Tips Bercuti ke Legoland Malaysia

Tips Bercuti ke Legoland Malaysia | Ini kali kedua Marina ke Legoland Malaysia. Pertama kali pergi pada tahun 2013. Pada masa tu Sealife dan Waterpark belum ada lagi. Kali kedua menjejakkan kaki di sini, anak dah 3. Hahaha. Bila anak-anak dah besar, seronok sikit bawak diorang datang Legoland. Yelah, tempat-tempat macam ni, budak-budak yang excited lebihkan? Sebelum ke sana, Marina call Legoland terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat berkenaan harga tiket Legoland. Katanya beli secara online atau di kaunter sama je harganya. Kemudian, diorang promote untuk beli annual pass Legoland. Beli day tiket untuk ketiga-tiga park sama juga harganya beli annual pass untuk ketiga-tiga park. So, alang-alang tu kiteorang buat je terus annual pass. Kenapa Marina bersetuju nak buat annual pass? Kena baca story Marina.

Baca juga : Laser Jeragat

legoland hotel



Sampai Di Legoland, Malaysia

Actually trip pergi ke Legoland ni dirancang sebab Marina ada meeting di Kuantan, Pahang. Dah alang-alang ke Kuantan, kiteorang decide lajak terus ke Johor. Lama sangat dah tak ke sebelah selatan.  Sepatutnya Marina bermalam di Kuantan 2 malam, tetapi meeting habis awal dan dah tak tahu aktiviti yang nak dilakukan di Kuantan sebab sebelum ni pernah bercuti di Kuantan. Makanya, selepas habis meeting, kiteorang lunch dan terus bergerak ke Johor. Mujur tak booking hotel di Johor awal. 

Jam 8 malam kiteorang sampai di Hotel Seri Malaysia Larkin. Kenapa tak tidur Hotel Legoland? Jujur Marina cakap sebab mahal. Lepas tu nanti, banyak masa yang akan dihabiskan di theme park, so rasanya macam rugi je kalau tidur di Hotel Legoland. Unless kalau di sponsor, Marina terima dengan hati terbuka. Hahaha. Gitu. 

Sebelum bergerak ke Legoland, kiteorang breakfast di cafe Hotel Seri Malaysia. Makanan dia sekadar nak isi perut bolehlah. Kalau budak-budak komplen pasal makanan tak sedap, paham-paham jelah. 15 minit perjalanan, tempat yang anak-anak Marina nak tuju akhirnya dah tiba. Semua dah panas ontot takleh sabar tengok Legoland. Setelah tanya macam-macam dengan staff di kaunter, akhirnya kiteorang buat annual pass. Gambar untuk buat annual pass diambil di depan kaunter tiket. So nak buat annual pass untuk anak-anak, pastikan anak-anak pun follow sekali. 


Legoland, Nusajaya, Johor, Malaysia

Seperti yang sedia maklum, di Legoland ada 3 tempat tarikan pengunjung iaitu Water Park, Sealife dan Theme Park. Semua ada keunikan dan kelebihan masing-masing. Tapi anak-anak Marina paling enjoy main di Theme Park.


Water Park Legoland

Apa yang lain daripada water park yang ada ialah di Built a raft pool ni ada soft brick lego yang besar, di mana korang boleh bina apa-apa yang korang nak. Lego dan pelampung dibiarkan hanyut je dalam pool di sini. Korang tak payah dah nak sewa pelampung di sini. Satu lagi yang menarik perhatian Marina di Water Park Legoland ni adalah life jacket di Wave Pool. Life jacket disediakan untuk budak-budak di sini dan korang tak perlu bayar sewa pun untuk life jacket ni. Attraction yang lain tu pada Marina biasa je sebab sama dengan water park yang lain.

Wave Pool

Built A Raft Pool



Sealife Legoland

Paling Marina excited nak tengok adalah kuda laut sebab masa kat Langkawi haritu takde ke atau Marina tak nampak kat mana kuda lautnya. Akuariumnya ada tapi tak nampak sea horse nye. Di Sea Life Legoland ni tersangatlah banyak kuda laut dia. Puas hati dapat tengok kuda laut di sini. Dari saiz kecik sampai ke besar pun ada.


