Advertisement

Melancong Ke Tempat Menarik Di Indonesia Bersama Sahabat Holidays Indonesia

Melancong Ke Tempat Menarik Di Indonesia Bersama Sahabat Holidays Indonesia |  Nak melancong ke Indonesia tapi tak tahu nak pilih destinasi yang menarik? Korang boleh cuba tanya pada travel agensi yang berpengalaman seperti Sahabat Holidays Indonesia! Sebagaimana yang kita sedia maklum Indonesia merupakan sebuah negara kepulauan yang terbesar di dunia. Terdapat lima buah pulau besar di Indonesia iaitu Pulau Jawa, Sumatera, Kalimantan, Sulawesi dan Papua. Biasanya selalu pelancong memilih tempat pelancongan yang menarik di Indonesia seperti Jakarta, Bali dan Bandung untuk pergi bercuti kerana tarikan tempatnya yang tersendiri. Kalau tanya Marina, Marina pun tak tahu nak pilih ke mana nak pergi dan Marina belum ada pengalaman melancong ke Indonesia lagi. Selain tempat-tempat menarik yang Marina sebut tadi, mungkin korang tak tahu sebenarnya ada lagi tempat menarik di sebelah Wilayah Sumatera Indonesia yang boleh korang kunjungi.

Melancong ke Indonesia


Tempat Menarik Di Wilayah Sumatera, Indonesia

Wilayah Sumatera merupakan sebuah pulau yang terletak di sebelah barat Indonesia. Ia merupakan pulau yang terbesar di Indonesia. Apa yang menarik di Wilayah Sumatera Indonesia? Provinsi yang terdapat di Sumatera ialah Aceh, Sumatera Utara, Kepulauan Utara Bangka Belitung, Bengkulu, Jambi, Riau, Kepulauan Riau, Sumatera Barat, Sumatera Selatan dan Lampung. Banyak tempat menarik di sebelah Wilayah Sumatera yang boleh korang kunjungi seperti Banda Aceh, Bukittinggi/Padang, Medan, Pekanbaru dan Palembang. Ada lagi banyak tempat menarik yang boleh korang kunjungi selain daripada senarai yang Marina listkan kat bawah ni. 


Banda Aceh

- Kalau korang masih ingat, Banda Aceh merupakan salah sebuah kawasan yang terkesan akibat tsunami pada tahun 2004.
- Di sini terdapat pelbagai tinggalan sejarah semasa zaman Dinasti Ching. 
- Di sini juga ada pantai dan air terjun yang cantik yang boleh korang nikmati. 
- Tempat menarik yang boleh korang kunjungi di Banda Aceh :
• Muzium Tsunami dan Pemakaman Kerkhof Peutjoet
• Taman Sari Gunongan dan Pinto Khob
• Lapangan Blangpadang dan Monumen Replika Pesawat Dacota DC-3 Seulawah RI-001
• Muzium Aceh (Rumah Aceh) 
• PLTD Apung 1
• Kapal Apung Lampulo
• Pantai Lhoknga
• Wisata Religi dan Arsitektur Masjid Raya Baiturrahman

Tempat menarik di Banda Aceh


Bukittinggi/Padang

- Tempat menarik di Bukittinggi/Padang :
• Jam Gadang
• Istano Basa Pagaruyung
• Grand Mosque of West Sumatra
• Rumah Tenun Pusako Pandai Sikek
• Lobang Jepang 
• Pantai Padang
• Muzium Adityawarman
• Kebun Binatang Bukittinggi
• Taman Monumen Bung Hatta
- Di sini juga ada pantai dan air terjun yang cantik yang boleh korang nikmati. 

Tempat menarik di Bukittinggi Indonesia


Medan

- Tempat menarik yang boleh dikunjungi di Medan :
• Danau Toba
• Funland Mikie Holiday
• Danau Linting
• Merdeka Walk
• Air Terjun Sipiso Piso
• Gunung Sibayak
• Rahmat International Wildlife Museum
• Istana Maimun
• Bukit Lawang Ecotourism

Tempat menarik di Medan Indonesia


Pekanbaru

- Tempat menarik yang boleh korang pergi di Pekanbaru :
• Riau Fantasi
• Istana Siak Sri Indrapura
• Candi Muara Takus
• Rainbow Hills Rumbai
• Masjid Agung An-Nur
• Trans Studio Mini Pekanbaru
• Kawah Biru
• Taman Wisata Refi
• Anjungan Seni Idrus Tintin

Tempat menarik di Pekanbaru


Palembang

- Tempat menarik di Palembang :
• Jembatan Ampera
• Masjid Cheng Ho Palembang
• Kampung Arab Al Munawar
• Pulau Kemaro
• Air Terjun Bidadari Palembang
• Arung Jeram Sungai Manna
• Gunung Dempo
• Muzium Al Quran Palembang
• Hutan Punti Kayu

