Pengalaman Mandulkan Kucing

Pengalaman Mandulkan Kucing | Betul ke kalau mandulkan kucing perlu bayar zakat untuk kucing tersebut? Pernah Marina tanya amil, katanya zakat tidak tertakluk pada haiwan yang dimandulkan.  Di sini Marina nak kongsikan pengalaman Marina bawa kucing ke klinik untuk dimandulkan, bukan Marina yang mandulkan kucing ye. Marina ambil keputusan untuk mandulkan kucing sebab kucing Marina tersangatlah bising waktu diorang nak mengawan. Marina ada sepasang kucing iaitu Oat si jantan dan Iris si betina. Marina bela kucing di dalam rumah sahaja, tak lepaskan diorang keluar rumah. Marina mandulkan Oat terlebih dahulu sebab dia yang mula nak mencari pasangan. Beberapa bulan selepas itu, Marina mandulkan Iris pula. Marina pernah hantar Iris untuk dikahwinkan tetapi Iris terlalu garang (tapi kat rumah manja sangat). Akhirnya Marina ambil keputusan untuk mandulkan Iris. 

Mandulkan kucing



Apa itu Pemandulan Kucing?

Pemandulan kucing adalah prosedur pembedahan yang dilakukan untuk mengeluarkan organ-organ reproduktif kucing iaitu ovari dan rahim pada kucing betina (spay), dan dua testis pada kucing jantan (neuter). Prosedur ini menghalang kucing daripada membiak dengan cara semula jadi. 

Pemandulan kucing biasanya dilakukan oleh seorang doktor haiwan profesional dan melibatkan pemberian bius kepada kucing untuk memastikan mereka tidak merasa sakit semasa pembedahan. Selepas prosedur, kucing perlu diberi masa untuk pemulihan sebelum mereka dapat kembali kepada rutin harian mereka.


Kenapa Mandulkan Kucing?

Pelbagai sebab pecinta kucing mandulkan kucing mereka seperti yang Marina bagitau tadi, Marina mandulkan kucing sebab kucing Marina gelisah dan bising sebab dah mula nak mengawan. Marina pernah cuba untuk 'mating' kucing tapi tak menjadi. Pecinta kucing yang lain pula mungkin ada sebab tersendiri untuk memandulkan kucing :

Kawal Pertambahan Kucing
Salah satu sebab utama adalah untuk mengawal pertambahan kucing. Tanpa pemandulan, kucing boleh membiak dengan cepat dan ini boleh menyebabkan penambahan kucing yang tidak terkawal. Ini boleh mengakibatkan kucing liar dan haiwan terbiar yang menghadapi kesusahan hidup.

Risiko Penyakit
Mandulkan kucing dapat mengurangkan risiko penyakit seperti jangkitan rahim atau kanser payudara pada betina dan juga membantu mengelakkan masalah kesihatan yang berkaitan dengan kehamilan atau susah nak beranak.

Tingkah Laku
Kalau mandulkan kucing, ianya boleh membantu mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini seperti berkeliaran, berkelahi atau kencing merata-rata. 

Pencegahan Penyakit Berjangkit 
Dengan mengurangkan populasi kucing liar atau tidak dijaga, pemandulan membantu mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit seperti FIV (Imunodefisiensi Virus Kucing) atau FeLV (Leukemia Felin).

Mengendalikan Kucing
Korang tak perlu mengendalikan masalah kucing mengandung, menguruskan anak kucing atau mencari rumah bagi anak kucing yang tak diinginkan.

Spay


Hukum Memandulkan Kucing Menurut Islam

Majoriti ahli ulama berpendapat bahawa memandulkan kucing adalah disyorkan dalam Islam.

Memandulkan kucing boleh membantu mengawal populasi kucing, mencegah pertambahan kucing yang tidak terkawal dan pada masa yang sama, melindungi kebajikan kucing itu sendiri.

Dalam Islam, menjaga dan melindungi haiwan adalah tugas dan tanggungjawab manusia. Rasulullah SAW juga memberikan penekanan tentang pentingnya merawat haiwan dengan baik. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Rasulullah SAW bersabda, "Seseorang wanita masuk neraka kerana dia menyeksa seekor kucing yang dia kurung sehingga dia mati. Dia tidak memberinya makan atau minum semasa dia terkurung."


Prosedur Mandulkan Kucing

Prosedur mandulkan kucing adalah merupakan pembedahan yang dilakukan oleh seorang doktor haiwan profesional. Korang perlu mengetahui perkara-perkara sebelum, semasa dan selepas pemandulan dilakukan kepada kucing.


Sebelum Pemandulan

Pemilihan Tarikh
Korang perlu mengatur temujanji dengan doktor haiwan untuk mandulkan kucing. Biasanya, umur kucing yang sesuai untuk dimandulkan adalah berusia kira-kira 5 hingga 6 bulan. 

Marina tak pasti di klinik haiwan yang lain, tetapi di klinik yang Marina pergi tu bagitahu sebelum kucing dimandulkan, kucing perlu divaksin terlebih dahulu. Seminggu selepas divaksin, barulah kucing tersebut boleh dimandulkan.

Puasa Sebelum Pembedahan
Semasa buat temujanji, pihak klinik pesan pada Marina untuk puasakan kucing daripada minum dan makan selama beberapa jam sebelum pembedahan untuk memastikan perut mereka kosong ketika pembedahan berlaku.

Penerangan Kos Pemandulan dan Prosedur
Sebelum pembedahan dilaksanakan, veterinar menerangkan beberapa perkara mengenai prosedur pemandulan. Bagi kucing jantan biasanya tiada masalah. Bagi kucing betina, terdapat beberapa informasi yang perlu pemilik kucing ketahui sebelum bersetuju untuk memandulkan kucing. 

