Hari yang Marina sampai di Hotel Travelodge City Centre ni, reception bagitahu hotel dah fully booked. Nasib baik dah reserved awal-awal. Diorang cakap walaupun dah offline di website pon masih ada yang call untuk buat reservation. Ada juga yang datang walk in untuk mencuba nasib kot-kot hotel ada kekosongan. Pada minggu Marina datang ke KL tu, tengah takde air pulak, agaknya customer datang check in sini untuk mandi kot. Luckily Travelodge City Centre tak terjejas dengan ketiadaan air akibat pencemaran loji air di Sungai Gong.
Lokasi Hotel Travelodge City Centre
Travelodge City Centre terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Hotel ini berada di Jalan Kasturi. Betul-betul berhadapan Central Market. Bagi Marina yang dari Ipoh ni, tak susah pon nak mencari hotel ni. Marking Pejabat Pos Besar Malaysia atau Central Market, jumpalah Hotel Travelodge City Centre ni di seberang jalan.Bagaimana hendak ke Travelodge City Centre?
Zaman belajar dulu, Marina prefer naik train kalau berjalan di area KL ni. Tak payah pening nak fikir pasal parking, trafik jammed, tu belum kira sesat jalan lagi, tarik nafas panjang je la. Marina dulu belajar di UPM. Memang dulu banyak menggunakan LRT, ETS dan bas. Nak ke sesuatu tempat naik LRT, boleh dikatakan luluslah nak ke mana-mana walaupon sorang-sorang.Point yang Marina nak cerita kat sini, kalau korang nak ke Hotel Travelodge City Centre ni menaiki pengangkutan awam adalah lebih mudah. Dari Ipoh kalau nak naik ETS, korang turun di stesen KL dan berjalan ke hotel ini. Kalau tak larat nak berjalan, korang turun ETS dari Stesen KL dan tukar naik LRT di stesen KL tu jugak. Kena jalan ke depan sikit stesen LRT nya. Korang turun di stesen Pasar Seni. Stesen Pasar Seni ni betul-betul sebelah hotel Travelodge City Centre. Hotel ni pasti backpackers suka sebab harga berpatutan dan banyak facilities. Paling utamanya mudah nak ke Travelodge City Centre ni menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, ETS, MRT, monorail atau bas.
Jika naik kereta, korang terus je Waze Travelodge City Centre. Sampailah korang di depan hotel.
Jika naik bas MyRapid, terdapat Hub bas berdekatan Hotel Travelodge City Centre ni. Jalan kaki dari hub ni mengambil masa 5 minit je nak ke hotel.
Apa Facility yang disediakan oleh Travelodge City Centre?
Kalau pilih hotel, mestilah korang tengok harga dulu kan? Lepas tengok harga mesti tengok bilik, selesa atau tak, besar atau tak kan? Marina jugak pasti korang mesti tengok kemudahan yang disediakan untuk penginap di hotelkan? Kemudahan yang disediakan kepada penginap hotel :Kalau Marina duduk hotel, kadang-kadang Marina guna jugak Wi-Fi hotel. Jimat data kan?
• Bilik laundry dan seterika
Di bilik tak disediakan seterika. Korang boleh ke bilik laundry di tingkat 2 untuk gosok baju. Bilik laundrynya bersih sangat dan ada disediakan tandas di situ. Jika korang menginap lama di hotel, korang boleh gunakan mesin basuh layan diri ini. Korang perlu membeli token di reception dengan berharga RM10 untuk sekali guna. Takyah korang sibuk mencari kedai dobi di luar.
• Kedai serbaneka 24 jam
Kalau ada emergency tengah malam, korang kelaparan atau memerlukan panadol, korang boleh turun ke kedai serbaneka 24 jam. Kedai ni korang boleh access dari dalam hotel je
• Antipodean Cafe
Antipodean Cafe belum dibuka lagi sejak PKP haritu. So Marina tak berkesempatan merasa makanan di cafe ini.
• Tempat letak kereta
Tempat letak kereta ada disediakan di Travelodge City Centre. Korang takyah susah hati pikir pasal parking. Parking dikenakan bayaran RM10 untuk satu hari.
• Servis lain yang disediakan :
- Pertukaran wang asing
- Servis menyimpan luggage
- 24 jam kaunter reception
- 24 jam security
Mudah urusan korang macam-macam kemudahan ada disediakan di sini kan?
