Meningkatkan Imunisasi Badan Dengan Supplement Probiotik Dari Joymix Yoghurt Yuja | Marina tahu ada pelbagai fungsi dan kebaikan yogurt kepada tubuh badan kita. Dari rambut, muka sehinggalah untuk kesihatan dalaman. Dulu tak ambil kisah pon kenapa orang suka sangat makan yogurt, rupa-rupanya yogurt ni ada probiotic. Probiotik tu apa pulak dah? Marina ingatkan probiotik ni vitamin yang diperlukan untuk baby je sebab selalu tengok iklan susu di televisyen mengenai probiotik yang membantu melindungi kesihatan usus dan meningkatkan sistem imunisasi badan. Rupa-rupanya orang dewasa pon perlukan probiotic ni. Tapi itulah yogurt ni tak kena dengan tekak Marina. Bukan tak cuba, dah cuba tapi tak boleh terima. Bila dapat tahu Joymix Yoghurt Yuja ada produk yang berasaskan yogurt, excited pulak nak cuba.
Imunisasi dan Covid-19. Apa kaitannya?
Korang tahu tak, COVID19 tanpa bergejala merangkumi 89% daripada Jumlah Pesakit COVID19 di Malaysia. Rujuk https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/12/28/about-89-of-covid-19-patients-in-m039sia-asymptomatic-show-mild-symptoms-hospital-beds-still-available-says-dr-noor-hisham
Kenapa begitu ramai tanpa bergejala? Ini kerana immuniti badan mereka dapat memerangi virus COVID19. Tetapi apabila buat PCR TEST, pegawai kesihatan hanya dapat mengesan DNA virus COVID19 yang telah mati. Oleh kerana tak pasti sama ada virus yang ada dalam badan hidup atau mati, pesakit akan diasingkan selama 2 minggu untuk memastikan bebas dari covid-19. Kebanyakannya masih boleh menjalani aktiviti seperti biasa.
Joymix Yoghurt Yuja Melindungi Imunisasi Badan Secara 3 Lapisan! Menghindari dari krisis Covid-19!
Kita sering dengar doktor menyarankan agar kita consume vitamin C untuk tingkatkan sistem imunisasi badan terutamanya musim pandemik ni kan? Kalau korang nak tahu, Joymix Yoghurt Yuja ni melindungi imunisasi badan kita lebih baik daripada vitamin C. Nanti Marina share mengenai Yoghurt Yuja selanjutnya di bawah. Imuniti badan sangat penting dalam masa krisis COVID19. Joymix Yoghurt Yuja sememangnya dihasilkan untuk meningkatkan imunisasi badan melalui usus (yang merangkumi 70% imuniti sel badan), limpa dan darah. Secara singkatnya, ia boleh memberi perlindungan secara 3 lapisan. Joymix Yoghurt Yuja juga penting dalam mengaktifkan imuniti sel yang dormant akibat cara hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam, makan makanan yang manis dan kurang berkhasiat. Sel dormant diibaratkan sel yang malas.
Sistem Pertahanan Pertama
Mekanisme tindakan utama adalah perencatan pertumbuhan bakteria patogen dalam usus serta rangsangan pengeluaran antibodi terhadap toksin yang dikeluarkan oleh mikrob usus. Perkataan yang lebih mudah ialah ia membantu menyahtoksinkan toksin yang dihasilkan oleh bakteria jahat dalam usus yang merangkumi 70% daripada sistem imun badan. Jadi pengguna kali pertama mungkin mengalami najisnya lebih berbau. Itu perkara biasa.
Sistem Pertahanan Kedua
Kandungan Joymix Yoghurt Yuja mengandungi Yeast Beta Glucan (YBG) yang sememangnya terkenal untuk mengaktifkan sel imuniti supaya rajin bekerja untuk memerangi virus atau bakteria yang bahaya atau tidak dikenali.
