Advertisement

Minum Nutribrown Rice Minuman Berasaskan Beras Perang untuk Hilangkan Gastrik

Minum NutriBrown Rice® Minuman Berasaskan Beras Perang untuk Hilangkan Gastrik | Pada awalnya Marina ingatkan NutriBrown Rice® ni beras perang untuk masak nasi, rupanya bukan ye. Ianya merupakan minuman segera yang berasaskan beras perang. Sepertimana yang kita sedia maklum, ramai yang mengamalkan beras perang ini untuk tujuan kesihatan seperti menurunkan berat badan, mempunyai masalah penghadaman,  mengawal kandungan gula dalam darah dan mencegah kanser colon. Korang yang nak elakkan perut daripada diserang gastrik, tak sempat nak sarapan atau yang tak boleh telan beras perang, korang bolehlah minum NutriBrown Rice® ni!

Nutribrown Rice

Tentang NutriBrownRice®

NutriBrownRice® merupakan produk keluaran Abrand Food Manufacturing. Ia dihasilkan di Malaysia di mana beras perang diperoleh daripada sawah padi tropika. 

NutriBrownRice® dicipta kerana kekurangan pengambilan bijirin penuh dalam populasi seluruh dunia. Ianya dicipta untuk mengekalkan vitamin dan mineral. Walaupun beras perang terkenal dengan manfaat kesihatannya, banyak beras perang mempunyai jangka hayat yang pendek kerana nutrien yang tinggi dimakan oleh kumbang tapi NutriBrownRice® membuat langkah lebih awal sebelum kumbang memakan beras perang mereka.

NutriBrownRice®️ merupakan minuman segera berasaskan beras perang yang mempunyai kualiti tinggi yang berada di pasaran. NutriBrownRice®️ tidak dihasilkan daripada beras yang telah dipecahkan, atau dipanaskan secara berlebihan hanya untuk membuat rasa serbuk beras perang yang lebih harum. Dengan inovasi teknologi terkini, Abrand Food Manufacturing sentiasa memperhalusi produk mereka supaya orang ramai dapat menjalani hidup yang sihat dan membantu mereka yang menghidap penyakit moden seperti kanser.

Abrand Food Manufacturing telah membekalkan minuman prebiotik mereka ke hospital, perkhidmatan makanan dan kedai rangkaian di seluruh Malaysia sejak 2014 dan juga mengeksport ke luar negara.



Kandungan, Fungsi dan Khasiat NutriBrown Rice® 

NutriBrown Rice® terdapat 5 perisa iaitu Original + Prebiotic, Purple Sweet Potato + Prebiotic, Oat with Soy Lecithin, Chocolate dan Original with Brown Sugar + Prebiotic. Setiap perisa ini mempunyai kandungan dan khasiatnya yang tersendiri.

Original + Prebiotic

• Mengandungi prebiotic inulin
• Bahan utama terdiri daripada "Greenish" brown rice, coconut creamer dan Chicory Root.
• Tinggi dalam Vitamin E.
• Sesuai untuk kesihatan. 
• Sesuai untuk mereka yang mengalami gastrik. 

Nutribrown rice instant beverage


Purple Sweet Potato + Prebiotic

• Bahan utama terdiri daripada "Greenish" brown rice, coconut creamer dan purple sweet potato.
• Mengandungi prebiotic inulin. 
• Kandungan serat yang tinggi.
• Sesuai untuk pesakit darah tinggi dan diabetes.

Minuman prebiotic


Oat with Soy Lecithin

• Bahan utama terdiri daripada "Greenish" brown rice, coconut creamer, oat flakes dan soy lecithin. 
• Sesuai diamalkan oleh ibu mengandung dan ibu menyusu. 
• Mengelakkan saluran susu ibu tersumbat dan membantu meningkatkan pengaliran susu. 
• Sesuai juga untuk mereka mempunyai level kolestrol yang tinggi, pesakit jantung dan stroke. 


Hilangkan gastrik


Chocolate 

• Bahan utama terdiri daripada "Greenish" brown rice, coconut creamer, cocoa powder dan brown sugar. 
• Mempunyai Vitamin B6
• Membantu mengekalkan konsentrasi semasa belajar dan bekerja. 
• Perut kenyang lebih lama. 
• Dibuat untuk mereka yang suka coklat terutamanya kanak-kanak. 




Original with Brown Sugar + Prebiotic

Bahan utama terdiri daripada "Greenish" brown rice, coconut creame dan brown sugar.
• Mengandungi prebiotic inulin, Vitamin B6 dan Vitamin E. 
• Membantu meningkatkan imunisasi badan. 



