Advertisement

Beli Hartanah di United Kingdom Ketika Musim Covid-19

Beli Hartanah di United Kingdom Ketika Musim Covid-19 | Beli rumah di United Kingdom? Sesuai ke beli rumah semasa musim pandemik Covid-19 ni? Korang tahu tak kes Covid-19 dah meningkat semula? Haritu Marina demam, pergi klinik, doktor pesan suruh buat swab test. Katanya kes Covid-19 dah meningkat semula. Covid-19 masih berleluasa dan seperti tiada penghujungnya. Walaupun kes Covid-19 semakin meningkat, pelaburan hartanah pula dijangkakan akan pulih selepas pandemik . Ramai juga yang membeli rumah musim Covid-19 ni sebab kebanyakan masa kena berkurung dalam rumah waktu PKP dulu. Tapi kenapa melabur hartanah di luar negara? Macam mana cara nak beli rumah di UK? Macam mana nak mengira kelayakan pinjaman perumahan di UK? Pada yang berminat nak membeli rumah di UK, korang boleh semak dahulu kelayakan pinjaman gadai janji secara online di mortgagecalculation.uk. Teruskan membaca apa yang perlu korang tahu kalau nak membeli hartanah di UK. 

Sumber Google


Menyewa atau Beli Rumah?

Pernah Marina terdengar kawan-kawan pejabat bersembang mengenai menyewa atau membeli rumah. Maaf apa yang Marina nak sampaikan ni agak kasar sikit tapi itulah yang dibualkan. Kata mereka, 'Korang menyewa rumah, bayar sewa pada owner RM800 ke RM1,000 sebulan, silap lebih lagi. Rugi. Lebih baik, beli rumah sendiri, bayar bulanan dengan kos yang sama. Dah tentu rumah sendiri.' Haaa gitulah. 

Tetapi tak semua berkemampuan untuk membeli rumah. Sebelum ni Marina pernah share tips mencari rumah sewa. Mana tahukan korang kena berpindah ke UK kan, nak kena menyewa rumah di sana.

Sumber Google 


Kenapa Rakyat Malaysia Melabur Hartanah Di United Kingdom? 

Marina ada terbaca satu artikel di mana, Malaysia merupakan antara negara yang terbesar membuat pelaburan hartanah di United Kingdom. Kenapa UK?  

United Kingdom atau Britain adalah merupakan sebuah negara yang terdiri daripada 4 negeri iaitu England, Ireland Utara, Scotland dan Wales. Ibu negara UK adalah London. Banyak tempat-tempat menarik dan cantik yang selalu dikunjungi oleh rakyat Malaysia di UK seperti Sungai Thames, Hyde Park, City of London, Camden, Istana Buckingham dan banyak lagi. Mungkin inilah salah satu sebab mengapa ada di antara rakyat Malaysia yang melabur hartanah di UK. 

Mungkin korang tahu, terdapat sejumlah keluarga Malaysia yang membeli rumah dan menetap di United Kingdom. Kenapa mereka membuat keputusan untuk menetap di UK? Apapun tujuan mereka pasti mereka mempunyai alasan tersendiri. 

Bukan setakat penduduk Malaysia je yang membeli hartanah di sana, malahan syarikat-syarikat yang besar di Malaysia juga membuat pelaburan hartanah di UK. 


#1 Belajar dan bekerja di UK

Sebagaimana yang kita sediamaklum, United Kingdom merupakan salah sebuah negara yang menawarkan kursus kedoktoran di universiti mereka selain India dan Mesir. Siapa tak kenal Dr. Amalina Bakri, seorang pelajar cemerlang di Malaysia yang melanjutkan di dalam bidang perubatan di United Kingdom. Selepas menamatkan pelajarannya di UK, Dr. Amalina Bakri mengambil keputusan untuk bekerja sebagai doktor pakar bedah dan menetap di UK. Terkini, Dr. Amalina telah  menamatkan zaman bujang bersama pilihan hatinya, Alexander Charles dan dikurniakan cahaya mata yang comel. 

Sumber Dr. Amalina Bakri


#2 Menyimpan sebagai Aset

Pada yang berkemampuan, korang boleh mengambil peluang untuk membeli rumah di UK untuk dijadikan sebagai aset dan boleh disewakan kepada mereka yang memerlukan. 

Mungkin ada juga di antara mereka yang suka pergi bercuti ke UK dan menjadikan sebagai rumah penginapan keluarga di sana. Bila nak bercuti di UK, korang dah ada rumah dah kan? 


#3 Peribadi

Artis Malaysia iaitu Edry Abdul Halim KRU mengambil keputusan untuk berhijrah dan menetap di UK bersama isteri dan anak-anaknya kerana salah seorang anaknya merupakan anak austime. Kata beliau, sekolah untuk anak-anak autisme di UK menyediakan kemudahan yang terbaik dan tiada di Malaysia. Kini, Edry Abdul Halim menubuhkan agensi urus artis di UK untuk mencari bakat-bakat baharu di sana. 

Sumber Edry KRU


#4 Menjana Ekonomi Sendiri dan Negara

Terdapat sejumlah rakyat Malaysia dan juga beberapa syarikat di Malaysia yang membuat pelaburan hartanah di UK. Ini adalah bertujuan untuk menjana dan memperkukuhkan ekonomi mereka sendiri atau sesebuah syarikat tersebut. 


