasik dayang bunting ni heheh

    ReplyDelete
  2. Kita ni nama ja org Kedah.. Tpi tasik dayang bunting tu xsampai2 lagi.. Huahua... Dasar sgt kan.. Selalu mcm tu la.. Org dekat yg xpi2 lagi.. Org jauh dah pusing hbis satu pulau dah

    ReplyDelete
  3. 1st pergi langkawi ni masa mengandung 5 bulan tahun 2007 hahaha..tak tau bila lagi nak pergi..husband dah bape kali ajak ni..cantik sungguh air laut kat beras basah tu ye..

    ReplyDelete
  4. Kalau tak silap kat Tasik Dayang Bunting tu banyak ikan keli. Kalau mandi kat situ ikan keli tu agak2 sengat ke tak?....hehe Lama dah tak repeat Langkawi ni.

    ReplyDelete
  5. lain kali nak pi sini jugaklah ....dulu pergi masa LIMA ...syok tengok jet turun naik ....tapi yg kelakarnya orang langkawi sendiri pulak tak suka katanya sebab bising dan sesak ...adehhh ..macam2 ....

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah penghujung Februari akan ke Langkawi lagi dan akan buat aktiviti Island Hopping gak. Dah tengok entry Langkawi nie kengkawan terus nak buat IH hahaha

    ReplyDelete
  7. Langkawi memang percuutian yang infah buat seisi keluarga... dulu selalu ke sana semasa suami urus makam Mahsuri.. banyak kenangan pahit mania di sana

    ReplyDelete
  8. Seronok kan pulau langkawi ni. In shaa Allah target tahun ni nak ke sini jugak. doakan saya ya :)

    ReplyDelete
  9. Langkawi ni antara salah satu tempat yang saya dah pergi dan bila balik rumah, rasa nak pergi lagi. Banyak benda best dekat sini walaupun dia kecil

    ReplyDelete
  10. Saya ke Langkawi mesti tak dapat ke Pulau ni. Teringin juga. Tapi dalam list mesti nak nyopping aje. Hahahah

    ReplyDelete
  11. Last pergi langkawi rasanya 5 tahun lepad kot? Pergi dengan kawan2. Lama sangat dah tak ke sana.

    ReplyDelete
  12. best island hopping ni.
    2010 dan 2015 aida join hopping ni.
    tasik dayang bunting, wajib la stop kan. cantik. sejuk air nyer...
    ada perubahan antara 2010 dan 2015 aida gi.
    2015 dah kena byr plak ha ha ha ha ha... sebelum tu free jer naik turun.

    ReplyDelete
  13. wau.. percutian yg menarik sgt.. terjumpa biters kat google.. :D

    ReplyDelete