Pelancaran Aplikasi my1MK Oleh 1 Mont Kiara Memudahkan Urusan Membeli-belah Secara Online Pelbagai Barangan Hantar Terus Ke Rumah

Pelancaran Aplikasi my1MK oleh 1 Mont Kiara Memudahkan Urusan Membeli-belah Secara Online Pelbagai Barangan Hantar Terus Ke Rumah | Apa yang menarik di Mont Kiara? Marina kerap juga ke KL atas urusan kerja sebelum PKP ritu tetapi tak pernah ke kawasan Mont Kiara. Selalu Marina dengar kawasan Mont Kiara ni merupakan kawasan elit yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Kawasan ini menjadi tempat kediaman golongan ekspatriat. Kalaulah Marina duduk di Mont Kiara alangkah bestnya hidup. Macam-macam kemudahan yang memudahkan urusan harian kepada penduduk di sini. Sekarang urusan penduduk di Mont Kiara dan kawasan sekitarnya menjadi lebih mudah dengan adanya digital platform my1MK.

Mengenai 1 Mont Kiara 

1 Mont Kiara merupakan bangunan perniagaan 6 tingkat yang merupakan sebahagian daripada projek bersepadu yang terdiri daripada pusat membeli-belah 1 Mont Kiara, Menara Wisma 1 Mont Kiara dan Menara Suite Pejabat 1 Mont Kiara. 1 Mont Kiara terletak di pusat kejiranan yang aman dan tenang, dikelilingi serviced apartments, pejabat dan sekolah antarabangsa. 1 Mont Kiara merupakan syurga membeli-belah dengan jenama yang global dan tempatan, dengan pelanggan yang bercitarasa mewah

1 Mont Kiara Melancarkan Digital Platform my1MK 

1 Mont Kiara telah melancarkan digital platformnya iaitu my1MK pada 16 Disember yang lalu untuk meluaskan dan melengkapkan lagi servis mereka. Pelanggan bukan sahaja dapat menikmati servis secara offline di outlet 1 Mont Kiara, mereka juga dapat menikmati servis dari 1 Mont Kiara dari rumah sahaja secara online dengan memesan makanan, membeli barang runcit dan melakukan tempahan temujanji untuk salon hanya dengan mengakses platform melalui laman web www.1mk.com.my. Menurut Nor Amirah Firdaus, Eksekutif Pengiklanan dan Promosi di 1 Mont Kiara, kesan daripada pandemik Covid-19 menunjukkan bahawa pentingnya berniaga di semua saluran yang ada untuk memenuhi permintaan pengguna. 

"Oleh itu, kami tidak melepaskan peluang untuk membantu penyewa outlet di 1 Mont Kiara untuk meningkatkan jualan di samping menjalankan perniagaan dengan selamat, selesa dan menyenangkan," kata Amirah.        

"Tidak seperti perkhidmatan penghataran lain, my1MK menawarkan penghantaran selain makanan, jadi pembeli boleh membeli barang seperti cermin mata dari pusat membeli-belah 1 Mont Kiara dari rumah, "tambah Amirah.

Outlet yang Menyertai Digital Platform my1MK

Setakat ini sebanyak 30 outlet yang telah mengambil bahagian di platform ini dan menawarkan pelbagai pilihan yang meluas. Pembeli digalakkan untuk membeli barangan secara pukal dari pelbagai outlet dengan hanya melalui satu penghantaran sahaja. Antara outlet yang mengambil bahagian di platform ini termasuklah A&W, DJ Kitchen Buldojang, Kodawari Menya, NY Burger Co., Apros Eyecare, Chon Dak, Kind Kones, Mercat Barcelona Gastrobar, Salad Atelier, O'Coffee Club, Setagya Ramen, ProEyes Studio, Ying Ker Lou, The Barn, Sukiya, Urban Retreat Spa, Union Artisan Coffee, Bom Bom Print and Party Shop, Chubit's Village Cafe, PastryVille, Village Grocer, Daruma Syokudo, AM Skin Factories, Reviderm Skinmedics, Fly Flot, D'Natural Hair and Beauty House, Golden File Nail Salon & Spa, Young Explorer and Woman Z World.

