Children Halloween Costume Competition Sempena Carnival of Terrors Ipoh Parade : Sejarah Halloween

Children Halloween Costume Competition Sempena Carnival of Terrors di Ipoh Parade : Sejarah Halloween | Pada 22 Oktober yang lalu, Marina dijemput untuk menjadi juri di Children Halloween Costume Competition sempena Carnival of Terrors di salah sebuah pusat membeli-belah yang terkemuka di Ipoh iaitu Ipoh Parade. Karnival ini diadakan sempena perayaan Halloween yang bakal tiba tak lama lagi. Halloween juga dikenali sebagai Malam Kesyukuran di mana ianya merupakan salah satu sambutan yang popular di kalangan masyarakat Malaysia. Ia adalah hari yang dirayakan pada malam 31 Oktober setiap tahun di mana bukan sahaja kanak-kanak malahan orang dewasa juga bergaya mengenakan kostum seram atau menghiburkan dan berjalan dari rumah ke rumah untuk meminta "balasan" berupa gula-gula atau makanan manis. Sebelum Marina cerita lebih lanjut mengenai Children Halloween Costume Competition ni, Marina komgsikan dulu sejarah mengenai Halloween.

Halloween




Perayaan Halloween

Perayaan halloween menggabungkan elemen seram seperti hantu, labu berukir dengan senyuman dan cerita seram. Selain itu, terdapat juga mempunyai elemen kelakar yang membuatkan orang ramai ketawa. Walaupun asal-usul halloween bersifat seram, perayaan ini di Malaysia diterima sebagai satu hiburan, menonjolkan kreativiti dan berkongsi kegembiraan bersama keluarga dan rakan-rakan. 


Sejarah Halloween

Halloween berasal daripada perayaan purba yang dikenali sebagai Samhain. Samhain ialah sambutan Celtic yang bermula lebih 2,000 tahun lalu di tempat yang kini dikenali sebagai Ireland, United Kingdom dan Perancis.

Samhain dalam kalendar Celtic menandakan peralihan dari musim panas ke musim sejuk dan juga peralihan dari tahun lama ke tahun baru. Ia disambut pada 1 November, tetapi perayaan itu bermula pada malam sebelumnya yang kemudiannya menjadi Malam Kesyukuran atau Halloween.

Pada Malam Kesyukuran, orang Celtic percaya bahawa sempadan antara dunia manusia dan dunia roh menjadi kabur, membolehkan roh jahat dan makhluk ghaib berkeliaran. Oleh itu, mereka memakai pakaian yang menakutkan dan menyalakan unggun api untuk menghalau roh jahat.


Carnival of Terrors 2023 Ipoh Parade

Carnival of Terror 2023 diadakan di ruang legar tingkat bawah di Ipoh Parade bermula dari 21 dan 22 Jun 2023 yang lalu. Pelbagai aktiviti yang menarik yang bertemakan Halloween disediakan oleh penganjur untuk para pengunjung. Antara aktiviti yang diadakan semasa karnival ini dijalankan adalah Trick or Treat, Ghostly Mascot Walkabout dan Children Halloween Costume Competition



Chainsaw Man, Chainsaw Bergerak!

Pertandingan Kostum Halloween Kanak-Kanak diadakan pada 22 Oktober 2023 pada jam 4.30 petang. Children Halloween Costume Competition terbuka kepada semua kanak-kanak. Pelbagai kostum yang digayakan oleh kanak-kanak ini yang mencuit hati Marina. Para ibu bapa masing-masing menonjolkan bakat dan kreativiti mereka untuk menghiasi kostum anak-anak mereka.

Banyak penyertaan yang digayakan di pertandingan kostum ini. Antara watak yang dipertontokan semasa pertandingan ini adalah watak daripada filem Disney iaitu Maleficient, Wednesday Addams, Witch, Chainsaw man, hantu cina dan banyak lagi!  