Tips Beli Rumah Di United Kingdom

Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum beli rumahkan? Tips-tips sebelum korang beli rumah di United Kingdom :

#1 Semak Kelayakan Pinjaman Gadai Janji di UK

Walau di mana sekalipun korang nak beli rumah, yang paling penting sekali adalah semak kelayakan korang. Kalau korang berminat nak melabur hartanah di UK, korang boleh kira kelayakan pinjaman perumahan mengikut gaji korang di mortgagecalculation.uk


#2 Lokasi Tempat Tinggal Menarik Di UK

Kalau macam Marina ni serius tak tahu kat mana lokasi yang menarik untuk beli rumah. Tapi melalui pembacaan, ramai pelajar yang menyewa rumah di Rusholme atau Cheetam Hill di Manchester kerana dekat dengan universiti mereka, banyak kemudahan berdekatan rumah sewa mereka seperti kedai runcit dan mudah mencari makanan halal di sana. Selain Manchester, terdapat beberapa lokasi yang menjadi pilihan iaitu di Liverpool, Newcastle, Birmingham, Derby, Leeds, Sheffield, Leicester, Glasgow dan Nottingham. Bolehlah korang survey rumah di lokasi tersebut. 


#3 Semak Syarat-syarat Pinjaman Gadai Janji untuk Membeli Rumah di UK 

Rakyat Malaysia boleh je beli hartanah di UK. Tiada sekatan dari segi undang-undang yang mengatakan kalau korang bukan warganegara UK tak boleh beli rumah di sana. Tetapi, sebelum korang membuat pelaburan, beberapa perkara yang perlu korang tahu jika korang nak membuat pinjaman gadai janji di UK. Syarat-syarat perjanjian gadai janji di UK :
• Warganegara UK
• Bukan warganegara UK 
• Tinggal dan bekerja di luar negara sebagai expatriat

Kalau syarat-syarat atas dipatuhi, korang boleh memohon perjanjian gadai janji dengan mempunyai salah satu perkara berikut :
• Pemaustatin tetap di UK sekurang-kurangnya 2 tahun
• Kerja tetap di UK
• Akaun bank di UK
• Visa pekerja mahir / visa keluarga / visa keturunan UK kalau bukan pemaustatin tetap di UK


Cara Mengira Loan Rumah Di mortgagecalculation.uk

Marina try survey rumah di Manchester ni yang harga bawah RM 1 mil. Korang boleh tengok harga rumah dalam bajet korang di Zoopla.co.uk . Macam rumah kat bawah ni mempunyai 2 bilik, 1 bilik air, dapur dan 1 ruang tamu. Harga rumah £90,000. Kalau tukar ke duit Malaysia, lebih kurang RM481,000.00. Jom kita try kira loan pinjaman rumah kat mortgagecalculation.uk ni. Berapa bulanan yang perlu bayar. 




Langkah-Langkah Mengira Pinjaman Rumah di Mortgagecalculation.uk

Mudah je nak guna mortgagecalculation.uk ni rupanya. Langkah-langkah mengira pinjaman gadai janji :

#1 Masukkan harga rumah yang dipilih. Contoh harga rumah yang Marina pilih £90,000.

#2 Masukkan down payment yang perlu dibayar. Yang ni depends pada pemaju atau pemilik terdahulu (rumah subsale) berapa yang perlu korang bayar. Macam Marina beli rumah dulu 10% daripada harga rumah. Jadi down payment yang perlu dibayar £9,000.

#3 Interest rate ni ikut pada bank yang korang nak buat pinjaman. Marina letak ikut base rate Bank of England, katanya dah meningkat ke 3.5% pada first half 2023.

#4 Tahun pinjaman perumahan depends pada bank dan kelayakan korang berapa tahun yang perlu korang pinjam untuk bayar balik loan rumah. Macam Marina bank tetapkan 35 tahun. Kalau buat pinjaman tahunnya singkat, lagi bagus, tapi bulanan tinggi sikit, interest yang perlu dibayar kurang dan cepatlah settle loan pinjamannya. Tetapi untuk contoh ni, kita try masukkan 30 tahun. 

#5 Ok siap dah kira. Makanya jumlah pinjaman rumah yang akan dipinjam ialah £130,941.43 bersamaan lebih kurang RM700,000.00. Bulanan yang perlu dibayar adalah £363.73 bersamaan lebih kurang RM1,941.00.

Mudahkan? 


mortgagecalculation.uk

loan rumah uk

Kiraan Selain Loan Rumah Di  Mortgagecalculation.uk

Selain membuat kiraan pinjaman rumah di mortgagecalculation.uk, korang juga boleh buat kiraan untuk amortisation (melunaskan hutang pinjaman), remortgage (membuat gadai janji semula untuk loan yang dah dipinjam sebelum ni) dan lain-lain lagi. 

pinjaman perumahan uk


Semoga apa yang Marina kongsi di sini sedikit sebanyak dapat membantu korang nak buat kiraan pinjaman perumahan bagi yang berminat nak melabur hartanah di United Kingdom. Actually lebih kurang sama je kalau nak buat kiraan pinjaman perumahan di Malaysia menggunakan mortgagecalculation.uk ni, cumanya korang kena tukar currency je la. Gitu. 



Post a Comment

1 Comments