Anak Nak Masuk Darjah 1 Ajak Beli Baju Sekolah dan Kelengkapan Lain Di Pusat Pakaian Hari-Hari

Anak Nak Masuk Darjah 1 Ajak Beli Baju Sekolah dan Kelengkapan Lain Di Pusat Pakaian Hari-Hari | Urusan membeli baju sekolah dan kelengkapan sekolah yang lain menjadi mudah kalau hanya sebuah kedai sahaja yang menjadi one stop center menjual semua keperluan sekolah. Ibu bapa terutamanya yang anak pertama baru memasuki darjah 1, mungkin tidak tahu di mana hendak beli baju sekolah dan kelengkapan sekolah yang lain kan? Marina pasti korang mencari harga yang murah dan kualiti yang memuaskan. Buat parents yang sedang merancang di mana hendak beli kelengkapan sekolah anak di bawah satu bumbung, Marina cadangkan pergi ke Pusat Pakaian Hari-Hari. Di sini mesti korang rambang mata nak memilih seperti beg sekolah sebab banyak sangat pilihan design yang menarik di sana. Pada yang tak tahu, Pusat Pakaian Hari-hari menyediakan kelengkapan sekolah yang lengkap dari baju sekolah, kasut, stoking, tudung, beg sehinggalah ke peralatan menulis. Korang tak payah dah pergi ke 2 atau 3 kedai yang berlainan untuk mencari kelengkapan barang sekolah anak.

Pusat pakaian hari-hari


Siapkan Keperluan Sekolah untuk Anak Darjah 1, Jimat Kos Beli Kelengkapan Persekolahan di Pusat Pakaian Hari-Hari

Marina start membeli kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari semasa anak kedua Marina mula masuk darjah 1. Biasalah, anak pertama biasanya takde pengalaman dan tak tahu nak beli kat mana. Bila dah tahu Pusat Pakaian Hari-Hari ni senang nak shopping, harga berpatutan dan banyak pilihan, makanya setiap tahun Marina shopping di sini. Tahun ni anak Marina yang darjah 1 tu dah tak sabar duk ajak beli baju sekolah dia kat Pusat Pakaian Hari-Hari. 

Jujur Marina cakap masa anak first, Marina beli kain dan baju sekolah secara berasingan. Dekat Pusat Pakaian Hari-Hari nilah Marina baru tahu ada jual set dan harganya murah sedikit. Jimat duit.

Tahun ni tahun yang agak mencabar sedikit sebab Marina melalui lagi sekali pengalaman anak masuk darjah 1, maksudnya kelengkapan sekolah perlu disediakan lebih banyak berbanding kakak-kakaknya. Macam contoh kakak-kakak dah tak perlu beli alat tulis yang baharu. (Tapi sebenarnya anak yang nak masuk darjah 1 tu pun dah ada alat tulis). Selain itu, anak kedua Marina pula dilantik untuk menjadi Pengawas Pusat Sumber Sekolah. So, perbelanjaan sekolah untuk tahun 2023 ni terlebih bajet sikitlah daripada biasa. 

Walaubagaimanapun, bantuan awal persekolahan yang diberikan oleh kerajaan MYR150 untuk membeli baju sekolah dan kelengkapan sekolah yang lain untuk setiap orang anak adalah mencukupi buat anak-anak Marina. Malahan harga keperluan barang sekolah tak sampai MYR100 seorang pun kalau betul-betul berbelanja mengikut keperluan apabila membeli-belah di Pusat Pakaian Hari-Hari

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Marina suka beli baju sekolah kain licin jenama Jony & Jeny. Material yang digunakan berkualiti. Kainnya tak jarang dan lembut. Ada juga baju dan kain sekolah jenis cotton. Jenis cotton ni ada dua jenama yang boleh korang pilih iaitu Jony & Jeny dan No Problem.  

Baju sekolah

Kelengkapan sekolah


Baju sekolah


Senarai Kelengkapan Sekolah yang Marina Beli Di Pusat Pakaian Hari-Hari

Di bawah ni adalah senarai barang keperluan sekolah yang Marina shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari. Ada item yang Marina tak beli sebab sebelum ni ada yang baru je beli, masih lawa dan boleh digunakan lagi macam contoh tudung hitam untuk anak pertama Marina tak beli dah. Kasut sekolah untuk anak darjah 5 dan darjah 1 pun tak beli sebab diorang nak beli awal dan anak yang darjah 1 haritu ada pendaftaran kemasukan darjah 1 di sekolah, so kena beli kasut awal. Ada jugak yang Marina tak beli di Pusat Pakaian Hari-Hari sebab kod warna vest dan kain pengawas pusat sumber yang ditetapkan oleh sekolah tak dijual di sini. 