YBG memainkan peranan penting dalam meningkatkan imuniti, anti-jangkitan dan penyembuhan luka. Saluran gastrousus adalah organ imun utama kerana jumlah sel imun yang tinggi terdapat di sini. YBG membantu meningkatkan kecekapan sel-sel yang bertanggungjawab untuk menelan dan memusnahkan patogen untuk bertindak balas dengan cepat terhadap jangkitan, menyokong sistem imun kita. Dengan kata lain, ia memberi amaran kepada sel imun dalam sistem limfa usus untuk menyerang sel asing.
Kehadiran YBG meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan kulit yang penting dalam penyembuhan luka.
YBG memainkan peranan penting dalam mengaktifkan sel imun yang mungkin tidak aktif. Semakin banyak sel imun yang tidak aktif semakin lemah imuniti. Untuk lebih memahamkan lagi, katalah sel imun ini adalah sebagai polis. Sekiranya polis menjadi malas, negara menjadi tidak aman seperti lebih banyak rompakan atau pembunuhan. Sekarang anggap YBG ini adalah polis. Apabila diberikan insentif, polis akan menjadi rajin dan mulai mengejar pencuri dan perompak. Begitulah fungsi YBG yang membantu memusnahkan bakteria atau virus jahat.
Sistem Pertahanan Ketiga
Imunnoglobulin yang berasal dari kolostrum (IGg) adalah sejenis antibodi yang disediakan oleh mamalia untuk bayi baru lahir untuk mewujudkan kekebalan seumur hidup. Sebilangan besar antibodi IGg dalam peredaran darah pasti dapat menurunkan risiko jangkitan, alergi bersama dengan penyakit autoimun.
Review Marina Selepas Consume Yogurt Yuja
Jujurnya Marina tak suka consume yogurt sebab masam yang Marina tak boleh terima. Masam buah oren boleh terima lagi. Tapi yogurt ni entah kenapa tak boleh terima. Tekak ni rasa kembang je bila makan yogurt. Bila Marina dapat tahu ada produk yogurt berbentuk serbuk, Marina tak sabar nak cuba! Ye la kan, yogurt kan bagus untuk sistem penghadaman dan meningkatkan imunisasi badan, rugilah tak cuba. Lifestyle Marina ni boleh dikatakan tak begitu sihat. Makan tak jaga, tak bersenam dan tidur pon tak cukup. Cara hidup sebegini dan dalam musim pandemik ni, sebaiknya kita perlukan supplemen untuk kesihatan tubuh badan kan? Pengalaman Marina setelah consume Yoghurt Yuja :
#1 Yoghurt Yuja Sedap. Tak Payah Paksa Makan Pon, Anak-anak Ambil Sendiri Nak Makan!
Apabila dah cuba, alhamdulillah, Marina boleh terima rasa dia malahan lagi sedap dari apa yang dibayangkan. Mudah je nak consume Yoghurt Yuja ni, koyakkan sachet terus masuk je ke dalam mulut. Anak-anak Marina suka sangat makan Yoghurt Yuja, tak payah dipaksa, diorang terus je ambil dan makan sendiri.
#2 Melawaskan sistem percernaan
Selepas mengamalkan Yoghurt Yuja, aktiviti membuang berjalan dengan lancar. Senang je membuang pada waktu pagi.
#3 Badan Rasa Bertenaga
Apa yang Marina perasan, badan Marina rasa bertenaga. Tak rasa penat walaupun seharian bekerja di bulan Ramadhan ni. Kalau tak time puasa ni asyik lemah je badan.
Ciri-ciri Yoghurt Yuja yang Perlu Diketahui
Yogurt Yuja merupakan sejenis supplement yang berbentuk serbuk untuk membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Ia merupakan produk terbaru keluaran Joymix Sdn. Bhd. Antara ciri-ciri yang perly korang tahu tentang Yoghurt Yuja ini adalah :
• Ianya halal.