Tempat Menarik di Palembang


Travel Agensi Sahabat Holidays Indonesia

Sahabat Holidays Indonesia ialah sebuah travel Agensi Pelancongan yang Berlesen. Sahabat Holidays Indonesia telah ditubuhkan pada 2019 yang diasaskan oleh Yusuf. Sahabat Holidays Indonesia ditubuhkan sebagai agensi pelancongan untuk membantu pelancong mencari pakej pelancongan dengan Program Terbaik, Perkhidmatan Terbaik dengan Harga Berdaya saing. Dengan pengalaman bekerja dalam Industri Pelancongan sejak 2011 yang memfokuskan pada Inbound Tours untuk pasaran Asia seperti Malaysia, Brunei Darussalam, Thailand serta Singapura dan juga Pasaran Dalam Negeri. Dengan lebih daripada 7 tahun pengalaman, keberanian dan dedikasi terhadap pembangunan pelancongan di Indonesia, telah menjadi semangat kepada mereka dalam menubuhkan syarikat ini. Mereka sangat komited untuk memberikan pengalaman terbaik untuk semua tetamu.

Dalam bahasa, “Sahabat” bermaksud Kawan Terbaik. Maksudnya, Sahabat Holidays Indonesia mahu menjadi kawan terbaik, sebagai penyelesaian untuk korang yang hendak pergi melancong. Mereka akan melakukan yang terbaik dalam setiap perjalanan, dan memberikan korang satu kepuasan, pengalaman yang menarik dan terbaik. Dengan moto “Mesra & Seronok” mereka percaya, korang akan merasai kepuasan dan pengalaman baharu perkhidmatan yang mereka sediakan.

Sahabat Holidays Indonesi
Yusuf dan isteri


Kenapa Memilih Sahabat Holidays Indonesia untuk Melancong ke Indonesia?

Ada di antara korang yang suka travel sendiri berbanding menggunakan travel agensikan? Pada Marinalah kan, kalau tempat yang tak biasa Marina pergi contohnya ke pulau walaupun dalam Malaysia, Marina suka melalui travel agensi sebab memudahkan urusan sebelum, ketika dan semasa tiba di destinasi. Sekiranya perkara yang tak diingini berlaku, at least travel agensi dapat membantu korang menyelesaikan masalah. Jadinya, kalau ada rezeki Marina ke Indonesia, Marina akan cari travel agensi seperti Sahabat Holidays Indonesia. Apa kelebihan Sahabat Holidays Indonesia? Kelebihan memilih Sahabat Holidays Indonesia sebagai travel agensi ketika melancong : 


#1 Travel agensi ini telah berdaftar

So korang tak perlu risau pasal kena scam. Sekarang ni banyak travel agensi yang scam pelancong kan? Walaupun bukan scammer pun tapi ada kes di mana percutian terkandas disebabkan perkara-perkara yang tak dapat dielakkan. Dah lama plan, cuti dah ambil, hati dah semangat nak bercuti tapi terpaksa dibatalkan. Sedihkan? Lebih sedih lagi korang ditinggalkan setelah sampai di tempat perhentian semasa menunggu penerbangan yang seterusnya untuk ke destinasi korang.


#2 Berpengalaman lebih daripada 7 tahun

Encik Yusuf telah berkecimpung dalam industri pelancongan lebih daripada 7 tahun. Encik Yusuf mempunyai pengalaman yang luas tentang selok belok dalam industri pelancongan.


#3 Dikendalikan sendiri oleh warganegara Indonesia yang berpengalaman

Encik Yusuf merupakan warganegara Indonesia, jadi tiada masalah kepada Encik Yusuf untuk berurusan dengan pihak yang berada dalam industri pelancongan di Indonesia.  


#4 Customized Itinerary 

Sahabat Holidays Indonesia telah menyediakan itinerary untuk para pelancong supaya semasa berada di sana pengisian aktivitinya penuh. Apa yang specialnya Sahabat Holidays Indonesia ni, korang boleh customize itinerary korang sendiri.

Travel agensi Indonesia

Tempat Wisata Indonesia

Tempat menarik Indonesia


Feedback Daripada Pelanggan yang Menggunakan Perkhidmatan Sahabat Holidays Indonesia

Rata-rata pelancong yang menggunakan perkhimatan Sahabat Holidays Indonesia sebagai travel agensi, berpuas hati dengan servis dan layanan yang diberikan oleh Yusuf. Perjalanan semasa melancong berjalan dengan lancar serta fleksibel dan pilihan hotel amat memuaskan hati para pelancong.

Feedback Sahabat Holidays Indonesia




Tempah Pakej Percutian Menarik Ke Indonesia Dengan Sahabat Holidays Indonesia

Sahabat Holidays Indonesia menawarkan pakej percutian ke Indonesia tidak terhad kepada Wilayah Sumatera sahaja, korang yang sedang merancang hendak melancong ke mana sahaja di pelusuk Indonesia boleh mendapatkan makluman lanjut mengenai pakej percutian dengan Sahabat Holidays Indonesia. Korang boleh hubungi diorang di website atau media sosial. 








Post a Comment

4 Comments

  1. Indonesia best dengan tempat tradisi mereka dan makanannyaa kann...i likee makan

    ReplyDelete
  2. Wow nice! spotted a few places that i want to visit with my family, will plan soon

    ReplyDelete