Pengalaman Menginap Di Denai Kabus, Gerik, Perak

Pengalaman Menginap Di Denai Kabus, Gerik, Perak | Disebabkan anak nak merasa tidur dalam khemah ala-ala camping, makanya terjadilah kejadian menginap di Denai Kabus, Gerik, Perak ni. Adeee je port yang husband duk suggest dalam Perak ni sempena tak boleh rentas negeri haritu. Husband rajin duk upload kat insta, bila tengok kiteorang duk menginap merata, kawan-kawannyalah duk suggest tempat-tempat percutian dalam Perak ni. Diorang kerja bahagian cari sumber air, dari situlah mereka tahu adanya tempat percutian gini bila owner-owner resort yang datang request untuk kajian sumber air. 

Last Marina tidur dalam khemah waktu zaman belajar dulu. Time tu khemah semua kena pasang sendiri. Panjat gunung, merentas lautan, berkayak dan macam-macam lagilah buat zaman study dulu. Kalini anak-anak pulak nak merasa. Layankan je. 


Denai Kabus, Gerik, Perak

Denai Kabus ni terletak di Gerik, Perak. Kalau ikut google map takkan tersesat, mesti jumpa. Nak ke Denai Kabus ni dia mendaki bukit jugak tapi mendaki dengan keretalah. Korang akan melalui kebun-kebun getah semasa nak ke sini. Memang kawasan Denai Kabus ni, kawasan pokok getah yang masih aktif beroperasi. 

Dari jalan besar Gerik nak ke Denai Kabus ni mengambil masa dalam 20 minit jugak. Jalannya separuh berbatu dan separuh bertar. Jalannya kecik sebab melalui jalan kampung, tapi ada spacela untuk ke tepi kalau berselisih. 

Di Denai Kabus ada 2 jenis penginapan iaitu tidur di cottage atau dalam khemah. Cottage ni seperti rumahlah. Ada 6 unit je cottage ni, ingatkan nak ambil cottage dan khemah tapi cottage dah full. Jadinya ambillah 2 bijik khemah. Kalau korang nak merasa menginap di cottage kena booking at least 2 minggu sebelum. Kalau tak memang merenung ke luar jendela je la. Haha. 

Sebiji khemah ni harga RM60/night, kalau korang nak bawak khemah pasang sendiri pon boleh, bayarannya murah sikitlah dari sewa khemah depa. Tapak khemah memang dah ada disediakan di atas pasir dan kalau korang ambil khemah Denai Kabus diorang akan pasangkan. Besar khemah dia muat untuk 3 dewasa tapi kalau nak selesa, duduklah 2 orang dalam satu khemah. 

Disebabkan haritu Marina duduk khemah je, so Marina cerita berkenaan khemah je la ye. Pasal cottage tak tahu lah plak apa yang ada dalamnya dan kebesaran biliknya. Toiletnya ada disediakan di luar termasuklah yang duduk cottage. 

Di sini ada juga cafe dan pantry bersebelahan cafe. Di pantry ni ada televisyen dan ada disediakan air panas serta coffee dan teh. Free ajo. Korang boleh melepak di pantry ni kalau kebosanan. 






Apa yang Menarik di Denai Kabus? 

Actually yang tak menginap kat sini pon boleh naik atas untuk lihat kawasan Denai Kabus ni. Facilities seperti kolam renang boleh je korang mandi tanpa dikenakan bayaran. Korang boleh juga mandi di kunci air, di mana airnya datang dari anak sungai terus masuk ke kunci air ni. 

Banyak aktiviti yang boleh korang buat di sini seperti berkayak, memancing, menunggang kuda, Jinggo namanya, menaiki ATV, memanah dan bermacam-macam lagi. Korang juga boleh menyewa BBQ di sini. Semua aktiviti di sini dikenakan bayaran ye kecuali nak mandi kolam tu free je. 

Anak-anak Marina semua aktiviti diorang nak buat. Boleh dikatakan semua aktiviti kiteorang buat kat sini seperti mandi kunci air, memancing, berkayak dan menunggang kuda.

