Guna Garci Pro untuk Melegakan Sakit Belakang Akibat Kesan Epidural Semasa Bersalin Anak Pertama - MARINA BASHAH

Guna Garci Pro untuk Melegakan Sakit Belakang Akibat Kesan Epidural Semasa Bersalin Anak Pertama

Guna Garci Pro untuk Melegakan Sakit Belakang Akibat Kesan Epidural Semasa Bersalin Anak Pertama | "Risiko kamu ambil epidural ina." 
Masih terngiang-ngiang kata-kata tu lagi kat telinga Marina ni bila Marina tanya pendapat arwah mama tentang nak mengambil epidural. Arwah mama seorang jururawat masa hidupnya. So dia tahu risiko-risiko apabila cucuk epidural. Bila dah umur lewat 30-an, Marina baru terasa sakitnya belakang ni. Duduk senget ke kiri sakit pinggang,duduk senget ke kanan pon sakit juga. Dulu kalau lenguh je, Marina akan sapu minyak urut biasa je. Begitulah rutinnya setiap kali kalau sakit belakang tu datang. Setiap kali sakit, berubahlah posisi duduk Marina ni. Dulu tak terasa lenguh macam ni sangat. Sekarang ni baru terasa sakitnya. Marina masih menggunakan minyak urut bila sakit datang, sehinggalah ada satu posting di Facebook ni yang menarik perhatian Marina. Marina dapat tahu mengenai massage gel Garci Pro ni dari rakan blogger yang pernah menggunakan gel ini. 

Pengalaman Mengambil Suntikan Epidural Semasa Melahirkan Anak 

Masa bersalin anak pertama, kandungan Marina overdue. Marina pergi rutin check up biasa di klinik kesihatan. Sepatutnya tarikh yang Marina pergi klinik tu merupakan tarikh bersalin, tetapi pada hari tu masih tiada tanda-tanda hendak bersalin, takde rasa sakit nak bersalin. Selepas check up, nurse di situ bagitahu, kita tunggu another ten days, if masih takde rasa sakit, then Marina kena admit di hospital dan dipaksa bersalin (induce).

Selepas hari yang kesepuluh, masih tiada tanda-tanda hendak bersalin, Marina ditahan di hospital. Pada keesokan harinya, Marina perlu menjalani prosedur induce. Ubat induce dimasukkan, setelah enam jam menunggu, laluan masih tidak terbuka. Esoknya, prosedur yang sama dijalankan. Bayangkanlah, 6 jam Marina kena baring sahaja dan tak boleh bergerak supaya bacaan CTG tak lari. Lenguh weiii. 

Berbalik pasal mengambil epidural. Selepas kali kedua di induce, kali kedua ni doktor bagi dos yang kuat sedikit. Masa tu lah sakitnya hanya Allah s.w.t je yang tahu. Awalnya doktor ada offer ambil epidural sebab hanya doktor pakar sahaja yang boleh buat prosedurnya dan dilakukan pada waktu pejabat. Tapi Marina taknak. Selagi boleh bertahan, Marina nak tahan. Tapi bayangkanlah lagi 4-5 jam nak menunggu prosedur induce tu tamat tapi dalam masa yang sama contraction seminit sekali, Marina surrender. Masa dalam keadaan sakit tu lah Marina call arwah mama untuk tanya pendapat dia. Katanya kalau kamu ambil epidural, dia cucuk antara tulang belakang dan risikonya kamu boleh lumpuh. Doktor pon dah beritahu siap risikonya dan pesakit perlu tandatangan dokumen persetujuan untuk cucuk epidural. Oleh sebab memang dah tak tahan sangat, Marina bersetuju dan beritahu doktor di situ, Marina nak epidural. Marina dah tak fikir dah kesan yang Marina kena tanggung, selepas cucuk epidural tu nanti. Doktor beritahu, nasib baik kamu beritahu cepat sebelum tamat waktu pejabat, kalau tak kamu tak dapat nak ambil epidural. 

Sebelum dicucuk, Marina dibius dulu di belakang badan. Semasa hendak cucuk, kena duduk tegak dan tak boleh bergerak sebab nak cucuk epidural pada saraf yang terletak antara tulang belakang agak mencabar. Itu apa yang diberitahu pada Marina lah. 

