Main MONEY GAMES Online di Mortgagecalculator.org Bantu Menarik Minat Pelajar Terhadap STEM

Main MONEY GAMES Online di Mortgage Calculator Bantu Menarik Minat Pelajar Terhadap STEM |  Haaa...Mesti korang terkejut Marina main Money Games kan? Ini bukan real Money Games okeh. Masa first time Marina dengar tentang Money Games online ni Marina pun terkejut jugak. Boleh ke main Money Games? Tak menyalahi undang-undang ke dan tak bahaya ke kalau main? Rupanya Money Games ini hanyalah simulator kepada dunia sebenar yang berkaitan dalam bidang perniagaan, pelaburan, pengurusan kewangan dan pengkomputeran. Money Games online ni bagus dan sesuai untuk kanak-kanak main sebab dapat menanam minat anak-anak belajar di dalam bidang pengurusan perniagaan, memulakan bisnes, pelaburan saham, perdagangan (trading), pengurusan kewangan dan juga programming. Orang dewasa nak main Money Games ni pun takde masalah. Tapi main Money Games di mortgagecalculator.org ni tak melibatkan real money tau. Bukan game judi haram dan seumpamanya ye. Jadinya main Money Games di sini tak menyalahi undang-undang. Game ini juga dapat membantu menarik minat pelajar terhadap Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM). Macam mana game ni dapat membantu? Korang kena sambung baca okeh. 




Game yang Ada di Mortgagecalculator.org

Terdapat beberapa kategori online game di Mortgagecalculator.org ni iaitu :

#1 Money Games

Game ini adalah merupakan game yang melibatkan pengiraan duit. Antara game yang terdapat di Money Games ialah Cashback, Grocery Cashier, Lit Ape NFT Generator dan Stocks



#2 Real Estate Games

Pada yang minat pada bidang hartanah, korang boleh try main Real Estate Games ni. Ada juga game membina struktur bangunan. Mungkin game ini berbeza secara realitinya, tetapi sedikit sebanyak korang boleh dapat idea tentang bidang hartanah. Gamenya takdelah serius sangat. Santai-santai je. Antara game yang ada di kategori ini ialah Real Estate Tycoon, Magnificient Tower dan Construct A Bridge.



#3 Food Bussines Simulation Games

Terdapat dua jenis permainan di bawah kategori ini iaitu Food Business Simulation Games dan Non Food Business Simulation Games.


Food Business
Anak-anak korang mesti suka main game jual beli terutamanya dalam F&B di rumah kan? Anak-anak Marina pun sama. Game di bawah kategori ini tidak terhad kepada menjual makanan dan minuman sahaja, malahan terdapat juga game untuk pengurusan stok. Game yang terdapat di bawah kategori ini termasuklah Coffee Shop, Burger Shop, Open Restaurant dan Tractor Mania.



Non Food Business
Antara game yang terdapat di bawah kategori Non Food Business Simulation Game adalah Idle Pet Shop, Corporate Overlord dan Flower Shop.



#4 Software Development Games

Bermacam-macam program yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menarik minat pelajar terhadap STEM kan? Haaa... korang tahu tak game di bawah kategori ni merupakan game mengenai STEM yang mengajar anak-anak mengenai coding logic dan programming. Mungkin ibu bapa boleh main game ni bersama anak-anak untuk membantu pembelajaran diorang. Game yang berada di bawah kategori ini termasuklah Code Panda, Idle Startup Tycoons dan Web Tycoon Simulator



#5 Office Politics Games

Game ini merupakan game yang menunjukkan suasana bekerja di dalam sesebuah pejabat seperti persaingan, konflik dan team building sesama pekerja. Antara game yang boleh korang explore adalah seperti Angry Boss, Office Fight dan Office Hurdles



#6 Other Fun Games

Apabila terlampau banyak sangat pilihan game yang ada dan tak tahu nak diletakkan di bawah kategori apa, makanya wujudlah kategori Other Fun Games ni seperti kitar semula (recycling), green energy dan permainan berkaitan makanan. Antara game yang terdapat di bawah kategori ini adalah Wind and Solar, Sort the Trash dan Cooking Mahjong




Money Games yang Marina sempat Main di Mortgage Calculator

Jom tengok game yang Marina sempat main bersama anak-anak. Banyak sangat game dia, tak sempat nak main semua lagi.

