6 Sebab Memilih Telekung GojesMy Dari Sistergojes Empire untuk Beribadah

6 Sebab Memilih Telekung GojesMy dari Sistergojes Empire untuk Beribadah | Agak sukar mencari telekung yang menggunakan material yang premium dengan harga yang murah. Macam mana yang dikatakan premium tu? Material yang dikatakan premium itu adalah kainnya lembut, tidak panas, sedap dipakai dan nampak mahal. Kebanyakan telekung berkualiti premium yang berjenama popular agak mahal dan agak mengecewakan apabila ada di antara telekung jenama popular ini kualitinya biasa sahaja. Ada juga di antara para wanita yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membeli telekung yang berkualiti, selesa dan cantik. Ye lah nak menghadap Allah s.w.t, wajiblah berpakaian cantik-cantik, wangi dan nampak segakkan? Di sini Marina nak kongsikan dengan korang sebuah jenama telekung yang murah tapi berkualiti premium iaitu Telekung GojesMy dari Sistergojes Empire. Dengan Telekung GojesMy ini, korang tak perlu pun menghabiskan sehingga ribuan ringgit untuk mendapatkan telekung yang selesa dan berkualiti premium!

Ceritanya, Marina nak mencari telekung baru. Kan dah masuk bulan Ramadhan. Dah lama Marina tak beli telekung baru. Sejak zaman nikah dulu, dapat hadiah hantaran semasa nikah, sehinggalah sekarang. Disebabkan 12 tahun dah tak beli telekung baru, Marina nak cari telekung yang berwarna pulak sebab telekung-telekung sebelum ni warna putih dan of courselah nak cari yang berkenan di mata. Telekung GojesMy dari Sistergojes Empire ni Marina beli dekat AEON Taiping sebab di Ipoh takde.

Telekung GojesMy


Latar Belakang Sistergojes Empire

Sistergojes Empire mula ditubuhkan pada Disember 2014. Syarikat ini telah berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sistergojes Empire memulakan perniagaannya dengan hanya bermodalkan RM300 sahaja. 

Pada tahun 2015, Sistergojes Empire ingin memperluaskan lagi perniagaannya dengan berniaga secara dalam talian (online) di platform E-dagang yang terkenal iaitu Shopee. Urusan perniagaan di dalam talian (online) seperti pesanan, mencetak dan pembungkusan dilakukan dari rumah sahaja. 

Sistergojes Empire menjual pelbagai produk seperti telekung, inner tudung dan juga sarung tangan (handsocks).


Keistimewaan dan Kelebihan Telekung dari SisterGojes Empire : 6 Sebab Memilih Telekung GojesMY

Sistergojes Empire menjadi pilihan ramai kerana menjual produk yang berkualiti tinggi, harga mampu milik dan selesa dipakai. Pakaian solat seperti telekung sangat sinonim dengan produk muslimah dan mudah untuk dijual dipasaran. Telekung yang dijual menjadi pencarian dan pilihan utama di dalam pasaran untuk golongan wanita bagi memenuhi permintaan dan citarasa pembeli dengan mengikuti perkembangan semasa. 

Jujur Marina cakap, kalau bab pakaian, tudung, kasut, telekung atau apa-apa yang dipakai untuk luaran, Marina agak sukar nak buat pilihan sebab Marina akan pertimbangkan dari banyak sudut, salah satunya material yang digunakan. Begitulah juga semasa Marina memilih untuk membeli telekung. 6 sebab memilih telekung GojesMy dari Sistergojes Empire :


#1 Material yang digunakan

Terdapat beberapa jenis material yang digunakan oleh telekung GojesMy yang boleh dipilih. Material yang digunakan dipilih daripada bahan-bahan yang premium. Kain telekung GojesMy ini sedap dan selesa dipakai.


#2 Harga yang berpatutan

Walaupun material yang digunakan dari jenis yang premium, harga telekungnya murah. Harga telekung bermula dari RM60 sehinggalah ke RM129. 


#3 Corak yang menarik

Telekung GojesMy menyediakan banyak corak menarik mengikuti perkembangan semasa yang boleh dipilih mengikut citarasa korang. Telekung jenis sulaman pun ada.


#4 Pelbagai warna

Pelbagai warna telekung yang disediakan untuk dipilih. Warna telekung GojesMy ini semua warna-warnanya cantik dan menarik.


#5 Boleh dibeli secara online

Telekung GojesMy juga ada dijual secara online. Kalau telekung GojesMy ini tidak ada dijual di AEON yang berdekatan dengan korang, korang boleh beli secara online.


#6 Berpeluang Menang RM9999!

