Bayar Zakat Cashless di Cawangan Lembaga Zakat Selangor Menggunakan FPX Payment - MARINA BASHAH

Bayar Zakat Cashless di Cawangan Lembaga Zakat Selangor Menggunakan FPX Payment

Bayar Zakat Cashless di Cawangan Lembaga Zakat Selangor Menggunakan FPX Payment | Tak semua orang pandai untuk membayar zakat secara online sendiri. Biasanya individu yang menghadapi situasi ini ialah warga emas. Duit ada di dalam bank, tapi takut nak bawak cash ke hulu ke hilir. Jadinya mereka ini terpaksa ke cawangan Lembaga Zakat Selangor untuk meminta bantuan. Apakah saluran yang disediakan di cawangan LZS untuk memudahkan urusan untuk pembayar zakat?

Pada Marina bayar zakat secara online lah cara yang paling selamat, cepat dan mudah. Sesuailah dengan musim pandemik Covid-19 yang belum reda ni. Kita kena kurangkan sentuhan dalam apa jua aktiviti yang dilakukan. Sebagai menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan kes jangkitan Covid-19 yang kian menular, Lembaga Zakat Selangor menggalakkan dan sedang mempromosikan "Zakat Cashless" yang merangkumi semakan di atas talian sehinggalah membuat pembayaran zakat tanpa tunai. Antara promosi yang dijalankan adalah dengan melangsungkan kempen "Jom Zakat Cashless" pada tahun 2021 ni. Macam mana cara nak menyertainya? Marina share selanjutnya di bawah. 

Senarai Cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) 

Di sini Marina senaraikan cawangan LZS yang boleh dikunjungi yang berdekatan dengan tempat korang bagi memudahkan untuk melaksanakan urusan zakat. Sepanjang bulan Ramadhan ini, cawangan LZS dibuka setiap hari iaitu pada hari Isnin sehingga Ahad, 7 hari seminggu. Makanya korang yang tiada masa untuk mengunjungi LZS untuk urusan zakat pada waktu pejabat, korang boleh datang pada hari Sabtu atau Ahad. 

Waktu dan hari operasi cawangan :

• Isnin - Jumaat : 9.00 pagi - 3.30 petang
• Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : 9.00 pagi - 3.00 petang
• Cawangan UTC Shah Alam : Isnin - Ahad : 8.00 pagi - 4.30 petang


Senarai Operasi Cawangan LZS sepanjang bulan Ramadhan 1442H/2021M : 

#1 Berhadapan pintu utama Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.
#2 Kompleks MAIS Klang, Jalan Kapar Batu. 
#3 Kuala Kubu Bharu, Tingkat Bawah, Bangunan Hj Khalid.
#4 Medan Sri Pekan, Banting.
#5 Kosmoploks Salak Tinggi, Bandar Baru Salak Tinggi.
#6 Taman Gemilang, Sungai Besar. 
#7 Taman Makmor, Tanjong Karang. 
#8 Bandar Melawati, Kuala Selangor. 
#9 Bandar Baru Ampang. 
#10 Bandar Baru Bangi.
#11 Jalan Raja Haron, Kajang. 
#12 Pusat Bandar Melawati, KL. 
#13 Dataran Templer, Bandar Baru Selayang. 
#14 Bandar Puteri, Puchong. 
#15 Masjid Kota Damansara.
#16 Damansara. 
#17 Wisma Dicor, Subang Jaya.
#18 The Right Angle, Petaling Jaya.
#19 Cawangan UTC, Anggerik Mall, Shah Alam.
#20 Ibu Pejabat LZS, Pusat Perniagaan Worldwide 2, Shah Alam. 
#21 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. 

Cara Membayar Zakat di Kaunter Cawangan LZS 

Terdapat beberapa cara untuk membayar zakat di kaunter cawangan LZS. Cara pembayaran yang boleh dilakukan di cawangan LZS  :

#1 FPX Payment
#2 Kad Kredit Islamik
#3 Kad Debit
#4 Cashless Machine

Kenapa Bayar Zakat Melalui FPX payment di Cawangan LZS?

Bukan semua individu mempunyai internet dan celik IT untuk melaksanakan zakat melalui online. Ye memang betul, banyak cara yang boleh dilakukan untuk membayar zakat, tapi cara nak membuat pembayaran tu adalah hak masing-masing dan mereka ada sebab tersendiri untuk memilih cara itu. 

Pada Marina, pembayaran zakat menggunakan FPX payment adalah cara yang paling cepat. Korang boleh membayar zakat bila-bila masa sebab ianya beroperasi 24 jam. Sebagai makluman, FPX adalah anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia. FPX bertindak sebagai orang tengah antara pembayar, peniaga dan bank. Bagi mereka yang hendak menggunakan FPX payment sebagai transaksi tetapi mempunyai kesulitan, korang boleh pergi ke mana-mana cawangan Lembaga Zakat Selangor untuk meminta bantuan dari pihak LZS. Pihak LZS sedia membantu untuk melancarkan proses pembayaran zakat menggunakan FPX payment. Pihak LZS sangat-sangat mensyorkan supaya orang ramai menggunakan cara yang lebih selamat ini memandangkan penularan Covid-19 masih berleluasa di Malaysia. 