Union Artisan Coffee


Union Artisan Coffee bermula apabila pemilik ingin berkongsi dan menanamkan rasa cinta dan pengetahuan mengenai kopi dengan orang lain. Union Artisan Coffee lah buktinya dengan team yang begitu dedikasi dan minat yang mendalam semasa menyediakan kopi. Kopi dari Union Artisan Coffee ini adalah kopi yang dipanggang sendiri.

Pada penggemar kopi, korang boleh datang dan cuba sendiri kopi dari Union Artisan Coffee di 1 Mont Kiara atau boleh order secara online di my1MK dan mereka akan hantar terus ke rumah. Korang boleh pesan kopi disini :

Lokasi : G-09 & G-10 (Level G)
Hubungi : 03 - 6411 9011
Waktu perniagaan : 10.00am to 10.00pm (setiap hari)

Kodawari Menya



Korang tahu tak, pembuatan Kodawari Menya Udon & Tempura tersangatlah renyah tetapi telah dilakukan dengan baik dan teliti oleh artis Udon di 1 Mont Kiara. Jenama Kodawari Menya Udon & Tempura di 1 Mont Kiara yang terbaik ini berasal dari Sanuki Kagawa, Jepun yang terkenal dengan pembuatan mee yang sedap ini. 

Bagi peminat Udon, boleh datang ke 1 Mont Kiara merasa kesedapan Udon sendiri atau boleh order secara online di my1MK : 

Lokasi : L1-21A (Level 1)
Hubungi : 03 - 6206 1669
Waktu perniagaan : 10.00am to 10.00pm (setiap hari)

A&W



A&W ditubuhkan pada tahun 1963, di mana lokasi franchise yang pertama di Malaysia adalah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Disusuli pula pada tahun 1965, restoran drive-in yang pertama dibuka di Petaling Jaya.

Siapa tak tahu menu A&W Malaysia yang paling famous kan? Root Beer drink, Coneys, Ayam dan Curly fries, Waffle, serta pelbagai jenis Burger. Marina suka sangat makan curly fries dia. Korang kalau teringin nak makan coneys A&W bolehlah datang 1 Mont Kiara atau order online je di my1MK. Diorang hantar terus ke rumah korang. 

Lokasi : G-25 (Level G)
Hubungi : 03-6206 1663
Waktu perniagaan : 10.00am - 10.00pm (setiap hari)

Bagaimana Cara Memesan Makanan, Barang Runcit atau Membuat Temujanji Di Spa Melalui my1MK?

#1 Layari website www.1mk.com.my menggunakan PC atau handphone. 
#2 Klik di butang Order Now pada section Bestseller atau klik pada outlet yang mengambil bahagian. 
#3 Pilih barang dan kuantiti (pilih add-ons, jika ada), kemudian klik Add to Order.
#4 Semak order korang dengan klik di ikon shopping cart. Pilih tarikh dan masa penghantaran, kemudian isi maklumat korang. 
#5 Tandakan pada kotak 'I understand and I'm ready to submit my order' dan klik Submit Order
#6 Lengkapkan bayaran, terima order confirmation korang melalui whatsapp dan tunggu barang korang sampai di rumah! 

Promosi Sempena Pelancaran my1MK

Sempena pelancaran my1MK, korang akan menikmati diskaun sebanyak RM5 untuk setiap order dengan menggunakan code my1MK5off. Sah untuk 50 pelanggan pertama dengan pembelian minimum RM25 sahaja. Selected outlet menawarkan promosi istimewa sehingga 31 Disember 2020!


Makluman lanjut mengenai my1MK, boleh layari website atau laman sosial diorang :

Website : 

Facebook : 



26 comments:

  1. Perkhidmatan macam ni la yang kita mahukan. Tak perlu bersesak-sesak pergi mall

    ReplyDelete
  2. Dengan ada platform baru ni maka lebih mudah bagi kita, boleh order and deliver to rumah jer

    ReplyDelete
  3. Mudah ada platform mcm ni.. Nak beli nak order hah senang.. Delivery je

    ReplyDelete
  4. Bagusnya Ada platform mcm ni.. senang nak shopping ke apa kan semua boleh dihantar ke rumah. Sangat memudahkan.

