Tisu dan Rangkaian Produk Jenama Carina Malaysia Menjadi Pilihan untuk Kegunaan Harian

Tisu dan Rangkaian Produk Jenama Carina Malaysia Menjadi Pilihan untuk Kegunaan Harian | Nak pilih produk untuk membersihkan rumah mesti nak pilih yang berkualitikan?  Makanya kenalah pilih supplier produk membersih (cleaning supplies) yang bagus dan recommended kan?Dekat rumah Marina ni semua jenis tisu Marina guna. Tisu kering, tisu dapur, tisu basah dan facial tisu. Selain daripada tisu-tisu ni, cotton bud pun Marina guna tau. Memang setiap bulan Marina akan beli tisu untuk kegunaan harian. Sejujurnya ini merupakan pertama kali Marina menggunakan produk jenama Carina Malaysia. Nak tahu ke Marina guna kesemua jenis rangkaian produk jenama Carina ni untuk apa? Marina kongsikan review dan pengalaman Marina menggunakan produk Carina Malaysia dalam rutin Marina di rumah selanjutnya kat bawah.


Kempen Carina "We Care, We Love" 

CARINA 2023 berazam untuk bergerak ke hadapan mengikut peredaran zaman dan terus maju selepas pandemik. Konsep baharu telah dihasilkan dengan tema "We Care, We Love". Carina menyediakan pelbagai jenis rangkaian produk mereka untuk menggalakkan kesedaran kebersihan, mewujudkan persekitaran yang sihat dan mengurangkan pencemaran. Korang boleh sertai kempen ini dengan menyertai peraduan yang dianjurkan oleh Carina. Pelbagai hadiah menarik menanti korang! Marina cerita panjang kat bawah. 


Latar Belakang Produk Jenama Carina

Carina ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai pengeluar tisu pertama Malaysia bagi memenuhi permintaan negara tropika tersebut. Penghasilan tisu Carina yang menggunakan hanya 100% pulpa dara dan 100% kapas tulen asli membolehkan Carina memberikan keselesaan kepada orang ramai disamping mengekalkan standard kualiti produk. 

Carina dicipta untuk penduduk Asia Tenggara yang terkenal dengan pulau-pulau yang indah, restoran ternama, masakan yang lazat dan pedas serta pelbagai budaya. Dengan iklim subtropika yang lembap di rantau ini, tisu berkualiti tinggi adalah penting dan sangat berguna kerana ia lebih bersih, mudah dan mesra keluarga, serta untuk kegunaan sendiri. Selain itu, tisu Carina juga mesra alam kerana ia larut dalam air, melindungi bukan sahaja korang tetapi juga alam sekitar.


Kenapa Produk Jenama Carina Menjadi Pilihan?

Rangkaian produk yang luas daripada Carina ini dapat memenuhi keperluan harian korang untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih baik, bersih dan sihat. Produk Carina menjadi pilihan terbaik adalah kerana :


Harga Berpatutan dan Kualiti Terbaik

Bertempat di Lembah Klang, Malaysia, produk Carina dihasilkan dan diedarkan di seluruh Malaysia terus kepada pengguna. Oleh itu, di sebalik kualiti produk Carina yang baik, harganya turut berpatutan untuk setiap lapisan masyarakat.


Tidak Mengandungi Komponen Kitar Semula

Sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif kerana produk yang dihasilkan oleh Carina tidak mengandungi sebarang komponen kitar semula, justeru menjadikannya lembut pada kulit dan tahan lasak.


Pelbagai Saiz

Tisu Carina didatangkan dalam pelbagai saiz, daripada pembungkusan yang kecil sehingga yang lebih besar, menjadikannya sesuai untuk digunakan oleh individu mahupun seisi keluarga. 

• Carina Handkerchief Tissue - Pembungkusan sederhana menjadikannya ideal dan sesuai untuk kegunaan harian. 



• Carina Wallet Tissue - Pembungkusan yang mengikut trend masa kini, juga membolehkan korang menggunakannya sebagai on-the-go wallet atau dompet harian korang.


Pelbagai Rangkaian Produk Carina Selain Tisu Senang Didapati

Carina juga boleh diperoleh dalam siri lain seperti Tisu Basah, Kapas Muka, Putik Kapas, Kapas Gulung dan banyak lagi. 

• Tekstur Carina Wipes yang lembut, sesuai digunakan untuk pembersihan dan pembasmian kuman bagi menanggalkan kotoran atau cecair dari kulit atau permukaan. 

