Kenapa Perlu Mentor Dalam Bisnes Dari Life Tract Resources? - MARINA BASHAH

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Featured Content Slider

Kenapa Perlu Mentor Dalam Bisnes Dari Life Tract Resources?

Kenapa Perlu Mentor Dalam Bisnes Dari Life Tract Resources? | Korang sedang menjalankan perniagaan atau baru nak mulakan bisnes? Pernah mendapatkan mana-mana perkhidmatan nasihat dalam bisnes atau korang berniaga main langgar dinding je? Apa jua perniagaan yang korang buat sekalipun, korang memerlukan mentor dalam bisnes. Korang nak bukak taska, firma guaman, klinik gigi atau berniaga sebagai dropship sekalipun, korang memerlukan khidmat advisory dalam bisnes. Bukan bisnes sahaja, apa jua yang korang lakukan dalam kehidupan, korang tak boleh buat seorang diri, korang memerlukan khidmat nasihat seperti cara menjaga anak, cara menjadi anak yang baik dan macam-macam lagilah. Khidmat nasihat ni ada dalam pelbagai cara, tak terhad kepada offline sahaja, secara online pon korang boleh dapatkan khidmat nasihat. Korang tengok youtube pon dikira korang merujuk seseorang untuk mendapatkan khidmat nasihat. 

Pada yang tak tahu, Marina pon sebenarnya berniaga part time secara kecil-kecilan sahaja. Marina bermula dulu dari dropship. Tapi waktu tu berniaga main langgar dinding je la. Banyak juga dapat keuntungan walau hanya buat dropship. Sampailah satu hari, Marina terjumpa satu produk ni, produk vitamin. Marina tertarik nak join dropship produk ni sebab dia ada buat coaching, mentoring dan beri tips-tips untuk berjaya dalam perniagaan. Bila Marina dah yakin dengan produk dan diri sendiri, Marina mula berani keluarkan modal untuk upgradekan diri menjadi agen. Dalam bisnes kan kena ada target. Buatpe kita berbisnes tapi takde target kan? 

Ok entri ni bukan nak cerita tentang perjalanan bisnes Marina, di sini Marina nak bercerita tentang satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan nasihat dalam perniagaan untuk menyokong perjalanan bisnes korang iaitu Life Tract Resources. 

Life Tract Resources

Life Tract Resources merupakan satu platform untuk usahawan dan pengusaha bisnes mendapat khidmat nasihat yang efektif untuk membina dan memperbaiki proses dan pengurusan bisnes baru atau yang sedia ada. Life Tract Resources telah bekerjasama dengan beberapa individu yang pakar dalam bidang mereka sendiri di dalam pengurusan perniagaan ini.  Perkhidmatan yang disediakan oleh Life Tract Resources :

Coaching and Mentoring

Program ini membantu usahawan mendapat sokongan dan ruang perbincangan yang khusus. Ini dapat memperbaiki proses pengurusan perniagaan supaya usahawan jelas dengan tindakan dan keputusan yang diambil. 

Bengkel

Life Tract Resources ada menyediakan bengkel untuk para usahawan di luar sana. Pengendalian bengkel adalah khusus dengan tawaran terbuka dari masa ke semasa. 

Ebook

Life Tract Resources juga ada menyediakan ebook kepada para usahawan sebagai panduan untuk meningkatkan bisnes. Korang boleh dapatkan ebook ini di website mereka. 


Coaching dan Mentoring yang Dikendalikan oleh Life Tract Resources

Apa yang menarik minat Marina di sini ialah khidmat nasihat yang berbentuk coaching dan mentoring sebab dengan cara ini, kita boleh lagi fokus dengan penyampaian yang disampaikan oleh mentor. Puan Noraminah adalah orang yang bertanggungjawab di dalam program coaching dan mentoring. Terdapat beberapa cabang coaching dan mentoring yang dikendalikan oleh Life Tract Resources iaitu :

#1 Coaching untuk merancang bisnes (Business Plan) 

Jika hendak memulakan sesuatu bisnes korang perlu bersiap sedia asas yang penting. Mentor yang bertanggungjawab akan menyentuh perkara seperti :
• Apa yang mahu dicapai dalam bisnes.
• Cara untuk mengenalpasti perniagaan modal yang mahu dijalankan.
• Bagaimana untuk menyediakan rancangan keperluan modal dan kewangan memulakan bisnes. 
• Cara menyusun struktur bisnes. 

