Realme 5 Pro pilihan Pemain Mobile Legend!

Assalamualaikum. Hai.

Korang pemain tegar Mobile Legend atau PubG? Fon sediada bateri cepat kongg? Fon overheat? Bila cas, bateri fon lambat full? Ini jawapan untuk korang.

Pelancaran Realme 5 dan Realme 5 Pro

Pada 3 Oktober 2019 yang lepas di Ex8 Event Venue & Space, Realme Malaysia telah secara rasminya melancarkan telefon pintar quad kameranya yang pertama iaitu Realme 5 dan Realme 5 Pro, dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon 665 dan 712.

Realme 5 dan Realme 5 Pro telah dilancarkan oleh Mr. Hunter Wang, CEO of Realme Malaysia, Ms. Tiffany Teh, Brand Manager of realme Malaysia, Mr. KC Har, Product Manager of Realme Malaysia and Mr. Yoo Seung Hoon, Vice President of Lazada Malaysia,

Maskot Realme paling hujung kanan dan hujung kiri

Menarik Mengenai Realme

Realme telah ditbuhkan secara rasmi pada 4 Mei 2018 di mana pengasasnya Sky Li, bersama sekumpulan anak muda yang berpengalaman dalam industri telefon pintar. Seiring dengan tagline  'Dare to Leap', Realme merupakan sebuah jenama teknologi yang khusus dalam menyediakan telefon pintar berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.

Realme telah diangkat sebagai salah satu jenama Global TOP 10 Smartphones bagi suku kedua (Q2) tahun 2019 dengan pengguna berdaftar mencapat 10 juta dalam tempoh hanya setahun, menjadikannya jenama paling pesat berkembang.

Realme juga telah berkembang secara global ke lebih 20 buah negaraseperti China, India, Asia Tenggara, Eropah, Rusia, Pakistan, Afrika dan Mesir.

Aktiviti sebelum pelancaran

Sebelum pelancaran rasmi, pelbagai aktiviti menarik diadakan di situ. Game arcade diletakkan di situ dan yang hadir berpeluang bawa pulang hadiah. Refreshment pon ada disediakan.

Nampak tak mesin ada pickahu tu? Dahla main free. Kalau menang dapatla bawak balik pikachu. Marina nak main pon tak sempat. Ramai beno. 
Game Arcade


Marina sempatla bergambar dengan maskot dia.

Semasa masuk ke tempat pelancaran, kami diminta untuk memilih team. Team A atau Team B sebab semasa pelancaran tersebut akan buat game. Masa diminta untuk pilih team, tak tahu pon siapa team A, siapa team B. Marina pilih team A.

Pelancaran dimulakan dengan tayangan video 'Dare to Leap' dan tarian. Kemudian sesi perkenalan jenama Realme dan seterusnya mengumumkan harga Realme 5 dan Realme 5 Pro.






Ingatkan main game apala. Rupanya ada battle Mobile Legend. Team A under Mr. KC Har manakala team B under Ms. Tiffany Teh. Kami jadi penonton je. Pemain Mobile Legend pon turut hadir di Majlis pelancaran ni. Yang Marina ingat nama timangan diorang Arab dan Hyhy.



Dan pemenangnya adalah Team A. Dapatla free tiket dari MBO Cinema. Bolehla layan citer Maleficient nanti. Hehe.

Goodies berupa Topi fisherman. Ada dapat yang lain dan free tiket Movie untuk Team A

Realme 5 - Quad Camera PowerHero

● Dilengkapi dengan Snapdragon AIE iaitu enjin Qualcomm AI generasi ketiga berdasarkan cip pemprosesan 11nm octa-core yang beroperasi pada kelajuan jam 2.0GHz seiring dengan prestasi permainan yang dipertingkatkan.
● Didapati dalam dua warna baru - Crystal Blue dan Crystal Purple
● Mempunyai paparan 6.5 inci Full HD+
● Audio dan video berkualiti tinggi
● Rekabentuk diamond-cut dan sentuhan hologram memberikan ilusi tesktur 3 dimensi
● Quad kamera AI - 119° sudut ultra-lebar (8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP), serta AI kamera hadapan (13MP).
● Bateri 5000 mAh
● Sistem operasi ColorOS 6.0 berdasarkan android 9.0 Pie
Harga Realme 5, 3GB RAM+64GB ROM RM599
Harga Realme 5, 4G RAM+128GB ROM RM799

Realme 5 - Quad Camera SpeedMaster
● Snapdragon 712 AIE, dengan CPU berkelajuan 2.3GHz yang juga dikenali sebagai enjin AI generasi ketiga yang membantu mempercepat pengkomputeran AI bersama GPU Qualcomm Andreno 616
● Didapati dalam dua warna - Crystal Green dan Sparkling Blue
● Quad Kamera, realm 5 Pro dilengkapi 119° lensa sudut ultra lebar (8MP), 48MP kamera utama Sony IMX 586, lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP).
● Kamera depan Sony IMX471 AI 16MP
● Paparan skrin 6.3 inci FHD+ dewdrop
● Warna hologram nanometer dengan tekstur visual berlapis pada penutup belakangnya
● Dilengkapi dengan set 20W VOOC Flash Charge 3.0
Harga Realme 5 Pr, 8GB RAM+128GB ROM RM1099



Untuk maklumat lanjut berhubung jualan online di platform Lazada korang boleh ke : website http://bit.ly/realme5remind

Untuk mengtahui lokasi kedai realme berhampiran korang, boleh ke website : https://realmemalaysia.ucraft.net/


Are you 'Dare to Leap?'