• Rangkaian Carina Cotton pula juga diperbuat daripada kapas asli, lembut, tahan lasak dan mempunyai kadar penyerapan yang tinggi sesuai untuk kegunaan peribadi dan juga penjagaan bayi. 



4 Siri Utama Produk Jenama Carina

Carina mempunyai 4 siri utama iaitu:


#1 Penjagaan Kecantikan (Beauty Care) 

Siri Tisu Kering Carina diperbuat daripada 100% PURE VIRGIN PULP untuk memastikan kebersihannya, menjadikan ia lembut dan selamat digunakan pada kulit, termasuk kulit sensitif, dan Siri Kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON yang sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan iritasi dan kerosakan kulit kerana kapas yang digunakan adalah bahan semula jadi yang asli.


#2 Penjagaan Bilik Mandi (Toiletries Care) 

Tisu Bilik Mandi dengan 3 lapisan, menjadikan ia lebih kuat dan lembut untuk digunakan.


#3 Peralatan Dapur (Kitchenware) 

Siri Tisu Dapur Carina menjadikan permukaan dapur dan peralatan bersih, berkilat dan bebas calar. Ia membantu membersihkan kaunter dapur dan peralatan serta menyental tumpahan cecair.


#4 Penjagaan Kesihatan (Health Care)

Siri Tisu Basah Carina mengandungi 99% air, bebas paraben dan alkohol yang tidak menyebabkan sensitiviti kulit dan alahan. Tisu basah Carina mengandungi Aloe Vera dan vitamin E. 



Review dan Pengalaman Marina Selepas Guna Rangkaian Produk Carina



Tisu Kering Carina

Siapa je tak cuci tangan setiap hari kan? Sejak dari dulu lagi selepas membasuh tangan, Marina akan lap tangan menggunakan tisu. Anak-anak Marina pun Marina ajar lepas basuh tangan lap tangan dengan tisu dan bukan dengan baju. 

Apabila dah ada pelbagai saiz tisu kering yang dikeluarkan oleh Carina, mudah nak bawa ke mana-mana sebabnya, Marina biasa standby tisu jenis wallet dalam dashboard sebab kereta Marina takde tempat nak letak kotak tisu. 

Apa yang Marina perasan, tisu Carina ni dia lembut, tak senang koyak dan senang nak diambil dari kotak. Tisu sebelum ni, bila nak  ambil sehelai, banyak helai pulak dia keluar. 


Tisu dapur Carina

Tisu dapur ni memang wajib sentiasa ada stok di rumah sebab Marina biasa lap dapur, kaunter dapur kering, lap periuk lepas masak nasi dan lap bekas makanan kucing. Dari dulu Marina tak guna kain untuk mengelap sebab malas nak basuh kain balik. Lagi satu kebersihan. Kalau guna tisu kita tak guna berulang kali kan? Sekali guna terus buang kan? Detail sangat ke Marina ni? Takdelah detail sangat, janji kesihatan dan kebersihan terjaga. 

Tisu dapur Carina ni tebal, mudah serap air dan minyak serta tahan lasak. 


Tisu Basah Carina

Macam kat atas tadi Marina kata, Marina lap dapur kan? Sebelum lap dengan tisu dapur, Marina lap dapur, kaunter dapur kering, bekas makanan kucing dan sewaktu dengannya menggunakan wet tissue dulu, lepas tu Marina lap dengan tisu dapur pulak untuk keringkan dia.

Selain itu, Marina gunakan tisu basah ni untuk lap hidung, telinga dan mulut kucing Marina. 

Tisu basah Carina ni pun ada saiz yang kecil. Tisu basah pun biasanya Marina akan standby dalam kereta untuk kegunaan Marina dan keluarga terutamanya waktu travel. Biasanya apabila makan dalam kereta. Selepas makan roti atau makanan ringan, anak-anak dah terbiasa mintak tisu basah untuk lap tangan diorang. 

Tisu basah dia bau wangi, bau lavender. Soft je bau dia. Marina suka bau dia. 


Cotton Bud Carina

Kat rumah Marina ni, ada 2 ekor anak bulus. Marina selalu cuci telinga diorang ni dengan menggunakan tisu basah dan cotton bud. So far masa Marina guna cotton bud dia tak mengembang dan tak tercabut. 


