Melawat Tugu Peringatan Tsunami di Kota Kuala Muda Kedah

Melawat Tugu Peringatan Tsunami di Kota Kuala Muda Kedah | Kisah Marina melawat ke Galeri Tsunami di Kota Kuala Muda, Kedah ni dah lama dah. Baru sekarang nak cerita. Korang pernah pergi tak galeri ni? Ke korang tak tahu pun tempat ni wujud? Marina ke sini 3 tahun lepas pada November 2019. Time tu belum PKP pun lagi. Lama benau kan kau nak reveal tempat ni. Hahaha. Tapi memang satu pengalaman yang Marina takkan lupakan semasa melawat Tugu Peringatan Tsunami ni.

Actually, awalnye Marina pergi bercuti di sebelah pantai timur. Tapi tak puas lagi bercuti, husband ajak pergi sebelah utara pulak. Dari Kelantan terus ke Kedah melalui jalan Gerik. First time kot Marina lalu jalan tu. 

Husband dulu selalu kerja di site. Kadang sampai hampir sebulan kerja di lapangan. So, banyak tempat dia explore semasa berada di sesuatu tempat berkenaan. Explore maksud Marina di sini of course lah tempat makan. Nak berjalan memang takde masa lah sebab nama pun kerja kan. 

Apabila pergi bercuti di tempat yang pernah dia pergi masa kerja di lapangan, dia suka tunjuk kat Marina dan anak-anak, kat hotel mana dia tidur, kat mana dia makan dan apa-apa yang berkaitanlah. 

Tugu Peringatan Tsunami



Menginap di Hotel Berbeza

Marina dan husband ni ada satu perangai. Kalau bercuti lebih dari satu malam, kiteorang suka berpindah-randah, dari satu hotel ke hotel yang lain. Saje nak merasa pengalaman hotel yang berbeza. Pada hari pertama tiba di Kedah, kiteorang menginap di Swiss Garden Sungai Petani. Dah beberapa kali jugaklah tidur di Swiss Garden Hotel ni. Keesokannya pula, kiteorang berpindah ke Hotel Jerai di Sungai Petani.

Bilik di Hotel Jerai Sungai Petani ni, selesalah jugak, kemas dan bersih. Tapi, ada kejadian yang tak diingini berlaku semasa menginap di sana. Selepas dah check in, beg baju semua dah angkat masuk bilik dan husband pun dah tidur, boleh pulak tiba-tiba bilik tu ada masalah elektrik. Pihak hotel mintak maaf dan mintak kiteorang tukar bilik sebab technician diorang nak tengok masalah wiring dalam bilik tu.  

Biasa kalau bercuti, kiteorang tak ke mana pun. Aktiviti biasa buat kalau pergi bercuti, anak-anak mandi kolam dan cari kedai makan. Kalau berpuas hati dengan keadaan bilik hotel dan kedai makan, next vacation kiteorang akan repeat lagi di tempat yang sama.

Swimming pool Swiss Garden

Swiss Garden Sungai Petani
Swiss Garden Sungai Petani

Swimming pool Hotel Jerai Sungai Petani

Hotel Jerai

Makan Sotong Buncit Jahat di Top D' Gurun dan Restoran Hotmas

Semasa bercuti di Kedah, kiteorang makan di Sotong Buncit Jahat Top D'Gurun di Sungai Petani. Masa di Sungai Petani kiteorang tak makan sotong buncit ni sebab dah pernah merasa di Gurun dulu. Tempat asal kedai ini mulanya bertapak iaitu di Gurun. Tak minat sangat makan sotong buncit tu sebab liat, susah nak makan. Sotong buncit ni tersangatlah besar dan diberikan telur sotong sekali dalam sotong. Sotong ini dibakar. Ada juga sotong goreng tepung di situ. Kiteorang makan tengahari di sini sebab kari ikan dia sedap nok.  

Pada sebelah malamnya pula, kiteorang makan di Restoran Hotmas, salah satu tempat makan menarik di Sungai Petani, Kedah. Restoran ni korang kena datang awal sebab selalu full house. Marina biasa datang dalam pukul 6.30 petang. Puas hati makan kat sini sebab portion dia besar dan harga pon berbaloi. 




Pantai Merdeka

On the way nak balik setelah lama bercuti, dah alang-alang pergi Kedah, ajaklah husband pergi tengok Pantai Merdeka. Teringin nak tengok Pantai Merdeka. Marina suka layan layan lagu 90-an. Salah satunya lagu Cinta Pantai Merdeka. Siapa layan lagu 90-an mesti tau. Makanya, Marina pun terpengaruhlah jugak nak pegi tengok Pantai Merdeka. Waktu Marina pergi tu takde apa yang menarik pun, mungkin sebab Marina pergi pagi kan. Sunyi je waktu Marina sampai sini dan pantainya bagi Marina tak menariklah untuk mandi. Petang-petang mungkin meriah kat sini sebab nampak ada warung-warung kat sini. Tempat ni menjadi alunan lagu sebab tempat melepak bagi pasangan yang sedang bercinta. Gituuu. 

Terjumpa Signboard Galeri Tsunami

Kalau tak pergi Pantai Merdeka ni sampai kesudah kiteorang tak tahu wujudnya galeri Tsunami ni. On the way nak cari jalan keluar nak balik, kiteorang ternampak signboard Galeri Tsunami. Marina ajak husband pergi tengok macam mana rupa bentuk Tugu Peringatan Tsunami ni. Dah alang-alang ada area situ kan. Lepas ni ntah bila nak ke kawasan ni pulak. Sesampai je di sana, kawasan rumah yang terkesan dengan tsunami pada tahun 2004 dulu telah dipagar untuk dijadikan sebagai galeri. Terdapat pintu masuk ke galeri ni tapi Marina tak masuk sebab bawak anak kecik macam seram pulak nak masuk. Kiteorang hanya lalu kawasan galeri ini dari luar sahaja. Tak pasti pulak nak masuk galeri tu kena bayar ke tidak. Sorrylah tak cerita detail apa yang ada dalam galeri tu sebab Marina pun tak masuk. Semasa lalu di kawasan ni terasa sayu je. Di situ juga diorang ada buat replika daripada sampan-sampan yang dijadikan sebagai tugu peringatan.             

Dari kawasan Galeri Tsunami ni, kita boleh nampak Pulau Pinang. Rasa macam tak percaya, tapi beli tengok map, Kota Kuala Muda ni memang berhampiran Pulau Pinang, cumanya takde jambatan direct terus nak masuk ke pulau dari Kota Kuala Muda ni.


Balik Ikut Jalan Lama

Selepas makan tengahari di kedai berdekatan Galeri Tsunami, husband tanya, nak balik ikut jalan lama ke, ikut highway. Marina kata ikut jalan lama pun boleh, boleh tengok tempat yang tak pernah pergi. Masa dalam perjalanan, jumpalah jambatan. Menariklah juga bentuk dia. Ntah kenapa Marina suka tengok jambatan. Kiteorang ada jugak melalui Tanjung Piandang, dah alang-alang tu singgahlah tengok Ban Pecah. Takde buat aktiviti apepun kat situ, hanya datang ambil gambar buat kenangan. 

Memang percutian ni, percutian pukul ratalah. Dari timur sampai ke utara pergi bercuti. Ada masa nanti Marina cerita percutian pukul rata separuh daripada Johor pulak. 









Post a Comment

0 Comments