Aqiqah Centre Menawarkan Pakej Akikah yang Murah Secara Online dan Memudahkan Urusan Aqiqah - MARINA BASHAH

Aqiqah Centre Menawarkan Pakej Akikah yang Murah Secara Online dan Memudahkan Urusan Aqiqah

Aqiqah Centre Menawarkan Pakej Akikah yang Murah Secara Online dan Memudahkan Urusan Aqiqah | Memang betullah dengan adanya Aqiqah Centre memudahkan urusan melaksanakan aqiqah ye? Di sini Marina nak ceritakan pengalaman Marina, melaksanakan akikah untuk anak perempuan Marina baru-baru ni. Tapi Marina tak buat dengan Aqiqah Centre. Kalau lebih awal Marina mengenali Aqiqah Centre pasti senang urusan Marina. Tak perlu bersusah payah mencari tempat yang boleh menguruskan akikah untuk anak-anak Marina. 

Bulan Mac 2021 yang lalu, Marina baru je selesai melaksanakan Aqiqah anak perempuan Marina yang kedua dan bongsu. Anak perempuan Marina yang kedua berumur 8 tahun dan yang bongsu pula berumur 5 tahun pada masa akikah dilaksanakan untuk diorang. Agak koranglah kan, kenapa baru sekarang Marina baru buat akikah untuk anak-anak Marina? 

Pertama sekali, apa yang Marina nak kongsikan di sini adalah kos akikah yang dilakukan untuk anak-anak Marina agak mahal. Harga pakej akikah yang ditawarkan adalah RM1400 untuk seorang. Pada masa itu, duit KWSP untuk akaun 1 boleh dikeluarkan, so Marina mengambil kesempatan untuk melaksanakan akikah untuk anak-anak. 

Perkara yang kedua adalah untuk mencari orang yang boleh menguruskan akikah dengan sempurna. Bukan mudah dan Marina perlu berhati-hati buat pilihan. Mestilah kita cari yang berpengalaman, bersih dan senang berurusankan? 

Perkara yang ketiga adalah tempat untuk melaksanakan kenduri aqiqah. Agak sukar juga membuat keputusan di mana hendak membuat kenduri akikah memandangkan kawasan rumah Marina agak tidak sesuai untuk membuat kenduri akikah. 

Perkara yang Marina Lalui Semasa Melaksanakan Kenduri Aqiqah

Seperti yang Marina cerita sebelum ini di atas, harga pakej akikah yang ditawarkan agak mahal. Inilah salah satu sebab Marina tangguhkan dulu melaksanakan aqiqah untuk anak-anak sebab gaji digunakan untuk keperluan lain dan komitmennya  agak tinggi. 

Semasa hendak menentukan tempat untuk melaksanakan kenduri aqiqah, agak sukar sedikit sebab semasa nak buat kenduri aqiqah ini merupakan musim pandemik Covid-19. Pergerakan pada waktu PKP ini adalah sangat terhad dan SOP perlu dijaga setiap masa. Banyak perkara yang perlu Marina uruskan untuk melaksanakan kenduri aqiqah seperti meminta kebenaran daripada polis untuk membuat kenduri, mencetak MySejahtera untuk tetamu yang akan datang ke kenduri, menyediakan alat mengimbas suhu dan perlu menyediakan sanitizer. 

Semasa kenduri, Marina dan suami agak sibuk melayan tetamu yang hadir dan tak banyak gambar kenangan yang dapat diambil. 

Semasa kenduri Aqiqah anak-anak

Hukum Melaksanakan Aqiqah

Hukum melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad (dituntut) bagi yang berkemampuan. Maksudnya jika dibuat dapat pahala dan jika tidak mampu dilaksanakan tidak berdosa. 

Mengenai Aqiqah Centre

AC AGROTECH SDN BHD (1366280-T) adalah merupakan syarikat pengurusan ibadah Aqiqah & Qurban Di Tanah Suci Mekah melalui jenama Aqiqah Centre.

Aqiqah Centre telah lama dan berpengalaman aqiqah dan inadah qurban secara online. Aqiqah Centre telah menguruskan lebih 25,000 sembelihan aqiqah dan qurban di Tanah Suci Mekah. 

Aqiqah Centre menyediakan sijil premium ukiran kayu yang bernilai RM50 secara percuma dan video rakaman sembelihan juga ada diberikan.


Kenapa Memilih AqiqahCentre.com untuk Melaksanakan Aqiqah

Marina tertarik tengok pakej aqiqah yang ditawarkan oleh Aqiqah Centre. Apa yang membuatkan Marina tertarik adalah :

Harga di Aqiqah Centre 

Harga pakej di Aqiqah Centre pada Marina harganya mampu milik. Harga yang ditawarkan oleh Aqiqah Centre jauh lebih murah berbanding harga aqiqah yang Marina ambil. Aqiqah Centre menawarkan harga pakej serendah RM499.

100% Online

Aqiqah Centre dilaksanakan 100% secara online. Ianya memudahkan urusan aqiqah pada mereka yang kekurangan masa untuk membuat aqiqah sendiri. Kita tak perlu keluar rumah kerana semuanya akan diuruskan oleh Aqiqah Centre. Sekarang pon waktu pandemik Covid-19, pergerakan dalam masa PKP adalah terbatas. 

Sistem Pengurusan 

Bukti sembelihan akan diberikan kepada peserta dalam bentuk video berserta sebutan nama anak akan diberikan untuk setiap penyertaan aqiqah bersama Aqiqah Centre.