Cara-cara Menyertai Jom Zakat Cashless

Sebagai langkah untuk mengurangkan penularan gejala Covid-19 dan bagi menggalakkan orang ramai membuat pembayaran zakat secara dalam talian,  Lembaga Zakat Selangor melangsungkan kempen Jom Zakat Cashless yang bermula 13 April 2021 sehingga 12 Mei 2021 iaitu sepanjang bulan Ramadhan iniHadiah yang disediakan agak lumayan jugalah. Jumlah keseluruhan hadiah yang disediakan bernilai RM15,000! Siapa nak bagi kan? 

3 langkah yang perlu korang lakukan untuk menyertai Jom Zakat Cashless :

#1 Bayar zakat secara cashless di mana-mana saluran yang disediakan seperti di online banking, online ezakatpay, online channel, online di cawangan, mobile banking, atm machine dan ewallet. 


#3 Daftar e-zakat online di SINI



Sambil berzakat sambil menyertai kempen zakat cashless anjuran LZS. Sedikit bagi korang, besar maknanya buat mereka yang memerlukan. Terima kasih kepada pembayar Zakat Selangor. Jom bersama kita berikan sokongan dan sinar baharu kepada saudara-saudara kita yang terjejas. Tunaikan zakat bersama Lembaga Zakat Selangor. 


Website :

18 comments:

  1. This is indeed a good guide to help people to pay their zakat online without the need to visit a physical place.

    ReplyDelete
  2. wah terima kasih share ya. bolehlah nnti pergi bayar zakat dekat cawangan yang terdekat :)

    ReplyDelete
  3. Senang pulak bayar zakat online ni. Tak gaduh nak keluar rumah dan cari parking. Nasib baik ada cawangan terdekat ni kat Bandar Baru Bangi.

    ReplyDelete
  4. INI YANG SEBAIKNYA , MEMUDAHKAN URUSAN PEMBAYARAN ZAKAT SESUAI IKUT PEREDARAN ZAMAN DAN TEKNOLOGI.

    ReplyDelete
  5. Senang dah ada kemudahan bayaran secara online. Lepas ni tak yah pening2 nk pikir kt mana nk bayar zakat

    ReplyDelete
  6. bagus kempen zakat selangor ni. galakkan org berzakat dan siap ada contest menarik.

    ReplyDelete
  7. Bagus kempen sebegini. baru org ramai lebih alert :)

    ReplyDelete
  8. suka dengan kempen yang dijalankan oleh pusat zakat selangor ni.. sentiasa memberi kemudahan kepada pembayar terutama menyediakan sistem pembayaran secara online

    ReplyDelete
  9. Betul, tak semua orang pandai bayar zakat online ni, Suami Lin aje punn, tapi dah di ajar anaknya, dari tahun lepas sampai tahun ni, online je bayar, mudah kann.. contactless..

    ReplyDelete
  10. Tahun lepas Rawlins bayar zakat online gak. InsyaAllah tahun nie pun maybe akan bayar online gak - Dah boleh mudah, kenapa susah kan?

    ReplyDelete
  11. lagi senang kan guna online! especially time pkpb ni lagi terjamin keselamatan kite daripada covid. khai pun plan nak bayar online tahun ni

    ReplyDelete
  12. Senangkan can go cashless mcm ni... Memudahkan pembayar2 juga! Then siap boleh menang something lagi.. 👍Terbaik....

    ReplyDelete
  13. This is a good information sharing. It's high time to bayar our zakat. Thank you for the reminder and information. Take care.

    ReplyDelete
  14. Good to know that zakat also go cashless and so much convenient for many people ❤️

    ReplyDelete
  15. Pusat Zakat sentiasa kemaskini medium pembayaran agar mudah umat Islam nak membayar. Inisiatif yang bagus dan tepat pada waktunya. Dulu masa bujang, Ruby bayar guna online transfer utk sekeluarga pun dah mudah. Tp org doubt sebab akad dengan Amil takda tu rasa tak puas. Hehe.

    ReplyDelete
  16. Bagus Puasat Zakat ni, selalu update cara pembyaran. Melalui online memg selamat. mana yang tak tau tu boleh juga bayarn secara tunai

    ReplyDelete
  17. Kalau orang bagi alasa memang tak patut sebab sekarang ini ada macam-macam cara untuk bayar zakat dan juga zakat ini tak adalah mahal sangat memang sedikit sangat membantu...

    ReplyDelete
  18. Bagus zakat ni, memudahkan dan bantu mengurangkan penyebaran Cov-19 ni. Ada benda yang senang buat apa nak susah kan?

    ReplyDelete