Alhamdulillah cucuk epidural berjaya dan Marina takde rasa contraction selepas itu. Masa nak push baby pon nurse yang suruh push sebab Marina dah tak rasa sakit apa-apa. 

Apa yang dinasihatkan oleh doktor, Marina tak boleh buat kerja-kerja dan angkat berat. Pada awalnya memang terasa lenguh sikitlah di bahagian pinggang, dah lama tu kurang dah sakit pinggang. Cumanya kalau berdiri lama seperti basuh pinggan, akan terasa lenguh. Nak dijadikan cerita, sekarang ni, di belakang badan ni dah terasa sakit-sakit. Mungkin sebab faktor umur dan kesan daripada epidural yang Marina ambil 9 tahun yang lepas. 

Mengenai Garci Pro yang Perlu Diketahui

MISG GLOBAL merupakan pengeluar bagi  garcipro gel ini. Garcipro gel ini berasaskan minyak kayu putih atau lebih dikenali sebagai Eucalyptus Oil. Produk ini mampu melancarkan peredaran darah di saluran darah dan saraf. Ia amat mudah meresap ke dalam kulit kerana telah dihasilkan menggunakan teknologi nano. Gel ini diperbuat dari 100% bahan semulajadi dan mempunyai kelulusan dari KKM. (NOT210104156K) 


Kandungan Garci Pro Gel yang Membantu Memulihkan Kesihatan Badan

Setiap bahan yang digunakan di dalam gel urut Garci Pro mempunyai fungsinya yang tersendiri. Bahan-bahan yang digunakan di dalam gel Garci Pro ini adalah : 
• Eucalyptus Oil
• Aloe Vera
• Green Apple
• Peppermint
• Menthol Crystals
• Argan Oil

Ciri-ciri Gel Garci Pro yang perlu Diketahui

Ciri-ciri yang membuatkan pelanggan suka menggunakan Garci Pro : 
• Tekstur ringan dan lembut. 
• Sejuk dan berangin. 
• Tidak melekit. 
• Lebih pantas menyerap. 
• Highly water based. 
• Tidak panas. 
• Bau menyegarkan. 

Manfaat dan Fungsi Garci Pro Kepada Customer

Apa yang boleh Garci Pro gel ini bantu untuk meningkatkan kesihatan pelanggan? Banyak manfaat dan fungsi apabila pelanggan menggunakan Garci Pro dalam kehidupan harian :
• Membantu melancarkan pengaliran darah dan merawat saluran darah tersumbat.
• Membantu proses rawatan kebas pada anggota badan.
• Membantu merawat urat saraf yang rosak penyebab kebas.
• Melegakan kekejangan otot dan sendi.
• Melegakan sakit urat dan sakit lutut.
• Membantu mencegah risiko strok dan serangan jantung mengejut.
• Membantu melegakan selsema dan pening kepala.
• Membantu melegakan sakit perut/senggugut.
• Membantu membuang angin dalam badan.

Siapa yang Sesuai Amalkan Garci Pro? 

Garci Pro sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita yang mempunyai masalah seperti sakit kebas, saraf, lutut, tumit, strok dan sebagainya. Gel ini juga sesuai digunakan oleh ahli sukan yang aktif bersukan. 

Cara Penggunaan Garci Pro gel yang Betul

Mudah sahaja nak menggunakan gel Garci Pro ni. Korang hanya picit sedikit gel dan sapu pada bahagian rasa kebas dan urut secara perlahan. Tips cara penggunaan gel Garci Pro untuk korang yang mengalami kebas dan stroke :

#1 Sakit kebas kurang dari 6 bulan dinasihatkan guna 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam.

#2 Sakit kebas lebih dari setahun dan stroke dinasihatkan supaya sapu gel 4 jam sekali. 

Pengalaman Marina Selepas Menggunakan Gel Garci Pro

Marina dah gunakan Garci Pro ni dalam seminggu. Marina suka bau dia. Bau mint campur epal hijau yang menyegarkan. Gelnya tidak berminyak, tidak cair dan cepat meresap ke kulit. Pada awalnya, gelnya terasa sejuk apabila apply di kulit. Setelah beberapa ketika, gel Garci Pro ni mula terasa berangin dan panas sedikit. Kalau tak panas pada Marina macam tak best pulak. Rasa tak sedap plak untuk menghilangkan rasa-rasa lenguh ni. Marina rasa selesa apabila pakai Garci Pro ni dan tak merimaskan. Sakit belakang Marina ni lega sedikit selepas sapu Garci Pro. Kalau pakai minyak urut dia akan berminyak dan akan menyebabkan pakaian terkena minyak urut. Tapi dengan Garci Pro ni tak berminyak. 