• Boleh digunakan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.
• Tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk sedangkan supplement probiotik yang lain perlu disimpan di dalam peti sejuk kerana suhu panas boleh membunuh probiotik hidup.
• Simpan pada suhu bilik.
• 1 kotak mempunyai 20 sachet.
• 1 sachet seberat 3gm.
Apa Kandungan Yoghurt Yuja yang Membantu Meningkatkan Sistem Imunisasi?
Apakah yang membuatkan Yoghurt Yuja sedap dan dapat membantu korang meningkatkan sistem imunisasi? Tak lain tak bukan kerana bahan kandungan yang digunakan. Kandungan di dalam Yoghurt Yuja ini mengandungi :
• Kolostrum (susu lembu) - Merupakan susu awal lembu yang mengandungi imunnoglobulin.
• Serbuk jus citron (Yuja) - Merupakan jus lemon yang dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Serbuk Yoghurt - Merupakan probiotik iaitu bakteria yang baik yang membantu sistem percernaan berfungsi dengan baik.
• Yeast Beta Glucan (85%) - Merupakan sejenis serat makanan yang membantu meningkatkan fungsi usus. Menggunakan Yeast Beta Glucan sebanyak 85%. Konsentrasinya adalah lebih tinggi dari Tiger mushroom iaitu sekitar 15-25%.
• Yeast - Merupakan estrak dari tumbuh-tumbuhan seperti buah laici dan manggis. Sejenis bakteria probiotik yang baik untuk membantu merawat cirit-birit dan sembelit. Membantu mengurangkan H.pylori di dalam perut.
Kelebihan dan Keistimewaan Yoghurt Yuja
Yoghurt mempunyai pelbagai kelebihan dan keistimewaan. Fungsi Yoghurt Yuja ini sangat best kerana ia bukan saja mempunyai rasa yang sedap bahkan turut dapat memberi manfaat yang lain. Antaranya adalah :
• Anti-diarrhea
• Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan yang berkaitan dengan selsema (rhinitis) dan asthma.
• Membantu mengurangkan H.pylori. H. pylori merupakan sejenis bakteria di dalam perut yang akan menyebabkan infeksi.
• Membantu mengurangkan Irritable Bowel Syndrome (IBS). IBS adalah merupakan gangguan usus besar yang menyebabkan kembung perut, sakit perut dan sembelit.
• Membantu anti alergik dan eczema.
• Membantu memulihkan luka dengan cepat terutamanya pesakit diabetis.
• Membantu pertumbuhan anak-anak dengan pantas.
Pengambilan Joymix Yoghurt Yuja lebih Efektif Meningkatkan Sistem Imunisasi Dari Vitamin C!
Perbezaan antara Joymix Yoghurt Yuja dan Vitamin C :
#1 Kandungan :
• Yoghurt Yuja
- Mengandungi Colustrum, Yeast Beta Glucan (YBG), S. boulardii (yeast)
• Vitamin C supplement
- Mengandungi Ascorbic Acid
#2 Mekanisme Imuniti
• Yoghurt Yuja
- Mekanisme penting adalah mengaktifkan sel imun yang tidak aktif untuk mencari dan membunuh bakteria dan virus asing.
• Vitamic C supplement
- Asid askorbik adalah antioksidan yang kuat. Ia berfungsi untuk melindungi sel imun dari kerosakan akibat dari radikal bebas. Sel imun tidak merosakkan peluang imuniti yang lebih baik.
#3 Kebaikan
• Yoghurt Yuja
- Lebih berkesan dalam meningkatkan imunisasi sehingga 3 lapisan perlindungan.
• Vitamin C supplement
- Murah dan senang larut dalam air. Mudah dicampurkan dengan rasa lain.
#4 Keburukan
• Yoghurt Yuja
- Lebih mahal
• Vitamin C supplement
- Berasid. Boleh menyebabkan gastrik.
