Pertandingan "Sekolahku Berbakat 2023" Anjuran Ipoh Parade, Hadiah Berjumlah RM7,800 Menanti Pemenang!

Pertandingan "Sekolahku Berbakat 2023" Anjuran Ipoh Parade, Hadiah Berjumlah RM7,800 Menanti Pemenang! | Anak korang mempunyai bakat terpendam atau pernah mewakili sekolah dalam tarian, berlakon, bermain alat muzik atau yang seumpamanya? Berita gembira untuk ibu bapa dan cikgu sekolah! Ibu bapa atau cikgu sekolah boleh menghantar anak-anak untuk menyertai dalam pertandingan "Sekolahku Berbakat 2023" yang dianjurkan oleh Ipoh Parade, pusat membeli yang terkenal di Ipoh yang akan berlangsung pada November 2023 nanti! Apa yang penting, pertandingan ini telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak!

Pertandingan "Sekolahku Berbakat 2023" ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat berpasukan dan perpaduan di samping mencungkil bakat terpendam di kalangan pelajar. Selain itu, pertandingan ini juga berhasrat untuk meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi pelajar di tempat awam.

Marina suka kalau anak-anak Marina menyertai mana-mana pertandingan atau aktiviti di luar sekolah supaya anak-anak Marina dapat pengalaman, mendapat pendedahan dan kemahiran yang tidak dipelajari di dalam bilik darjah.

Sekolahku Berbakat



Maklumat Penyertaan "Sekolahku Berbakat 2023" 

Pertandingan "Sekolahku Berbakat 2023" terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Pertandingan ini adalah pertandingan berkumpulan dan setiap kumpulan mestilah terdiri daripada sekurang-kurangnya DUA (2) orang ahli dan tidak melebihi LAPAN (8) orang ahli

Terdapat 2 kategori yang akan dipertandingkan :
Kategori A : Sekolah Rendah (7 - 12 tahun) 
Kategori B : Sekolah Menengah (13 - 19 tahun) 



Bagaimana Pertandingan Dilaksanakan?

Ada 2 sesi yang akan dijalankan untuk pertandingan "Sekolahku Berbakat 2023" iaitu sesi yang pertama adalah sesi uji bakat, manakala sesi kedua adalah pusingan akhir. 10 finalis bagi setiap kategori akan ke pusingan akhir. Butir-butir pelaksanaan pertandingan :

Sesi Uji Bakat di Ruang Legar, Ipoh Parade (Tingkat Bawah)

4 November, Sabtu
11.00am - Sekolah Rendah
4.00pm - Sekolah Menengah


Pusingan Akhir di Ruang Legar, Ipoh Parade (Tingkat Bawah) 

5 November, Ahad
2.00 petang - Sekolah Rendah & Menengah

*Penyertaan pertandingan ini adalah percuma!


Kriteria untuk Diumumkan Sebagai Pemenang

Beberapa kriteria yang diambilkira untuk layak menduduki tempat pertama. Kriteria-kriteria yang akan dinilai untuk menentukan pemenang :
(i) Nilai Hiburan – 20%
(ii) Kreativiti/Keaslian – 20%
(iii) Showmanship - 20%
(iv) Kesukaran Teknik - 20%
(v) Prestasi Keseluruhan – 20%

Tarian tradisional




Hadiah untuk Pemenang  "Sekolahku Berbakat 2023" 

Hadiah-hadiah dibahagikan mengikut kategori yang dipertandingkan. Setiap penyertaan akan diberikan sijil penghargaan. Hadiah-hadiah untuk pertandingan :

Kategori A :
• Juara : Wang dan hadiah bernilai RM1,500* 
• Naib Juara : Wang dan hadiah bernilai RM1,000*  
• Tempat ketiga : Wang dan hadiah bernilai RM500*
• Saguhati(x3) : hadiah bernilai RM 300   
*Nilai keseluruhan yang terdiri daripada 50% Wang Tunai & 50% Hadiah


Kategori B :
• Juara : Wang dan hadiah bernilai RM1,500* 
• Naib Juara : Wang dan hadiah bernilai RM1,000*  
• Tempat ketiga : Wang dan hadiah bernilai RM500*
• Saguhati(x3) : hadiah bernilai RM 300   
*Nilai keseluruhan yang terdiri daripada 50% Wang Tunai & 50% Hadiah

Hadiah-hadiah disponsor oleh ITSU, Secret Nail Color, Energized, Magic Game Center, Strend, Starbuck dan Sasa.



Cara-Cara Menyertai Pertandingan "Sekolahku Berbakat 2023" 

Ibu bapa atau cikgu sekolah yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka untuk menyertai pertandingan "Sekolahku Berbakat 2023" ini boleh mengisi borang secara online https://shorturl.at/kBKPV . Sehingga kini, sebanyak 24 penyertaan telah mendaftar!

Maklumat mengenai syarat-syarat, terma, sistem permarkahan dan lain-lain yang lebih terperinci, korang boleh rujuk di link yang Marina kongsi di atas.

Jom daftar penyertaan dan memeriahkan pertandingan "Sekolahku Berbakat 2023" ini! Rebutlah peluang untuk menyertai pertandingan ini sebab penyertaan ini adalah PERCUMA! Mana tahu rezeki dapat memenangi wang tunai dan hadiah yang lumayan!

Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, korang boleh ke Official Facebook page Ipoh Parade 

Ipoh Parade




Tentang Ipoh Parade

Ipoh Parade ialah pusat membeli-belah terbesar seumpamanya di bandar bersejarah Ipoh. Destinasi runcit dan pelancong tarikan, ramai yang datang melawat pusat beli-belah dan mengagumi pintu masuk LED luarnya yang unik, secara rasmi disenaraikan dalam Buku Rekod Malaysia sebagai "Skrin Pengiklanan LED Luar Terbesar". Rumah kepada beberapa jenama eksklusif yang tidak terdapat di tempat lain di negeri Perak, Ipoh Parade juga mempunyai pusat hiburan dengan adanya karaoke, boling dan panggung wayang GSC (yang terbesar di Perak) yang mempunyai teater MAXX. Pusat beli-belah ini boleh menganjurkan pelbagai acara berskala besar dalam suasana yang selesa untuk pembelinya, yang terbukti  penglibatannya dengan pameran pelancongan, kereta jerayawara, dan institusi kebudayaan.


Post a Comment

1 Comments