21 comments:

  1. Aduh... Terjatuh cinta lak ngan Realme 5 ni.. Harga pun cun

    ReplyDelete
  2. Nampak mobile legend tu terus baca smpai hbis! ya Allah jatuhkan lah segedebuk wang nak beli nak beli. mmg tgah usya2 pun tpi usya jelah mmpu huhuhu Blogwalking weekend sini :D

    ReplyDelete
  3. omg phone ni camera dia POWER GILER!!! serius mmg jatuh cinta dh la hrga berbaloi sgt!!

    ReplyDelete
  4. Alaaa...macma menarik jer plak Realme ni..kalau tau hari tu belikan kakak dania hp ni..untuk blogger sesuai tak..tapi tu la..SA memang x berapa suka ngan games..so x sesuai la kot kan...eh...kalau bg free SA nak aje..pas tu jual...hahahaha

    ReplyDelete
  5. Dah tergoda dengan kamera dia.. Warna pun cantik. Harga dahla murah

    ReplyDelete
  6. wahhh bagus juga ya spesifikasi REALME 5 dan yang PRO tu. harga pon berpatutan. no wonder skrg ramai yang sarankan utk beli dan pakai Realme. not bad lah. warna dia pon nice dan menarik

    ReplyDelete
  7. Sabar Rawlins. Jangan buat keputusan melulu - walaupun memang spesifikasi dia sangat menarik hati jiwa dan kalbu. Sabar ye.
    Tergoda dengan kamera dia plak nie.

    ReplyDelete
  8. nice! banyaknya handphone canggih sekarang lepas tu jauh lebih murah kalau nak compare harga dulu. dulu nak dapat yg canggih kemain mahal. sekarang ni tak smpai seribu pun dah canggih dah.

    ReplyDelete
  9. KITA DAH CUBAAAAAAAAAAA. Kamera dia bapak cantik high quality harga dia dah lah murah yg satu tu. Pro ada up sikit harga buttt tak lah semahal phone lain. And this is really a good option tanpa perlu bergadai nak membeli!

    ReplyDelete
  10. uih, tara tu ye realme ni. hebat betul features yang diberikan kepada pelanggan. memang puas hati btoi btoi ni. dengan harga yang tak rabak poket. berbaloi.

    ReplyDelete
  11. Wah best betul feature smartphone real me. Paling tak tahan camera dia tu. Harga puj berpatutan. Boleh lah beli buat 2nd hp.

    ReplyDelete
  12. Adudu tengok handphone realme nampak best pulak. Tengok spec realme ni memang best dan gempak lah. Ni yang buat gatal tapak tangan nak beli ni.

    ReplyDelete
  13. makin banyak brand baru handphone ni, menunjukkan demand is very very hard kan. jadi pengguna pun dapat banyak pilihan

    ReplyDelete
  14. Dah try belek-belek & bergambar guna Realme 5 Pro tu. Memang cantik hasil gambar dia, siap ada bokeh gitu. Mula-mula ingat mahal rupanya harga mampu milik. best ni.

    ReplyDelete
  15. Menarik Realme 5 Pro ni. Harga pun mampu milik. Sesuai la kalau golongan muda dapatkan, especially yang suka online games tu. Realme ni pastinya pilihan terbaik..

    ReplyDelete
  16. Ya Allah harganyaaaa. Nasib baik baru beli. Handphone mesra game ni mesti suami suka. Hehe. Kadang dia suka main game ni. RAM besar, memori besar. Mmg pilihan tepat

    ReplyDelete
  17. Suka dengan goodies dia. Kita pun dapat topi dia.. cute sangat kan..tp hp no spec dia mmg utk gamers

    ReplyDelete
  18. Camera tu... Sangat menggamit hatiku sehhhh... Kaki selfie and wefie mesti suka sebab boleh focus lagi clear bila guna camera depan tu... Harga pun berpatutan... For gamers pun sesuai... Okay, sesuai untuk saya ni... Hehehehe...

    ReplyDelete
  19. Ingatkan sticker ape lagi tadi berbentuk rama2 ungu ni. Rupanya trademark hehe. Mcm besar sgt je. Anyway, realme ni baru setahun dh 10 juta pengguna. Giler laju tu . Tahniah diucapkn atas pencapaian memberangsangkn ni

    ReplyDelete