NPU Family Day di Pantai Merdeka

NPU Family Day di Pantai Merdeka | Korang pernah dengar Lagu Cinta Pantai Merdeka dendangan daripada kumpulan Jinbara? Lagu inilah yang telah membawa Marina ke Pantai Merdeka ni. Disebabkan nak tengok macam mana suasana di situ, maka Marina pun pergilah ke sana. Masa tu pun setelah berkahwin dan dah ada anak. Sekali lagi Marina diberikan rezeki untuk datang ke Pantai Merdeka sebab tempat family day pejabat Marina dibuat di Merdeka Beach Resort yang terletak di Pantai Merdeka pada 2 dan 3 Disember 2023 yang lalu.




Mengenai Pantai Merdeka

Pantai Merdeka adalah merupakan sebuah tempat terkenal dengan pantainya yang mempunyai sejarah yang menarik di Malaysia. Pantai Merdeka menjadi destinasi popular bagi pelancong tempatan dan luar negeri yang telah dibina pada tahun 1980-an sebagai projek pembangunan pelancongan. 

Nama Pantai Merdeka merujuk kepada semangat merdeka Malaysia meningkatkan rasa patriotisme. Pantai ini bukan sahaja terkenal dengan pasir putihnya, tetapi juga menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi seperti memancing, berlayar dan menikmati hidangan laut segar di restoran tepi pantai.

Pantai Merdeka telah berkembang dengan pesat dengan penambahan kemudahan seperti resort, homestay dan pusat perniagaan kecil. Ia kini bukan hanya tempat untuk bercuti tetapi juga tempat untuk festival tempatan, seni dan sukan air.

Pantai Merdeka mempunyai sejarah yang unik, mengalami transformasi dan kemajuan sepanjang zaman. Pantai Merdeka terus menjadi tarikan utama bagi mereka yang mencari pengalaman pantai yang menyenangkan dan bersantai di Malaysia kerana daya tarikan alam semula jadi dan suasana yang tenang.

Pantai Merdeka

Aktiviti Family Day Pada Hari Pertama

Seawal jam 7.00 pagi Marina, suami dan anak-anak keluar dari rumah bergerak ke Merdeka Beach Resort. Mengikut tentatif pada hari pertama, aktiviti dijadualkan bermula jam 10.00 pagi. Pada pagi tu hujan turun tak berapa lebat. Namun semua masih bersemangat untuk meneruskan program Family Day. Program Family Day diadakan di padang yang terletak di antara Merdeka Beach Resort dan Pantai Merdeka.

Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya kata-kata aluan daripada bos. Acara diteruskan dengan pemberian cenderahati kepada semua staff. 

Acara permainan yang paling dinanti-nantikan oleh anak-anak dimulakan. Permainan ini diadakan mengikut kategori iaitu kanak-kanak, wanita dan lelaki dewasa. Semua dapat merasa dan dipaksa bermain. Hahaha. Antara permainan yang dipertandingkan adalah cari gula-gula dalam tepung, bowling kelapa, kerusi muzik, isi air dalam botol dan baling belon berisi air. Setelah permainan tamat, sesi pemberian hadiah diadakan. 

Aktiviti tamat tepat waktu makan tengahari. Kiteorang disajikan dengan makan tengahari daripada pihak pengurusan Merdeka Beach Resort. Antara menu family day yang disajikan adalah nasi putih, kari ikan dan ayam goreng rempah. Masing-masing kelaparan setelah beraksi semasa pertandingan. Apa yang menariknya, kiteorang makan tengahari di tepi Pantai Merdeka dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Lebih kurang hampir jam 3.00 petang, kiteorang check in ke bilik masing-masing. Pada petang itu, aktiviti adalah bebas. Macam biasalah, tak sah kalau tidur hotel, anak-anak tak mandi kolam. 

Pada sebelah malamnya pula, makan malam dimulakan pada jam 8.00 malam. Pertandingan karaoke dijalankan sambil makan malam. Makan malam adalah berkonsepkan buffet. Pertandingan karaoke semua wajib menghantar wakil dari setiap keluarga. Agak meriah juga dan semua ahli keluarga masing-masing sangatlah sporting. 