Di Denai Kabus ni, kalau korang memilih khemah, ada disediakan tempat unggun api. Kayu api akan disediakan oleh pihak Denai Kabus. Penyidai kain juga ada disediakan di bahagian belakang setiap tapak khemah. Kalau korang tidur di khemah korang boleh check in seawal 7 pagi dan check out sebelum 6 petang. 

Sesampai je di Denai Kabus, korang perlu mendaftar di kaunter pendaftaran yang terletak di cafe cabin. Di tempat pendaftaran ni macam kiosk tau, so adalah jugak jual barang keperluan seperti sabun, keropok, air dan macam-macam lagilah. 

Kalau nak menginap di sini, korang perlu bayar deposit terlebih dhaulu untuk confirmkan slot. Selebihnya boleh bayar waktu tiba nanti, tapi korang nak transfer duit untuk bayar baki kena buat siap-siap sebelum naik di Denai Kabus sebab di atas puncak ni tiada line internet. Marina terpaksa turun balik untuk cari line nak transfer duit. Duit cash pulak takde time tu. 




Makan Di Denai Kabus

Korang ada beberapa pilihan untuk makan di Denai Kabus ni. Sama ada bawa siap makanan naik ke atas, bahan basah untuk BBQ atau set makanan yang disediakan oleh Denai Kabus. Marina ambil set makanan iaitu tengahari Marina ambil set dulang, RM50 je. Sangat banyak ok makanan dia. Anak-anak tak makan banyak, so jenuh jugaklah kiteorang nak perabihkan. Yang syoknye set dulang ni, lauk pauknya ala-ala kampung. Paling best kari umbut pisang dia, syahdu.

Malam pula, kiteorang order siap set dari Denai Kabus ni jugak. Nasi putih lauk kampung juga. 


Pengalaman dan Perkara yang Perlu Korang Tahu Bila Nak Menginap Di Denai Kabus

Bila dah sampai di puncak Denai Kabus ni, tiada line internet ye. Wifi pon tidak ada disediakan di sini. Memang kalau korang duduk sini, tak dapat berhubung dengan media sosiallah ceritanya. Kata staff kat situ celcom ada line tapi kurang kuat jugak. 

Satu pengalaman yang menarik masa duduk di Denai Kabus ni. Kalau korang nak menginap di khemah, korang perlu bawa :
• Bantal (kalau biasa tidur pakai bantallah
• Selimut / Stoking
• Tuala
• Tikar untuk solat
• Toiletries 
• Sweater

Pada Marina oklah duduk di Denai Kabus ni sebab banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Satu pengalaman yang baru buat anak-anak Marina sebab sebelum ni diorang tak pernah berkayak dan memancing. Seronok diorang dapat anak ikan waktu memancing di sini. Dapat ikan talapia sebesar tapak tangan anak Marina. Gembira kemain. Ikan yang ditangkap boleh dibawa balik sebagai kenangan. Kalau dapat ikan 1kg ke atas korang boleh jual ikan tu balik kepada pihak Denai Kabus. Dapat jugak duit poketkan. 

Waktu malam agak mendap sikit sebab kami berlima je, family yang ramai bolehlah BerBBQ beramai-ramai, kami berlima ni dah siap booking makan sekali. Nak hiburan, bolehlah layan televisyen di pantry. 

Malam di Denai Kabus memang sejuk. Malam tu kiteorang duk melayan unggun api sambil makan kudapan. Anak-anaklah paling excited main api. 

Masa nak tidur dalam khemah, Marina bukak zip bahagian atas kepala sebab nak bagi angin masuk, kalau tutup semua memang berkuaplah. Panas. 

Seronok tengok kabus dengan jarak dekat di Denai Kabus ni. Dalam pukul 7 pagi tu masih berkabus lagi. 

Mandi dalam kunci air ni pada Marina, kurang best sebab dasar dia terasa tanah lembut bila dipijak. Tapi so far, anak-anak enjoy mandi kolam dan kunci air. 

Marina paling enjoy makanan set dulang dia lah. Syiok. Bukan senang nak dapat makanan lauk kampung macam ni. 

Korang yang berminat tempat santai nak melepak beramai-ramai dengan kawan-kawan, bolehlah cuba datang menginap di Denai Kabus ni.







No comments:

Powered by Blogger.