Travelog Thailand 3 : Tips, Bajet dan Persediaan Bercuti di Bumi Thailand

Travelog Thailand 3 : Tips, Bajet dan Persediaan Bercuti di Bumi Thailand | Keluasan Thailand adalah kira-kira 513,120 kilometer persegi (km²), manakala keluasan Bumi adalah kira-kira 510.1 juta km². Thailand membentuk kira-kira 0.0001% daripada keluasan keseluruhan Bumi. Thailand diliputi kira-kira 51% daratan, manakala 49% adalah perairan. Thailand digelar "Suvarnabhumi" kerana nama ini berasal dari bahasa Sanskrit yang bererti "Tanah Emas." Nama ini merujuk kepada keindahan, kekayaan dan kemakmuran tanah ini. 

Thailand adalah salah satu destinasi pelancongan paling menarik dan popular di Asia Tenggara. Negara ini terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang memukau, budaya yang kaya, makanan yang lazat, pantai-pantai yang menakjubkan dan pelbagai aktiviti pelancongan yang boleh dinikmati oleh pelancong dari seluruh dunia. Dari kehidupan bandar yang sibuk di Bangkok hingga keindahan pantai di Pulau Phuket, bumi Thailand menawarkan pengalaman pelancongan yang memikat. Pelancongan di bumi Thailand memberikan peluang untuk menjelajahi sejarah dan warisan budayanya yang lama serta menikmati pelbagai aktiviti luar yang menarik.

Krabi


Bumi Thailand

Thailand adalah sebuah negara di Asia Tenggara yang terletak di Semenanjung Indocina. Lokasinya bersempadan dengan Malaysia di selatan, Laos di timur dan utara, Kemboja di timur laut dan Myanmar (Burma) di barat laut. Di Thailand tak ada negeri, ia dipanggil wilayah. Ada 76 wilayah di Thailand. Dalam 76 wilayah ni, kalau ikutkan, Marina dah melalui banyak jugak wilayah di Thailand ni. Antaranya Satun, Patthalung, Krabi, Phangnga, Phuket, Songkhla (Hatyai dan Dannok berada di dalam wilayah Songhkla) dan Trang. Thailand juga memiliki pantai yang panjang di Laut Andaman di barat daya dan Laut China Selatan di selatan.

Bumi Thailand terdiri daripada pelbagai geografi iaitu tanah rendah, bukit dan gunung. Bahagian utara Thailand terkenal dengan kawasan berbukit yang cantik. Manakala bahagian tengah dan selatan Thailand adalah tanah rendah dan tanah tinggi dengan sawah yang subur.

Selain itu, Thailand mempunyai banyak sungai. Sungai Chao Phraya adalah merupakan salah satu sungai yang paling penting yang mengalir melalui Bangkok iaitu ibu negara Thailand. Iklim di Thailand adalah tropika dengan dua musim utama iaitu musim hujan dan musim kemarau.

Thailand juga kaya dengan warisan budaya yang merangkumi seni, sejarah, makanan dan tradisi yang unik. Negara ini juga merupakan destinasi pelancongan popular dengan tarikan seperti pantai-pantai yang indah, kuil-kuil bersejarah, pasar-pasar tradisional dan kehidupan malam yang berwarna-warni.


Kelab Aruzr Bercuti di Bumi Thailand

Persediaan untuk ke Thailand ini, telah diuruskan oleh urusetia bermula dari bulan Februari 2023 lagi. Sejak penubuhannya, Kelab AruzR sentiasa aktif menjalankan aktiviti. Ini merupakan kali pertama Marina join aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab AruzR memandangkan Marina beli dan dapat kereta Aruz masa tengah PKP. 

Perjalanan ke Thailand berlangsung selama enam hari lima malam. Actually program Konvoi Merdeka "66'" AruzR ke Krabi ni 4 hari 3 malam sahaja. Tapi ada yang nak sambung trip ke Hatyai, makanya kiteorang joinlah jugak.


Bajet Trip 

Di sini Marina cerita mengenai kos sepanjang berada di Satun, Trang, Krabi, Phuket, Hatyai, Songkhla dan Danok. Tu dia banyakkan tempat Marina tawaf di bumi Thailand ni. Actually ada je lagi sikit-sikit perbelanjaan untuk makanan yang tak dimasukkan dalam ni. Tapi pepandai koranglah nak jimat part yang korang rasa boleh jimat. Disebabkan kiteorang ni join konvoi makanya tempat makan mana yang perlu disertai oleh peserta, di situlah kami pergi tapi bukan semua tempat makan dirancang oleh urusetia. Ok jom tengok kos sepanjang trip ke Satun, Trang, Krabi, Phuket, Hatyai Songkhla dan Danok, Thailand :

• Buat Passport 2 dewasa, 3 kanak-kanak : RM700
• Insurans Perjalanan + 3 malam hotel di Krabi + escort 2 biji polis Thailand + 2 tipping guide + insurans kereta : RM650
• Insurans Personal (satu keluarga) : RM57
• Simkad : RM25
• Hotel di Hatyai : RM320 (2340 bhat)
• Makan : RM610 ini tak masuk lagi beli keropok, air dan lain-lain di 7eleven. Next next next entri Marina cerita detail tempat makan sepanjang berada di Thailand
• Tuk tuk dua hala RM32 (280 bhat)
• Tiket naik gajah RM192 (1450 bhat)
2 Gambar RM53 (400 bhat). Free 2 air mineral dan pisang 1 basket 
• Tiket masuk dolphin RM390 (2900 bhat)
• Minyak : RM440 (3300 bhat)
• Souvenir : RM133 (1000 bhat)

