Eina Azman Bantu Bayar Kos Rawatan Kanak-Kanak Ekzema : Klinik Avicenna Menawarkan Rawatan Ekzema

Eina Azman Bantu Bayar Kos Rawatan Kanak-Kanak Ekzema : Klinik Avicenna Menawarkan Rawatan Ekzema | Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi atau kanak-kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.

Ekzema selalunya terjadi di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak. Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. 

Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan. Ketahui juga penyebab-penyebab ekzema dan rawatannya. 

Hati siapa yang tak tersentuh melihat anak-anak kecil terpaksa menderita menanggung penyakit ekzema yang gatal sehingga menyebabkan luka dan pedih pada kulit mereka. Penderitaan yang dialami oleh anak-anak kecil ini mendapat perhatian salah seorang artis di Malaysia iaitu Eina Azman. Eina Azman membantu keluarga anak-anak kecil ini dengan membawa mereka ke klinik swasta untuk menerima rawatan ekzema.

Untuk makluman korang, Klinik Avicenna juga merupakan salah satu senarai klinik yang menawarkan rawatan ekzema di klinik mereka. 


ekzema



Apa penyebab ekzema?

Antara penyebab-penyebab berlakunya ekzema adalah kerana:

#1 Keturunan

#2 Jenis kulit dan persekitaran

Terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.

#3 Virus/Alahan 

Infeksi virus
Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
Lain-lain jangkitan.
Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan.

punca ekzema


Apakah Tanda-tanda dan Gejala Ekzema?

Tanda-tanda dan gejala ekzema kelihatan seperti:
• Tompok-tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki.
• Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
• Bengkak kecil yang berair.


Macamana Ekzema Itu Dikenalpasti?

Diagnosis ekzema disahkan oleh doktor perubatan atau pakar kulit. Tiada ujian makmal biasanya digunakan. Doktor akan membuat pemeriksaan fizikal jenis ruam dan bertanyakan soalan terperinci sebelum membuat diagnosa masalah ekzema. Pesakit ekzema juga kebiasaannya mempunyai masalah alahan dan alergi.


Rawatan Ekzema 

Mengikut perubatan konvensional, ekzema merupakan penyakit keturunan yang tidak dapat disembuhkan sepenuhnya. Ekzema cuma dapat dikawal dan rawatan adalah menjurus ke arah mencegah kekerapan keradangan demi meningkatkan jangka waktu kulit bebas ekzema.

Kaedah perawatan ekzema menurut perubatan konvensional 

Elak pencetus ekzema.
Emolien dan pelembap mencegah pengeringan kulit.
Antihistamin untuk mengawal kegatalan. 
Antibiotik untuk membunuh kuman kulit – 90% kes ekzema ada jangkitan bakteria staphylococcal aureus.
Penggunaan steroid (lemah hingga sangat kuat).
Penggunaan pengubah imuniti badan (Immunomodulator/Chemo).

rawatan ekzema


Latar Belakang KLINIK AVICENNA

KLINIK AVICENNA ditubuhkan dengan matlamat memberi rawatan untuk penyakit kulit dan estetik yang terbaik untuk semua. Sejak 2018, KLINIK AVICENNA mula berkembang dan menjadi pilihan ramai. Rawatan daripada doktor-doktor terlatih yang profesional dan berpengalaman menjadikan KLINIK AVICENNA pilihan utama untuk semua.

Di KLINIK AVICENNA, korang boleh mendapatkan pelbagai jenis rawatan Estetik. Dengan kelengkapan mesin-mesin laser terkini, yang mendapat kelulusan dari FDA, rawatan di KLINIK AVICENNA diberi khusus terhadap masalah yang dihadapi, supaya korang beroleh kulit yang lebih cantik, sihat dan berkualiti.

KLINIK AVICENNA adalah klinik yang berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mempunyai taraf LCP Certified Clinic.


Rawatan yang Ditawarkan di Klinik Avicenna

Antara rawatan-rawatan yang ditawarkan di KLINIK AVICENNA adalah:
• Acne (jerawat)
• Acne scar (parut jerawat)
• Melasma, freckles, solar lentigen (jeragat)
• Enlarged pores (pori)
• Wrinkle (kedut)
• Panda eye (dark circle)
• Whitening
• Lip
• Hair problem (growth/ hair loss/ hair removal)
• Keloid/ burn scar
• Laser
• Botox, Filler, Skin Booster, ThreadLift
• Slimming & Fat melting Injection
• Skin diseases (Eczema, Skin Infections, Psoriasis, Fungal Infections, Allergy)
• Sexually Transmitted Diseases (Syphillis, Gonorrhoea, Chlamydia, Genital Wart)
• Minor Surgery (Cyst, Lipoma, Mole, Xanthelasma, Milia, Keratosis, Syringoma, Wart)

aesthetic Clinic Shah Alam

Feedback Dari Pesakit Klinik Avicenna

Di sini Marina kongsikan feedback dari pesakit atau ibu bapa pesakit yang mendapatkan rawatan di Klinik Avicenna. Selepas rawatan dilakukan di klinik, ekzema semakin berkurangan.

rawatan ekzema



Waktu Operasi Klinik Avicenna

Maklumat lanjut mengenai Klinik Avicenna, rawatan atau apa-apa pertanyaan tentang masalah kulit, korang boleh ke website diorang atau ke media sosial diorang. 



Waktu Operasi KLINIK AVICENNA
Rabu – Ahad : 10 pagi – 6 petang
Isnin : 10 pagi – 3 petang
Selasa : Cuti  


Website:

Facebook: 

Instagram:

Youtube: 

klinik Avicenna

Tempah Slot Rawatan Ekzema di Klinik Avicenna Sekarang!

Bagi korang yang ada masalah ekzema atau masalah kulit yang lain, boleh Whatsapp terus ke nombor Klinik Avicenna untuk mendapatkan temujanji dan rawatan.

Whatsapp:
• JITRA, KEDAH

• SHAH ALAM, SELANGOR

Alamat:
Jitra
KLINIK AVICENNA JITRA KEDAH
NO 4, BANDAR DARULAMAN JITRA,06000 KEDAH.
(SEBELAH DOMINOS PIZZA DAN MYKORI JITRA KEDAH)
Contact No: 04 – 917 6003

Shah Alam
KLINIK AVICENNA SHAH ALAM
R-02-05 (TINGKAT 1), EMIRA, JALAN AKUATIK A13/64A,40100,
SHAH ALAM SELANGOR.
(DEPAN AEON MALL SHAH ALAM)
Contact No: 03 – 5038 4478

Bangi
KLINIK AVICENNA BANGI: Coming soon



Post a Comment

0 Comments