Tips Persediaan UPKK 2025 : Kuasai Subjek KAFA Bersama Fly High Education Centre

Tips Persediaan UPKK 2025 : Kuasai Subjek KAFA Bersama Fly High Education Centre | Bila anak-anak dah melangkah ke Tahun 5, UPKK mesti menjadi bualan di antara kalangan ibu bapa. Bagi sesetengah ibu bapa, peperiksaan ni dah cukup membuatkan mereka risau. Tapi bagi yang dah biasa dengan sistem KAFA, UPKK ni bukan sekadar ujian. Ia adalah penilaian tentang sejauh mana anak-anak kita faham dan amalkan ajaran Islam yang mereka belajar sejak kecil.

Salah satu pusat bimbingan yang banyak bantu pelajar untuk persediaan menghadapi UPKK dengan cara yang menyeronokkan ialah Fly High Education Centre, di bawah bimbingan Ustaz Azhari bin Sulaiman Al-Haj. Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam pendidikan Islam, beliau bawakan pendekatan pembelajaran yang santai tapi berkesan. Bukan sekadar kejar A, tapi membentuk akhlak dan keyakinan diri anak-anak.

UPKK 2025


Apa Itu UPKK Sebenarnya?

UPKK atau Ujian Penilaian Kelas KAFA diperkenalkan oleh JAKIM sejak tahun 1999 sebagai cara menilai murid KAFA di seluruh Malaysia. Ia dijalankan apabila murid berada di Tahun 5, dan markahnya diambil kira sebagai penilaian akhir KAFA pada Tahun 6.

UPKK ini bukan seperti peperiksaan sekolah biasa. Ia seimbang antara teori dan praktikal. Ianya bukan sekadar jawab soalan di atas kertas, tetapi juga diuji dari segi bacaan Al-Quran, solat dan akhlak seharian. 

UPKK diwujudkan untuk mengukur tahap kefahaman murid dalam ilmu Islam yang diajar di KAFA dari Tahun 1 sampai Tahun 5. Peperiksaan ini adalah bertujuan untuk menilai sejauh mana penguasaan anak-anak dalam ilmu agama dan bukan sekadar menghafal tetapi betul-betul faham dan boleh amal.


Sistem UPKK

● Ujian Bertulis dan Lisan – melibatkan subjek teori seperti Ulum Syariah, Adab, Sirah dan Lughah Al-    Quran.
● Ujian Amali (Praktikal) – untuk subjek yang memerlukan demonstrasi, contohnya Tilawah, Tadarus 
    dan Amali Solat.


Fly High Education Centre

Fly High Education Centre muncul sebagai satu alternatif yang makin mendapat kepercayaan ibu bapa sejak diasaskan pada tahun 2019 di Shah Alam. Sebagai pusat tuisyen yang menerapkan kedua-dua kelas bersemuka dan dalam talian, mereka memberi fleksibiliti kepada pelajar yang mahukan suasana belajar tradisional atau yang lebih selesa belajar dari rumah.

Fly High tidak hanya fokus pada subjek sekolah biasa, malahan mereka juga aktif menganjurkan kelas persediaan untuk peperiksaan penting seperti UPKK dan PKSK. Sebelum ini Fly High telah menjalankan “Gempur UPKK” bersama Ustaz Azhari Sulaiman yang menjadi salah satu program di mana menarik ramai pelajar Tahun 5 yang mahu membuat persediaan awal dengan teknik menjawab soalan KBAT, latihan intensif dan ulang kaji topik-topik penting.

Di samping itu, mereka juga ada mengadakan bengkel seperti “Jelajah PKSK” yang bukan sekadar ulang kaji, tetapi juga membina keyakinan dan kemahiran pelajar menghadapi ujian bertaraf nasional. Dengan modul yang disediakan, guru yang berpengalaman dan suasana pembelajaran interaktif, Fly High telah menjadi pilihan ramai ibu bapa yang mahukan persediaan bukan sahaja untuk keputusan yang baik, tetapi juga pembentukan sahsiah dan keyakinan diri anak-anak.


Kenali Ustaz Azahari Sulaiman Al Haj (ABI) - Penganalisa Soalan UPKK Terbaik!

Di sebalik kejayaan ramai pelajar KAFA yang berjaya dengan cemerlang dalam UPKK, nama Ustaz Azhari bin Sulaiman Al-Haj memang tidak asing lagi. Beliau bukan sekadar guru agama, malahan seorang pendidik yang menjadikan ilmu Islam sesuatu yang mudah difahami, menyeronokkan dan dekat dengan jiwa pelajar.