Marina gunakan sekali sehari sahaja di bahagian belakang dan juga pinggang. Marina akan teruskan memakai Garci Pro ni untuk mengurangkan sakit belakang yang Marina sedang alami. 

Beli 2 Percuma Satu?! Harga Promosi Garci Pro Gel

Sekarang Garci Pro sedang buat promosi. 
Harga sebelum promosi RM90/botol. Kalau beli 2 botol, korang akan dapat diskaun RM10, harga untuk 2 botol RM170. Bukan dapat diskaun sahaja, korang siap dapat FREE 1 botol lagi. Jadi dengan harga RM170 korang dapat 3 botol Garci Pro. Jimat berganda-ganda! 

Cepat dapatkan Garci Pro sekarang sementara tengah promosi ni! Korang boleh hubungi diorang :

Website : garciprohq.com
IG: garcipromalaysia
FB: Garci Pro Malaysia - AppleFit

19 comments:

  1. Kekadang belakang ni sengal2. Nak kena ada garci pro ni standby la. Mana tahu di saat memerlukan. Nasib baik garci pro ni tak berminyak. Memang tak suka la yang berminyak.

    ReplyDelete
  2. Rawlins nak belikan for my parents sebab dua-dua tu sakit sendi dan sakit belakang. Kita usaha je, mana tau serasi dan mjurab kat diorang kan

    ReplyDelete
  3. This product sounds really good. The ingredients in this product are also good. Thank you for sharing this great review with me.

    ReplyDelete
  4. aduhh.. bila sebut epidural.. terasa sakitnya walaupun wife yang mengalaminya.. bagus ada produk mcm ni.. dpt melegakan kesakitan tersebut..

    ReplyDelete
  5. macam best je garci pro ni. untuk saraf pun boleh. kaki ni selalu kebas akibat hardcore hiking. boleh try la

    ReplyDelete
  6. 1st time heard about this massage cream, gonna try this too especially sometimes after my long running, thanks for sharing. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  7. Wahhhh bagus ye untuk kesan epidural.... nak beli jugak lahh... sampai sekarang fafa sakit belakang huaaa

    ReplyDelete
  8. memang best krim ni..sebab dah guna memang puas hati..kita pakai kaki sebab selalu kena kebas2

    ReplyDelete
  9. Promo harga dia berbaloinyaa.. sebab harga sebotol agak mahal, so bila ada promo baik grab cepat.. Sis guna bawa ke mana-mana untuk kegunaan harian..

    ReplyDelete
  10. Parents Mar pun guna Garci.Pro ni...selesa katanya. Lebih ok kebas dr dulu

    ReplyDelete
  11. Ty macam nak grab la, sakit tengkuk ye la dok kerja kat PC duduk je.. Lenguh.. Leh bagi satu juga kat ayah kat kampung.

    ReplyDelete
  12. Ruby akan beli. Hahaha. Memang suka beli minyak urut panas, krim panas. Sebab sakit pinggang, sakit kaki, sakit kepala. Aduiii semuanya sakit. Standby kat rumah barang-barang camni macam first aid kit tau kak. Haha.

    ReplyDelete
  13. Lama gak kesan epidural kan. anak ke 3 pun masih terasa. Ramailah yang akan beli ni. Produk laku keras

    ReplyDelete
  14. Garci Pro gel sounds like a really great product will get my mama one bottle for this Mother's Day so sakit mana bole apply jer.

    ReplyDelete
  15. khai pun pakai garci pro ni. sekarang pun tengah pakai tau sebab selalu lenguh bahu bagai. rasa dia pun best sejuk tak melekit

    ReplyDelete
  16. uish tengok ramai dah review ni hopefully okay lah untuk yang ada masalah sendi..
    melampau juga ya kesan epidural tak hilang hilang lagi ke ?

    ReplyDelete
  17. Boleh cuba ni.. Standby kn kt umh.

    ReplyDelete
  18. Bau dia best.. Rasa selesa jer guna .. KakYa pon guna produk ni.

    ReplyDelete
  19. Mesti segar bau mint epal tu kan

    ReplyDelete