Cendawan Susu Harimau Di Dalam Aria Botanical Beverage Mix Untuk Meningkatkan Fungsi Jantung, Paru-Paru dan Masalah Kesihatan Dalaman Serta Membekalkan Tenaga

Cendawan Susu Harimau Di Dalam Aria Botanical Beverage Mix Untuk Meningkatkan Fungsi Jantung, Paru-Paru dan Masalah Kesihatan Dalaman Serta Membekalkan Tenaga | Sekarang tengah hangat orang perkatakan pasal Tiger Milk Mushroom ni kan? Apa yang menariknya Cendawan Susu Harimau ni? Masa diperkenalkan dengan Aria, Marina ingatkan kandungan Aria ni adalah daripada susu harimau dan juga cendawan. Marina tertanya-tanya, boleh ke kita minum susu harimau? Setelah buat research sedikit, rupa-rupanya Tiger Milk Mushroom ini adalah nama sejenis cendawan. Apabila baca fungsi Tiger Milk Mushroom, teruja pulak nak mencuba Aria Botanical Beverage Mix. Kenapa? Korang kena baca sampai habis. 

Marina Banyak Kali Ditegur Oleh Orang Sekeliling Sebab Batuk

Marina kerap batuk. Puncanya Marina suka minum air yang sejuk dan makan ais. Hehehe.  Kejap batuk, kejap tak batuk. Bila ambil ubat batuk di klinik, makan ubat baiklah sekejap batuknya. Bila dah stop makan, datang balik batuknya. Cerita pasal pengalaman ditegur sebab batuk, kali pertama Marina ditegur oleh bos di pejabat. 'Hang tak sihat ke Marina?' 
'Takdelah bos, tadi minum air sejuk. '

Kali kedua ditegur, semasa ke kedai kamera, uncle tokei kedai tu tegur Marina. Dia duduk bercakap-cakap pasal Marina dengan isterinya. Takut berjangkit pada dia agaknya. Dia bagitahu pada Marina, kawan dia pon pernah mengalami batuk macam ni, sekejap datang, sekejap hilang. Uncle tu bagi petua amalkan makan kari dan rempah-rempah yang boleh memanaskan badan. 

Marina kerap juga diserang semput pada waktu tengah malam. Marina batuk sehingga terpaksa bangun dan menarik nafas panjang seperti orang yang mengalami asthma. Marina pergi ke klinik dan menceritakan pada doktor situasi yang Marina lalui. Doktor pon seperti risau dengan keadaan Marina dan berikan bekalan ubat asthma.

Pernah Stop Minum Sejuk dan Amalkan Macam-Macam Petua 

Marina pernah cuba stop minum air sejuk untuk beberapa tempoh tetapi masih batuk juga. Apabila tak berjaya juga hilang batuknya, Marina mengambil keputusan untuk menjalani kehidupan seperti biasa balik iaitu minum air sejuk dan makan ais. Hehehe. Seperti yang uncle tu bagi petua makan kari, tak dinafikan Marina kerap juga makan kari dan makanan jenis yang membuatkan badan panas. 

Pernah juga amalkan beberapa petua yang diberitahu seperti makan ais krim vanilla dan beberapa petua lain, tapi menemui jalan buntu. Cerita ini bukan rekaan semata ye. Cerita ini memang pengalaman yang Marina lalui sendiri.

Sebab Utama Marina Tertarik Dengan Aria Botanical Beverage Mix 

Marina teringin hendak cuba Aria Botanical Beverage Mix ni sebab ia merupakan produk minuman kesihatan dan tenaga yang Marina rasa sangat menarik kerana melalui pembacaan, Tiger Milk Mushroom ini berupaya merawat batuk dan asthma. Lagipun Aria Botanical Beverage ini senang untuk diamalkan. 

Ciri-ciri Aria Botanical Beverage Mix Yang Perlu Korang Tahu

Aria Botanical Beverage Mix merupakan sejenis minuman tenaga dan kesihatan untuk membantu merawat pelbagai masalah kesihatan. Ia merupakan produk keluaran T'Aria Health Sdn. Bhd.

Antara ciri-ciri yang perlu korang tahu mengenai Aria Botanical Beverage Mix adalah :
• Mempunyai pengiktirafan GMP dan HACCP.
• 1 kotak mempunyai 15 sachet.
• 1 sachet mempunyai 30ml.
• Boleh diamalkan bagi ibu yang menyusu bergantung kepada badan masing-masing. (Jika korang ada alergik terhadap berry, tak digalakkan untuk consume).