Berpengalaman lebih 20 tahun dalam dunia pendidikan KAFA, Ustaz Azhari telah mencurahkan ilmu dan bimbingan kepada ribuan pelajar di seluruh Malaysia. Beliau diiktiraf sebagai Guru Cemerlang Negeri Selangor, khusus dalam bidang pengajaran UPKK, satu pengiktirafan yang mencerminkan dedikasi dan kualiti pengajarannya.

Beliau merupakan penulis buku rujukan “Nota Padu UPKK” berdasarkan sukatan terkini KAFA/JAKIM 2.0 yang mengandungi sebanyak 272 muka surat dan merangkumi subjek penting seperti Akidah, Ibadah, Sirah, Adab, Bahasa Arab dan Jawi.

Selain itu, Ustaz Azhari juga merupakan guru ikon di Fly High Education Centre, pusat tuisyen bersemuka dan online yang ada di Shah Alam. Beliau percaya bahawa untuk anak-anak kecil, ilmu agama bukan sekadar dihafal, tapi perlu dihidupkan dalam jiwa. Falsafah itulah yang beliau bawa dalam setiap kelas, sama ada secara bersemuka mahupun dalam sesi atas talian seperti “Kelas Gempur UPKK” atau “Meroket UPKK”, anjuran Fly High Education Centre.

Fly High Education Centre


Testimoni pelajar UPKK bersama Fly High Education Centre

Setiap kejayaan pelajar di Fly High Education Centre bukan datang secara kebetulan. Di sebalik setiap A yang mereka capai, ada usaha, bimbingan dan suasana pembelajaran yang penuh dorongan daripada para tenaga pengajar. Ramai pelajar sendiri mengakui, apa yang mereka dapat di Fly High bukan sekadar ilmu untuk lulus peperiksaan, tetapi keyakinan untuk terus percaya pada diri sendiri.

Daripada seorang pelajar yang dulunya lebih banyak bermain, kini berubah jadi lebih fokus dan bersemangat untuk belajar. Hasil tunjuk ajar, kesabaran dan pendekatan mesra guru-guru di Fly High Education Centre menjadikan suasana pembelajaran yang santai dan berkesan, menjadikan anak-anak lebih seronok datang ke kelas dan mudah faham apa yang diajar.

KAFA




Kelas UPKK yang bakal berlangsung 

Menjelang musim peperiksaan UPKK yang semakin hampir, Fly High Education Centre kembali membuka peluang kepada pelajar KAFA untuk sertai kelas persediaan UPKK yang akan datang. Kelas ini dirancang khas untuk bantu pelajar faham dengan lebih mendalam setiap subjek, sambil membina keyakinan dan minat terhadap ilmu agama.

Dengan pengalaman tenaga pengajar yang berpengalaman dan suasana pembelajaran yang menyeronokkan, program kali ini dijangka beri impak besar kepada prestasi pelajar. Bukan sekadar untuk lulus, tapi untuk benar-benar faham dan hayati ilmu yang dipelajari. 

Kelas UPKK Fly High Education Centre akan datang akan diadakan pada :
● 19 Oktober 2025 - secara bersemuka akan diadakan di UKM Bangi.
● 21 Oktober 2025 - Harga Rahmah RM50 secara atas talian akan diadakan di aplikasi Zoom. Kelas 
   PERCUMA untuk 6 subjek akan diadakan pada 21 dan 22 Oktober 2025.





Promosi Kelas UPKK RM4 Kembali!

Tak perlu bayar mahal untuk bagi anak-anak memahami subjek UPKK. Dengan hanya RM4 satu sesi, ibu bapa dah boleh bantu anak-anak membuat persediaan untuk UPKK dengan cara yang menyeronokkan dan berkesan.

Fly High Education Centre boleh membantu anak-anak Tahun 5 dan 6 ulang kaji semua subjek penting UPKK dengan cara yang mudah difahami. Interaktif, fleksibel dan sesuai untuk anak-anak yang perlukan suasana belajar santai tetapi tetap fokus.



Cara Mendaftar Kelas UPKK di Fly High Education Centre

Bagi ibu bapa yang berminat, Fly High Education Centre kini membuka pendaftaran bagi kelas persediaan UPKK yang akan datang. Ibu bapa boleh mendaftar di salah satu nombor whatsapp di bawah :










Post a Comment

0 Comments