Maleficient : Mistress of Evil Filem Terakhir Maleficient?

Assalamualaikum. Hai.

Marina taknak jadi spoiler movie. Korang pon mesti dah baca sinopsis pasal cerita Maleficient: Mistress of Evil ni kan? Marina tak baca pon sinopsis cerita ni, so bila tengok movie ni agak teruja sikit jalan cerita dia. Marina just share my two cent pasal Movie Maleficient: Mistress of Evil ni. Ada yang takut nak pi tengok movie ni, takut kecewa Maleficient berubah perwatakan daripada Maleficient 1. 


Filem : Maleficient: Mistress of Evil
Genre : Action, Comedy
 Running Time:  1 Jam 58 Minit
Pelakon Utama:  
Angelina Jolie, Elle Fanning, Michelle Pfeiffer, Chiwetel Ejiofor, Sam Riley, Ed Skrein, Imelda Staunton, Juno Temple, Lesley Manville
Pengarah: Joachim Ronning

Sinopsis :
Puteri Aurora telah bersetuju untuk berkahwin dengan Putera Philip. Apabila Diaval menyampaikan berita itu pada Maleficient, Maleficient sekeras-kerasnya menentang kerana dia percaya perkahwinan antara Puteri Aurora dan Putera Philip akan berakhir dengan tidak baik.

Persengketaan antara Maleficient dan Ratu Ingrith bermula semasa Maleficient dijemput makan malam di istana. Maleficient menjadi berang apabila Ratu Ingrith mengatakan Puteri Aurora akan mempunyai ibu dan keluarga yang sebenar. Maleficient hilang sabar dan menunjukkan kuasanya. Dengan tak semena-mena Raja John dikatakan terkena sumpahan Maleficient. Maleficient dituduh telah mengenakan sumpahan ke atas Raja John di mana Raja John tidur buat selama-lamanya seperti Puteri Aurora di filem Maleficient 1.



Review :

Persengketaan Antara Maleficient dan Kerajaan Ulstead
Seperti filem Maleficient 1, Maleficient: Mistress of Evil ini masih mengisahkan persengketaan antara Maleficient dan manusia. Kali ini persengketaan berlaku di antara Maleficient dan kerajaan Ulstead iaitu kerajaan milik Raja John, ayahanda kepada Putera Philip. Di dalam filem ini Maleficient tidak keseorangan menentang Ulstead. 

Kaum Dark Fey dulunya mula menyembunyikan diri apabila manusia tiada belas kasihan memburu dan membunuh kaum ini akibat perasaan dendam. Kaum Dark Fey muncul kembali apabila cubaan membunuh oleh kerajaan Ulstead dilakukan ke atas Maleficient yang dipercayai merupakan keturunan terakhir Phoenix. 

Jangan Mudah Terpedaya, Selidik Dahulu  
Kepercayaan Puteri Aurora terhadap Maleficient mulai goyah apabila Raja John disumpah tidur buat selama-lamanya. Puteri Aurora berang dan meminta Maleficient menarik balik sumpahannya. Maleficient menyatakan dia tidak berbuat apa-apa, tetapi Puteri Aurora tidak percaya dan mengendahkannya apabila Maleficient mengajak Puteri Aurora balik ke Moors.

Berperikemanusiaan
Semasa peperangan bermula, Putera Philip yang mempunyai peluang untuk membunuh Borra, tidak meneruskan niatnya. Putera Philip mahu menamatkan persengketaan ini yang berpunca dari ibunya, Ratu Ingrith dan ingin hidup harmoni bersama kaum Dark Fey. Tindakan itu dilihat oleh Maleficient seterusnya menyedarkannya bahawa masih ada manusia yang bersifat perikemanusiaan. 

Sanggup Berkorban Demi Sahabat
Penghuni Moors dihapuskan seorang demi seorang di Ulstead sewaktu menghadiri majlis perkahwinan Puteri Aurora dan Putera Philips. Penghuni Moors telah diperdayakan oleh kerajaan Ulstead, dikurung di tempat berlangsungnya majlis perkahwinan. Untuk menghentikan kekejaman itu, Flittle telah mengorbankan dirinya untuk melengahkan masa supaya sahabat yang lain terselamat. 