    ReplyDelete
  5. Senang lah kalau dah boleh beli online. Tak payah susah2 nak keluar rumah. Takut nak keluar..

    ReplyDelete
  6. Dengan adanya aplikasi ini maka mudahlah bagi shoppers yang duduk berhampiran tu untuk membeli-belah kan? Semua ada dalam app. Best mudah dan senang.

    ReplyDelete
  7. Memang sangat memudahkan bila ada platform macam ni. Tak peru keluar rumah untuk beli barangan keperluan. Dari atas katil pun boleh buat pembelian hihi

    ReplyDelete
  8. sekarang ni oder online lagi senang dan jimat masa..byk pula pilihankan..senang nak makan apa pun pilih jer semua dihujung jari jer

    ReplyDelete
  9. Wowowowowow.........this is a good apps from Mont Kiara. Senang nak shopping. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  10. wah..senang la kalau ada app macam ni..senang nak bershopping on9 kan, banyak pilihan pula tu

    ReplyDelete
  11. Nak daftar lah kat aplikasi ni. Boleh dapat diskaun RM5. Hope lokasi sis including dalam area delivery tu.

    ReplyDelete
  12. Alangkah best kalau semua projek perumahan lengkap sebegini. Takde la bersesak ke mall terutama zaman Covid nie kan

    ReplyDelete
  13. Bagus la Ada platform macam my1mk ni, sangat best Dan mudahkan pengguna. Jimat masa nak pi beli. Tunggu kat rumah je

    ReplyDelete
  14. Betul lah aad sangat banyak kelebihan bila negara dilanda pandemik bukan lah nak minta tapi banyak cara hidup dan juga pemikiran kita lebih kehadapan. Tengok sekarang Mall semua dah mula cari peluang meningkatkan jualan mereka melalui onlien dah ada beberapa mall buat macam ni bagus lah suka memudahkan...

    ReplyDelete
  15. Saya pun jarang ke Mont Kiara. Padahal dekat je. Mcm Marina cakap la, rasa macam tempat org2 elit. Lepas ni kalau taknak pergi, boleh la order je dgn aplikasi ni.

    ReplyDelete
  16. Memang sangat mudah, jenis yang malas nak gerak ni, elok sangat guna apps ni.. kat Johor ni belum ada plak yang buat apss gini laaa...kalau tak senang nak menyoping makan dan barang keperluan..

    ReplyDelete
  17. Congratulation to them for their new launching apps to support their tenants there!!

    ReplyDelete
  18. what a great app that makes shopping today so easy and convenient! love it

    ReplyDelete
  19. Menarik bukan ada digital platform macam ni dari Mall.. Rasanya nanti ramai yang akan ikut jejak 1MK ni... Convenient utk Shopper...

    ReplyDelete
  20. Banyak sebenarnya outlet di sini yang best3. Senang bila kita dah boleh berbelanja atas talian

    ReplyDelete
  21. Makin senang.. tak walk in.. semuanya hantar je ke rumah

    ReplyDelete
  22. Memang mudah bila ada aplikasi macam ni. Order je semua sampai depan rumah

    ReplyDelete
  23. Wow. saya baru tau aplikasi ni 😂

    ReplyDelete
  24. Oh yes! i m staying in mont kiara so this site is really great and very convenient for us to order food and shopping.

    ReplyDelete
  25. Memang senang betul ni Marina. Terbaiklah

    ReplyDelete
  26. Tak pernah lagi masuk kat 1MK , tahu2 nak keluar app sendiri. Apapun ianya langkah bijak supaya bisness tenant terus jalan. Usaha yang sangat2 bagus. Good Job 1MK ...tapi Artisan Coffee tu memang menggodalah untuk coffee lover....

    ReplyDelete

Powered by Blogger.