Sea Life Legoland



Theme Park Legoland

Di Theme Park Legoland ni, 3 hari berturut-turut ye anak-anak ajak main. Mana taknya, nak tawaf dalam park ni satu hari, nak main satu hari, nak repeat main satu hari lagi. Hahaha. Masa Marina ke Legoland ni, kawasan di Miniland sunyi je. Ajak anak-anak tengok bangunan bersejarah yang dibina dari lego ni, ternyata diorang lebih berminat nak naik roller coaster. Hahaha. Surprisingly si Miqaila 6 tahun tu tak takut ye naik semua roller coaster. Mujur ketinggian dia lepas naik roller coaster tapi kena ditemani oleh orang dewasa lah. Marina ni bukan takut naik roller coaster tapi pening kepala. Time nak menjunam tu, Marina tutup mata, tapi Miqaila tak tutup mata hokey. 



Legoland Malaysia





Tips Bercuti ke Legoland

Di sini Marina nak kongsikan beberapa tips kalau korang nak bercuti ke Legoland. 

#1 Tips jimat semasa di Legoland

Marina rasa mungkin ramai dah tahu benefit kalau korang beli annual pass dia. Annual pass dia valid untuk setahun. Lepas tu korang kena renew lah. Yang bestnye next time nak datang Legoland, simpan duit untuk hotel, minyak dan makan je. Sejujurnya dari pengalaman Marina, korang nak tawaf kesemua park di Legoland dalam masa sehari memang tak cukup. Marina ke Legoland ni 3 hari berturut-turut ye. Jenuh melayan budak-budak ni nak main roller coaster di Theme Park. Kalau korang ada annual pass, korang boleh menikmati :
Unlimited access ke park di Legoland. Ikut pakej yang korang ambillah. Kalau Water Park, water park sajelah korang dapat unlimited access. Lagi satu yang bestnye, kalau korang rasa nak keluar dari Legoland untuk makan di luar ke, korang boleh masuk balik. Kalau beli day tiket je, korang tak boleh keluar masuk.
• 10% untuk souvenir di kedai-kedai souvenir Lego. Bukan di Legoland sahaja ye, kedai Lego lain pun korang boleh dapat diskaun.
• 10% diskaun untuk restoren di dalam Legoland.
• 10% untuk Legoland Hotel.
• 25% untuk day tiket. Satu annual pass korang boleh beli 4 tiket day pass.
• Free parking

Hahaha dah macam sales person plakkan? Tapi tu la rasa berbaloi pulak beli annual pass ni. 

Annual pass Legoland

#2 Check ketinggian

Sebelum ke Legoland, korang teliti secara detail dalam website Legoland dulu mengenai ketinggian setiap park. Masa Marina pergi ke Theme Park Legoland, ada budak-budak yang teringin nak main ride tapi tak boleh sebab ketinggian tak cukup walaupun ditemani parents pun masih tak boleh naik. Ada Marina terdengar parents mengeluh, tahun depan kena datang lagi.


#3 Google cuaca

Sebelum Marina pergi Legoland, Marina tanya kawan yang baru je balik bercuti dari Legoland. Marina tanya time hujan roller coaster boleh main ke? Kawan Marina cakap, banyak ride yang dia tak boleh naik sebab hujan, diorang tutup. So, korang pandai-pandailah planning ye. Rugi pulak datang sana tapi tak boleh main pulak. Tambahan yang duduk jauh macam Marina ni. Tiket bukan murah ye.


#Makan

Bila duk syiok main kat sana jangan lupa untuk makan pulak. Anak-anak ni kalau dah seronok main, makan pun dah lupa. Sebelum masuk Legoland, carilah makanan yang boleh menjaga usus anak-anak seperti susu atau yogurt yang mengandungi probiotik. Takdelah nanti ada masalah perut anak-anak memandangkan akan banyak terdedah kepada persekitaran yang boleh menyebabkan penyakit.





Okay tu je nak cerita. Dah panjang sangat entri ni. Ada apa-apa lagi yang korang nak Marina share pasal Legoland atau tempat-tempat yang Marina pergi ni lebih lanjut? Next entri kalau rajin bolehlah Marina share lagi.


Korang nak jana pendapatan sambil melancong? Maklumat lanjut boleh rujuk SINI









Post a Comment

1 Comments