Cara Jaga Mata Anak-Anak Tanpa Meninggalkan Gajet

Cara Jaga Mata Anak-Anak Tanpa Meninggalkan Gajet | Bagaimana cara nak jaga mata anak tanpa meninggalkan penggunaan gajet? Boleh ke? Penggunaan gajet di kalangan anak-anak semakin lama semakin membimbangkan. Tapi tak boleh nak salahkan diorang 100 peratus juga kerana pada masa kini penggunaan gajet bukanlah lagi satu kehendak tetapi sudah menjadi satu keperluan. Walaupun anak-anak sekarang ada yang dah menghadiri secara bersemuka di sekolah, tapi penggunaan gajet masih lagi digunakan memandangkan sesi persekolahan dijalankan secara bergilir. Semasa minggu yang anak-anak tidak perlu hadir ke sekolah dan belajar secara kendiri di rumah, penggunaan gajet masih digunakan untuk berkomunikasi dengan cikgu di sekolah untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.  

Pada 1 Disember yang lalu, Marina sempat mengikuti perbincangan secara online mengenai 'Bagaimana Nak Jaga Mata Anak Tanpa Meninggalkan Penggunaan Gajet' yang disampaikan oleh Dr. Mohd Hafidz Ithnin secara PERCUMA. Dr. Mohd Hafidz merupakan seorang pakar mata di Optom Eyecare dan juga merupakan Pensyarah di UIAM. Perkongsian yang sangat bermanfaat buat Marina dan Marina nak kongsikan dengan korang apa yang disampaikan dalam perbincangan ini. Marina ni jenis yang paranoid juga tapi tak extreme. Bila Marina tahu sesuatu perkara atau tindakan itu akan mengundang perkara negatif, Marina akan cuba untuk mengatasi masalah tersebut. Siapa tak risau kan kalau sesuatu perbuatan itu akan memudaratkan diri.





Kesan Pada Mata Akibat Penggunaan Gajet yang Terlalu Lama 

Kalau korang baca kesan-kesan pada mata akibat penggunaan gajet yang terlalu lama yang Marina kongsikan di sini, mesti korang pon akan risau. Haaa tetiba teringat kat anak-anak yang terlalu leka main phone kan? Kesan penggunaan gajet pada mata:

#1 Peningkatan power spek mata

Akibat daripada penggunaan gajet yang terlalu lama, anak-anak yang memang pakai spek mata akan menyebabkan power spek mata mereka semakin meningkat. Apabila keadaan ini dibiarkan akan menyebabkan saraf belakang mata rosak dan boleh mengakibatkan mata buta.

#2 Otot fokus pada mata yang tak stabil

Mata kita ni seperti lensa kamera, boleh mengecil dan membesar. Apabila kita terlampau fokus pada gajet, sampai satu tahap otot mata kita tidak dapat berfungsi dengan normal dan baik.

#3 Mata cepat penat

Apabila kita terlalu lama fokus pada skrin, mata kita akan jadi penat dan penglihatan akan menjadi kabur dan pedih. 

#4 Juling

Yang ini Marina paling risau. Mata anak-anak sekarang tengah elok, tapi sebab asyik main game terlalu lama di gajet, akan menjurus ke arah juling. Paling risau kalau juling kekal tak boleh dirawat. Kita nak menyesal pon dah tak berguna. Sesetengah juling masih boleh dirawat tetapi memakan masa yang agak lama. 

#5 Susah nak tidur (insomnia) 

Untuk makluman korang, gajet akan menghasilkan cahaya biru pada paparan skrin. Pendedahan kepada cahaya biru yang terlalu lama boleh menyebabkan kita susah untuk tidur. 


Tips Penjagaan Mata Tanpa Meninggalkan Gajet

Memang diakui agak sukar kan nak kawal penggunaan gajet anak-anak? Ye Marina sedar dan korang pon dah sedia maklum penggunaan gajet yang terlalu lama akan membahayakan mata kita tapi sejauh mana kesedaran dalam diri korang dan apa tindakan korang untuk melindungi mata? 

