Perasmian OldTown Heritage Centre Tempat Menarik Terbaharu di Ipoh

Perasmian OldTown Heritage Centre -  Tempat Menarik Terbaharu di Ipoh | Pada 23 Mei 2024 yang lalu, Marina berkesempatan ke perasmian pembukaan mercu tanda terbaharu di Ipoh iaitu "OldTown Heritage Centre". Pusat Warisan ini terletak di Jalan Panglima, Ipoh berhampiran Plan B. OldTown Heritage Centre ini merupakan Pusat Warisan baharu OldTown White Coffee (OTWC). Siapa yang tak kenal dengan jenama OldTown White Coffee, kopitiam halal terkenal di Malaysia ni kan?

Oldtown Heritage Centre




Acara Perasmian Pembukaan Pusat Warisan OldTown

Sesampai je di Pusat Warisan OTWC, Marina mendaftarkan diri di meja penganjur. Pihak penganjur memberikan cenderahati berupa beg tote dan produk dari OTWC. Selain itu, tiket cabutan bertuah juga diberikan untuk sesi cabutan bertuah nanti. Apa yang menariknya, beg tote adalah merupakan rekaan pereka fesyen terkenal Malaysia iaitu Melinda Looi.

Apabila semua para VVIP dah tiba, majlis perasmian pembukaan Pusat Warisan OTWC dimulakan dengan ucapan oleh Dawn Liew iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kopitiam Asia Pacific Sdn. Bhd.

Selepas perasmian, plaque penghargaan diberikan kepada sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah menyumbangkan.

Kemudian sesi cabutan bertuah bemula. Mereka yang bertuah diberikan tiffin.

Semasa majlis perasmian berlangsung, pelbagai aktiviti dan persembahan yang diadakan untuk para pengunjung. Antara aktiviti dan persembahan yang diadakan adalah karikatur (pelukis menawarkan servis secara percuma melukis wajah pengunjung), bengkel batik, kaligrafi Cina, pengalaman melukis di atas kanvas, persembahan muzik tradisional dan cabutan bertuah. Marina sempat mencuba mewarnakan batik di atas kanvas yang disediakan oleh penganjur.

Sebelum Marina cerita selanjutnya mengenai Pusat Warisan OldTown ni, Marina cerita serba sedikit latar belakang sejarah mengenai OldTown White Coffee.







OldTown White Coffee

OldTown White Coffee ditubuhkan pada tahun 1999. Pada awalnya, OldTown mengeluarkan produk pra-campuran minuman segera, dengan kepakaran dalam kopi putih yang berkualiti dan terkenal dari Ipoh. 

Pada tahun 2005, OldTown melebarkan sayapnya ke sektor perkhidmatan makanan dengan menubuhkan syarikat Kopitiam Asia Pacific Sdn. Bhd. dan membuka lebih daripada 180 buah kedai kafe di seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia, Hong Kong dan Filipina.


Tour di Pusat Warisan OldTown

Semasa majlis perasmian ini berlangsung, Marina berkesempatan untuk berjalan-jalan di dalam Pusat Warisan ini. Marina sebagai anak jati Ipoh, Perak berbangga kerana kopi putih yang dikeluarkan oleh OldTown White Coffee ini berasal dari Ipoh. Pusat Warisan OldTown ini dibina sebagai lambang terbaru OTWC. Antara tarikan utama adalah :


Earthcare Cafe

"Earthcare Cafe"merupakan sebuah kafe berkonsepkan makanan "farm-to-table" yang menawarkan kelainan citarasa dan menu baharu OTWC berbeza dengan konsep kopitiam OTWC yang lain. Tumpuan kafe ini adalah inisiatif terhadap kemapanan dengan menggabungkan pelbagai amalan alam sekitar seperti pemuliharaan air dan tenaga, pengkomposan dan pengeluaran biodiesel yang dioptimumkan daripada minyak masak terpakai. Kafe ini adalah satu usaha OTWC untuk menjadi perusahaan yang lebih hijau. Marina berkesempatan menikmati makanan di kafe ini. Marina kongsikan pengalaman merasa makanan di Earthcare Cafe ini di bawah. 


Galeri Warisan OldTown

Galeri Warisan Oldtown yang dikendalikan oleh William Harald-Wong daripada WHW Design & Associates telah membawa idea dengan memaparkan sejarah awal asal-usul OTWC sehinggalah pada masa kini. Galeri ini juga akan berfungsi sebagai ruang komuniti, menganjur bengkel warisan, seni, budaya dan bertema eko di masa hadapan.


