Habiskan Duit BAP RM150 Shopping Baju Sekolah dan Keperluan Lain di Pusat Pakaian Hari-Hari

Habiskan Duit BAP RM150 Shopping Baju Sekolah dan Keperluan Lain di Pusat Pakaian Hari-Hari | Waktu cuti sekolah inilah masa yang digunakan untuk membeli kelengkapan sekolah anak-anak. Ada di sini yang anaknya baru daftar sekolah darjah 1? Mesti parents yang anaknya baru masuk darjah 1 tercari-cari one stop centre untuk beli kelengkapan sekolahkan? Marina tak pasti korang beli kat mana kelengkapan sekolah anak-anak, tetapi Marina biasanya shopping baju sekolah, tudung sekolah dan lain-lain kelengkapan sekolah, Marina beli di Pusat Pakaian Hari-Hari. Mudah, jimat masa, jimat tenaga dan jimat minyak kereta kan? Semua kelengkapan sekolah ada di bawah satu bumbung.

Tahun ni agak mencabar sedikit sebab sesi persekolahan akan bermula pada awal bulan 3 dan selepas sebulan tu pulak nak menyambut Hari Raya. Makanya kenalah pandai berjimat cermat dan bijak membuat pilihan untuk melengkapkan barang-barang sekolah anak seperti baju sekolah, kasut sekolah, tudung sekolah dan macam-macam lagi. Selepas tu nak simpan duit untuk shopping baju raya pulak!

Walaupun dapat duit Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 untuk setiap anak, tetapi kalau tak pandai berbelanja, memang duit tu tak cukup. Betul tak? Di Pusat Pakaian Hari-Hari, korang boleh bajetkan RM150 untuk setiap seorang anak. Beginilah cara Marina berjimat. Walaupun harga boleh dikatakan murah, tetapi berbaloi shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari dan barang-barangnya pun berkualiti. 

Pusat Pakaian Hari-Hari




Kelengkapan Sekolah yang ada di Pusat Pakaian Hari-Hari

Sebelum pergi shopping kelengkapan sekolah untuk anak-anak, senarai barang kerperluan sekolah sangat penting disenaraikan terlebih dahulu supaya barang yang nak dibeli tak ada yang tertinggal. Nak pergi lagi sekali satu hal pulak nak mencari masa lapang. Senarai yang penting adalah seperti baju sekolah, kasut sekolah, tudung, stoking, beg sekolah dan alatulis. Tahun ni Marina beli sepasang set baju kurung untuk setiap anak sebab baju sekolah tahun lepas masih elok lagi ye. Tahun lepas pun beli di Pusat Pakaian Hari-Hari jugak! Kasut seorang sepasang dan tudung seorang sehelai. Anak-anak Marina paling pantang tengok alat tulis, beg sekolah dan botol air. Nampak yang menarik dan berkenan, mesti nak beli walaupun dah berlambak kat rumah. 


Baju Sekolah

Baju sekolah di sini ada dua jenama iaitu Jony & Jeny dan No Problem. Marina suka jenama Jony & Jeny. Material Jony & Jeny ada 2 jenis iaitu kain cotton dan kain licin. Pilihan Marina kain licin. Nampak cantik dan kainnya tak panas ye.

Marina beli set baju sekolah. Kalau beli kain dan baju asing, rasanya harganya mahal sedikit. Dekat situ Marina dah boleh berjimat.


Tudung sekolah

Di sini ada dua jenis tudung sekolah iaitu tudung jenis sarung dan tudung 2 lapis. Marina belikan tudung sekolah jenis sarung untuk anak-anak Marina. Budak senang sikit kalau pakai tudung jenis sarung. Selain tudung sekolah berwarna putih, Marina belikan jugak tudung sarung berwarna hitam untuk kegunaan kokurikulum diorang nanti. 

Terdapat juga pelbagai jenis tudung yang lain seperti warna biru gelap. Mungkin ada sekolah-sekolah yang menggunakan tudung warna biru gelap ini untuk pengawas sekolah. 


