10 Fakta Mengenai Peta Malaysia

10 Fakta Mengenai Peta Malaysia | Pernah korang teliti peta Malaysia secara terperinci? Apa yang ditunjukkan dalam peta Malaysia selain sempadan negara dan negeri-negeri yang terdapat di dalam Malaysia? Kita dah sediamaklum bahawa peta Malaysia menunjukkan geografi, sempadan dan struktur Malaysia secara visual. Peta ini memaparkan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, tiga wilayah persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta Sabah dan Sarawak. Peta ini juga memberikan gambaran yang jelas tentang susunan geografi negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Selain itu, elemen geografi penting seperti gunung, sungai, laut dan pulau-pulau utama disertakan dalam peta ini. Korang boleh tengok lokasi Malaysia di peta serta hubungannya dengan negara jiran dan sempadan maritimnya. 

Peta Malaysia adalah alat penting untuk pendidikan geografi dan perancangan pembangunan serta pengurusan sumber alam dan pelancongan. Ia membantu kita memahami dan menghargai warisan geografi Malaysia dengan mendedahkan kepelbagaian budaya dan lanskap negara.


Baca juga : JNT Johor


Peta Malaysia
Sumber : Malaysia Geography




Sejarah Peta Malaysia

Sejarah peta Malaysia bermula pada zaman purba dan berakhir pada zaman moden. Karya peta yang dibuat oleh tamadun seperti Empayar Melaka pada zaman dahulu bergantung pada ilmu pengetahuan dan pemerhatian astronomi. Semasa orang Eropah menjelajahi laut, mereka mencipta peta terperinci kawasan Asia Tenggara, termasuk Malaysia yang menunjukkan penemuan dan perdagangan.

Peta ini terus berkembang sepanjang era kolonial dengan penaklukan dan kesan kuasa asing mencatat geografi dan sumber alam. Peta semakin penting dalam rancangan pembangunan Malaysia semasa negara kita mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Peta berkomputer yang lebih interaktif dan mendalam, yang memudahkan perancangan dan navigasi, telah dibangunkan pada era digital.

Sejarah peta Malaysia menunjukkan perkembangan sains geografi, kemajuan teknologi dan keperluan manusia. Peta terkini menampilkan taman nasional, zon ekonomi dan infrastruktur moden sambil mengekalkan warisan budaya dan geografi Malaysia.


Peta Malaysia

Malaysia terletak di Asia Tenggara dan mempunyai sempadan darat dengan Thailand di sebelah utara dan Indonesia di sebelah selatan. Negara ini juga mempunyai sempadan maritim dengan Singapura, Filipina dan Vietnam. 

Dalam Malaysia, terdapat tiga wilayah yang utama iaitu Semenanjung Malaysia dan dua wilayah di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak. Di Malaysia terdapat 14 buah negeri. Negeri-negeri ini memiliki kepelbagaian budaya, sumber alam dan keindahan semula jadi yang menyumbang kepada keunikan peta Malaysia.


Peta Semenanjung Malaysia

Semenanjung Malaysia terdiri daripada 11 negeri iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Perak. 

Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Ini menjadikan jumlah anggota di Semenanjung Malaysia mempunyai 12 buah.


Peta Sabah dan Sarawak

Sabah dan Sarawak pula merupakan negeri-negeri di sebelah timur yang membentuk bahagian Borneo di mana ianya menjadikan jumlah negeri di Malaysia adalah sebanyak 14 negeri. 

Peta semenanjung Malaysia
Sumber : Malaysia Geography

Peta Sabah Sarawak
Sumber : Malaysia Geography




10 Fakta Mengenai Peta Malaysia

Fakta mengenai peta Malaysia memberikan pandangan menyeluruh tentang kepelbagaian dan keunikan Malaysia. 10 fakta menarik mengenai peta Malaysia yang perlu diketahui :

#1 Kepulauan yang Luas 

Peta Malaysia menunjukkan kedua-dua Semenanjung Malaysia dan Borneo (Sabah dan Sarawak), yang terdiri daripada negeri dan wilayah persekutuan serta pulau besar seperti Pulau Borneo, Pulau Pinang, dan Pulau Langkawi.


#2 Sempadan Darat dan Maritim 

Peta ini menunjukkan sempadan darat dengan Thailand, Indonesia dan Brunei serta sempadan maritim dengan negara jiran seperti Singapura dan Filipina.


#3 Keunikan Wilayah Persekutuan

Peta juga menunjukkan wilayah persekutuan penting seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya, ibu kota Malaysia, dan pusat pentadbiran kerajaan.


#4 Banjaran dan Sungai

Rangkaian gunung seperti Titiwangsa dan Banjaran Crocker serta sungai besar seperti Sungai Perak dan Sungai Rajang ditunjukkan dalam peta.


#5 Lokasi Gunung Tertinggi

Gunung Kinabalu di Sabah merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan antara yang tertinggi di Asia Tenggara, jelas kelihatan dalam peta.


#6 Laut

Peta memaparkan Laut China Selatan dan Laut Sulawesi serta pulau-pulau kecil dan perairan strategik Malaysia.


#7 Warisan Sejarah

Peta juga menunjukkan lokasi penting dalam sejarah Malaysia seperti Kota A'Famosa di Melaka dan tapak bersejarah di sekitar Kuala Lumpur


#8 Pelabuhan Utama

Peta menunjukkan pelabuhan perdagangan utama seperti Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.


#9 Bandar Besar

Bandar-bandar utama seperti Johor Bahru, Penang dan Kuching ditunjukkan dalam peta, yang memainkan peranan besar dalam ekonomi dan pembangunan negara.


#10 Variasi Budaya 

Peta Malaysia menunjukkan pelbagai budaya dan etnik di seluruh negara termasuk etnik bumiputera Borneo, Melayu, Cina dan India.




Apa yang Dapat Dipelajari Melalui Peta Malaysia?

Peta Malaysia membantu kita memahami sejarah, geografi dan kepelbagaian Malaysia. Ia menunjukkan perjalanan sejarah, penjelajahan dan perdagangan dari zaman purba hingga moden. Peta menunjukkan lokasi Malaysia di Asia Tenggara dan sempadannya dengan negara jiran. 

Peta Malaysia juga menunjukkan pelbagai etnik, budaya dan alam semulajadi di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Selain itu, kawasan wilayah persekutuan seperti Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan digambarkan sebagai pusat pentadbiran dan pertumbuhan ekonomi. 

Peta Malaysia bukan sahaja alat untuk belajar geografi tetapi juga sumber untuk perdagangan, pelancongan dan perancangan pembangunan. Ia membantu orang ramai memahami kekayaan alam, warisan sejarah, dan pelbagai budaya Malaysia dan melihat Malaysia dari perspektif antarabangsa.


[Baca juga] : Sejarah Peta Dunia



Post a Comment

0 Comments