Kandungan Aria Botanical Beverage Mix Dari Bahan Semulajadi

Apakah yang membuatkan Aria Botanical Beverage Mix membantu korang merawat pelbagai masalah kesihatan? Kandungan di dalam Aria Botanical Drink ini mengandungi :

• Tiger Milk Mushroom - Nama saintifiknya Lignosus Rhinocerus merupakan sejenis cendawan. Di Malaysia Tiger Milk Mushroom dikenali sebagai Cendawan Susu Harimau yang merupakan khazanah negara Malaysia dan mempunyai nilai yang tinggi kerana khasiatnya. Cendawan ini popular di kalangan generasi tua dan masyarakat orang asli. Mengikut cerita zaman dahulukala, cendawan ini dipercayai tumbuh di kawasan susu ibu harimau jatuh ke bumi semasa menyusukan anaknya.
• Dates - Buah kurma segar kaya dengan serat dan dapat membantu melancarkan sistem percernaan.
• Loquat - Nama saintifiknya Eriobotrya Japonica merupakan sejenis buah yang berasal dari China dan kaya dengan Mangan dan kalsium.
• Acai Berry - Berbentuk bulat kecil dan berwarna dark purple. Buah berasal daripada Brazil ini biasanya digunakan untuk makanan tambahan di dalam diet seharian.
• Mangosteen - Nama saintifiknya Garcinia Mangostana yang berasal dari Asia Tenggara. Buah manggis dikatakan dapat membantu memulihkan sistem imunisasi badan.
• Blueberry - Nama saintifiknya Vaccinium Corymbosum berwarna seperti warna nila. Ianya kaya dengan antioksidan.
• Cranberry - Mengadungi vitamin C yang tinggi dan serat yang baik untuk pencernaan.
• Maqui Berry - Meningkatkan sistem imunisasi badan dan melembapkan kulit.
• Hawthorn Berry - Membantu menurunkan kolestrol badan dan membantu jantung berfungsi dengan baik.
• Grape Seed - Merawat kullit berjerawat, melembapkan kulit dan melancarkan saluran sel-sel darah. 
• Pamogranate - Buah delima mempunyai kandungan antioksdan yang tinggi yang dapat membantu mencantikkan kulit.
• Roselle - Nama saintifiknya Hibiscus Sabdariffa yang kaya dengan antoksidan dan vitamin C. Ianya dapat membantu merawat batuk, cirit-birit dan berak berdarah.
• Green Tea - Meningkatkan daya fungsi otak dan menajamkan minda.
• Tomato - Mengandungi Lycopene yang membantu menurunkan tekanan darah tinggi, membantu kesihatan jantung, mengecutkan jerawat, kulit licin dan berseri.

Fungsi dan Keistimewaan Minuman Kesihatan & Tenaga Aria

Aria mempunyai pelbagai kelebihan dan keistimewaan. Minuman Tenaga dan Kesihatan Aria yang terdiri daripada 14 jenis buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan ini kaya dengan bahan anti-oksidan, anti-radang, anti-barah, anti-bakteria dan anti-penuaan. Fungsi Aria ini sangat bagus yang dapat memberi manfaat kepada penggunanya. Fungsi Aria adalah :

• Merawat batuk, asthma dan hepatitis kronik.
• Melancarkan pencernaan makanan dan mengurangkan keradangan.
• Memberi tenaga dan melancarkan penghasilan sel-sel darah merah badan untuk mengurangkan keletihan. 
• Menjaga tahap kolestrol. 
• Meningkatkan daya fungsi otak.
• Meningkatkan sistem metabolisma dan mengurangkan kenaikan berat badan.
• Mengandungi tahap antioksidan yang tinggi (merendahkan peluang untuk menghadapi penyakit kanser).
• Melambatkan proses penuaan.
• Menjaga kebaikan kulit, otot dan tulang.
• Menambahbaik kesihatan jantung.

Cara Minum Aria Botanical Beverage Mix

Mudah je kaedah pengambilan minuman tenaga dan kesihatan Aria ni :
• Goncang sachet sebelum minum.
• Koyak sachet Aria. Mudah je nak koyaknya. Tak perlu menggunakan gunting.
• Minum 1-2 sachet sehari. Tak perlu dibancuh. Korang boleh minum terus sahaja.

Testimoni Aria Botanical Beverage Mix : Pengalaman Marina Minum Minuman Tenaga dan Kesihatan Aria

Apabila dah tahu kelebihan Tiger Milk Mushroom, Marina tak sabar-sabar menunggu Aria Botanical Beverage Mix ini sampai pada tangan Marina. Marina nak cuba merawat batuk dan kadang-kadang datang semput Marina ni dengan minuman Aria. 

Jangan risau, Aria ni tak rasa susu pon. Rasa Aria ni masam-masam tapi tak begitu masam. Marina suka rasa dia. Aria ni rasa berry. Marina baru 2 paket minum Aria ni, tapi apa yang Marina boleh kongsikan di sini, rasa Aria ni sedap dan Marina akan terus consume untuk merawat batuk Marina ni. Selain dapat merawat batuk, dapatlah juga Marina tingkatkan metabolisme badan, menjaga tahap kolestrol dalam badan dan yang bestnya menjadikan kita awet muda!

Minum Aria Botanical Beverage Mix Untuk Kesihatan Dalaman, Meningkatkan Fungsi Paru-Paru Terutamanya Untuk dan Membekalkan Tenaga

Di sini Marina sertakan sekali testimoni dari pengguna. Setiap pengguna Aria mempunyai latar belakang yang berbeza dan mengamalkan minuman botanical ini untuk tujuan berbeza. Terdapat pengguna mengamalkan Aria kerana bersukan, kerja berat dan ada juga yang mengalami masalah kesihatan. Pengguna ini berkongsi pengalaman mereka di mana, setelah minum Aria Botanical Beverage Mix, badan mereka terasa ringan dan makin bertenaga. Ada juga yang memberikan feedback sudah kurang merokok dan pembuangan setiap pagi semakin lancar. 

