Bahaya Pembakaran Tembakau

Bahaya Pembakaran Tembakau | Ramai yang sedia maklum merokok itu membahayakan kesihatan. Sebagaimana yang diketahui, rokok diperbuat daripada tembakau dan bahan-bahan yang lain seperti nikotin dan karbon monoksida. Banyak keburukan merokok daripada kebaikan. Pembakaran tembakau bukan sahaja membahayakan kesihatan pada si penghisapnya sahaja, malahan orang yang berada berdekatan dengan penghisap rokok yang terhidu asap rokok juga terkesan. Mereka yang terhidu asap rokok ini dipanggil sebagai perokok pasif. Sejauh mana bahayanya kesan rokok kepada penghisap rokok dan kepada mereka yang terhidu asap rokok ini? 

Sebelum Marina cerita lebih lanjut tentang bahayanya asap rokok, Marina cerita kisah tentang husband dan rokok. Pandai je Marina bercerita pasal bahayanya rokok, tapi husband sendiri pon hisap rokok. 

Cerita Husband dan Rokok

Sebelum Marina kenal husband, Marina pon tak ingat masa bila Marina tahu yang husband merupakan seorang perokok. Orang kata kalau bibir hitam tu dia perokok. Tapi waktu Marina kenal husband, bibir dia tak hitam. Lama-kelamaan, husband pon selamba je hisap depan mata Marina. Marina agak terkejutlah jugak. Masa tu lah Marina tanya dia sejak bila merokok? Katanya masa start bekerja dia mula merokok. Husband cerita, mak dia (dah jadi mak mertua la sekarang ni) tak tahu pon dia merokok sebab bila merokok, dia tak merokok depan mak mertua. Sampai satu masa, adik husband tanya mak mertua, husband merokok ke? Dia pon ngaku je la. Ini masa mak mertua tanya ni pon, masa Marina baru kahwin dengan husband. Bayangkanlah pandai dia menyorok dari pengetahuan mak dia.

Bercerita pasal Marina suruh dia stop merokok, bukan tak pernah bertanya, pernah. Kadang-kadang bila Marina terbau asap rokok, Marina akan tegur busuk. Lama-kelamaan dia tahulah, kalau nak merokok, kena merokok di kawasan tertentu. Adalah dia pernah cuba berhenti dengan menghisap vape tapi sekerat jalan je sebabnya nak buat maintenance, nak beli perisa, accessories, charger dan lain-lain, dia dah malas. Pernahlah dia bercerita mengenai kawannya juga ada yang hisap vape, kononnya nak berhenti merokok, sudahnya vape hisap, rokok pon hisap. Husband kata membazir dan dia tak berapa nak setuju vape dapat stopkan tabiat merokok. 

Apabila dah ada anak ni, Marina gunakan anak-anak untuk tegur husband suruh berhenti merokok. Kan iklan berhenti merokok ada disiarkan di televisyen, anak-anak ikut gaya dalam iklan tu dan sampaikan mesej tu pada husband. Haha. Tapi husband duk bergurau balik dengan anak-anak apabila anak-anak beli gula-gula. Merosakkan gigi kata husband.


Kandungan Rokok yang Membahayakan Kesihatan

Terdapat beberapa bahan kimia berbahaya yang dilepaskan semasa pembakaran rokok di mana ia boleh menyebabkan kanser dan maut. Antara kandungan bahan kimia dalam rokok yang membahayakan kesihatan adalah :

• Tar - Mengganggu fungsi paru-paru
• Benzena - Bahan kimia organik yang mudah terbakar. Merosakkan sumsum tulang.
• Kadmium - logam yang beracun dan radioaktif. Merosakkan hati, otak dan ginjal.
• Arsenik - Bahan yang terdapat dalam racun tikus.
• Amonia - Mengganggu pembuluh darah dan jantung.
• Hidrogen Sianida - Digunakan dalam industri tekstil, plastik dan kertas. Melemahkan paru-paru, menyebabkan lelah, sakit kepala dan mual. Mengganggu pertumbuhan janin pada ibu hamil. 
• Formaldehida - Menyebabkan iritasi pada sel dan saluran pernafasan. Berisiko kanser hidung dan trakea. 

