Murad InvisiScar Resurfacing Treatment : Cara Hilangkan Parut Jerawat dengan Cepat dan Berkesan

Confident level dah tinggi bila parut lama bertapak kat muka dah hilangkan? Siapa tak seronok! Meh Marina share rahsia Marina hilangkan parut.

Marina tahu ada di antara korang yang suka sangat picit jerawat. Marina pon sama, suka sangat picit jerawat. Tangan ni gatal je nak picit jerawat. Tak menyabar tunggu dia hilang sendiri.

Punca Jerawat Timbul
Korang pon dah sedia maklumkan punca jerawat timbul tak kira la di muka, badan atau telinga.

Ada beberapa punca yang menyebabkan jerawat singgah di muka, badan atau telinga korang. Antara punca nya:
1. Cara pemakanan
2. Cara kehidupan
3. Kawasan persekitaran
4. Penjagaan kulit
5. Genetik

Parut Jerawat
Disebabkan geram tengok jerawat, ramai yang mengambil keputusan untuk memicit atau mengorek jerawat. Akibat daripada tindakan yang diambil, wujudlah parut jerawat. Tak kiralah perempuan atau lelaki, jerawat di mukalah yang paling memberi kesan sehingga menyebabkan kurang keyakinan terhadap diri sendiri. Malu nak berjumpa dengan kawan-kawan.

Cara Menghilangkan Parut Jerawat 
Marina percaya ramai dah cuba bermacam-macam produk, bermacam-macam petua tradisional untuk hilangkan parut jerawat kan?

Untunglah korang yang parut jerawatnya dah hilang selepas mencuba satu produk di pasaran atau membuat petua guna bahan dapur di rumah.

Antara petua tradisional yang biasa digunakan untuk menghilangkan parut jerawat:
1. Kulit pisang
2. Aloevera
3. Baking soda
4. Kulit kayu manis
5. Bawang putih

Murad InvisiScar Resurfacing Treatment
Murad InvisiScar Resurfacing Treatment merupakan formula pertama yang terbukti secara klinikal yang dapat mengurangkan saiz parut dan bekas jerawat dalam masa 8 minggu!

• Kandungan InvisiScar
- Vitamin C dan hydroxytyrosol mengurangkan bekas bintik-bintik jerawat
- Salicylic Acid Exfoliates mengurangkan tekstur parut

• Manfaat
Dengan rawatan 'Velvety-smooth' mampu mengurangkan saiz parut, kedalaman dan warna parut tersebut

• Sesuai untuk kulit jenis:
- Normal
- Kombinasi
- Berminyak
- Kering
- Sensitif


Berjaya Hilangkan Parut Dengan Murad InvisiScar Resurfacing Treatment
Percayalah Marina pernah buat semua petua tradisional. Memang makan masa. Tapi hasilnya masih tak memuaskan. Satu lagi terpaksa membersihkan muka selepas buat petua dari dapur ni kan?

Pernah Marina tanya kawan zaman study dulu, dia guna produk apa sebab kawan Marina tu pon kulitnya ada jerawat dan bekas jerawat. Selepas tu tengok kulitnya cantik sangat. Dia bagitau dia guna produk A. Marina pon gunala produk A ni. Bila Marina guna, kulit Marina jadi pedih dan menggelupas. Kulit Marina jadi berkeping. Tobat dah taknak guna. Sudahnye Marina cuci muka je tanpa menggunakan sebarang krim muka.

Dah bertahun Marina tak guna apa-apa krim treatment untuk parut kat muka Marina ni. Kulit Marina ni agak sensitif. Salah pilih produk muka, naikla jerawat. Dahla parut zaman umur belasan dulu tak hilang-hilang.

Kemudian, Marina diperkenalkan dengan produk Murad InvisiScar Resurfacing Treatment ni. Tengok feedback yang guna produk ni macam meyakinkan. Marina pon cubalah dalam 8 minggu.

Pendapat Marina tentang Murad InvisiScar Resurfacing Treatment ni, ia tidak berminyak dan cepat je meresap dalam kulit. Senang nak apply krim ni. Selepas guna Krim ni tak perlu basuh. Biar je krim tu di muka. Korang boleh pakai foundation macam biasa. Tak mengeringkan dan tak pedihkan kulit pon. Parut Marina yang dah puluh tahun ni dah makin pudar. Warna kulit hampir sekata. Tak nampak kesan parut. Parut jerawat yang berlekuk-lekuk ni pon dah nampak hampir tak berlekuk. 

