Team Bonding Anak-Anak Hoki di Homestay Dengan Kolam Renang di Ipoh

Team Bonding Anak-Anak Hoki di Homestay Dengan Kolam Renang di Ipoh | Baru-baru ini Marina menginap di homestay yang ada kolam renang di Ipoh bersama anak-anak hoki dan warga ibu-ibu. Program ni diadakan sempena meraikan pencapaian pasukan hoki sekolah yang berjaya dapat tempat ke-4 dalam Kinta Utara. Pencapaian yang sangat membanggakan sebab dah lama team hoki sekolah tak bawa balik pingat!

Anak-anak ni yang request homestay yang ada kolam. Para ibu bapa sepakat untuk adakan makan-makan dan penginapan semalaman di homestay. Nak reward sikit untuk effort dorang. 

Tempat yang menjadi pilihan ialah Homestay 39 di Ulu Kinta. Serius, tempat ni memang sangat selesa dan sesuai untuk gathering macam ni. 

Homestay di"sponsor" oleh salah seorang parents, ada yang menyumbangkan makanan dan ada juga yang menyumbangkan duit. Semua berpakat untuk menjayakan program ni. Walaupun simple, tapi sangat bermakna.



Homestay 39, Ulu Kinta : Selesa, Lengkap & Sesuai Untuk Gathering

Tempat yang dipilih ialah Homestay 39 di Ulu Kinta, Ipoh. Lokasi dia tenang, rumah dua tingkat dan ruang dia sangat selesa untuk group macam kami. Banyak facilities yang disediakan di sini.

 ● 6 bilik tidur – dua kat bawah (satu tu comel je, kecil muat sorang dua), empat bilik lagi kat tingkat atas.
● 3 bilik air.
● Fully aircond, dari bilik, dapur sampai ke ruang tamu.
● Dapur kering dalam rumah dan dapur basah kat luar. Tempat BBQ juga disediakan.
● Peralatan dapur seperti periuk, kuali, periuk nasi, pinggan dan cawan.
● TV dengan Disney+ Hotstar 
● Peralatan lengkap – penapis air, tuala, sejadah, mesin basuh, peti ais, seterika semua disediakan.
● Ada juga indoor games macam mini snooker dan carom.
● Ada court badminton
● Parking luas, muat dalam 6-7 kereta. 
● Yang paling menarik, kolam renang besar gila! Pada waktu malam suasana dia cantik sangat, air dalam kolam renang tu rasa suam-suam. Sakan anak-anak mandi, ada yang sampai tak nak naik!




Kenapa Homestay 39 Ulu Kinta Patut Masuk Dalam Wishlist Korang?

Kalau korang tengah cari penginapan selesa di Ipoh untuk aktiviti keluarga besar atau rombongan sekolah, Homestay 39 di Ulu Kinta ni memang recommended. Dengan kolam renang besar, rumah yang luas, lengkap dengan semua kemudahan asas, tempat ni memang berbaloi sangat untuk harga dan pengalaman.

Paling penting, suasana yang tenang dan ruang yang cukup luas buatkan anak-anak selesa dan bebas bergerak. Parents pun tenang hati nak pantau anak-anak sambil lepak, masak dan berborak dengan yang lain.



Program Hari Pertama

Program mula Jumaat tengahari. Parents yang free boleh datang awal sikit untuk tolong setup dan lunch. Menu yang disediakan :
● Laksa
● Nasi putih, ayam masak kicap, sayur masak lemak putih dan daging kari.

Petang tu, anak-anak dah conquer kolam. Tak sempat pun nak tengok TV, semua terjun kolam dulu. Parents pun rilek je sambil sembang dan siapkan persiapan malam.

Pada sebelah malam, program disambung dengan menyambut birthday salah seorang pemain hoki dan raikan anak-anak hoki. Ada yang sponsor kek untuk anak-anak hoki ni. Menu pada waktu malam :
● Pizza
● BBQ ayam, daging dan sosej
● Nasi goreng
● Pulut rendang
● Jajan

Selepas acara memotong kek dan bergambar untuk kenang-kenangan, malam tu anak-anak sambung mandi lagi di kolam. 







Program Hari Kedua

Pada keesokan paginya, belum pun pukul 7 pagi, anak-anak dah celik mata. Bukan sebab nak breakfast, tapi nak sambung mandi! Kolam tu memang jadi spot utama diorang. Ada yang terus bangun pakai baju mandi dan turun kolam.

Menu breakfast simple je, kami breakfast bihun goreng, nugget dan fries.

Selepas tu, kami mula mengemas barang untuk check out pukul 12 tengahari.

Sebelum parents datang untuk ambil anak masing-masing, anak-anak hoki diberikan goodies bag sorang satu untuk buat diorang rasa dihargai.


Momen yang Tak Dapat Dilupakan

Apa yang Marina suka, percutian ni bukan sebab meraikan anak-anak hoki ni semata-mata, malahan momen seperti ni membuatkan semua orang menjadi semakin rapat. Anak-anak seronok dan bergelak ketawa bersama-sama. Diorang belajar erti usaha dan penghargaan. Ibu bapa pun dapat peluang kenal antara satu sama lain, bukan setakat jumpa masa hantar dan ambil di sekolah je.

Kadang-kadang, benda simple macam ni lah yang anak-anak akan ingat sampai besar. Bukan sebab menang atau kalah, tapi sebab mereka rasa dihargai, diraikan dan disayangi.

Kalau korang tengah plan nak buat family gathering, aktiviti team anak-anak, atau sekadar nak lepak santai dengan kawan-kawan cuba Homestay 39, Ulu Kinta ni.
Simple je tempat dia, tapi cukup selesa. Kolam renang dia tu memang best walaupun ibu-ibu tak mandi.

Bila anak-anak dapat keluar sekejap dari rutin sekolah dan luangkan masa dengan kawan-kawan, mereka betul-betul enjoy dan rasa dihargai. Kadang kita tak perasan, momen santai macam ni lah yang selalunya paling bermakna untuk diorang.









Post a Comment

0 Comments