Tempat menarik area berdekatan Travelodge City Centre
Menariknya hotel Travelodge City Centre ni lokasinya terletak di tengah pusat bandar dan berdekatan dengan tempat ikonik di Kuala Lumpur. Korang boleh jalan kaki je ke tempat-tempat ni dari hotel. Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi :
Dah puluh tahun kot Marina tak ke sini. Dari Travelodge City Centre ni, korang boleh jalan kaki je untuk ke Central Market. Seberang Jalan je kot. Dah berpuluh tahun Marina tak ke Central Market. Central Market baru sahaja dibuka awal September 2020 selepas renovation. Parking di sini 24 jam tau. Kalau nak parking kereta di sini pon boleh.
Kasturi Walk terletak betul-betul bersebelahan Central Market. Pelbagai jenis pakaian, makanan dan gadget yang boleh didapati di sini.
• River of Life
First time Marina jejak ke River of Life ni. Marina berkesempatan pergi ke sini pada waktu siang. Katanya malam lagi menarik sebab ada lampu dipasang dan ada asap kepuk-kepuk.
• Kwang Chai Ho
Katanya jalan Kwang Chai Ho ni best sebab spot yang menarik untuk bergambar. Marina tak berkesempatan ke sini. Maybe next plan boleh ke sini.
Tempat menarik lain yang berdekatan (jalan kaki je) :
• Petaling Street
• Masjid Jamek
• Dataran Merdeka
Jenis Bilik
Terdapat 3 jenis bilik yang disediakan di Travelodge City Centre. Korang pilihlah ikut selera dan budget korang. Jenis bilik :
• Superior Room
• Family Room
• Suite Room
Superior room 3 single bed |
Family Room
Bilik Marina ni jenis Family Room. Besar yakmat. Bilik jenis ni korang boleh pilih sama ada nak 2 katil Queen atau 3 katil single. Marina pilih 2 katil Queen. Suka gila design dalam bilik ni, cantik sangat. Designnya bercirikan permainan tradisional Malaysia iaitu Wau. Dengan harga di bawah RM200, korang boleh dapat bilik untuk Family Room tau. Mana nak dapat harga ni di tengah pusat bandar KL ni.Kemudahan yang disediakan di dalam bilik :
- Peti sejuk
- Safety box
- Cerek air
- Penyangkut baju
- Meja
- Hair Dryer
- LCD televisyen
- Shower
Superior Room
- Terdapat 2 jenis bilik jenis superior room ni iaitu ada balkoni dan tanpa balkoni.- Boleh pilih nak 1 katil Queen atau 2 katil Single
Suite Room
Marina suka gila Suite Room dia. Besar sangat-sangat. Siap ada bath tub. Kalau anak-anak Marina tahu ni confirm nak duduk sini. Next trip, ingat nak booking Suite Room ni pulak. Bilik ni limited. Ada 2 buah je bilik macam ni. Kemudahan yang disediakan di Suite Room :
- Katil King- Terdapat ruang yang luas di luar bilik untuk melepak jika ada tetamu penginap yang datang
- Sofa bed di ruang tamu
- Toilet untuk tetamu di luar bilik tidur
- Toilet, bath tub dan shower di dalam bilik
- Serving table
- Coffee Table
Best ke Duduk Travelodge City Centre?
Yang paling Marina suka pasal hotel ni sebab Travelodge City Centre ni berdekatan dengan pengangkutan awam. Plan asal, husband bercadang untuk naik train dari Ipoh ke Kuala Lumpur, nak bagi anak-anak merasa naik ETS. LRT kan dekat dengan hotel Travelodge City Centre ni, so bolehlah berjalan kaki je ke hotel. Tapi, anak-anak ada agenda lain pulak, makanya kami memandulah kereta ke KL.
Awalnya, Marina tak minat area sini. Memang Marina tahu area sini memang jammed, banyak kereta. Duk fikir susah nak parking. Tapi, takpelah, kita cuba dulu tengok sebab nampak macam menarik hotel ni. Sampai je Travelodge City Centre, Marina berasa lega gila sebab parking ada disediakan untuk penginap hotel. Ada certain hotel susah nak dapat parking kan? Terpaksa parking di tepi-tepi jalan. Lagi-lagi di tengah bandar yang terlalu sibuk.