Sistergojes Empire sedang menjalankan peraduan Menang Bonnanza sehingga 31 Mac 2023. Korang berpeluang menang wang tunai sehingga RM9999. Siapa taknak kan? 

Telekung murah



Review Marina Mengenai Telekung GojesMy

Pernah dengar tak, orang yang duduk luar dari KL datang ke KL semata-mata hendak membeli pakaian, kasut atau beg sebab kat tempat diorang tidak ada dijual. Kenapa diorang sanggup shopping jauh-jauhkan? Mestilah sebab diorang mencari jenama, design, warna yang diorang suka dan juga yang berkualitikan? Orang kata harga belakang kira, janji puas hati. Begitulah juga Marina. Kalau jenama yang takde dijual di Ipoh ni, Marina sanggup merantau jauh semata-mata nak beli baju, kasut, beg termasuklah telekung. 

Bukan pakaian sahaja. Bab makan pun sama. Jangan tak percaya Marina pernah makan malam di Taiping selepas habis waktu bekerja sebab semata-mata nak makan Yong Tau Fu kat bomba tu. Padahal esok kena pergi kerja lagi bukan weekend ye. Nampak tak ketaksuban dan keterujaan Marina nak dapatkan sesuatu kalau dah tau sesuatu tu sedap atau berkualiti.

Nak dijadikan cerita, Marina ke AEON Taiping ni selepas menghadiri konvokesyen tadika anak Marina. Selepas konvokesyen tu, saje bawak anak-anak berjalan. Tak sangka pulak ada jual telekung dalam AEON Mall. Dah alang-alang tu, belilah terus telekung GojesMy ni sebab dah lama mengidam telekung berwarna.

Banyak pilihan telekung GojesMy ni. Marina tak tahu mana satu nak pilih sebab banyak yang berkenan di mata. Setelah dipertimbangkan dari semua sudut, Marina memilih telekung warna navy blue yang berharga RM119 ni sebab kainnya nampak shining tapi bukan satin. Dalam gambar tak nampak shining, kalau tengok in real memang cantik kainnya. Material yang digunakan adalah jenis cotton. Kain cottonnya tebal, lembut, sejuk, tak jarang dan sulamannya cantik. Korang akan dapat tahu material yang digunakan memang premium bila korang try sarung telekung ni. Apa yang paling best, telekung yang Marina pilih ini ada beg sekali tau. Ini sebab utama Marina pilih telekung jenis ini. 




Menang Sehingga RM9999 Dari Sistergojes Empire

Bertuah betul kepada sesiapa yang beli telekung GojesMy ni. Dahlah dapat telekung yang puas hati, korang berpeluang menang Gojes Bonnanza sehingga RM9999 pulak tu. Rezeki terpijak orang kata kalau menang. Gojes Bonnanza ini sedang berlangsung dan akan tamat pada 31 Mac 2023. Macam mana caranya nak menang? Cara-cara untuk menang Gojes Bonnanza dari Sistergojes Empire :

#1 Beli produk premium Sistergojes Empire dengan menggunakan kad debit atau kad kredit.

#2 Perhatikan Approval Code yang tertera. 2 digit atau 3 digit nombor yang sama melayakkan korang memenangi wang tunai (Contoh : APcode R72111 bersamaan RM111)

#3 Like dan follow page sistergojes Empire. 

#4 Beri resit kepada Sistergojes Empire sebagai bukti pembelian.

Korang boleh dapatkan Telekung GojesMy ini di semua AEON Mall yang terlibat :

• Aeon Tebrau
• Aeon Permas 
• Aeon Bandar Dato Onn
• Aeon Tmn University
• Aeon Taiping
• Aeon Nilai
• Aeon Shah Alam 
• Aeon Wangsa Maju 
• Aeon Tmn Maluri 
• Aeon Kuching Sentral
• Aeon Cheras Selatan





Gift Box dari Sistergojes Empire

Pada yang korang yang nak berikan telekung sebagai hadiah kepada mak, kawan-kawan atau adik-beradik, Sistergojes Empire juga ada menyediakan Gift Box yang special ni untuk packaging. Korang boleh dapatkan Gift Box ni di situ juga. JANGAN lupa check Approval Code pada resit korang. Mana tahu korang dapat durian runtuh! 

Kalau korang nak dapatkan produk GojesMy secara online atau untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai produk GojesMy, korang boleh ke online platform diorang :


Shopee :

Facebook :

Instagram :





#gojesmy #sistergojes #sistergojesempire #telekung #telekungpremium #telekungumrah #telekunggojesmy
#thepowerofpreminumness
#terrrgojes

Post a Comment

1 Comments

  1. Syoknya! Selalu beli online, yg ni boleh belek-belek dulu sblm beli...hehehe

    ReplyDelete