ABX Express Dijenamakan Semula Kepada KEX Express

ABX Express Dijenamakan Semula Kepada KEX Express| Pada 26 Oktober 2022 yang lalu, Marina menghadiri majlis penjenamaan semula ABX Express yang berlangsung di Shangri-la KL. ABX Express merupakan penyedia perkhidmatan kurier yang telah beroperasi di Malaysia selama 38 tahun mengumumkan penjenamaan semulanya pada hari tersebut. Penjenamaan semula ini menyaksikan syarikat tersebut kini dikenali sebagai KEX Express di Malaysia, yang pada masa sama menyediakan pilihan destinasi antarabangsa, selain laluan domestik sedia ada. 


Majlis Penjenamaan ABX Express yang Pertama di Malaysia! 

Malaysia merupakan negara pertama yang dipilih untuk menggunakan jenama KEX Express. Majlis ini diacarakan oleh Daphne Iking, seorang personaliti televisyen yang dikenali di Malaysia. 

Sebelum majlis dimulakan, Marina mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran terlebih dahulu. Pihak penganjur menyediakan cenderahati kepada mereka yang hadir di majlis ini. Di dalam beg ini diberikan mug, flip book dan buku journal. Selepas pendaftaran, Marina sarapan yang disediakan di sini. Sempatlah Marina makan dimsum. Ada juga disajikan kuih dan nasi lemak.

Di majlis penjenamaan ini, motor KEX Express dipamerkan di sini. Marina tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan motor yang dipamerkan. Staff di situ juga menawarkan untuk mengambil gambar polaroid sebagai kenangan. Free aje. Comel betul logo KEX Express ni. Marina juga berkesempatan meninggalkan nota mengucapkan tahniah kepada KEX Express di atas penjenamaan semula ini. 



Semasa majlis berlangsung, Daphne Iking menceritakan pengalaman beliau bersama ABX Express. Kawasan rumah keluarganya di Sabah agak terpencil dan kebanyakan perkhidmatan kurier tidak masuk ke kampungnya, tetapi ABX Express menghantar parcel sehingga sampai ke depan rumah milik keluarganya. Maksudnya walaupun rumah korang jauh di pedalaman sekalipun, ABX Express akan menghantar parcel atau dokumen korang sampai ke rumah korang!

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Alex Ng, CEO Kerry Express dan kemudian Richard Lui, Pengurus Besar Kanan KEX Express Malaysia. 

Acara diteruskan dengan tayangan video mengenai perjalanan KEX Express di Malaysia, diikuti dengan sesi fotografi staff KEX Express dan seterusnya sesi soal jawab bersama media. 

Apa yang paling Marina teruja sekali di majlis ini adalah Marina dapat melihat secara live Alex Ng iaitu CEO Kerry Express. Terasa aura CEO dia tu semasa Marina berada di majlis ini.

Alex Ng, CEO kerry Express

Daphne Iking, Pengacara Majlis



Kerry Logistik Network, Syarikat Logistik Terbesar di Asia! 

ABX Express diperbadankan pada tahun 1984 di Malaysia Timur, adalah jenama tempatan yang mengkhususkan kepada penghantaran capaian akhir (last mile) dalam pasaran domestik. Pada tahun 2015, syarikat ini menjadi sebahagian daripada Kerry Logistics Network, sebuah syarikat logistik antarabangsa yang terbesar di Asia, yang tersenarai dalan Bursa Saham Hong Kong. 

"Penjenamaan semula ini adalah satu peristiwa penting bagi kami. Penjenamaan semula ABX Express kepada KEX Express pada hari ini adalah kemuncak kepada peranan yang kami mainkan di bawah Kerry Logistics Network (KLN). Ia juga merupakan pelaburan dan kerjasama strategik antara SF group dan Kerry Logistics Network (KLN) pada tahun lepas. Gabungan ini membolehkan KEX Express memiliki akses pantas kepada rangkaian global KLN yang meluas dan set tawaran ekspres antarabangsa yang lengkap khususnya ke China dan negara-negara di Asia," kata Richard Lui, Pengurus Besar Kanan, KEX Express Malaysia.
 
Pengurus Besar Kanan KEX Express Malaysia

KEX Express Berkembang dan Berinovasi Melalui Pengalaman dan Luahan Pelanggan

KEX Express kini menawarkan perkhidmatan penghantaran ekspres antarabangsa ke lebih 225 negara dari Malaysia. Pemilik akaun kredit sedia ada dan juga pelanggan yang datang ke mana-mana cawangan kedai KEX Express di seluruh negara boleh menggunakan perkhidmatan ini. 


"Menggabungkan pengalaman perkhidmatan kurier express kepada rakyat Malaysia sejak 1984, dan rangkaian luas KLN group, matlamat kami adalah untuk menjadi rakan logistik yang boleh dipercayai oleh rakyat Malaysia, yang menyediakan perkhidmatan penghantaran ekspress yang lancar dan mudah untuk syarikat-syarikat perniagaan dan juga keperluan penghantaran peribadi ke destinasi-destinasi tempatan dan antarabangsa," tambah Lui. 