Children Halloween Costume





Menyampaikan Hadiah kepada Pemenang Children Halloween Costume Competition

Banyak juga kostum yang diperagakan oleh kanak-kanak ini menarik minat Marina tetapi beberapa kriteria yang perlu diambilkira untuk menjadikan para peserta ini layak menduduki tempat pertama. Kriteria-kriteria yang diambilkira untuk menentukan pemenang adalah cara kanak-kanak memperkenalkan diri, kostum, penampilan dan catwalk.  

Marina berdebar-debar apabila pihak peganjur menunjukkan keputusan setelah pemarkahan dikira untuk setiap peserta. Children Halloween Costume Competition ini diadili oleh 3 orang pengadil iaitu Marina dan 2 lagi rakan blogger iaitu Eintan Nurfuzie (Cik EN) dan Shalimar Yusof. Markah dicampur daripada ketiga-tiga pengadil untuk menentukan pemenangnya. Apabila tiba masanya untuk mengumumkan para pemenang, Marina bersama-sama pengadil yang lain dijemput naik ke pentas bagi sesi penyampaian hadiah kepada pemenang. 


Memenuhi Kriteria Halloween Costume Dipilih Sebagai Pemenang

Seramai 32 peserta yang masuk pertandingan Halloween Costume Competition ini. Hadiah menarik disediakan untuk para peserta :

• Johan                     : Wang tunai dan hadiah bernilai RM300*
• Naib Johan            : Wang tunai dan hadiah bernilai RM200*
• Pemenang ketiga   : Wang tunai dan hadiah bernilai RM100*
• 5 Hadiah Saguhati : Hadiah bernilai RM50
*Hadiah terdiri daripada 50% Tunai dan 50% Hadiah

Hadiah-hadiah disponsor oleh outlet-outlet yang berada di Ipoh Parade iaitu ITSU, Secret Nail Color, Felancy, Molly Fantasy, Pastry Ville, Starbuck dan MIXUE.


Baju Ditempah Khas Daripada Pereka Fesyen Diumumkan Sebagai Pemenang Children Halloween Costume Competition! 

Marina kagum dengan komitmen yang ditunjukkan oleh ibu bapa kepada pemenang tempat pertama untuk Children Halloween Costume Competition ini. Kami dimaklumkan bahawa, baju yang digayakan oleh peserta tersebut iaitu adik Kimberly Ng, ibunya menempah pereka fesyen untuk baju tersebut dan ibunya menambah aksesori seperti lampu Halloween di baju dan juga mask Halloween. Disebabkan pembawakan watak dan juga sesi memperkenalkan diri di atas pentas memberangsangkan, adik Kimberly Ng diumumkan sebagai pemenang pertama. 

Pada pendapat Marina, Marina lebih suka peserta yang menggayakan watak Chainsaw Man bersama gergaji bergerak kerana kostumnya yang sangat unik. Tetapi, sistem pemarkahan tidak hanya tertumpu pada kostum sahaja. 

Champion




Para pemenang Children Halloween Costume Competition

Korang tengoklah para pemenang pertandingan Children Halloween Costume, korang rasa memang layak tak? Senarai pemenang di Children Halloween Costume Competition :

Champion : Kimberly Ng
1st Runner-up : Lim Sze Hanz
2nd Runner-up : Raisya Eryna Binti Noorfawwaz Zahin
Consolation : 
#1 Goh Yu Qing 
#2 Lim Sze Xinz
#3 Qaiser
#4 Bianca Lee Chien Rou
#5 Wynn Li Hao Ran

Tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang menyertai pertandingan Children Halloween Costume Competition ini. Semoga pertandingan seperti ini memberi inspirasi kepada ibu-ibu di luar sana untuk mengambil bahagian di pertandingan seumpama ini dan menghasilkan kostum yang menarik untuk anak-anak mereka pada pertandingan yang akan datang.









Post a Comment

1 Comments

  1. kreatif custom ,ni kalau humaira mau nginau malam hahahhaha

    ReplyDelete