Bagaimana Cara Consume Joymix Yoghurt Yuja?
Mudah je cara pengambilan Yoghurt Yuja. Korang tak perlu bancuh. Disarankan untuk kanak-kanak mengambil 1 sachet sehari, manakala orang dewasa mengambil 2 sachet sehari. Cara pengambilan Yoghurt Yuja :
#1 Koyakkan sachet.
#2 Tuangkan secara perlahan terus ke dalam mulut.
#3 Kemam secara perlahan.
Joymix Yoghurt Yuja – Beta Glucan daripada Yeast yang dapat Membantu Meningkatkan Sistem Imunisasi Badan
Harga sekotak RM50
Untuk urusan pembelian dan pertanyaan lanjut, sila hubungi team Joymix Sdn. Bhd. melalui detail di bawah ini :
Website :
Facebook :
Instagram :
18 Comments
Yogurt macam best je.
ReplyDeleteBetul tu sis. Probiotik sangat penting untuk bantu sistem pencernaan makanan dan imuniti kita.
ReplyDeletefirst time tau pasal brand ni. bagus gak vit c dalam yogurt. ada banyak manfaat selain vit c saja.
ReplyDeleteLooks like a good product to try. I’m sure it tasted good too. Thank you for sharing information and your review of this product with me.
ReplyDeleteWahh dah ada yogurt lak joymix ni sekarang ek..nak try la nanti
ReplyDeleteSekarang kira dah jatuh wajib untuk kita saling menjaga kesihatan diri dan menambah kekuatan imunisas adalah salah satu caranya. Boleh try gak this one.
ReplyDeletewahhh, Joymix Yoghurt Yuja ni lebih baik daripada vitamin C ekk. Bagusnya.. senang plak tu nak consume. tengok harga pun takde la mahal sangat. boleh la beli nanti ^_^
ReplyDeleteSupplemen mmg bagus utk kesihatan. Sis pun mmg amalkan supplemen. Nanti nak cuba yg ni pulak lah
ReplyDeleteJoymix! Mcm boleh amalkan jer ni since sama function mcm Vitamin C yang i tengah consume skrg! But ni better than VitC juga! Menarik!
ReplyDeleteSis pulak tak suka makan yogurt erkkk.. tapi yang ni tak tau laa. nak gak le cuba sebab banyak beno tu khasiatnya...
ReplyDeletebetul badan kita perlukan makanan yang sihat untuk pembentukan imunisasi tubuh yang kuat lawan virus jahat... heeee yogurt memang sedap kan ... anak anak pun sukaaaa
ReplyDeleteSuplemen tambahan macam ni memang sangat diperlukan untuk kita yang kadang-kadang culas dalam diet seharian. Atleast bila dapat supleman yang boleh tingkatkan imun badan boleh rasa bertenang sikit hee
ReplyDeleteNampak mudah nak consume Joymix Yogurt nih yer. Biar mahal jaga kesihatan dari mahal untuk dapatkan rawatan . Sementara mampu ni buatlah yang terbaik untuk diri dan keluarga. Nanti nak ushar jugaklah
ReplyDeleteOh, saya mmg suka yogurt. Lagi masam macam Greek yogurt tu, lagi best. Tapi bagus la untuk sesiapa yang kurang suka makan yogurt utk try produk ni.
ReplyDeleteBagus minum suplemnet tambahn macam ni. Untuk kesihatan tubuh badan. Baru tau joymix ada utk budk2 punya..sennag satu keluarga boleh consume
ReplyDeletewow first time dengar! kalau tengok pada kelebihan dia memang bagus! jenama pun menyakinkan nanti boleh lah khai cari nak rasa sendiri heheeh
ReplyDeleteMemang sedapkan kak.. Anak anak saya pun suka makan yoghurt ni
ReplyDeleteMusim sekarang nie memang penting amalkan vitamin C macam nie kan..
ReplyDelete