#2  Coaching untuk Bisnes Pendidikan (Education Bisnes)

Bisnes pendidikan mempunyai model bisnesnya tersendiri. Walaupun nampak seperti sama seperti perniagaan yang lain, tapi sebenarnya bisnes pendidikan ini berbeza. Mentor akan menyentuh perkara seperti :

• Apa yang mahu dicapai dalam bisnes.
• Cara untuk mengenalpasti pengurusan yang mahu dipilih.
• Bagaimana untuk menyediakan rancangan kewangan yang diselarikan dengan pengurusan aktiviti pemasaran, jualan dan program pendidikan. 
• Cara menyusun struktur pengurusan yang melibatkan 'Board of Governance' dan 'Board of Directors' dalam syarikat. 

#3 Coaching untuk Menyusun Struktur Syarikat (PLT-sdn Bhd) 

Biasanya, usahawan membuka sendiri syarikat dan membangunkan bisnes mereka dengan modal dan kapasiti awal yang ada. Apabila usahawan mula hendak mengembangkan perniagaannya, banyak penyusunan dan strategi pengurusan memerlukan susunan pengurusan syarikat. Mentor akan berbincang perkara seperti :

• Menerangkan 'option' yang ada dalam menyusun struktur dalam lesen enterprise, PLT atau Sdn. Bhd.
• Cara untuk mengenalpasti model perkongsian (partnership) yang sesuai dengan bisnes plan.
• Bagaimana untuk menyediakan rancangan keperluan modal dan kewangan untuk perniagaan berjalan pada tahun seterusnya. 
• Apa keperluan pematuhan dan 'controls' yang mesti ada apabila mula mengembangkan bisnes (kewangan & HR). 
 

#4 Coaching untuk Membina Proses dan SOP Kewangan dan HR

Marina percaya setiap syarikat yang dibangunkan mempunyai sopnya yang tersendiri. Tapi tanpa kita sedari, SOP yang digunakan adalah tidak praktikal dan lambat laun ianya akan memberi impak kepada syarikat yang kita bangunkan. Mentor akan mengadakan coaching perkara seperti :

• Apakah fungsi sebenar dan manfaat SOP khusus mahu dicapai dalam bisnes.
• Apakah struktur dan susunan SOP yang menyokong kepada objektif bisnes. 
• Bagaimana untuk menyediakan rancangan penambahbaikan dan pemantauan kepada SOP yang ada. 
• Bagaimana cara menyusun semula struktur dan keperluan SOP kepada perubahan bisnes semasa. 

#5 MENTORING Khas untuk individu

Program ini memberi fokus spesifik dalam bahagian pengurusan dan skop kerja bisnes membolehkan kita memastikan rancangan yang ada dapat dijalankan. Mentoring merupakan satu pendekatan yang ditawarkan kepada individu yang menjadi usahawan, pemilik bisnes dan ketua dalam organisasi yang dibangunkannya. Di Life Tract Resources, perkara-perkara yang dibincangkan di dalam program ini termasuklah :

• Start up CEOs
• Professional Services (Solo practice) 
• Solopreneur

Menarik Tentang Coaching dan Mentoring Dalam Bisnes Bersama Life Tract Resources

Apabila korang menghadiri Coaching dan Mentoring yang dikelolakan oleh Life Tract Resources, korang akan mendapat ilmu seperti :

#1 Memastikan usahawan yang membuka syarikat dan perniagaan bersedia dengan pengurusan risiko pengurusan. 

#2 Mengambil dan mengurus 'talent' serta sumber manusia untuk mengembangkan perniagaan. 

#3 Menyusun rancangan pembangunan perniagaan dengan lebih jelas. 

#4 Menguasai kefahaman pengurusan kewangan supaya mencapai aliran tunai stabil. 

#5 Membuat keputusan untuk meningkatkan kebolehan perniagaan menjana keuntungan. 