Retail Shoppe

Kedai cenderahati menjualpelbagai barangan cenderahati eksklusif OTWC, termasuk hasil unik oleh artis tempatan di bawah Projek Kerjasama Warisan Artis.


Pusat Warisan OldTown bukanlah sekadar tempat untuk menikmati kopi dan makanan yang sedap. Ia juga satu khazanah pelancongan yang unik bagi pengunjung untuk belajar tentang sejarah perkembangan kopi putih Ipoh, dan kami berharap pusat ini mampu memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk memupuk semangat penjagaan komuniti dan alam sekitar yang harmoni, ulas Dawn Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Kopitiam Asia Pacific Sdn. Bhd. 







Kelainan Citarasa dan Menu Baharu OTWC di Pusat Warisan OldTown - Berbeza Dengan Kopitiam OldTown White Coffee

Marina kalau pergi kopitiam OldTown White Coffee (OTWC), Marina paling suka roti bakar warna coklat yang berintikan kaya dan butter. Setiap kali ke kopitiam OWTC mesti order roti bakar dia. Tetapi Kafe Earthcare dari OTWC ni menu dia lain dari kopitiam OTWC.

Marina sempat menikmati menu yang ada disajikan di sini semasa majlis perasmian ini berlangsung.

Antara menu yang Marina dapat rasa adalah Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah dan Ginger Chicken Rice Bowl bersama minuman Ice Shaken Lemon Tea. Selain itu, Marina turut disajikan dengan pencuci mulut iaitu Matcha Tau Fu Fa. Marina sebenarnya tak makan Tau Fu Fa tau, tapi serius Matcha Tau Fu Fa ni sedap tau. Next time Marina boleh datang sini lagi untuk cuba menu yang lain pula. 

Selain menu yang Marina makan ni, ada juga Curry Spaghetti Soup, Lei Cha Pan Mee, Scallop Olio Pan Mee dan Fusion Lei Cha Rice. 

Menu untuk minuman pula, beberapa pilihan yang boleh korang pilih of course minuman signature OTWC ada di kafe Earthcare ini iaitu OldTown White Coffee. Selain itu, Latte, Matcha Latte, Hojicha Latte dan Matcha Lemon Bliss juga ada di sini.

Oldtown White Coffee

Earthcare Cafe

tempat makan menarik di Ipoh




Projek Kolaborasi Warisan Artis OWTC

Bersempena dengan upacara pembukaan pusat warisan ini, Projek Kolaborasi Warisan Artis OTWC yang pertama turut dirasmikan pada sebelah petangnya dan dihadiri oleh beberapa penggiat seni tempatan, termasuklah pereka fesyen terkenal iaitu Melinda Looi dan artis karikatur, Azmi Hussin. Projek ini merupakan sebuah inisiatif OTWC untuk mempamerkan karya-karya seni artis tempatan yang mengagungkan pembangunan dan perkembangan industri kopi putih Ipoh.

Melalui Projek Kolaborasi Warisan Artis ini, penggiat-penggiat seni yang telah menyumbang karya mereka kepada Pusat Warisan OldTown adalah seperti berikut :
• Melinda Ooi - pereka fesyen terkenal Malaysia yang mereka bentuk cawan kopi coklat ikonik OTWC pada tahun 2009.
• Chuen Mun Wai - salah seorang pembuat tanglung tradisional Cina terakhir di negara yang ditugaskan khas untuk mencipta lima tanglung untuk dipamerkan di tingkat bawah Pusat Warisan OldTown.
• Chin Choon Yau - pelukis mural terkenal dari Ipoh. 
• Lim Pui Wan (Picoworm) - seorang artis yang mencipta diorama yang kecil dan realistik.
• Jeffrey Lim - seorang jurugambar dan menyumbang dapur pembuatan kopi vintaj dan koleksi cawan kopi antik 
• Azmi Hussin - seorang artis karikatur dan pemegang rekod Malaysia untuk lukisan komik terpanjang di negara.

"Projek Kolaborasi Warisan Artis ini akan menjadi inisiatif berterusan untuk Pusat Warisan OldTown bagi menyokong serta membangunkan artis dan tukang tempatan. Justeru, kami akan meneruskan usaha mencari bakat-bakat baharu untuk memperbanyak koleksi seni di galeri ini," kata Liew.

Pusat Warisan OldTown dibuka bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2024 dan OTWC bersedia untuk menarik minat pelancong tempatan dan antarabangsa melalui sajian dan kopinya, serta tarikan galerinya yang istimewa.



Post a Comment

0 Comments