Adalah beberapa game yang Marina main lagi di Money Games ni seperti Idle Mining Empire, Code Panda dan Cash Back. Marina kongsikan yang ni je ye. Nak tahu lebih lanjut best ke tak best game ni, korang kenalah cuba sendiri. Antara game yang Marina main di Mortgage Calculator adalah :

#3 Rubi's Coding Class


Marina awalnya pun tak tahu macam mana nak main. Macam mana nak gerakkan robot tu. Ada bagi arahan pun tak tahu. Hahahaha. Rupanya, korang kena ambil arrow merah sebelah kanan bawah tu letak pada kotak-kotak di sebelah kiri. Korang kena letak arrow tu supaya robot tu boleh bergerak mengikut arah arrow tersebut sehingga ke tempat target yang dituju tanpa melanggar halangan. 

Marina ingatkan kena tulis coding kat sebelah kanan tu. Rupanya tak. Tapi bolehlah korang baca coding kat sebelah tu. Alangkah senangnya kalau soalan coding macam ni zaman belajar dulu. Jangan tak tau, Marina pun ada belajar coding tau. Dapat B-.  Hahahaha. 


#2 Coffee Shop


Game Coffee Shop ni memerlukan skil menguruskan sesebuah bisnes. Bukan setakat menguruskan duit sahaja tau. Korang juga perlu tahu menguruskan inventory dan juga menguruskan kehendak pelanggan. 

Pada awalnya game ini akan berikan modal untuk korang membeli barang keperluan untuk menjual kopi seperti kopi, cawan, gula dan susu. Pandai-pandailah korang tentukan kuantiti yang diperlukan janji tidak melebihi daripada modal yang diberi. 

Selepas korang dah beli stok, korang perlu tentukan nisbah bancuhan yang diperlukan dan tetapkan juga harga secawan kopi yang korang nak jual. 

Setelah semuanya korang dah set, korang boleh mulakan perniagaan kopi korang. Semasa menjual, pelanggan yang lalu lalang akan berkata sesuatu mengenai kopi yang korang jual. Macam contoh dalam bubble dialog yang berwarna merah tu, korang kena click pada bubble tu untuk tahu apa yang diperkatakan. Dialog tu katanya kopi kurang manis, memerlukan lebih gula lagi. (Marina ingatkan dia perlukan ais, mana pulak nak beli ais kat situ. Dalam game tu takde pulak sediakan ais). Makanya korang kena ubah resipi korang tu, lebihkan gula. 

Apabila customer dah berpuas hati dengan kopi korang, bubble dialog hijau akan keluar seperti contoh dialog berwarna hijau tu katanya nisbah kopinya dah ok. Maknanya tak cairlah bancuhan kopi korang.  

Di sini juga ada disediakan carta unjuran untuk keesokan harinya jika korang tak ubah pengurusan korang dari harga, resipi dan lain-lain. 


#1 Construct A Bridge 


Game Construct A Bridge ni menguji skill kejuruteraan (engineering) kita. kenalah pulak dengan course yang Marina ambil dulu. Dulu Marina belajar cara nak kira ketahanan bridge, tapi game ni takdelah ajar cara nak kira, cumanya korang kena rekabentuk jambatan tu supaya jambatan tu kukuh. Selepas korang dah design jambatan tu, korang boleh test ketahanan jambatan tu. Kereta akan melalui jambatan untuk menguji sama ada design bridge korang tu kukuh atau tak. 

Selepas berjaya melepasi level 1, Marina cuba pula ke level 2. Rasa seronok pulak nak tengok hasil binaan jambatan tu berjaya atau tidak.


Apa yang Marina Belajar dan Ilmu yang Dapat Daripada Bermain Money Games di Mortgage Calculator?

Daripada game online di Mortgage Calculator ni. Macam-macam ilmu baru Marina dapat daripada game di sini. Sambil enjoy main, sambil dapat ilmu. Memang betullah Money Games ni dapat menarik minat pelajar terhadap STEM. Money Games ni dapat mengasah skil seperti pengurusan kewangan, pengurusan inventory, menyusun strategi dan macam-macam lagi. 

Pada parents di luar sana, boleh cuba sendiri main dahulu Money Games ni dan prkenalkan pada anak-anak korang. Mana tahu dapat membantu perkembangan minda anak-anak korang. 




Post a Comment

0 Comments