Pada malam itu juga setiap staff diberikan penganugerahan plaque sebagai tanda penghargaan. Oleh kerana peluang agak tipis nak dapat anugerah daripada syarikat, ahli jawatankuasa family day beri cadangan untuk memberikan anugerah kepada semua staff dan diberikan gelaran mengikut sesedap hati diorang. Hahahaha.  

Merdeka Beach Resort







Aktiviti Family Day Hari Kedua

Mengikut tentatif Family Day, pagi hari kedua tu sepatutnya diadakan senamrobik. Tetapi, mungkin masing-masing kepenatan, aktiviti senamrobik dibatalkan. Pada pagi tu, Marina, husband dan anak-anak breakfast di resort terlebih dahulu. Selepas breakfast, anak-anak sambung kembali aktiviti petang semalam iaitu mandi kolam. Hampir pukul 11 pagi kiteorang berkemas untuk check out. Makanya tamatlah NPU Family Day pada hari itu.


Masjid dan Taman Kucing Madad

Selepas check out, kiteorang bercadang nak ke Tanjung Dawai. Ni semua gara-gara lagu Cinta Pantai Merdeka. Husband pernah pergi. Katanya di situ tempat jual hasil laut seperti ikan bilis dan ikan masin macam kat Lumut. 

Dalam perjalanan ke Tanjung Dawai, kiteorang terserempak Masjid Madad dan Taman Kucing. Kalau dari Pantai Merdeka, lokasinya di sebelah kiri jalan. Apa yang membuatkan kiteorang terpegun adalah kerana senibina masjidnya berbentuk petak, tiada kubah dan satu lagi sebab ternampak Taman Kucing.

Madad adalah singkatan daripada Murthada Dakwah Centre. Tempat ni masih lagi belum fully develop. Jalan di situ pun masih tanah merah lagi. Marina tak singgah masjid Madad, tengok dari jauh sahaja. Marina singgah sekejap di Taman Kucing Madad bawa anak-anak tengok kucing. Cantik kawasan Taman Kucing Madad ni. Masuk ke Taman kucing ni tak dikenakan sebarang bayaran. Kucing di sini dijaga dengan elok. Mana kucing yang berpenyakit diasingkan dan diletakkan di dalam bilik khas. Kucing-kucing di sini boleh diadopt ye tapi bukan semua. Antara sebabnya kerana kucing sakit dan ada di antara kucing ini dibawa ke pameran. Kucing-kucing di sini boleh tahan juga comelnya. Marina tanya pihak pengurusan, semua kucing boleh dihantar ke sini ke? Pihak pengurusan bagitahu 3 sebab kucing boleh dihantar ke sini :
• Pemilik kucing telah meninggal dunia
• Pemilik kucing mengalami sakit kronik
• Kucing yang sakit dan pemilik tidak mampu menanggung kos rawatan

Taman Kucing Madad



Tanjung Dawai

Selepas anak-anak dah berpuas hati tengok kucing, perjalanan ke Tanjung Dawai diteruskan kembali. Actually dari Pantai Merdeka boleh je naik bot. Lagi dekat sebenarnya naik bot. Nampak je Tanjung Dawai tu dari Pantai Merdeka. Padanlah lagu Cinta Pantai Merdeka tu sebut pasal Tanjung Dawai. Tetapi kiteorang ambil keputusan untuk naik kereta je untuk ke Tanjung Dawai. Kalau ikutkan naik bot lebih kurang dalam 5 ke 10 minit je dah sampai. Kalau naik kereta lebih kurang 1 jam jugaklah. Memang agak jauh jugak kalau naik kereta. Tapi at least dapatlah jugak explore kawasan Masjid Madad dan Taman Kucing.

Untungnya naik kereta, kiteorang boleh ke tempat makan yang terletak dekat dengan pantai dan banyak pilihan makanan. Kedai makan ni terletak jauh sikit daripada jeti bot. Kalau naik bot hanya boleh singgah di kedai bangunan 2 tingkat sahaja. Di situ ada jugak kedai makan, cumanya tak banyak pilihan. 

Misi untuk membeli ikan bilis di Tanjung Dawai accomplished.

Tanjung Dawai




Post a Comment

0 Comments