Raya Macam Dulu-Dulu, Hari-Hari Sentiasa Di Sisi | Bila bercakap tentang persiapan Hari Raya, antara perkara yang paling dinanti setiap tahun ialah shopping baju raya. Dari dulu sampai sekarang, membeli baju raya bersama keluarga sentiasa menjadi tradisi yang menyeronokkan. Kalau dulu Marina ikut mak ayah mencari baju raya. Kini Marina pula bawa anak-anak membuat persiapan mereka sendiri. Baru-baru ini Marina bawa anak-anak pergi mencari baju raya di Pusat Pakaian Hari-Hari kerana di sini mudah untuk mencari pakaian raya untuk seisi keluarga. Setiap kali datang ke sini, suasana itu selalu mengingatkan Marina kepada kenangan shopping baju raya bersama mak ayah suatu ketika dahulu.
Memori Shopping Raya Bersama Mak Ayah
Semasa kecil dulu, dalam setahun, sehari tu je pergi beli baju raya. Mak ayah akan memilih satu hari khas untuk keluar membeli persiapan raya. Hari itu memang seronok walaupun penat sebab berpuasa.
Kiteorang akan bersiap awal dan pergi ke bandar atau pekan untuk mencari pakaian raya. Walaupun perlu pergi ke satu kedai pakaian ke kedai pakaian yang lain kerana tidak banyak pilihan, suasananya tetap meriah. Tengok deretan baju kurung, baju Melayu dan pakaian kanak-kanak yang tergantung di dalam kedai pun sudah cukup membuatkan kami teruja.
Walaupun memilih baju raya itu nampak sederhana, sebenarnya itulah momen yang paling menyeronokkan. Biasanya kiteorang tidak membeli banyak pakaian. Kadang-kadang hanya sepasang baju raya sahaja, tetapi kegembiraan yang dirasakan memang sangat besar. Sekarang semua itu hanya tinggal kenangan. Mak ayah dah pergi menghadap Ilahi.
Shopping Raya Di Pusat Pakaian Hari-Hari – Kembali Menghidupkan Kenangan
Sempena musim raya kali ini, Pusat Pakaian Hari-Hari 2026 berkonsepkan “Raya Macam Dulu-Dulu, Hari-Hari Sentiasa Di Sisi” dibawakan untuk menghidupkan kembali nostalgia raya yang penuh dengan kenangan indah.
Pusat Pakaian Hari-Hari ini memang sesuai untuk bawa keluarga membeli persiapan raya kerana pilihan pakaiannya sangat banyak. Daripada pakaian dewasa sehinggalah pakaian kanak-kanak, samping, songkok, semuanya boleh didapati di bawah satu bumbung. Ini memudahkan mak ayah yang ingin membeli pakaian raya untuk seluruh keluarga tanpa perlu pergi ke banyak kedai.
Anak-anaklah yang paling seronok apabila datang ke sini. Mereka akan berjalan satu tempat ke satu tempat yang lain sambil melihat warna dan design baju yang mereka suka. Mereka mencuba beberapa pilihan sebelum membuat keputusan.
Bagi Marina, momen seperti ini sangat berharga. Ia bukan sekadar tentang membeli pakaian, tetapi tentang masa yang diluangkan bersama anak-anak.
Tanpa kita sedar, pengalaman shopping raya bersama keluarga inilah yang akan menjadi memori yang mereka ingat suatu hari nanti.
Bawa mereka shopping raya.
Luangkan masa bersama keluarga.
Nikmati suasana menjelang hari raya seperti dulu.
Kerana suatu hari nanti, semua itu akan menjadi memori paling berharga buat mereka.
Promosi Istimewa Raya – Jangan Lepaskan Peluang
Bagi korang yang sedang mencari persiapan raya, sekarang adalah masa terbaik untuk mendapatkan tawaran menarik.
Bermula 21 Februari, terdapat promosi istimewa di Pusat Pakaian Hari-Hari sempena musim perayaan.
Freegift Sampul Duit Raya
Untuk setiap pembelian RM120 dan ke atas, korang akan menerima Freegift Sampul Duit Raya secara percuma. Tak payah dah susah-susah korang beli sampul duit raya.
Freegift Woven Beg
Bagi pembelian RM200 dan ke atas, korang juga akan menerima Freegift Woven Beg yang eksklusif. Beg ini bukan sahaja cantik, tetapi juga praktikal untuk digunakan pergi shopping.
Jualan Clear Stock Baju Raya
Pusat Pakaian Hari-Hari juga buat jualan clear stock baju raya dengan harga yang sangat berpatutan. Harga yang ditawarkan adalah RM5, RM10 dan RM25. Bajunye cantik-cantik tau.
Ini adalah peluang terbaik untuk mendapatkan baju raya pada harga yang sangat murah tanpa perlu berbelanja besar.
Dengan pilihan harga seperti ini, korang boleh membeli lebih daripada satu pasang untuk anak-anak atau ahli keluarga.
Cipta Memori Raya Untuk Generasi Seterusnya
Setiap generasi mempunyai kisah raya mereka sendiri. Jika dulu kita mencipta memori bersama mak ayah, sekarang mungkin giliran kita pula untuk mencipta kenangan baru bersama anak-anak kerana suatu hari nanti, mereka juga akan berkata:
“Raya dulu-dulu paling best.”
Dan mungkin ketika itu, mereka sedang mengingat kembali kenangan bersama kita.
Raya Macam Dulu-Dulu, Hari-Hari Sentiasa Di Sisi
Hari Raya bukan sekadar tentang baju baru atau rumah yang dihias cantik. Ia adalah tentang memori, keluarga dan kebersamaan.
Kenangan shopping raya bersama mak ayah, suasana rumah yang meriah dan pagi raya yang penuh emosi, semuanya menjadikan hari raya sangat bermakna.
Sempena raya ini, marilah kita kembali menghidupkan semula semangat raya macam dulu-dulu, seiring dengan tema Pusat Pakaian Hari-Hari, “Raya Macam Dulu – Dulu, Hari-Hari Sentiasa Di Sisi.”
Jangan lepaskan peluang menikmati promosi istimewa bermula 21 Februari dengan pelbagai hadiah percuma serta jualan clear stock baju raya bermula dari RM5 sahaja.
Hari Raya bukan hanya tentang hari ini sahaja.
Hari Raya adalah tentang memori yang akan kita ingat sepanjang hidup.














0 Comments