Barang kelengkapan lain selain baju sekolah dan tudung sekolah, anak-anak Marina yang ambil sendiri. Marina tak sempat tengok apa yang diorang ambil. Barang yang diorang ambil semua diorang masukkan terus dalam bakul yang ayah diorang pegang. Haaa dah tau kan kenapa nak ajak datang shopping kat sini. Terkejut mak time nak bayar. Jumlah harga barang adalah MYR451.40. Marina ingat kurang daripada MYR450. Tetapi, kalau korang ambil barang keperluan sekolah sahaja, MYR150 seorang tu lebih daripada cukup. Jom kita tengok senarai barang sekolah yang Marina beli. Bolehlah korang bajetkan untuk shopping kelengkapan sekolah anak-anak korang pulak : 


Anak pertama (Darjah 5)

• Baju & kain kurung sekolah saiz 32 (2 pasang) - MYR 81.80
• Tudung saiz M - MYR 11.90
• Botol air - MYR 11.00
• Alat tulis - MYR 5.00

Pusat pakaian hari-hari


Anak kedua (Darjah 4)

• Baju & kain kurung sekolah saiz 24 - MYR 36.90
• Baju kemeja kuning (Pengawas Perpustakaan) (2 helai) - MYR 51.80
• Tudung saiz S - MYR 10.90
• Tudung hitam (untuk kokurikulum) saiz S - MYR 10.90
• Kasut sekolah - MYR 45.90
• Botol air - MYR 11.00
• Alat tulis - MYR 15.00



Anak ketiga (Darjah 1)

• Baju & kain kurung sekolah saiz 22 (2 pasang) - MYR 71.80
• Tudung saiz S - MYR 10.90
• Beg sekolah - MYR 39.90
• Stoking - MYR 7.90
• Alat tulis - MYR 17.80
• Botol air - MYR 11.00



Promosi Kembali Ke Sekolah Di Pusat Pakaian Hari-Hari, One Stop Center Bagi Kelengkapan Sekolah

Marina dah siap membeli-belah baju sekolah, kasut sekolah, tudung sekolah dan lain-lain kelengkapan untuk anak-anak Marina. Shopping awal tak kalut. Lambat beli takut banyak saiz dah habis. Masa Marina membeli-belah kelengkapan sekolah anak-anak, ramai juga ibu bapa yang sedang shopping. Meriah macam raya. 

Sesampai je di Pusat Pakaian Hari-Hari, kiteorang disambut mesra oleh staff di situ. Bukan kiteorang je, semua pelanggan yang datang disambut mesra. Walau sibuk mana sekalipun, mulut diorang tak lekang dengan kata-kata sambutan 'Selamat Datang' dan bila dah selesai shopping, staff akan kata 'Terima kasih, datang lagi'

Staff-staff di Pusat Pakaian Hari-Hari sangat membantu. Cepat je datang bila Marina mintak tolong carikan saiz yang Marina nak. Diorang pun laju je tolong anak Marina cuba baju sekolah. 

Pergilah shopping kelengkapan sekolah anak-anak di Pusat Pakaian Hari-Hari sekarang. Diorang tengah buat Promosi Kembali ke Sekolah 2023. Setiap pembelian RM30 dan ke atas dalam satu resit korang akan dapat FREEGIFT calendar. Dah shopping kat sana nanti jangan lupa claim kalendar tau! 




Marilah Pergi Hari-Hari!

Terdapat 95 Pusat Pakaian Hari-Hari di seluruh Malaysia. Korang boleh semak di website diorang. Kalau tak sempat datang ke kedai untuk shopping, korang boleh beli secara online juga :

Website : 

Hari-Hari Online Store: 

Hari-Hari Shopee: 

Hari-Hari Lazada: 

Post a Comment

1 Comments

  1. 1st tyme beli JJ utk anak dara sorang..b4 nie beli blackCat hero2 semuanya...berbaloi jugak lah, sebab dpt sepsg..nanti nak beli lagi...tgu gaji...hihihi

    ReplyDelete