Bahaya Pembakaran Rokok 

Apabila tembakau dibakar, ia boleh mencapai suhu sehingga 900 darjah celcius dan suhu yang melampau inilah yang menjadi masalah apabila korang merokok. 

Pembakaran tembakau menghasilkan asap yang mengandungi lebih dari 7000 bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan manusia. Lebih dari 100 bahan kimia ini telah dikelaskan sebagai penyebab penyakit yang berpunca akibat daripada merokok. 


Apa Kesan Terhadap Bukan Perokok yang Menghidu Asap Rokok?

Tahu tak korang yang bukan perokok juga boleh mendapat penyakit yang berpunca dari asap rokok (secondhand smoke) apabila korang berada berdekatan penghisap rokok? Individu ini digelar sebagai perokok pasif. Perokok pasif adalah merupakan mereka yang secara sengaja atau tidak sengaja menghidu asap rokok yang datang daripada penghisap rokok yang berada berhampiran korang. Ada ke yang sengaja nak menghidu asap rokok? Ada. Mereka ini kononnya takut bibir hitam gara-gara merokok tetapi teringin nak merasa asap merokok. Sedar atau tidak sedar, sebenarnya tindakan mereka menghidu asap ini juga boleh membahayakan kesihatan. 

Asap rokok ini juga dikenali sebagai asap tembakau persekitaran (Environmental Tobacco Smoke, ETS) yang merupakan gabungan asap yang dihasilkan dari hujung rokok dan asap yang dihembuskan oleh perokok. 

Kesihatan perokok pasif turut akan terjejas apabila terdedah kepada asap rokok. Sebaiknya korang perlu mengelakkan diri daripada perokok yang berada di sekitar korang untuk mengelakkan diri dari mendapat penyakit akibat daripada terhidu asap rokok. 

Kesan Asap Rokok Kepada Perokok Pasif

Walaupun korang tidak menghisap rokok, tetapi asap rokok yang dihidu apabila ada perokok berhampiran korang, korang juga akan terdedah kepada penyakit seperti barah paru-paru dan penyakit jantung. 

Asap rokok ini juga boleh menyebabkan korang mengalami asma, jangkitan pernafasan, batuk, otis media (jangkitan telinga tengah) dan berbahaya kepada wanita mengandung di mana anak di dalam kandungan boleh mengalami kecacatan atau berlakunya sindrom kematian bayi secara tiba-tiba. 
 

Produk Alternatif untuk Mengurangkan Tabiat Merokok

Bagi memastikan persekitaran kita sihat, menghapuskan proses pembakaran contohnya seperti produk bebas asap yang bermaksud bahawa tahap purata bahan kimia berbahaya yang dihasilkan dapat dikurangkan dengan ketara berbanding dengan asap rokok. Seandainya korang sedar dengan pembakaran tembakau boleh mencemarkan udara, korang seharusnya mengenalpasti produk bebas asap sebagai alternatif untuk bebas dari asap pembakaran tembakau yang berbahaya dan menjalani kehidupan yang lebih sihat.  

Macam Marina cerita kisah husband Marina merokok kat atas tadi, Marina pernah tegur husband taknak berhenti merokok ke? Husband pernah cuba berhenti merokok dengan menghisap vape dan makan Nicorette. Tapi usaha nak berhenti merokok tu tak kesampaian. Lama-kelamaan usaha menegur husband untuk berhenti merokok pon berlalu begitu sahaja. Husband kalau merokok dia akan merokok di luar rumah. 