Korang masih boleh mengawal penggunaan gajet yang terlalu lama di alangan anak-anak dengan melakukan tips-tips ini :

#1 Berehat sebentar dan boleh sambung semula penggunaan gajet

Apabila mata korang terasa penat dan kabur, adalah disarankan untuk rehatkan mata seketika dengan cara meliihat pemandangan jarak jauh dalam beberapa jam. Setelah mata dah mempunyai rehat yang cukup, korang boleh sambung semula menggunakan gajet.

#2 Galakkan aktiviti luar rumah (outdoor activity) 

Macam Marina, Marina suka bawa anak-anak keluar melakukan aktiviti di luar dari rumah bagi mengurangkan penggunaan gajet anak-anak Marina seperti contoh makan di luar atau pada hujung minggu bawa anak-anak pergi bercuti.

#3 Kanta khas untuk penggunaan gajet

Seperti yang Marina cerita di atas, Marina jenis yang paranoid. Mungkin ibu bapa di luar pon sama juga macam Marina. Siapa tak risau kalau kesihatan mata anak-anak terjejaskan? Bagi memastikan kesihatan mata anak-anak terjaga, Marina belikan cermin mata anti blue light untuk digunakan semasa anak-anak menggunakan gajet. Anak-anak Marina kadang terlupa dan tak suka sangat nak pakai cermin mata anti blue light ni. Tapi Marina sentiasa ingatkan dan jelaskan pada diorang kesannya kalau tak pakai cermin mata anti blue light. Biasanya Marina bagi kata dua pada anak-anak, sama ada nak pakai cermin mata anti blue light atau tak payah main gajet. Haaa agak-agak korang diorang pilih yang mana? Pasti korang dapat agak kan jawapannya? Hehehe.






Kiddos Eyecare - Check Mata Percuma di Optom Eyecare Bangi

Pada 11 Disember 2021 yang akan datang ini, Optom Eyecare di Bangi akan melaksanakan Kiddos Eyecare iaitu pemeriksaan mata untuk anak-anak secara PERCUMA! Inilah masanya korang harus bawa anak-anak ke Optom Eyecare Bangi untuk periksa mata anak-anak korang. Apa yang specialnya di sini, Optom Eyecare bukan hanya kedai cermin mata sahaja, di sini optometrist yang berpengalaman yang akan consult tentang mata anak-anak korang. Pada yang hendak berjumpa dengan Doktor Mohd Hafidz untuk buat pemeriksaan mata, korang boleh datang ke Optom Eyecare Bangi atau whatsapp mereka terlebih dahulu untuk pengesahan.


OPTOM EYECARE BANGI
No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor (Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)
Whatsapp : wasap.my/601111479093

Post a Comment

10 Comments

  1. tq for tips. zaman skrg mmg anak2 terdedah lama dgn gadjet. musim pdpr lagi la

    ReplyDelete
  2. Risau betul kalau anak2 mnghadap gadget lama2..geram ja

    ReplyDelete
  3. Memang bagus la jaga mata anak2 dr awal sbb zaman skrg mmg gadget tu satu keperluan

    ReplyDelete
  4. Menarik juga... Tapi kami memang tak selalu bagi gadjet kat anak²...

    ReplyDelete
  5. Liez duk usha jugak sbb skrg ni mengadap tablet,hp,tv tu dh jadi keperluan utk belajar online kan

    ReplyDelete
  6. Absolutely agreeing to you that kids eye care so important nowadays, especially now the digital age, everyone with devices almost every minute
    Cheers
    Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  7. Thanks for MCO, dependent for gadget is increasing significantly for kids. I never know there is such spec for kids to help them filter harmful blue light from screen for kids. nice sharing.

    ReplyDelete
  8. bagus ni .. utk penjagaa mata mmg bagus.. esp time pandemik, anak2 lbh terdedah dengan skrin komputer

    ReplyDelete
  9. Betul tu sekarang ni anak-anak memang dari usia kecil tak sampai setahun dah terus terdedah pada gadget takut kita.. tapi tetap kena perhatikan dan jaga waktu bermain dan tengok gadget tu hadkan...

    ReplyDelete