Ohhh lupa plak nak bagitau. Murad Invisicar ni bukan untuk merawat parut jerawat je. Segala parut boleh dirawat. Parut chicken pox, parut luka tapi parut luka di hati tak dapat dirawat. Hihihi.

Korang yang ada parut tak hilang-hilang tu, Marina syorkan guna Murad InvisiScar Resurfacing Treatment ni. Korang akan berpuas hati dengan result dia.

Okeh Marina dah share rahsia Marina hilangkan parut. Harap membantu korang untuk hilangkan parut jugak.


Website : www.murad.com.my

Post a Comment

16 Comments

  1. aloe vera memang bagus untuk hilangkan parut. Wah boleh try ni nak hilangkan parut2 lama. nice sharing

    ReplyDelete
  2. Bahan-bahan ni memang untuk rawat parut jerawat, Vitamin C dan hydroxytyrosol mengurangkan bekas bintik-bintik jerawat serta Salicylic Acid Exfoliates mengurangkan tekstur parut. Good sharing.

    ReplyDelete
  3. Murad nie memang jenama yang boleh dipercayai sebab my aunty pun pakai nie, sampai sekarang dia memang tak pernah stop. Kulit licin dan moist macam zaman dia muda remaja lagi.

    ReplyDelete
  4. zul bangun pagi tadi, naik pula 3 ketul jerawat dekat muka. stress betul bila muka berjerawat ni sebab hilang keyakinan untuk jumpa orang

    ReplyDelete
  5. Sal pernah try guna aloevera untuk pudarkan parut jerawat. Memang berkesan cuma kena konsisten buat. Tak silap produk Murad ni dah lama dipasarankan ?

    ReplyDelete
  6. Zaman belajar dulu memamg pakai kulit kayu manis. Amik yang fresh ye dari pokok. Btw, kesan burning effect buat kulit muka pedih dan panas. Sekarang kalau ada jerawat guna Hiruscara atau yg sewaktu dengannya. After this boleh cuba Murad pula.

    ReplyDelete
  7. Bagus ni untuk test pada anak saya. Maklumlah remaja dgn jerawat berpisah tiada.. good sharing dan terima kasih info ini ya..

    ReplyDelete
  8. bestnya dapat hilangkan parut, kalau jeragat pun hilang kan best. ni baru tukar pencuci muka, kemain banyak jerawat naik kat muka, nak try la murad ni

    ReplyDelete
  9. owh baru tahu kulit pisang pun boleh guna untuk hilangkan parut jerawat... Tapi tu lah makan masa kan guna cara tradisional ni. Nk try lah produk marina rekemen ni.cam best jer...

    ReplyDelete
  10. bagus entry ni, mat drat suka Baca, Ada info punca jerawat Timbul,pasal parut jerawat dan yang penting ada cetita cara nak hilangkan parut jerawat

    ReplyDelete
  11. dah biasa dengar brand Murad ni so memang trusted brand sangat! Boleh cuba untuk pudarkan parut jerawat yang merata nih!hehe

    ReplyDelete
  12. Menariknya... Kita boleh kasi test produk ni kat anak kita ni. Maklumlah makin membesar maikin banyak lah masalah kulit dia. Thank you for this info. Good sharing beb

    ReplyDelete
  13. selalu dengar pasal produk ni..memang ramai yg bagi feedback positif...nanti boleh belikan itk anak saya since dia ada masalah dengan jerawat

    ReplyDelete
  14. Murad ni memang jenama yang sudah cukup dikenali sampai luar negara dan juga yang berkualiti tambah berkaitai dengan kulit ni kita sendiri pun yakin nak guna untuk parut yang banyak ni hehehehe... cuma tu lah harga barang baik harga pun baik hehehehe..

    ReplyDelete
  15. Boleh hilangkan parut.. boleh la sapukan kan kat anak, banyak sangat parut kat lutut..

    ReplyDelete
  16. I wanted to thank you for this great read!! I definitely enjoying every little bit of it I have you bookmarked to check out new stuff you post. Gold Coast Concrete Resurfacing

    ReplyDelete