Total = RM3602


Tips dan Perkara yang Perlu Korang Tahu Semasa Travel ke Thailand

Di sini Marina nak kongsikan tips melalui pengalaman Marina semasa travel ke Thailand. Mungkin perjalanan Marina agak mudah sebab konvoi beramai-ramai dan kiteorang di'escort' oleh polis dari Thailand. Disebabkan kiteorang konvoi semasa cuti sekolah, beberapa perkara ni perlu diketahui :
• Sebaiknya sampai seawal 6 pagi di pintu masuk sempadan supaya urusan di imigresen tak mengambil masa yang lama sebab orang terlalu ramai nak masuk sempadan, lagi-lagi musim cuti sekolah.
• Minyak petrol di Thailand agak mahal, so sebelum masuk ke sempadan, kiteorang isi minyak full tank terlebih dahulu. Kalau ikut perancangan ke Krabi 4 hari 3 malam, korang hanya perlu isi minyak lagi dua kali di Thailand. Tapi Marina isi berkali-kali sebab panjang langkah. Tapi jangan terkejut, harga minyak di sana berubah setiap hari! Rasanya bukan sekali sehari berubah harga, tapi sehari 2 kali harga minyak berubah. Masa Marina nak isi minyak, Marina perhati pada board harga tu, pagi 40.03 bhat seliter, petangnya jadi 40.55 bhat seliter. Marina ambil gambar tapi tak dapat pulak nak snap harga minyak tu sebab masa tengah snap ni harganya sedang nak berubah. Lepas tu masa isi minyak diorang letak tanda atas kereta, kereta kita isi minyak apa dan diorang masih isikan minyak untuk pelanggan ye.
• Tak dibenarkan bawa walkie talkie dan vape.
• Sediakanlah duit extra kot-kot kena bayar duit semasa di imigresen dan kastam.




Persiapan Sebelum ke Krabi, Thailand

Buat passport

Inilah yang paling penting kalau nak keluar dari Malaysia. Marina dah siap renew passport dan buat passport anak-anak pada bulan 4 di Cameron Highlands. Marina pernah share cara buat passport di Cameron Highlands. 


Geran kereta yang asal dan salinan, dokumen penting seperti kad pengenalan, insurans perjalanan dan insurans personal

Disebabkan kiteorang drive ke Krabi, so kena bawak geran kereta. Pada yang bawak kereta bukan atas nama sendiri, korang kena buat surat akuan sumpah masuk kenderaan dan dicop di depan Pesuruhjaya sumpah. 

Untuk insurans perjalanan, pihak urusetia Kelab AruzR yang uruskan. Insurans personal pulak, kiteorang buat secara online sahaja untuk satu family. 

Actually insurans personal ni adalah option. Tetapi disebabkan husband kerja kerajaan perlu buat permohonan untuk keluar dari Malaysia, so perlu ambil insurans personal ni. Tak semua ofis kerajaan sama syaratnye, so korang kena tanya ofis masing-masing syaratnye. Tapi sebenarnya insurans personal ni penting, takut apa-apa jadi di sana, insurans boleh cover. Kalau tak jenuh kita nak bayar kos di sana.


Pertukaran Mata Wang

Pergi bekerja pun bawak duit, inikan pula nak pergi travel. Kenalah bawak duit untuk perbelanjaan di Krabi. Marina tukar duit siap-siap di Money Changer Malaysia. Nak tukar di sana agak mahal rasanye. 

Pada yang nak aktifkan kad bank in case nak keluarkan duit di atm di sana, bolehlah aktifkan siap-siap di Malaysia. Korang boleh setkan tarikh mula dan tamat untuk aktifkan kad bank.


Simkad

Husband Marina beli simkad sesiap di Shopee. Selepas diaktifkan simkad ni valid untuk seminggu sahaja. Menurut kawan-kawannya, beli satu simkad dah mencukupi. Internetnya laju ye. So nanti kongsi-kongsi je wifi. 


Borang TM2, TM3 dan Kad TM6 (White card)

Kiteorang ada travel guide. Dialah yang suggest kiteorang isi borang-borang yang perlu. Agak kelam kabut sikit, sebab cara nak isi dan confius perlu ke atau tak borang-borang tu diisi. Marina tak pasti borang-borang dikenakan bayaran atau tidak sebav tour guide yang uruskan. Yang Marina tahu borang TM6 dikenakan bayaran RM2 setiap seorang.

Entri sebelum ni Marina ada ceritakan tentang pengalaman Marina semasa urusan di border.


Install Zello

Ok disebabkan kiteorang konvoi, kiteorang install Zello ni untuk berhubung dengan geng-geng yang lain. Zello ni berfungsi seperti walkie talkie tapi secara online. Korang boleh create channel khas untuk geng-geng korang je. Yang penting ada internet.


Ubat-Ubatan

Biasanya kalau travel dalam Malaysia, Marina akan bawak minyak angin atau balm, panadol.

 

Personal Care

Ini pun kalau Marina outstation Marina akan bawak seperti ubat gigi, berus gigi dan yang paling penting sebab akan pergi ke kawasan pantai dan banyak buat aktiviti luar, Marina bawak sunscreen. 


Gadget

Sila bawa universal adapter kalau pergi ke mana-mana ye sebab kat Thailand ni plug dia tak sama macam kat Malaysia. Susah korang nak caj fon kat hotel nanti. Boleh je nak bawak kabel usb je tapi takut tak semua hotel ada port usb kot.


Stok Makanan dan Plastik

Kalau travel ke mana-mana memang Marina akan bawak stok makanan seperti roti, keropok, air dan juga plastik untuk buang sampah atau nak letak baju kotor.



Travelog Krabi 2 : Bawa kereta masuk Thailand 



Post a Comment

0 Comments