Bukan hanya kita yang dewasa ni sahaja yang boleh minum Aria, malahan warga tua dan kanak-kanak seawal 5 tahun pon boleh amalkan Aria. 





Dapatkan Minuman Aria Secara Percuma! 

ARIA JOHOR OFFICIAL akan memberi sebanyak 5 kotak ARIA (RM120/sekotak) kepada 5 peserta yang bertuah!

Syarat-syarat :

#1 Like post ini dan tag 3 rakan korang.
#2 Komen kenapa korang nak ARIA
#3 Share post di IG story dan tag @ariajohor_official

Jika akaun IG korang private, screenshot IG story korang. DM ARIA JOHOR OFFICIAL okeh.

Giveaway tamat pada 10/01/2021 dan keputusan akan diumumkan 3 HARI selepas tarikh tamat.

TAG keluarga dan rakan-rakan korang untuk mendapat FREE MINUMAN ARIA!

Nak Merawat Masalah Batuk,  Seperti Marina Jugak? Cubalah Aria Botanical Beverage Mix Ni!

Korang yang berminat nak cuba merawat masalah kesihatan dan meningkatkan tenaga dalam badan denga Aria Botanical Beverage Mix ni, boleh whatsapp Marina terus. Yang berminat nak buat duit tepi pon boleh whatsapp Marina. Marina tengah mencari team untuk join Marina. Korang tak perlukan keluarkan modal pon untuk join team Marina.

Harga sekotak RM120 (SM), RM140 (SS)



Untuk urusan pembelian dan pertanyaan lanjut, korang boleh whatsapp Marina 019-5587929 atau Esther 019-6806827. Makluman lanjut mengenai produk Aria Botanical Beverage Mix, korang boleh lawati media sosial Aria Johor Official di bawah ini :
Facebook :
https://www.facebook.com/ariajohorofficial

Instagram : 
https://instagram.com/ariajohor_official

26 comments:

  1. Wah! Byk khasiat susu harimau ni. Nak cuba la satu.

    ReplyDelete
  2. Banyak ya khasiat Aria ni. Maybe boleh cuba sebab selalu cepat letih badan. Haha

    ReplyDelete
  3. Oooo baru nak tahu kelebihan cendawan susu harimau ... Bagusnya untuk kesihatan kan.

    ReplyDelete
  4. Terkejut baca mula mula..tiger milk?? Hahaha. Rupanya cendawan tiger milk

    ReplyDelete
  5. semoga murah rezeki Marina , selamat berbisnes. menarik produk ni

    ReplyDelete
  6. Banyaknya khasiat Aria nie.. tiba2 terminat pula nk cuba

    ReplyDelete
  7. Banyak khasiatnya tu. Nak cuba jugalah

    ReplyDelete
  8. tak pernah jumpa produk aria sebelum ini.. banyak juga khasiatnya ya..
    nama susu tu memang mengelirukan.. haha

    ReplyDelete
  9. mudah nak consume dan dibawa travel, sememangnya nak cari supplement sebab umur dan mencecah 40an

    ReplyDelete
  10. Ok nak try gak sebab ada masalah batuk-batuk gak. And nak join giveaway la hehe. Tq tq

    ReplyDelete
  11. Kaya dengan khasiat. Menarik ni. Memang penting untuk penjagaan kesihatan badan

    ReplyDelete
  12. bahyak khasiat minuman aria ni ye. nak consume pun senang. terbaik

    ReplyDelete
  13. Saya pun ingatkan betul2 susu harimau. First time saya dengar tentang cendawan ni. Banyak rupanya khasiat dia.

    ReplyDelete
  14. Macam ada nampak kawan Sis minum ni laaa.. bagis rupanya yaaa.. lagi pulak untuk jantung tu.. nak try gak laaaa...

    ReplyDelete
  15. Banyaknya ingredients yang ada dalam supplement ni.. Bagus la produk ni.. Byk benefit to us kan... Packaging pun sgt convenient dan hygiene!

    ReplyDelete
  16. This looks like such a great product. Can’t wait to buy and try it myself!

    ReplyDelete
  17. bagus ada minuman kesihatan macam ni. Memberi makanan tambahan pada kita

    ReplyDelete
  18. Baru tau ad enama cendawan tiger mishroom ni.. Ehehe.. Kandungan dia pun bagus..

    ReplyDelete
  19. Pernah baca susu harimau ni banyak khasiat. Bagus! Senang yaaa dah pack gini, mudah nak consume.

    ReplyDelete
  20. Wah bagus juga supplement ni, i baca memang banyak benefits to our health and also for beauty.

    ReplyDelete
  21. Banyak betul bahan2 berkhasiat dalam minuman Aria ni ya... Memang bagus ni untuk kesihatan.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.