Apabila masuk je ke Travelodge City Centre, Marina terpegun dengan dekorasi di lobi hotel. Design dan susunaturnya yang elegan dan kemas, memikat pandangan setiap pengunjung yang datang. Pintu masuk utama Travelodge City Centre terdapat security yang jaga untuk check suhu sebelum masuk ke lobi. Apabila check in di reception, korang akan diberikan kad access untuk masuk bilik. Kad access ini juga digunakan untuk touch di lif dan juga pintu masuk utama Travelodge City Centre ni. Yang menariknya, kalau bilik korang di tingkat 2, reception akan set kad access korang boleh naik ke tingkat 2 sahaja.
Husband Marina yang pada mulanya susah hati memikirkan parking, mula rasa seronok menginap di Travelodge City Centre. Mana taknya, boleh dikatakan semua kemudahan ada di sini. Dekat dengan kedai serbaneka 24 jam, tempat ikonik yang menarik di KL, kedai makan seperti Texas Chicken, kedai mamak pon ada berdekatan. Nak berjalan di kawasan KL seperti Menara KL, KLCC dan shopping mall pon senang sebab LRT sangat dekat dengan hotel. Tak perlu drive untuk ke tempat yang nak dituju.
Awalnya, Marina tak minat area sini. Memang Marina tahu area sini memang jammed, banyak kereta. Duk fikir susah nak parking. Tapi, takpelah, kita cuba dulu tengok sebab nampak macam menarik hotel ni. Sampai je Travelodge City Centre, Marina berasa lega gila sebab parking ada disediakan untuk penginap hotel. Ada certain hotel susah nak dapat parking kan? Terpaksa parking di tepi-tepi jalan. Lagi-lagi di tengah bandar yang terlalu sibuk.
Apabila masuk je ke Travelodge City Centre, Marina terpegun dengan dekorasi di lobi hotel. Design dan susunaturnya yang elegan dan kemas, memikat pandangan setiap pengunjung yang datang. Pintu masuk utama Travelodge City Centre terdapat security yang jaga untuk check suhu sebelum masuk ke lobi. Apabila check in di reception, korang akan diberikan kad access untuk masuk bilik. Kad access ini juga digunakan untuk touch di lif dan juga pintu masuk utama Travelodge City Centre ni. Yang menariknya, kalau bilik korang di tingkat 2, reception akan set kad access korang boleh naik ke tingkat 2 sahaja.
Husband Marina yang pada mulanya susah hati memikirkan parking, mula rasa seronok menginap di Travelodge City Centre. Mana taknya, boleh dikatakan semua kemudahan ada di sini. Dekat dengan kedai serbaneka 24 jam, tempat ikonik yang menarik di KL, kedai makan seperti Texas Chicken, kedai mamak pon ada berdekatan. Nak berjalan di kawasan KL seperti Menara KL, KLCC dan shopping mall pon senang sebab LRT sangat dekat dengan hotel. Tak perlu drive untuk ke tempat yang nak dituju.
Promosi yang ditawarkan oleh Travelodge City Centre
Appreciation of Frontliner
Sebagai tanda terima kasih kepada frontliner yang bertungkus lumus bekerja membanteras Covid-19, Travelodge City Centre menawarkan 'Tribute to the Frontline Heroes Package'. Pakej yang ditawarkan :- Superior Room dengan harga RM88 nett/night*
- Family Room dengan harga RM108 nett/night*
- Boleh check out lambat sampai jam 4 petang
*Minimum 2 night stay
*Terms and Conditions apply
Re-Opening Promotional Rate
Sempena pembukaan semula hotel pada awal Ogos 2020 lalu, Travelodge City Centre menawarkan harga bilik bermula dari RM88*.- Book Period : Sekarang sehingga 30 September 2020
- Stay Period : 1 Ogos sehingga 30 September 2020
*Terms and Conditions apply
Cepat-cepatlah book sekarang sebelum promotion habis!