KEX Express memiliki lebih 700 service touchpoints di seluruh negara dengan lebih 3,000 kakitangan yang menyediakan keperluan penghantaran ekspress kepada rakyat Malaysia. Pada masa ini, KEX Express mempunyai rangkaian liputan paling meluas dalam industri penghantaran ekspres di Malaysia Timur. 


"Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa mendengar luahan pelanggannya, KEX express mengamalkan budaya keterbukaan untuk berkembang dan berinovasi. Ini bermakna kami perlu sentiasa mengambil tahu keperluan pelanggan kami bagi memastikan kecemerlangan dan kecekapan operasi yang konsisten dalam semua yang kami lakukan apabila memberi perkhidmatan kepada pelanggan," kata Lui. 



Perkhidmatan yang konsisten di KEX Express sangat berkait rapat dengan pelaburan aset dalam syarikat. Menurut Lui, syarikat telah banyak membuat pelaburan dalam hab automasi, infrastruktur IT dan pengembangan pasukan sejak lima tahun lalu. 


"Pada masa ini, kami menyediakan perkhidmatan yang boleh disesuaikan kepada pelanggan utama kami. Ini bertepatan dengan matlamat kami untuk bekerjasama secara konsisten dengan pelanggan kami untuk membangunkan perniagaan mereka. Pada masa akan datang, kami di KEX Express akan terus mengenalpasti, melaksanakan dan menggunapakai idea inovatif yang boleh memenuhi kehendak dan keperluan pelanggab yang sentiasa berubah-rubah," tambah Lui. 




Kelebihan dan Keistimewaan Memilih KEX Express 

KEX Express akan memberi tumpuan kepada 3 perkara berikut sebagai sebahagian daripada komitmen mereka dalam memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia bagi penghantaran ekspres domestik :

Pembayaran Digital untuk Cash on Delivery (COD) dan Freight on Delivery (FOD) 

• KEX Express merupakan perintis untuk menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai bagi penghantaran ekspres tempatan.
• COD digital membolehkan penerima mana-mana bungkusan membuat pembayaran produk menggunakan pembayaran tanpa tunai sebaik sahaja menerima bungkusan pos. 
• Untuk FOD digital pula, ia membolehkan penerima mana-mana bungkusan untuk membuat pembayaran untuk kos penghantaran menggunakan pembayaran tanpa tunai sebaik sahaja bungkusan pos tiba. 


Pusat Penjual (Seller Centre) 

• Pusat Penjual merupakan platform penghantaran semua dalam satu yang khusus untuk penjual. 
• Ia mengintegrasikan portal beli-belah dalam talian KEX Express (Smartship Web) dan sokongan khidmat pelanggan kepada pemilik akaun KEX Express melibatkan keperluan penghantaran (contoh tempahan,  pengambilan, bungkusan, cetakan label, jejak penghantaran, pertanyaan kos dan lain-lain).
• Ini membolehkan pengalaman dalam talian ke luar talian (O2O) yang lebih lancar untuk klien KEX Express. 


Mengoptimumkan Laluan Perjalanan (Route Optimisation) 

• KEX Express ini dalam proses mengoptimumkan sistem penghalaan untuk laluan penghantarannya (delivery routinh system) menggunakan algoritma dan data besar. 
• Laluan penghantaran terbaik boleh dikira melalui jarak perjalanan dan keadaan trafik menggunakan teknologi awan. 
• Ini memperkemaskan lagi proses perancangan perjalanan, pada masa sama menyediakan penghantaran yang efisien dan tepat pada waktunya kepada pelanggan KEX Express. 




Dapatkan Promosi Daripada KEX Express Sekarang! 

Penjenamaan semula ABX Express berubah menjadi KEX Express, dengan penggunaan logo di bawah dalam segenap aspek termasuk papan tanda di semua kedai KEX Express di seluruh Malaysia dan juga lebih 2,500 trak penghantaran yang beroperasi secara harian di seluruh negara. 

Sempena pengumuman penjenamaan semula ini, KEX Express menawarkan diskaun promosi untuk pelbagai destinasi popular tempatan dan antarabangsa. Untuk makluman lanjut mengenai promosi atau KEX Express korang boleh ke website dan jangan lupa follow diorang :

Facebook : kexexpressmy
Instagram : kexexpressmy
Tiktok : kexexpressmy







Post a Comment

9 Comments

  1. Penjenamaan semula rupanya. Ingatkan courier service baru. Tapi tulah, font KEX dan ABX lebih kurang. Ruby ingat ABX ada sister company ke kan. Sebab zaman sekarang parcel kemain meriah.

    ReplyDelete
  2. Ohh wow...
    So proud to know about their rebranding, will consider them in my next parcels sending. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. baru tahu ttg kex ni.. agak menarik juga... ayu dulu selalu juga guna ABX

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing this and will check out their latest promotions

    ReplyDelete
  5. First time tau psl ABX Express Dijenamakan Semula Kepada KEX Express, thank you sharing

    ReplyDelete
  6. wow did this company really started out in 1984? that is so impressive!

    ReplyDelete
  7. Wah tahniah KEX Express, semoga dengan penjenamaan semula ni terus maju

    ReplyDelete
  8. Tahniah KEX EXPRESS! Moga terus sukses

    ReplyDelete