Walaupun hisap di luar, asap tu tapi masih mengandungi bahan kimia. Marina baru tersedar bahan kimia ni akan melekat pada baju, badan atau tangan perokok. Bahaya juga kepada anak-anak apabila perokok masuk balik dalam rumah dan terus peluk atau bermain dengan anak-anak. Tak pasai-pasai anak pon terdedah kepada bahan kimia yang berbahaya. 

Bagi perokok tegar, memang agak sukar untuk berhenti dari merokok secara mendadak, tapi Marina tahu terdapat macam-macam produk yang boleh menggantikan rokok iaitu produk tanpa proses pembakaran tembakau yang ada dijual di pasaran seperti vape, e-cigarette dan juga produk yang tidak membakar tapi Cuma memanaskan. Marina tak berapa setuju sangat dengan alternatif ni. Tapi at least dapat membantu mengurangkan pencemaran udara dan mewujudkan persekitaran yang sihat. Alternatif ini juga mengurangkan bahaya yang terdedah kepada perokok dan orang yang di sebelah perokok. Adalah sebaiknya kalau berhenti terus merokok untuk memastikan persekitaran untuk anak-anak selamat dari asap rokok. 

Tak dinafikan agak sukar nak berhenti merokok secara mendadak terutamanya perokok tegar, tetapi tak mustahil untuk berhenti terus dari merokok. Sokongan dari keluarga amatlah penting bagi perokok yang berikhtiar untuk berhenti merokok. 

Untuk makluman korang, baru-baru ni, Marina kenali Harm Awareness Association (HAA) di mana ia memberi kesedaran kepada kita tentang aspek-aspek pengurangan kemudaratan dan salah satu aspek adalah dari segi merokok. Dengan itu, dapatlah kita memilih cara hidup yang lebih sihat. 

Semoga mereka yang merokok atau ada di antara ahli keluarga korang yang merokok yang membaca ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran tentang betapa bahayanya merokok. Kalau korang yang merokok tak sayang diri sendiri sekurang-kurangnya sayangilah anak-anak, ibu, ayah atau ahli keluarga yang berada di sekeliling korang. 



Reference website : 

Bahaya Pembakaran Tembakau Bahaya Pembakaran Tembakau Reviewed by Marina Bashah on August 20, 2021 Rating: 5

9 comments:

  1. Betul bahaya pembakaran rokok ni...makan dalam diam-diam...huhu

    ReplyDelete
  2. Bagus inisiatif HAA. Untuk hentikan merokok, perokok dan penjualnya memang sukar. Mulakan dari sekeliling kita. No no kepada perokok. Suami tidak merokok. Anak tidak merokok. Terapkan dr kecil bahayanya rokok. Good blogpost kak. Tahniah!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, saya seumur hidup tak pernah merokok. Perokok selalu berikan pelbagai alasan untuk berhenti merokok. Terbaiklah inisiatif HAA ini.

    ReplyDelete
  4. Merokok bukan sahaja bahaya kat perokok itself but 2nd hand smoker.. Nell ni 2nd smoker yang doctor pun terkejut bila Buat medical checkup.. sebab paru2 mcm seorang perokok juga... Awareness mcm ni penting la...

    ReplyDelete
  5. Totally agreeing with your sharing here that smoking really bad for health not just the smoker, but the surrounding people for the 2nd hand smokes. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. Suami Sis perokok so snagat faham laaa keadaan perokok ni, memang susah nak stop, now anak bujang pulak adoiii.. baguslah ada pendedahan gini.. tp tu lee ikut memasing kann.. susah nak cakap huhuhu

    ReplyDelete
  7. Betul tu rokok memang merbahaya. Kalau da kawen da ada anak tu elok sangat sangat berhenti merokok.

    ReplyDelete
  8. Merokok bukan sahaja merbahaya kesihatan sendiri tapi juga orang sekeliling, kalau boleh cari alternative lepas tu gradually stop smoking.

    ReplyDelete
  9. Semoga perkongsian ini dpt membuka mata ramai orang. mudah mudahan ke arah yang lebih baik untuk kesihatan diri dan org sekeliling :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.