Sepandai-pandai Tupai Melompat Akhirnya Jatuh ke Tangan Juga
Puteri Aurora mendapat visualization daripada Mesin Spinning yang Ratu Ingrith la dalangnya sehingga tercetus peperangan antara kaum Dark Fey, penghuni Moors dan kerajaan Ulstead. Ratu Ingrith menerima balasannya apabila Maleficient telah menukarnya menjadi seekor kambing.

Kemarahan Tidak Akan Menyelesaikan Masalah
Semasa berada di tempat persembunyian kaum Dark Fey, Maleficient banyak berfikir. Melihat kaum Dark Fey yang terpaksa hidup menyembunyikan diri bersama keluarga, perasaan Maleficient bercampur baur, kecewa, terluka, marah dan macam-macam perasaan yang wujud dalam dirinya. Maleficient mengambil keputusan untuk menyahut peperangan yang dimulakan oleh kerajaan Ulstead untuk melindungi kaumnya. Akhirnya dia sedar kemarahan sehingga tercetusnya peperangan tidak akan menyelesaikan apa-apa.

Kesimpulan
Marina nak bagi jalan cerita dia 10/10 boleh tak? Hihi. Cuba jugak mencari kekurangan semasa tengok cerita ni. Tapi speechless. Memang mantap. Mungkin sebab tak baca trailer dia. Tersentuh hati Marina tengok movie Maleficient: Mistress of Evil ni. Maleficient masih ada sifat pertimbangan walaupon dikecewakan dan terpaksa melihat kaumnya dibunuh. Walaubagaimanapon Marina suka pengakhirannya. Jalan cerita yang bagus. Anak-anak Marina pon enjoy. Marina tertanya-tanya adakah ini filem Maleficient yang terakhir?

Orait. Sampai sini saje Marina share pendapat Marina mengenai filem Maleficient: Mistress of Evil ni. Korang dah tengok blom?  

18 comments:

  1. Haha, no spoiler please. Gonna watch this movie soon & I also like a good ending to every story. So old fashioned of me!

    ReplyDelete
  2. Gaya dan penulisan ini pun rasa minat dan teruja nak tonton movie ini. Terima kasih kak share informasi ini hehe

    ReplyDelete
  3. tak tengok lagi movie ni tapi ramai yang kata ok best..

    ReplyDelete
  4. BBL memang tertunggu sambungan sekuel maleficient ni. tak sangka best betul, sesuai jugak bawak anak-anak tengok bersama kan

    ReplyDelete
  5. Belum tonton lagi movie ni tetapi apabila ada Angelina Jolie yang berlakon dah tentu filem ini bagus kan

    ReplyDelete
  6. Menarik. Bolehlah tonton di wayang :)

    ReplyDelete
  7. My fav actress angelina jolie.. tapi suka betul dia dlm watak ni.. Macam sesuai sgt dengan muka dan karektor. Nnt nak tgk la sbb yg 1st tu pun best

    ReplyDelete
  8. Tak tengok lagi movie ni.. Tapi confirm mmg best sebab tengok yang pertama pun tak pernah jemu.. Hehee.. Nanti kalau ada masa nak oergi tengokla.. Kata ada siap yang mennagis.. Hehe

    ReplyDelete
  9. Belum tengok movie ni lagi. Tapi ramai bagi feedback yang movie ni bagus dan mantap. Ada juga terbaca spoiler movie ni dekat fb. Tapi lain orang lain pendapatnya betul tak.. Majoriti kata best

    ReplyDelete
  10. Belum tonton lagi movie ni, tapi ramai kata best. So kita nervous baca sampai habis. Risau tertahu ending. Hahaa

    ReplyDelete
  11. Wife dah ajak menonton, tapi Tak sempat lagi nak tonton. Mesti best sbb ada Angelia Jolie

    ReplyDelete
  12. I like the first episode a lot but haven had the chance to go to the cinema yet can't wait to watch it especially after reading your review

    ReplyDelete
  13. Ada tengok orang review kat FB cite malificent ni. Macam okei jugak lah sebab konflik kekeluargaan gtu. Kalau berkesempatan boleh mek tengok nanti.

    ReplyDelete
  14. Macam best je!

    Hi Marina, Atul ada tag marina untuk giveaway tau. jemput tengok di link ni

    https://www.atulhamid.com/2019/11/comeback-giveaway-by-farah-farhana.html

    ReplyDelete