Dipercayai

Aqiqah Centre merupakan syarikat pengurusan aqiqah yang trusted. Ramai yang telah menggunakan perkhidmatan Aqiqah Centre untuk melaksanakan aqiqah. Aqiqah Centre dah menguruskan lebih dari 25,000 sembelihan sejak tahun 2014 lagi.  Ramai artis yang telah membuat aqiqah bersama Aqiqah Centre dan memberikan feedback yang positif. Antara artis yang menggunakan perkhidmatan Aqiqah Centre ialah Shaheizy Sam, Black, Achey dan ramai lagi. 



Cara Mendaftar Secara Online Dengan Aqiqah Centre

3 langkah mudah kepada peserta yang berminat untuk melaksanakan aqiqah bersama Aqiqah Centre :
• Isi maklumat peserta dan alamat penghantaran sijil. Seterusnya buat bayaran melalui sistem online banking yang disediakan. 
• Ibadah aqiqah dibuat pada setiap hari. (Isnin - Ahad) 
• Video akan dihantar selepas 2 hari bekerja dari hari sembelihan dan sijil akan diterima dalam masa 30 hari*.

*Dijangka ada kelewatan penghantaran di pihak courier sepanjang PKP. 

Melaksanakan Ibadah Qurban 2021

Pada korang yang berhajat hendak melaksanakan ibadah Korban pada tahun ini 2021, Aqiqah Centre juga boleh menguruskan Ibadah Qurban untuk korang. 
Korang boleh daftar Qurban Online 2021 dengan Aqiqah Centre. 

Pertanyaan Lanjut Mengenai Aqiqah Centre

Pada korang yang berminat untuk meminta Aqiqah Centre untuk menguruskan aqiqah atau ibadah qurban, korang boleh hubungi mereka di website.

Website :



29 comments:

  1. Dapat sijil kayu tu unik sangat kan...boleh disimpan tanda dah buat aqiqah ni. Senang juga aqiqah macam ni ye. Alhamdulilah sis dah buat aqiqah untuk anak sis masa dia 3 bulan.

    ReplyDelete
  2. Menarik la sijil tulisan kat kayu tu. Nak rekemen kt adik bongsu dia mengandung tu leh buat nanti. Tq marina.

    ReplyDelete
  3. Wah ada video sekali dia bagi tengok. Best kan. Transparent... sekarang ni musim covid, elok pakai service macam ni. Dah tu best dapat sijil kayu tu...

    ReplyDelete
  4. Senang skrg. Takyah susah2 pening fikir. cantik lak sijil tu. TQ info

    ReplyDelete
  5. I will share it with my muslim friends. They might need this service

    ReplyDelete
  6. serius memang sangat suka bila ada aqiqah online camni, lebih mudah lagipun sekarang nak buat kenduri pun susah

    ReplyDelete
  7. Mudah dah yea skarang.. aah sekarang nak buat akikah pun kena cari bajet.. huhu.. ada bajet terus buat kan..

    ReplyDelete
  8. Bagus bila ada aqiqah onlin emacam ni. Senang urusan kan. Trusted..ramai guna..

    ReplyDelete
  9. Rawlins perasan ramai gak selebriti yang menggunakan khidmat diorang untuk aqiqah nie kan. Dipercayai dan online ye

    ReplyDelete
  10. Thanks for the information, nowadays everything can be done online.

    ReplyDelete
  11. adik un dh guna perkhidmatan aqiqah centre.. mmg basgus

    ReplyDelete
  12. Mudahlah sekarang dah ada pakej akikah secara online harga dahlah murah dan boleh dipercayai

    ReplyDelete
  13. Ok dah boleh la kita plan next Aqiqah nak buat mcm mana hehe, tq for sharing sis!

    ReplyDelete
  14. kita pun pilih aqiqahcentre ni juga.
    senang sangat.
    harga pun rasanya reasonable.
    alhamdulillah dah selesai urusan aqiqah anak.

    ReplyDelete
  15. Oh mahal rupanya ya, nak buat aqiqah ni. Baik guna servis Aqiqah Center. Berbaloi harga.

    ReplyDelete
  16. sekarang semua urusan mudah, walaupun PKP dan jauh, sistem dan program sekarang banyak mempermudahkan urusan. bagus inisiatif aqiqah begini

    ReplyDelete
  17. Tak susah nak buat aqiqah sekarang ni.

    ReplyDelete
  18. Memang mudah sekarang, janji niat dan tanggungjawab kita, dah di laksanakan, di percayai.. anak saudara pun semua adik buat guna Aqiqah Centre ni..

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah. Menarik sijil yang dapat tu. Harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  20. Sijil Kayu tu istimewalah. Dan harga seekor kambing di sana pun tak mahal. Kalau ada promosi, memang rezekilah dapat potongan harga.

    ReplyDelete
  21. Senangkan ada program online macam ni lagi2 time pandemic skrg... Let the expert do their work! Good one to be shared with my friends yang memerlukan khidmat ni...

    ReplyDelete
  22. Ramai jugak yang dah try perkhidmatan Aqiqah Centre ni. Semua kata bagus. Nanti Sal share dengan geng opis yang mana lom buat qiqah. Harga pun berbaloi dan sijil kayu tu unik sungguh

    ReplyDelete
  23. Saya dengan husband pun dah niat nak akikah nanti kalau ada anak. InshaAllah dipermudahkan.

    ReplyDelete
  24. Mudah sekarang kakau nak aqiqah. Jimat dan niat akikah terlaksana. Nora pun plan nk bt mcm ni dgn suami memandang skrg pandemik cara macam ni je paling jimat

    ReplyDelete
  25. Senang bila boleh buat aqiqah mcm ni. Bayar secara online. Mmg sangat praktikal dan sangat mudah

    ReplyDelete
  26. Thanks for sharing this information about Aqiqah Centre. Good for all my Muslim friends

    ReplyDelete
  27. Thanks for the info, nowadays everything can be done online including this too.

    ReplyDelete