Carina Gift Box 

Carina juga mengeluarkan limited edition iaitu Carina Gift Box. Terdapat 8 produk di dalam Carina Box iaitu :
• Carina Facial Cotton 160 sheets
• Carina Box Tissue 90 sheets
• Carina Handkerchiefs Tissue
• Carina Cotton Buds 400 tips
• Carina Wallet Tissue 
• Carina Antibacterial Wipes 70 sheets
• Carina Facial Cotton 480 sheets
• Carina Wet Wipes 30 sheets

Selain produk di atas, di dalam Carina Gift Box, terdapat juga :
• Shop online voucher Shopee Carina official Store RM 5 voucher
• Review & Win campaign flyer 
Carina Surprise Ang-pao sehingga RM88 melalui TNG


*Carina Gift Box Set TIDAK termasuk :
• Carina Kitchen Roll (boleh dibeli di kedai fizikal atau online)
• Carina Limited Edition We Love We Care Bag (GWP dengan pembelian RM 40 dan ke atas)



Carina Gift Box boleh didapati di :
• Aeon Big (Cawangan terpilih)
• Mix Store (Cawangan terpilih @ IOI City Mall)
• Hot Market @ Berjaya Times Square
• Tong Hup Trading, Melaka



CARINA Review & WIN (T&C apply)

Jumlah 100 pemenang untuk MEMENANGI 3 bulan bekalan rumah setiap bulan
Jumlah bernilai RM 150 / Pemenang
 

Cara Menyertai

1. Muat naik Foto/VIDEO Ulasan pengalaman korang dengan MANA-MANA produk siri CARINA di Facebook/Instagram/ Tiktok.

2. Beritahu sebab korang akan mengesyorkannya & tag @CARINA rasmi Facebook / Instagram / Tiktok.

3. Hashtags #MYCarina #WeCareWeLove (pastikan post korang adalah umum).


Terma & Syarat:

• Tempoh kempen: SEKARANG - 30 April 2023. 300 Penilai Terbaik akan dipilih untuk MENANG 3 Bulan Bekalan Rumah Carina bernilai RM150. Pihak Carina akan screenshot pemenang dan umumkan pemenang di halaman Facebook Carina bermula dari Feb 2023. Tungguuu!

• Hadiah tidak boleh ditukar, tidak boleh dipindah milik, dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai atau hadiah lain. Pihak Carina berhak untuk mengubahsuai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.

• Resit WAJIB ditunjukkan untuk menuntut hadiah.

• Setiap pemenang hanya sah untuk menuntut sekali sahaja, Nama dan resit pembelian yang sama tidak dibenarkan.

• Resit pembelian sah dari 1 Jan 2023- 31 April 2023 sahaja.

• Baucar tunai bernilai RM150 adalah untuk pembelian produk CARINA sahaja, setiap baucar tunai RM50 hanya sah selama 1 bulan.

• Carina berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.


Dapatkan CARINA Sekarang! 

Korang boleh dapatkan rangkaian produk Carina secara online ataupun offline. 


Pembelian Secara Offline

Korang boleh mendapatkan rangkaian produk Carina di pasaraya berdekatan korang :
• Aeon Big
• Aeon Wellness
• Econsave
• Mydin
• NSK
• Ascen+ Pharmacy
• MiX Store
• PotBoy Groceries
• C-Mart Penang, Kedah, Perlis
• Ceria 99 Penang, Kedah, Perak
• Family Stores Seremban
• Family Stores Melaka
• Oppa Mart Melaka & Seremban
• Nirwana Maju Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan
• Target Supermarket Johor
• Song Mart Malaysia Johor
• Pasaraya Hwa Thai Johor


Online

Korang juga boleh mendapatkan Carina menerusi platform e-dagang rasmi mereka dan produk akan dihantar terus di depan pintu rumah korang! Sangat mudah untuk membuat pembelian melalui Shopee dan Lazada.
    
Shopee


TopzMall

Untuk maklumat lanjut, hubungi Carina melalui wangzhengcarina@gmail.com. Ikuti Carina Malaysia di platform berikut untuk perkembangan terkini, info-info kesedaran kebersihan dan pengumuman menarik yang lain.



Tiktok


#MildAndGentle #comfortable #pure #SoftAndTender #CarinaMalaysia #CarinaCares #HealthyTissue #VITAMEDIA #CARINA #WeCareWeLove
#beautytissue #BetterLife #CarinaMY #MYCarina #Tissue #CarinaTissue #handkerchieftissue #handkerchief #VirginPulp #PurePulp #Wallettissue #CarinaLavender #CarinaGreentea #CarinaRose #CarinaEveryday #CarinaPure #CarinaCaringLife #CarinaForAll #BetterwithCarina #CarinaFamily #Carina100natural #CarinaNature

Post a Comment

0 Comments