Cara Malas untuk Turunkan Berat Badan - MARINA BASHAH

Cara Malas untuk Turunkan Berat Badan

Cara Malas untuk Turunkan Berat Badan | Siapa kata Marina tak pernah gemuk? Pernahlah. Tak caya tengok lah gambar ni. Actually entri ni lama dah duk dekat draft. Duk fikir, patut tak share cara malas Marina buat ni sampai berat badan turun. Marina pasti ramai yang nak kuruskan badan, nak turunkan berat badan tapi malas nak berdiet kan? Di sini, Marina kongsikan pengalaman Marina, bagaimana cara Marina turunkan berat badan tanpa stress. 

Jom baca cara malas Marina turunkan berat badan. 

Sekarang

Zaman anak sorang

#1 Malas bersarapan

Cara ini Marina dah lama amalkan sejak zaman Marina belajar dulu. Actually zaman belajar dulu tak pernah nak berdiet pon. Selepas dah kahwin, baru sedar yang cara ni pon boleh turunkan berat badan. 

Masa zaman belajar dulu, boleh dikatakan Marina jarang bersarapan sebab malas nak turun dari hostel untuk beli makanan di cafe. Nama hostel Marina ialah Kolej 11. Cafe pula terletak bersebelahan Kolej 11 iaitu Kolej Kesepuluh. Kolej Kesepuluh ni merupakan hostel untuk pelajar lelaki. Jadinya Marina hanya turun beli makan untuk makan tengahari sahaja. Pada waktu itu Marina makan tengahari pada pukul 11 pagi. Marina amalkan cara ini sehinggalah sekarang. Tapi kadang-kadang teringin makan nasi lemak waktu pagi, Marina breakfast juga. Cumanya, tengahari tak makan, Marina makan malam pula. Kadang tak makan langsung. 

#2 Malas bancuh Teh, Kopi, Milo atau Apa-apa Minuman yang Perlu Dibancuh

Ini cerita zaman bujang juga. Biasanya di rumah parents Marina, setiap pagi Marina akan bancuhkan Nescafe untuk arwah ayah Marina. Tapi Marina sendiri tak minum. Actually Marina tak suka Nescafe, kopi, teh tarik atau apa-apa jenis kopilah cerita dia. Teh, milo, horlick Marina boleh terima tapi Marina lebih prefer minum air masak. 

Bila masuk alam pekerjaan, Marina suka sangat minum air berkarbonat sampai arwah ayah tegur, jangan selalu minum. Marina minum air berkarbonat sebab Marina tak minum air yang jenis bancuh, Marina gantikan dengan air berkarbonat. Tapi korang tak digalakkan follow cara Marina ni. Bila tak cukup gula, Marina akan rasa pening dan menggigil. Mostly di tempat kerja Marina minum air kosong. Marina hanya minum air manis di rumah sahaja. 

#3 Malas Memasak

Di rumah Marina jarang memasak. Kebanyakannya hanya beli makan di luar sahaja. Anak-anak Marina, makan tak banyak. Mungkin ikut Marina masa kecik dulu agaknya, memang kurang makan. So, Marina rasa penat je memasak. Orang kata makan tak tara mana. Sudahnya lebihan lauk dan nasi, Marina juga yang habiskan. Mana tak gemukkan? 

Mungkin ada yang tak setuju beli makanan di luar sebab makanan di kedai banyak menggunakan garam, gula dan bahan perasa. 

Sebenarnya boleh je nak kuruskan badan walaupun beli makanan di luar. Kitalah kena pandai pilih jenis makanan yang kena dengan diet seharian kita. Paling mudah nak pilih makanan di kedai, pilihlah makanan yang jenis rebus, kukus, grill atau panggang.

#4 Malas Simpan Stok Makanan

Marina percaya ramai wanita di luar sana yang suka beli stok barang dapur paling tidak untuk seminggu kan? Stok yang Marina cakap ni seperti biskut, roti atau makanan yang boleh dimakan segera tanpa perlu dimasak sebagai bekalan kalau lapar. Tambah-tambah musim PKP ni pulak. Kedai tutup awal, tetiba lapar tengah malam, dah ada stok dalam kabinet. Betul tak? 

Macam Marina, kalau teringin nak makan, baru Marina beli. Kalau tak, memang Marina tak beli stok untuk simpan di rumah. Cumanya stok makanan untuk anak-anak Marina belilah seperti keropok dan coklat.   

So bila malam lapar ke, Marina hanya minum air kosong sahaja. 

#5 Malas Makan Malam

Ini berkait rapat dengan perkara nombor 3 dan nombor 4 yang Marina sebut kat atas tadi. Bila tak simpan stok kat rumah, makanya takdelah makanan emergency di waktu malam yang boleh dimakan terus. Keropok, coklat dan junk food Marina kurang makan. Kadang pukul 12 tengah malam terasa lapar, malas pulak nak masak atau goreng frozen food ke, jadi Marina ambil keputusan untuk tidur je. 

Marina tak banyak gambar full body. Sebab tak target untuk kuruskan badan. Marina enjoy je the proses. 

Inilah cara malas Marina turunkan berat badan. Bagi yang baru first timer mungkin terasa susah nak buat cara ni. Lama kelamaan korang akan terbiasa. Macam Marina, dari pagi sampai pukul 3-4 petang pon steady lagi walaupun tak makan apa-apa. Marina hanya minum air kosong je.  Tak stress dan santai. 

Walaupun korang beli makanan di luar, korang masih boleh berdiet, tapi korang perlu tahu macam mana nak kira kalori seharian korang. Nanti Marina share cara untuk kira pengambilan kalori seharian walaupun tetiba korang teringin makan sesuatu tetapi takut berat badan naik. Malas nak kira kalori? Next entri Marina share cara mudah. 



13 comments:

  1. hahaha kena buat macam ni la.. i kena kuat!

    ReplyDelete
  2. Bestnya. Kalau Rawlins malas makan, mau angin badan dan kemudian gastrik. Perhaps kena start kurangkan pengambilan makanan sikit2 la kan untuk elakkan gastrik

    ReplyDelete
  3. bagus jugak ek kalau malas ni­čśé..kita pun ada gak buat cara malas ni..tapi kadang-kadang je malasnya..PKP ni banyak yang rajin pulak

    ReplyDelete
  4. Bagus la cara marina ni. mmg la sukar nak amalkan namun yg pasti tubuh akan sentiasa sihat!

    ReplyDelete
  5. Huaaa bab makan malam.tu kita selalu terlewat. Kadang jam 12 pon makan lagi. Menyesal da naik berat badan hahaha

    ReplyDelete
  6. Malas masak tu , mau meraung anak-anak kat rumah ni hahaha.. nanti Sis try buat malas-malas ni..

    ReplyDelete
  7. Menarik ye cara malas turunkan badan ni.. But eventually it works ya! Pernah try bah! But bila rajin balik, double effect dia.. Hahaha

    ReplyDelete
  8. Wah bagusnya mcm khai pkp ni naik mendadak.kena set timing untuk betul2 kurus time tu memang pulun habis

    ReplyDelete
  9. There are people who undergo minor surgery so that there is no risk to him. This time sinaumedia will review further types of surgery. Definition of surgical operation and its types

    ReplyDelete
  10. Baguss kak
    Berat badan rabia sekejap naik sekejap turun. Exercise kdg2 je. Bab makan mesti makan nasi byk

    ReplyDelete
  11. alamak... kena malas la nii,, hihihi...patut laa slim jee org nyaa

    ReplyDelete
  12. haha terbaiklah, tips nya kita kena malas! hihihihi

    ReplyDelete