Advertisement

Golongan Kurang Bernasib Baik Sambut Deepavali Meriah Di AEON Mesra Deepavali Anjuran Yayasan AEON Malaysia

Golongan Kurang Bernasib Baik Sambut Deepavali Meriah Di AEON Mesra Deepavali Anjuran Yayasan AEON Malaysia | Esok dah nak Deepavali kan? Dekat pekan Ipoh ni Marina tengok dah semakin sesak dengan kaum India yang keluar untuk membeli-belah bagi menyambut perayaan Deepavali. Meriah tengok kedai-kedai baju saree yang dijual di sepanjang jalan Little India, Ipoh ni. Bermacam-macam design dan berwarna-warni baju-baju yang tergantung di hadapan kedai. 

Dalam melihat keseronokan mereka menyediakan kelengkapan untuk menyambut Deepavali, Yayasan AEON Malaysia (MAF) tidak melupakan pada golongan yang kurang bernasib baik. Oleh itu, MAF masih meneruskan tradisinya dengan menganjurkan program AEON Mesra Deepavali pada tahun ini. 



Yayasan AEON Malaysia (MAF) meneruskan Tradisi AEON Mesra Deepavali

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ini juga Yayasan AEON Malaysia (MAF) meneruskan tradisinya yang merupakan salah satu program perayaan utamanya iaitu AEON Mesra Deepavali pada 15 Oktober lalu yang diadakan di AEON BiG Falim, bagi membantu golongan kurang bernasib baik menyediakan kelengkapan perayaan mereka bagi perayaan Deepavali tidak lama lagi.

Dalam acara ini MAF bekerjasama dengan dua organisasi iaitu Sree Muneeswarar Temple dan Persatuan Wanita Perak dalam membawa 80 kanak-kanak daripada 30 isi rumah kurang bernasib baik di Ipoh untuk memberikan pengalaman membeli-belah kelengkapan untuk menyambut perayaan Deepavali yang meriah di AEON BiG Falim. 





Golongan Kurang Bernasib Baik Membeli-Belah Kelengkapan Menyambut Deepavali di AEON

MAF menyumbang RM200 untuk setiap seorang daripada mereka bagi mendapatkan pakaian lengkap Deepavali, kasut dan aksesori lain. Aktiviti membeli-belah ini turut dibantu oleh sukarelawan daripada AEON BiG Malaysia Sdn Bhd, AEON Credit Service Berhad, dan AEON CO. (M) BHD. Seronok tengok wajah diorang yang ceria dan gembira dapat merayakan Deepavali dengan baju raya baru! 

Selain membeli-belah pakaian Deepavali, setiap keluarga menerima 'Kotak AEON Bersamamu', mengandungi barangan runcit bernilai RM100 dengan tambahan 'duit raya' RM200 untuk persiapan perayaan mereka. Kanak-kanak itu menerima RM50 setiap seorang untuk wang saku mereka. 

Acara itu turut dimeriahkan dengan pertandingan reka bentuk Deepavali kolam yang disertai oleh kanak-kanak. Cantik-cantik dan kreatif kolam yang direka oleh kanak-kanak ini. Aktiviti ini merupakan acara yang paling Marina suka. 

“Kami akan sentiasa menghulurkan tangan untuk mendekati mereka yang memerlukan sokongan, terutamanya kanak-kanak dan keluarga yang tidak bernasib baik, selaras dengan ikrar yayasan itu. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Kumpulan AEON untuk sukarelawan dan tempat untuk kanak-kanak membeli-belah kerana mereka menawarkan pilihan hebat untuk keperluan Deepavali,” menurut Datin Noryahwati Mohd Noh, Presiden ATM.



Yayasan AEON Menyumbang sebanyak RM90,000!

Majlis ini yang turut dihadiri oleh Keiji Ono, Naib Presiden Yayasan AEON Malaysia dan Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD.; Daisuke Maeda, Naib Presiden Yayasan AEON Malaysia dan Pengarah Urusan AEON Credit Service (M) Berhad dan Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON BiG. MAF telah menyumbang sehingga RM90,000 dalam bentuk sumbangan untuk program Deepavali AEON Mesra ini. 

Selain daripada AEON BiG Falim di Ipoh, program ini turut disertai oleh lima lagi cawangan AEON dan AEON BiG iaitu AEON Mall Taman Universiti, Johor; AEON Mall Bandar Sunway, Selangor; AEON Mall Taman Equine, Selangor; AEON BiG Midtown Falim, Perak; AEON BiG Subang Jaya, Selangor; AEON BiG Bukit Rimau, Selangor melibatkan 300 kanak-kanak kesemuanya. 


Menyokong Matlamat UNSDG

Yayasan AEON Malaysia sentiasa berusaha memberikan sokongan tertinggi kepada inisiatif dan gerakan yang bermanfaat kepada masyarakat dan warganegara Malaysia. Program AEON Mesra adalah selaras dengan usaha yayasan untuk menyokong Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG) yang selaras dengan SDG 16 – yang menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan mampan, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina yang berkesan, bertanggungjawab dan inklusif di semua peringkat.

Semoga MAF akan meneruskan lagi program-program seumpama ini bagi membantu mereka yang memerlukan. 




Post a Comment

0 Comments