Long Stay Package
- RM700 nett weekly rate- RM1,260 nett 14 night stay
- RM2,400 nett monthly rate
Pakej yang ditawarkan :
- Superior room with balcony
- Complimentary basket (weekly replenish)
- Complimentary mini bar (weekly replenish)
- Complimentary 1 token for laundry and dryer each per week
- Complimentary TouchnGo Card (Card value RM10 nett) or Complimentary self-parking for one car during stay
Master Your Stay with Travelodge Hotel Asia & Mastercard 'Stay 3 Pay 2' Promotion
- Book Period : 1 July sehingga 30 December 2020
- Stay Period : 1 July sehingga 30 June 2021- Available for Mastercard holder
- Reservations must be made via Travelodgehotels.asia
- Rates are subject to service charge and prevailing government taxes
- Reservations are subject to availability
- Amendment or cancellation must be made 14 days prior to arrival date to avoid one night cancellation charge
- Offer is not valid with other promotion and Travelodge member's rate
- Travelodge Hotels Asia reserves to right to ammend to the terms and condition of the offer without any prior notice
Korang boleh booking di sini :
https://bit.ly/32bzHyc . Gunakan Code : STAY3
Atau boleh direct contact Travelodge City Centre.
Website :
Facebook :
Instagram :
Travelodge City Centre
No. 7 Jalan Hang Kasturi,
50050 Kuala Lumpur, Malaysia
Contact : 03-20322288
20 Comments
Wah menarik duduk sini...dekat pejabat lama.Un
ReplyDeleteWalaupun dekat jer dengan KL ni, dah bertahun juga tak jejak kaki area CM tu, hehe
ReplyDeleteStay hotel kat KL memang tak pernah lagi. Macam best jer kan. Hehe
Memng best duk hotel ni.. Betul2 tengah bandar
ReplyDeleteLama betul tak g CM. Boleh dok hotel ni pastu jalan kaki g CM.
ReplyDeleteWah nampak cantik dan selesa betul hotel ni ya. Sesuai untuk orang jauh yang datang nak jalan-jalan kat KL
ReplyDeletememang nampak selesa kan hotel nya.. pastu senang nak cari.. walaupun terletak tengah-tengah KL.. alahai.. terasa macam rindu kat KL pulak dah.. haha..
ReplyDeleteOrang luar kl tentu suka bermalam di Hotel Travelodge City Centre ni sbb th2 bandar dan transport pun no problem
ReplyDeletebetul2 tgh bandar ni, senang nak pegi mana pon kan... then kedai serbaneka plak 24jam... tak payah risau klu lupa beli makan or lapar tgh malam, boleh terus ke kedai tu bli
ReplyDeleteSiapa yang nak stay di tgh KL boleh masukkan hotel ni dlm list. Lokasi strategik, dkt dgn tempat menarik, kemudahan lengkap, harga pulak murah.
ReplyDeletecantiknya deco bilik dia! Rasanya macam ada nampak masa jalan-jalan dekat Pasar Seni haritu. Bagusnya siap ada appreciation token untuk frontliners.
ReplyDeleteLokasi dia di bandar kl agak.menarik. sbb kita tidak akan ada masalah akses ke mana sahaja
ReplyDeleteMemang strategik lokasinya. Maksudnya nak pergi mana-mana pun senang. :) Best kalau tinggal sini, convenient. :)
ReplyDeleteMenariknya staycation kat Travelodge City Centre, lokasi sangat strategik dan berdekatan dengan LRT/MRT. Nak repeat lagi la nanti... Xpuas explore kawasan nearby lagi
ReplyDeleteDekat sangat dengan office Myra. Hari-hari lalu. Nanti boleh la try check in.
ReplyDeleteSaya memang cari hotel di KL yang bleh self service basuh baju sendiri dan keringkan terus. Sebab backpack kan. Nak explore KL nanti bleh menginap disini. Thank you share tempat ni kak.
ReplyDeletestay sini segala tempat menarik kat KL boleh pergi
ReplyDeleteUish murahnya harga sekarang cuma RM88 je. Sekali tengok gambar ingatkan RM100-300 tadi. Yang best lagi , ada laundry dalam hotel tu. Rare berbanding hotel lain mana nak jumpa kan
ReplyDeleteNi mesti jadi tumpuan pelancong hotel ni, sebab di tengah bandaraya kan..mudah nak keluar nak cari barang dan keperluan..semua ada..biliknya pun luas dan cantik, murah plak tu...
ReplyDeleteDekat dgn riverof life kan? Rasanya mcm pernah nmpk hotel ni.. Berpatutan juga harga nya
ReplyDeleteWahh menarik ni. Xpayah pegi dobi. Murah jugak stay seminggu. Ada terpikir nak stay lama. Syok jugak ni pusing2 KL.
ReplyDelete