Klinik inform pada Marina kalau kucing tengah on heat, organ peranakan akan mengembang dan sukar untuk doktor melakukan pembedahan berbanding kucing yang dah pernah melahirkan anak atau kucing tak on heat. 

Masa Marina ambil Iris, klinik bagitahu Iris sedang on heat dan berlaku pendarahan yang banyak. Jadinya kos pemandulan lebih mahal daripada biasa.

Kalau ikutkan, kos pemandulan untuk kucing betina di klinik yang Marina pergi ni adalah RM98 termasuk kos penginapan selama 3 hari 2 malam. Tetapi disebabkan Iris on heat, Marina perlu tambah lagi RM100. So total Marina perlu bayar RM198 termasuklah ubat yang diberikan. Harga ini adalah harga untuk ahli. Nak jadi ahli murah je RM10 seumur hidup.


Semasa Pembedahan

Pembedahan
Sebelum kucing dimandulkan, veterinar akan bius (anestesia) kucing sepenuhnya. Veterinar akan membuat potongan kecil pada bahagian bawah perut kucing untuk mencari dan mengeluarkan organ reproduktif, iaitu ovari dan rahim pada betina manakala dua testis pada jantan.

Jahitan
Selepas organ-organ itu dikeluarkan, veterinar akan menjahit luka pembedahan dengan rapi. Jahitan ini akan larut dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu.


Selepas Pemandulan

Pemulihan
Macam kucing Marina haritu lebih kurang dalam 24 jam kucing akan sedar sepenuhnya daripada bius. Selepas kucing sedar, klinik akan call inform kita kucing dah sedar dan boleh dibawa balik. Veterinar berikan ubat anti radang untuk mengurangkan rasa sakit dan antibiotik untuk mencegah jangkitan.

Perhatian Pasca-Pembedahan
Veterinar pesan pastikan kucing tidak menjilat atau menggaru luka pembedahan. Jika jahitan terbuka atau luka bernanah, bawa ke klinik segera. 


Penjagaan Selepas Mandulkan Kucing

Semasa proses nak membawa kucing balik ke rumah, veterinar memberi beberapa pesanan penjagaan kucing selepas pemandulan dilakukan bagi memastikan pemulihannya berjalan lancar. 

Tempat Berehat
Sediakan tempat yang selesa untuk mereka berehat. Sebolehnya sediakan tempat yang saiz sederhana seperti sangkar untuk mengurangkan pergerakan kucing. 

Makanan dan Minuman
Kucing boleh berikan makanan kepada kucing beberapa jam selepas pembedahan. Pastikan kucing makan perlahan dan tidak muntah. Air minuman juga harus sentiasa tersedia. Kalau kucing tidak ada selera makan selepas seminggu, maklumkan pada klinik.

Pemantauan
Pantau luka pembedahan untuk memastikan tiada tanda-tanda jangkitan atau komplikasi. Sekiranya terdapat bengkak yang tidak sembuh atau tanda-tanda yang mencemaskan, hubungi klinik.

Pisahkan dari Kucing Lain
Pisahkan dari kucing yang lain dalam beberapa hari untuk memastikan pemulihannya berjalan lancar.

Pemulangan Bius
Kucing mungkin masih dalam keadaan mamai selepas pembedahan. Pastikan mereka dalam keadaan yang selamat, dan jauhkan mereka daripada bahaya.

Penjagaan Emosi
Berikan kucing lebih banyak perhatian dan kasih sayang selepas pembedahan. Mereka mungkin berasa lemah atau terpinggir, berikan mereka perhatian yang lebih.

Pantau Kencing dan Najis
Pastikan kucing korang membuang air kencing dan najis dengan normal selepas pembedahan. Sekiranya ada masalah, hubungi klinik.

Larangan Aktiviti Lasak
Elakkan aktiviti lasak atau melompat tinggi bagi mengelakkan luka pembedahan terbuka semula.

Rawatan Ubat
Klinik ada berikan ubat anti radang dan antibiotik untuk diberikan pada kucing selepas pembedahan. 



Pengalaman Menjaga Kucing Selepas Dimandulkan 

Berdasarkan pengalaman Marina penjagaan selepas mandulkan kucing, kucing jantan lebih mudah dijaga berbanding kucing betina. 

Semasa Oat dimandulkan, kiteorang hanya perlu tengok keadaan dia dalam keadaan selamat dan selera makannya. Manakala Iris pula, kiteorang kurungkan dalam sangkar supaya ia tidak banyak bergerak dan pastikan dia tidak menjilat jahitannya, dikhuatiri jahitan pembedahan terbuka dan boleh menyebabkan jangkitan kuman.

Agak sukar juga nak menjaga Iris sebab perlu memakaikan kolar padanya. Dia pulak pandai bukak kolar sendiri. Masa balik dari kerja, tengok si Iris ni tengah menjilat bahagian tempat jahit. Marina tengok tempat jahit tu macam terbuka sedikit. 

Disebabkan ini merupakan kali pertama menjaga selepas mandulkan kucing betina, agak merisaukan jugak tengok luka Iris. Makanya, Marina lagi sekali pergi ke klinik kucing tersebut untuk check luka Iris. Alhamdulillah tak perlu jahit semula, doktor hanya cuci luka tersebut dan letak gel luka.

Kos yang dikenakan RM30 dan Marina beli ubat sapu iaitu gel Hyzo yang berharga RM37 untuk disapukan pada luka jahitan dan sebagai langkah penjagaan supaya luka tak terkena jangkitan kuman. Gel ni macam gel Marina dapat dulu je masa Marina bersalin czer anak nombor dua dulu. Hahaha.

Penjagaan selepas mandulkan kucing





Post a Comment

0 Comments