Movie Review : Spider-Man : Far From Home

Asalamualaikum. Hai.

Semalam Marina satu family pegi tengok Spider-man: Far From Home kat Aeon.

Masa nak beli popcorn tu ada sorang budak ni siap pakai spiderman punya suit lagi merayau-rayau kat area panggung wayang. Nak tengok wayang spiderman jugak gamaknye. Fanatik sangat tuh. Nak ambik gambar kang takut bapaknye marah. Mampu tengok je la.?

Cerita Spider-Man ni adalah susulan daripada movie Avengers : End Game. Dalam movie Avengers ni Iron Man terkorban. Semua berduka dengan kematian Iron Man.

Kisah bermula bila Nick Fury mencari Spider-Man untuk membantu menyelamatkan dari Elemental. Nick Fury memberikan barang kepunyaan Iron Man kepada Spider-Man untuk diwarisinya.

Spider-man tak yakin dengan dirinya layak untuk dipilih selepas kematian Iron Man. Tambahan dia remaja dan naluri untuk bebas dan bercinta kuat daripada menjadi hero untuk menyelamatkan dunia.

Akhirnya Spider-man terpaksa bertanggungjawab atas pilihannya sendiri bila dia telah salah memilih.

Pada pendapat Marina  movie ni, tak berapa bestla. Rasa diperbodohkan dan ditipu. Part control minds tu, Marina rasa cam bosan sikit.

Tapi secara keseluruhannya boleh layanla. Korang dah tengok blum?


-bymarinabashah-


2 comments: