Aplikasi RodeoGo : Cara Buat Duit Dengan Mudah Tanpa Berniaga Sepanjang Tempoh PKP

Aplikasi RodeoGo : Cara Buat Duit Dengan Mudah Tanpa Berniaga Sepanjang Tempoh PKP | Tak perlu berniaga boleh menambah pendapatan? Tengok iklan je boleh dapat duit dengan mudah? Bunyi macam tak logikkan? Tapi percayalah korang boleh buat duit dengan dengan mudah menggunakan aplikasi RodeoGo. Ini bukan MLM, tak payah invite kawan-kawan untuk buat duit.

Ramai yang mengeluh kerana apa yang dirancang sebelum ini terpaksa ditangguhkan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Majoriti pekerja bekerja dari rumah. Tidak kurang juga yang hilang punca pendapatan kerana syarikat yang mereka bekerja tidak dapat beroperasi seperti biasa dan mereka terpaksa akur.

Ramai peniaga yang terkesan dalam tempoh PKP ni kan? Perniagaan sedikit sebanyak terjejas dan sumber pendapatan makin berkurangan. Para peniaga terpaksa mencari pelbagai inisiatif untuk memastikan perut sendiri, isteri dan anak-anak terisi.

Marina faham ada di antara korang yang tak berminat berniaga. Menambah pendapatan melalui berniaga memerlukan komitmen yang boleh dikatakan agak tinggi.

Apabila Marina scroll di Facebook, group whatsapp dan Instagram, mereka yang tak pernah berniaga pon dah start berniaga untuk menambah pendapatan dalam tempoh PKP ni. Bukan semua produk ada demand. Nak berniaga pon kena ada ilmu bukan main langgar dinding je kan? Marina cakap ni berdasarkan pengalaman Marina sendiri. Marina pon berniaga juga. Macam-macam produk Marina niaga. Bukan senang nak jadi seorang peniaga.


Macam mana Cara hendak Menjana Pendapatan?

Terdapat pelbagai cara yang boleh korang dilakukan untuk menambah pendapatan. Di dalam tempoh PKP, kita perlu pandai merebut dan mencari peluang menambah pendapatan. Ini antara cara-cara yang boleh menambah pendapatan korang, tapi pada yang tak berminat nak berniaga, korang boleh cuba yang nombor 6 :

1. Melakukan bisnes tanpa modal (dropship).  Korang boleh pilih produk yang tengah high demand dan cari supplier yang sedang mencari dropship.

2. Jika ada modal, jadilah agen mana-mana produk. Margin keuntungan agen tinggi berbanding menjadi dropship.

3. Yang ada bakat memasak, masa ni lah korang asah bakat memasak dan jual makanan secara online.

4. Kepada peniaga yang memang berniaga secara offline, jika sesuai, tawarkan perkhidmatan korang secara online pula.

5. Menjadi runner persendirian atau menyertai runner dari syarikat yang menawarkan pekerjaan untuk menghantar makanan / produk / keperluan harian.

6. Memuat turun aplikasi dan menyertai kempen yang boleh menambah pendapatan.

Baca juga : Hadiahkan Husband Jam Tangan Buruj, Jam Tangan Penunjuk Arah Kiblat dan Waktu Solat

Sambil makan pon boleh buat duit



Bagaimana Aplikasi RodeoGo membantu buat duit dengan mudah? 

Marina bukan nak bercerita pasal teknik macam mana nak berniaga, cuma nak berkongsi dengan korang macam mana nak menambah pendapatan dengan hanya menonton iklan di televisyen dan video iklan di aplikasi RodeoGo. Sebelum ni Marina ada buat entri berkenaan aplikasi RodeoGo ni di SINI. Marina ada kongsi cara dan fungsi aplikasi RodeoGo ni.

Semasa tempoh PKP, majoriti daripada kita yang bekerja dari rumah kan? Hashtag Duduk Rumah asyik ke dapur dan bukak peti ais je kan? Paling tidak pon 24 jam menonton televisyen. Apa kata korang yang mempunyai banyak masa yang terluang tu, asyik duk tengok televisyen je, korang daftarlah aplikasi RodeoGo dan menjana pendapatan dengan menonton iklan di televisyen.


Kempen Baru dari RodeoGo

Sebelum ini kempen RodeoGo tak begitu meluas. Terkini RodeoGo menyediakan pelbagai kempen untuk pengguna di luar sana menjana pendapatan, lagi-lagi di dalam tempoh PKP ni. Kempen baru dari RodeoGo :

1. Menonton Iklan di Televisyen
2. Menonton Video Iklan di aplikasi RodeoGo
3. Survey

Setiap kempen yang disediakan di aplikasi RodeoGo korang boleh earn cash atau voucher dengan nilai yang berlainan mengikut task yang perlu dilakukan.


Review Marina mengenai RodeoGo

Serius bagitahu Marina enjoy guna apps RodeoGo ni. Time korang tengok tv atau memasak atau tengah makan pon boleh buat duit menggunakan aplikasi ni. Ada sesetengah kempen di RodeoGo ni, korang tak perlu pon mengerah idea atau submit draft untuk approval daripada klien.  Senang je nak earn coins dan dapat income daripada kempen yang disediakan.

Yang bestnya ada di antara kempen ini,  korang tak memerlukan engagement, tak perlu komen dan likers untuk posting korang di media sosial.

Marina percaya walaupon ada yang kehilangan kerja, tapi korang mesti ada handphone kan? Sepanjang musim PKP ni,  kerajaan telah peruntukkan internet free kepada semua rakyat. Sekaranglah masanya korang boleh pulun buat duit secara online kan?

Di sini Marina kongsi video macam mana aplikasi RodeoGo ini berfungsi.


Korang boleh download aplikasi RodeoGo di sini:

Android : https://lnkd.in/fW6NJ3e
IOS : https://lnkd.in/f6EUPua

Makluman lanjut boleh pergi ke:
Website : 
www.rodeo.my
Facebook : 
https://m.facebook.com/RodeoG0/
Youtube :
https://www.youtube.com/watch?v=uGjdBfMBECo

Post a Comment

20 Comments

  1. Menariknyaa, goyang kaki aje dah boleh buat duit? Waaa nak bagitau kat anak yang duk rehat aje tu haa kat rumah, mana tau rezekinya kan, boleh buat duit banyak gitu..tak cuba kita mana tau..thanks Marina..

    ReplyDelete
  2. Wa. Boleh download ni. Ada extra phone, bolehlah guna untuk jana pendapatan. Sekurang-kurangnya terisi juga masa dekat rumah. Tengok iklan je, dah jana income free ;)

    ReplyDelete
  3. Bagus nih aplikasi yg mudah dan senang nak jana pendapatan di rumah. Paling suka yg tak perlu refer2 kawan2 ni. Malas betul MLM ni. Haha boleh la share dgn family and friends

    ReplyDelete
  4. betul masa ni banyak cara yang kita boleh buat untuk tambah pendapatan, kalau rajin memang lebihla yang kita akan dapat. bolehla buat tambah beli barang keperluan dapur

    ReplyDelete
  5. waa terima kasih kak atas perkongsian nie.. baru pertama kali dengar nie

    ReplyDelete
  6. Kita terus download sis, tengok sis tunjuk 1000 coin bersamaan rm50 🤣😅

    ReplyDelete
  7. Oh menarik jugak ni, thanks yea share mengenai apps ni, bolehla try nanti buat duit poket kan hehe.

    ReplyDelete
  8. Ok gak nampak. Nanti nak dpwnload gak la tengok apa ada di dalam. Kita cuba ya. Tk sharing.

    ReplyDelete
  9. Saya baru download td.. Earn rm3 tengok 3 iklan dan jawab soalan.. Ada yg kena ambik gambar spot kereta kena amik gambar kereta tu RM50 dia nak bagi.. Tp mana nak cari kereta nya 🤣 geram je tengok reward rm50 tu

    ReplyDelete
  10. Macam menarik aje nie..goyang kaki lepak2 pun dapat duet..bolelah cuba download nie.tq sharing

    ReplyDelete
  11. menarik gak ni. dari takda buat apa2 ada juga income masuk. thanks share.

    ReplyDelete
  12. betul ekk? aida nak kena look into further ni.
    anak2 boleh join x? hi h hi hi diorang pun ada phone.
    bagus la gini, marina. sebab, ia beri org punca pendapatan, kan.
    beri org harapan di kala punca pendapatan tersangkut sekarang ni.

    ReplyDelete
  13. Menarik dengarnya..sambil tengok tv , goyang kaki boleh buat duit. Tak pelu banyak like ke ape..nice..boleh download ni..nak tengok juga mcm mana dia berfungsi

    ReplyDelete
  14. menarik sangat ni, buat duit online je kan. ada smart phone jadi je

    ReplyDelete
  15. Terima kasih share berkenaan ni. Tak sangka ada lagi mudah nak jana pendapatan. Hehehe.

    ReplyDelete
  16. This is my first time get to know about such app, nanti sis pun nak check out. Why not kan kalau boleh earn extra income to support the family.

    ReplyDelete
  17. Bolehlah download nanti. Tgh takde pendapatan ni. Pening kepala tak tau dah nak buat apa

    ReplyDelete
  18. Betul sis, zaman sekarang ni, asal ada smart phone dan internet insyaAllah dh boleh buat side income. Kalau pandai cari mmg tak perlu modal pun. Menarik juga ya apps ni, nanti boleh sy suggest pada anak2 buat yg duduk rumah tak buat ape2 musim PKP ni.

    ReplyDelete
  19. Sy dah d.load tapi iklan kt campaign ta kluar seperti dlm video sis..cam ne ye??

    ReplyDelete
  20. mantaplah boleh lah saya jana pendapatan jugak

    ReplyDelete