Kasut Sekolah Hitam

Di sini kasut sekolahnya ada dua jenama iaitu Jony & Jeny dan No Problem. Marina biarkan anak-anak membuat pilihan diorang sendiri. Apa yang penting kata anak-anak kasutnya selesa.  


Beg Sekolah

Semua anak Marina bila masuk je darjah 2 diorang dah tak minat beg sekolah yang ada gambar watak kartun. Beg sekolah gambar watak kartun ni comel sangat. Sesuai sangat dengan anak-anak tadika atau pra-sekolah. Anak-anak Marina suka beg sekolah yang jenis simple dan banyak compartment. Tapi diorang still pilih beg sekolah yang ada elemen comel. Beg sekolah yang diorang pilih ni ada keychain patung bear yang tergantung di zip beg sekolah ni. 


Kelengkapan Sekolah yang lain

Selain barang-barang yang di atas, Marina beli juga stoking, alat tulis, anak tudung dan beberapa barang kerpeluan sekolah yang lain di Pusat Pakaian Hari-Hari.

Kelengkapan sekolah






Cukup ke RM150 untuk Kelengkapan Sekolah Anak?

Jom kita kira barang keperluan sekolah untuk seorang anak. Marina ambil contoh barang kelengkapan sekolah untuk harga yang paling mahal Marina beli ye. Ni beli mahal bukan sebab apa, anak Marina yang sulung tu walaupun nak masuk darjah 6 tapi saiz badannya dah hampir sama dengan Marina. So, baju sekolah dan kasut sekolahnya harga seperti pelajar sekolah menengah. Mahal sedikit daripada adik-adiknya. Beg sekolah, anak pilih yang harganya RM52.90. Terlebih sikit bajetnya. Kalau korang nak beli barang kelengkapan sekolah ngam-ngam RM150, korang bolehlah pilih beg sekolah, kasut sekolah atau barang keperluan yang lain mengikut bajet korang. Apa yang penting keperluan sekolah yang penting seperti baju sekolah, kasut sekolah dan tudung sekolah dapat dibeli. Total barang kat bawah ni RM149.10. Marina tak masukkan harga beg sekolah. Banyak jugak barang yang dapat dengan duit yang dibelanjakan. 

Set baju sekolah saiz 34 sepasang - RM41.90
Kasut sekolah hitam sepasang - RM55.90
Tudung sekolah - RM11.90
Stoking 3 helai - RM7.50
Anak tudung snow cap - RM8.90
Pencil case - RM8.00
Pencil mekanik - RM3.00
Color pencil (24pcs) - RM6.00
Ball pen - RM3.00
Pemadam (4pcs) - RM3.00

Kos hangus yang telah dibelanjakan untuk 3 orang anak ialah RM505. Tiada sen. Pandai diorang bajet. Terlebih sikit dari bajet daripada duit BAP yang dapat tu. Tapi still ok lagilah sebab anak-anak ambil beg dan kasut yang diorang berkenan dan melebihi bajet sebenar.


Baju sekolah





Nak Jimat, Belilah Keperluan Sekolah Anak-Anak di Pusat Pakaian Hari-Hari!

Marina suka datang ke Pusat Pakaian Hari-Hari sebab selesa dan senang. Staffnya ramah dan sangat membantu walaupun pelanggan yang datang ramai. 

Terdapat 109 Pusat Pakaian Hari-Hari di seluruh Malaysia. Korang boleh semak di website diorang. Kalau tak sempat datang ke kedai untuk shopping, korang boleh beli secara online juga :

Website : 

Hari-Hari Online Store: 

Hari-Hari Shopee: 

Hari-Hari Lazada: 

Kembali ke sekolah





Post a Comment

1 Comments

  1. best cari barang sekolah kat hari-hari ni semua ada cukup lengkap ,senang setempat je

    ReplyDelete