Testimonial Daripada Klien Life Tract Resources

Di sini Marina sertakan feedback dari klien Life Tract Resources yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka. Majoriti berpuas hati mendapatkan perkhidmatan khidmat nasihat dalam bisnes yang dikelolakan oleh Puan Noraminah. 




Perlukah Khidmat Nasihat Dalam Perniagaan? 

Pada pendapat Marina, walau bisnes apa sekalipun, khidmat nasihat dalam bisnes adalah amat diperlukan daripada mereka yang telah banyak pengalaman dalam bisnes. Tanpa mentor di dalam bisnes, umpama kita pergi berperang tanpa senjata, seperti bisnes kita tiada arah panduan. 

Buat korang yang takut nak mulakan bisnes, nak meningkatkan bisnes atau apa sahaja tentang bisnes, korang boleh dapatkan perkhidmatan khidmat nasihat tentang perniagaan di Life Tract Resources untuk menyokong perjalanan bisnes korang. 

Marina suka cara penyampaian yang disampaikan dari video Puan Noraminah yang Marina tonton. Apabila Marina menonton video ini, ternyata banyak perkara yang perlu kita pelajari jika mahu menceburi bidang perniagaan. Video ini membuka mata peniaga di luar sana, di mana mereka memerlukan coaching dan mentoring untuk memulakan atau mengembangkan bisnes. 

Pada yang memerlukan mentor untuk menyokong bisnes, korang boleh hubungi Life Trace Resources di website atau Facebook mereka :


17 comments:

  1. wah.. macam macam ada rupanya yer ... bagus info ni marina, orangyang nak bisnes mmg perlukan mentor yang bagus.

    ReplyDelete
  2. Bagus juga Life Tract Learning ni sebab boleh bimbing kita dalam perniagaan. Perniagaan ni perlukan bimbingan sebenarnya untuk kita lebih ke hadapan.

    ReplyDelete
  3. nak berniaga memang perlu ada ilmu, nak-nak bagi yang masih baru dan tiada pengalaman. Semua tu penting untuk pastikan duit yang dilabur boleh di rolling untuk dapat untung dan modal semula

    ReplyDelete
  4. Ya memang perlu ada mentor kan kalau nak berniaga dengan Life Tract Learning. Kalau boleh dapat direct coaching, tentulah ini amat baik untuk pelajar.

    ReplyDelete
  5. Memang kena belajar dari yang pakar kalau nak berniaga. Kena cari mentor yang boleh bawa kejayaan.

    ReplyDelete
  6. Bagus bila ada bantian dan sokongan mcm ni. Sekurangnya kita x teekapai2 dlm bisnes

    ReplyDelete
  7. Bagus ye ada company mcm ni yang sedia membantu rakan2 usahawan yang ingin startup business... 👍

    ReplyDelete
  8. nak suruh adik tengok la nanti, bagus ni untuk set up kan busines supaya lagi teratur kan..

    ReplyDelete
  9. Buat apa pun memang perlukan tenaga pengajar dan pembimbing agar tidak terkeluar dari landasan ke arah kejayaan kan. All the best Marina

    ReplyDelete
  10. Nak buat apa apa pun kene ada cikgu, kene ada pembimbing..baru kita rasa lebih yakin

    ReplyDelete
  11. Suka kalau jenis nak mula tapi tak tau macam mana then ada tempat dan ruang untuk kita lebih banyak tahu dan belaja, so takdelah rasa apa yang kita buat tu sia-sia.. all the best ya..

    ReplyDelete
  12. untuk memulakan perniaagaan persediaan diri dengan ilmu dan berguru dengan mentor yang betul adalah perlu.. selain kita dikelilingi orang positif dan boleh membimbing kita.. ada nya kompeni seperti life tract learning ni.. lebih mudah bagi yg sukar mencari mentor dalam perniagaan..

    ReplyDelete
  13. Very informative & helpful sharing esp those new business owners, of course a great mentorship will provide lots of guidance for a success. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  14. Its great to have a mentor in business they will guide us the proper way rather than try and error.

    ReplyDelete
  15. Bagusnya bila Ada mentor nak berniaga. Ada yg akan guide Dan tidaklah Kita tersasar hilang arah nak majukan bisnes.

    ReplyDelete

Sponsor

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here