Ciri-ciri NutriBrown Rice® 

Apa yang perlu korang tahu mengenai NutriBrownRice®? NutriBrownRice® merupakan produk :
• Vegan-Friendly
• Natural Nutrients
• Hypoallergenic *(except oat with soy lecithin) 
• Kandungan fibre yang tinggi
• Lactose Free
• High Vitamin E
• All NutriBrown Rice® (Original-No Sugar Added with Prebiotic) are manufactured under HACCP, GMP
• Diperakui oleh ISO22000 
• Mempunyai sijil Halal by JAKIM
• Sekotak mengandungi 8 paket
• Satu paket 35g
• Senang larut dalam air



Siapa yang Perlu Amalkan NutriBrown Rice® ?

Korang termasuk dalam golongan yang Marina senaraikan kat bawah ni? Korang sebaiknya perlu amalkan NutriBrown Rice® dalam pemakanan seharian korang. 
• Kanak-kanak
• Ibu mengandung dan menyusu. 
• Warga emas
• Mereka yang ada gastrik.
• Mereka yang hendak turunkan kandungan gula dalam darah. 
• Mereka yang ingin turunkan berat badan.
• Mereka yang ingin menjaga kesihatan.  

Minuman prebiotik


Cara Pengambilan NutriBrown Rice®

Biasanya Marina minum ni masa breakfast. Marina ni jarang sangat breakfast. Dulu perut boleh tahan kalau tak breakfast. Sekarang, kalau pagi tu perut rasa lain macam Marina akan sarapan. Minum NutriBrown Rice® ni pun dah cukup. Cara minum NutriBrown Rice® :
• Minum semasa sarapan. 
• Bancuh satu paket NutriBrown Rice® dengan 220ml air suam (80-90 darjah celcius)
• Minum 1-2 paket sehari

Kanser colon

Pendapat Marina Selepas Consume NutriBrown Rice® 

Marina dah cuba kesemua 5 perisa NutriBrown Rice®. Paling Marina suka adalah perisa oat dan Soy Lecithin. Pada awalnya perisa nilah yang paling Marina takut nak consume sebab Marina tak suka soya. Tapi bila dah minum, perisa nilah yang paling Marina suka nak minum. 

Cuma nak bagitahu pendapat Marinalah kan, masa bancuh minuman NutriBrown Rice® ni, Marina tak suka bau dia. Korang pernah makan dan bau tak beras perang masa korang masak nasi? Rasa nasi dia tak best, tawar macam tak cukup perasa kan? Yelah beras perang ni kan nasi dia kurang kanji, makanya rasa pun kurang bestlah kan. Bau NutriBrown Rice® ni macam tulah lebih kurang. Pastu bila kau nak telan minuman ni macam boleh ke terima tekak? 

Tapi walaupun bau dia Marina tak suka, serius bagitahu rasa dia sedap. Masuk je minuman NutriBrown Rice® ni dalam tekak, memang sedaplah ceritanya. Rasa dia seperti cereal (bijirin) makanan baby tu, tak rasa pure beras perang.

Nak tanya korang pernah tak, diet tak makan nasi? Korang rasa tak, betapa lemahnya badan bila tak makan nasi? Macam tulah Marina rasa. Serius bagitahu, selepas consume NutriBrown Rice® ni, tak kisahlah perisa yang mana pun, badan terus jadi bertenaga tau. Breakfast minum ni pun dah kenyang. Tak lapar sampai tengahari. Lanjut sampai ke petang!


Nak Hilangkan Gastrik, Amalkan NutriBrown Rice® Dalam Pemakanan!

Marina faham, ada di antara korang yang sangat sibuk bekerja sampai tak sempat nak makan sampai terjadinya gastrik. Ada juga yang sanggup tahan makan sebab nak kuruskan badan dan akhirnya menyeksa diri.

Pada korang yang terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk makan atau yang sedang berdiet, ambil sedikit masa untuk bancuh dan minum minuman berkhasiat NutriBrown Rice® ni untuk mengelakkan daripada diserang gastrik. 

Korang boleh dapatkan NutriBrown Rice® dengan menghubungi Abrand Manufacturing Food di website atau media sosial diorang. 

Facebook : Nutri Brown Rice Malaysia
Instagram : nutribrownrice

Post a Comment

5 Comments

  1. Bagus ni, saya pun tak suka breakfast yang heavy. Dalam masa yang sama boleh amalkan diet seimbang.

    ReplyDelete
  2. Macam best je.. beras perang tukar instant. Tinggal tuang dan minum.. boleh cuba lepas ni

    ReplyDelete
  3. Ohh wowo...I think I'm gonna love these brown rice supplements, thanks for recommending, gonna check out to try soon. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  4. Bolehlah suggest pada kawan-kawan yang ada gastrik untuk cuba produk ni nanti. Thank you for info :)

    ReplyDelete
  5. bagus tau minuman nutribrown ni sebab akak pun amalkan setiap pagi.Lebih berkhasiat

    ReplyDelete