Cosplay Party 4.0 Menggegarkan Ipoh Parade Sempena Haru Matsuri

Cosplay Party 4.0 Menggegarkan Ipoh Parade Semepena Haru Matsuri |  Ipoh Parade bertukar menjadi alam fantasi apabila menjadi tuan rumah semasa sambutan sempena Haru Matsuri yang diadakan pada 7 Mac 2024 sehingga 10 Mac 2024 yang lalu. Kebudayaan Jepun dibawa ke Ipoh Parade untuk diperkenalkan kepada pengunjung di sini. Pelbagai aktiviti yang diadakan seperti sukan Sumo, karate, bengkel origami dan juga acara yang sangat dinanti-nantikan oleh pengunjung terutamanya peminat cosplay iaitu pertandingan cosplay! Lebih dari 300 cosplayer daripada seluruh negara yang datang memeriahkan dan menyertai pertandingan kostum Cosplay di Cosplay Party 4.0 ini. Acara ini dianjurkan bagi menyediakan platform kepada para peserta, membolehkan mereka menjiwai watak yang diminati dan menikmati keajaiban cosplay. 

cosplay




Festival Haru Matsuri

Haru Matsuri adalah festival musim bunga yang diadakan setiap tahun untuk menyambut kedatangan musim bunga. Sejarah festival ini bermula sebagai upacara menghormati dewa untuk meminta bantuan mereka bagi musim pertanian yang akan datang.

Dalam bahasa Jepun, "Haru" bermaksud musim bunga, manakala "Matsuri" bermaksud festival. Semasa festival ini, orang Jepun dan pelancong dari seluruh dunia berkumpul untuk menikmati keindahan alam semula jadi dan menghargai kehidupan yang semakin berkembang. Pelbagai acara yang diadakan semasa festival ini berlangsung seperti pameran bunga sakura, persembahan seni tradisional, permainan jalanan dan makanan tempatan. Di Jepun, Haru Matsuri adalah masa yang sangat dinantikan di mana semua orang boleh menikmati kecantikan dan kesejahteraan musim bunga dalam suasana yang  gembira.


Apa itu Cosplay?

Cosplay ialah aktiviti di mana seseorang berpakaian menyerupai watak dalam animasi, komik, filem, permainan video atau mana-mana jenis media lain. Peminat cosplay biasanya menghasilkan pakaian dan aksesori menyerupai watak yang mereka inginkan. Dengan solekan dan pakaian para cosplayer yang dipertontonkan, ianya dapat menyembunyikan latar belakang peserta di mana perwatakan mereka berlainan dengan kehidupan sebenar mereka, yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat. Walau bagaimanapun, terdapat individu yang pemalu apabila ditemubual. Berlainan sekali apabila mereka beraksi mengikuti watak yang dimainkan, sedikit pun mereka tidak kekok

Biasanya cosplayer akan membuat pakaian dan aksesori yang sepadan dengan watak yang mereka mainkan. Mereka mahir dalam menjahit dan membuat aksesori untuk mendapatkan hasil yang diinginkan dan menggunakan bahan yang berkualiti tinggi.

Aktiviti ini adalah cara untuk menunjukkan kesetiaan dan kreativiti kepada siri yang mereka sukai dengan berpakaian menyerupai watak kegemaran mereka. Cara cosplayer berkongsi minat mereka dalam cosplay dengan orang lain adalah dengan mengambil bahagian dalam perhimpunan atau pertandingan.

Dengan adanya komuniti cosplay, mereka dapat berinteraksi dengan orang yang mempunyai minat yang sama. Cosplayer dapat kongsikan pengalaman mereka tentang cara membuat pakaian cosplay dan bagaimana mereka melakukannya.


anime

wonder women

kostum cosplay




Cosplay Party 4.0 Menggegarkan Ipoh Parade!

Pengurus Jabatan Pengiklanan dan Promosi Ipoh Parade, Lim Huey Tyng, menyatakan penghargaannya kepada semua peserta kerana menyumbang kepada kejayaan Cosplay Party 4.0 yang dianjurkan. Beliau menekankan, semangat inklusif dan keterujaan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa memberikan impak pembangunan komuniti yang positif terhadap acara tersebut.

Tahun ini merupakan tahun keempat Cosplay Party dianjurkan dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan, sejajar dengan pihak pengurusan Ipoh Parade yang memberikan komitmen yang tinggi untuk menganjurkan aktiviti yang menarik dan inklusif kepada masyarakat. 

Kata Lim, "Kami berbesar hati dapat menganjurkan acara seumpama ini bagi meraikan keterangkuman di dalam kalangan komuniti kami dan menyediakan pentas untuk aktiviti yang sihat dari tahun ke tahun."

Cosplay Party 4.0 adalah sebahagian daripada perayaan Haru Matsuri, yang menawarkan peluang kepada pengunjung untuk menyertai bengkel yang bertemakan Jepun, mengambil gambar di photobooth Yukata dan Anime 360, menyaksikan persembahan Karate, pengalaman ber'Sumo' dan menyertai pelbagai 'game station'. Photobooth Anime 360 yang pertama kalinya dibawa ke Ipoh Parade adalah antara tarikan paling popular di acara ini.

Watak ikonik seperti Furina berambut putih dari Genshin Impact, Anakin Skywalker dari Star Wars dan Sun Wu Kong dari Journey to the West, para cosplayer ini telah memikat hati pengunjung Ipoh Parade dan juga mencuri tumpuan jurugambar untuk mendapatkan hasil gambar yang sempurna dengan perwatakan cosplayer yang ditonjolkan.


cosplay party ipoh parade



Watak Charlotte Katakuri Diumumkan Juara!

Suasana di Ipoh Parade meriah dengan para pengunjung yang hadir, gembira berinteraksi antara satu sama lain. Penampilan istimewa yang turut hadir ke Cosplay Party 4.0 ini iaitu Victoria Wey dan MC Leo menambahkan lagi keterujaan, menjadikan acara itu kreatif dan fandom yang tidak dapat dilupakan.

Kemuncak Cosplay Party 4.0 ialah Pertandingan Cosplay yang dipertandingkan, di mana Muhammad Muzzammil Afif Bin Mohd Hamidi, 21 dengan nama pentas Feefcoser diumumkan sebagai juara, yang mempamerkan watak Charlotte Katakuri dari permainan video One Piece. Dengan ketinggian dan mempunyai susuk badan yang tegap, Afif menyerlah seperti seorang komander. Dengan mengenakan sut berotot, Afif telah mencuri perhatian para hakim dan juga penonton. Afif menerima wang tunai RM1,500 dan hadiah.

Panel hakim yang dijemput bagi mengadili pertandingan cosplay ini termasuklah Frankie aka Liben, King Angel 天王 dan Crazed Jokers, memuji bakat luar biasa yang ditunjukkan sepanjang pertandingan.

Tempat kedua dimenangi oleh Chan Yew Chyi, 21 dan tempat ketiga dimenangi oleh Yip Khong Chen, 28, masing-masing menunjukkan kemahiran yang luar biasa. Masing-masing membawa pulang RM1000 dan RM500 beserta hadiah. 

Selain itu, Chan memainkan watak budak sekolah berumur 17 tahun yang bernama Taki Tachibana dari cerita filem animasi Jepun, Your Name, mempamerkan aksi romantik, menyentuh hati penonton yang hadir.

Manakala Yip’s Yunjin dari RPG Genshin Impact memukau penonton dengan kostum opera dan gerak tarinya.



Post a Comment

0 Comments