Tempat Makan Menarik di Tanah Merah, Kelantan : Selera Tepi Sungai - MARINA BASHAH

Tempat Makan Menarik di Tanah Merah, Kelantan : Selera Tepi Sungai

Tempat Makan Menarik di Tanah Merah, Kelantan : Selera Tepi Sungai | Sebelum bergerak ke Sungai Petani, Marina teringat pada rakan blogger yang duduk area Kelantan, Sis Awa. Wassap wassap rupanya Sis Awa duduk di Tanah Merah. Kiteorang singgah dulu di Tanah Merah sebab nak jumpa Sis Awa. Memang kena laluanlah kalau nak balik ke utara.

Sis Awa ajak berjumpa di kedai makan di Selera Tepi Sungai. Marina ingatkan Selera Tepi Sungai ni warung-warung biasa je. Jual sarapan pagi, kuih, nasi lemak dan roti canai. Rupa-rupanya luar biasa! Nasi lemak takde. Roti canai pon takde. So apa yang dia jual? Tunggu sat Marina cerita kat bawah.

Nak ke Selera Tepi Sungai ni Marina tak tahu lah kalau ada jalan lain, tapi dari Tok Bali, kedai ni sebelah kanan. Dari jalan utama nak ke kedai makan ni jauh ke dalam dari jalan utama. Lepas belok ke kanan dari jalan utama korang akan jumpa lot-lot kedai di sebelah kanan dan kiri. Selera Tepi Sungai ni jauh ke dalam lagi. Korang google sure jumpa kedai ni.


Apa yang menarik di Selera Tepi Sungai?
Marina sampai awal di Selera Tepi Sungai ni. Waktu tu hujan renyai-renyai. Marina pon wassap lah Awa bagitahu Marina dah sampai. Di situ Selera Tepi Sungai ada dua tempat. Nasib baik sebelah menyebelah je. Marina parking di hadapan lot bangunan yang nama nya juga Selera Tepi Sungai. Bangunan ni diorang buat tempat sewa untuk buat majlis. Cantik tempatnya. Awa bagitahu tempat yang nak breakfast tu bersebelahan bangunan tu. Awning warna hijau. Tempat makannya terbuka dan bukan tertutup seperti bangunan di sebelahnya.

Seronok jumpa sesama rakan blogger. Tak sembang pasal blog sangat pon. Lebih kepada berkenalan dengan family masing-masing. Biasalah first time jumpa Sis Awa. Tak sampai setahun pon kenal Sis Awa tapi bila berjumpa, bersembang, rasa macam dah lama kenal.


Time nak pilih makan, memang susah nak buat pilihan. Ya ampun korang bayangkan pagi-pagi waktu sarapan macam-macam makanan dah ada dijual. Dari makanan ringan seperti kuih-muih, bubur, kek sampailah ke makanan berat seperti mee goreng, bihun goreng dan nasi berlauk pon ada. Bayangkanlah pukul 10.00 pagi dah ada nasi lauk tengahari complete, full. Tunggu orang datang nak makan je. Banyak pulak tu lauk tengahari dia. Siap ulam-ulaman pon ada. Nampak tak keterujaan Marina. Hihi. Heaven betul datang kedai ni. Rambang mata weiii. Tapi apakan daya kiteorang makan kuih-muih je sebab rasa kenyang lagi. Kalau tak, ku dah rembat semua lauk. Kedai ni Marina tak pasti ada goreng-goreng ke tak.

Sup station
Kat sini, macam-macam jenis sup ada seperti Sup daging dan sup tulang. Di station ni juga ada perut dan daging air asam. Tak tahu macam mana rupanya. Makan dengan nasi putih ke?


Colek station
Ikut menu yang terpampang tu, ada Colek Ayam dan Colek Udang Galah. Tak tahu pulak macam mana rasanye colek ni. Rugi pulak tak merasa haritu. Colek ni famous di Kelantan ye?

Pencuci Mulut station
Station ni paling heaven. Macam-macam makanan yang tak pernah jumpa ada kat sini. Sini ada kuih-muih, puding caramel, kek, segala jenis bubur ada dan dorayaki pon ada tau.


Makanan Berat station
Pagi-pagi lauk tengahari dia complete dah, full. Biasa kalau kat Ipoh ni pukul 10.00 pagi lauk tak keluar abis lagi. Marina tak makan pon nasi sebab masih kenyang. Rambang mata tengok lauk. Selain nasi putih, mee goreng dan bihun goreng pon ada.


Review Marina
Oleh sebab Marina makan sup je dan kuih-muih so takleh nak review sangat bab makanan, sedap ke idokkan. Cuma boleh cakap banyak sangat makanan kat Selera Tepi Sungai ni. Harga di sini juga berpatutan. Tak mencekik darah.

Tempat makan dia luas sangat, selesa dan bersih. Anak-anak nak bergerak pon senang. Nasib baik time Marina datang tu tak ramai orang lagi.

Kat sini konsepnya layan diri. So korang nak makan, pi la ambik sendiri. Cuma air je dia datang meja ambil order. Marina order sup daging. Lepas order, Marina duduk balik di meja makan. Duk sembang-sembang dengan Awa sampai terlupa nak ambil sup yang dah di order tadi. Supnya sedap tapi takde lah spesial. Biasa je.

Ni je makanan yang kiteorang ambik


Okeh tu je nak share. Kalau korang berjalan area Tanah Merah, korang wajib singgah sini.

[Baca juga] : Tempat Makan Best di Pantai Penarik, Setiu

22 comments:

  1. dkt jer ni ngn rumah cik nor..:)

    ReplyDelete
  2. wah jenuh rambang mata nak pilih lauk pauk makanan. haha

    ReplyDelete
  3. TQ dtang jumpa kita! cuma terkilannya kita nk belanja dia alih2 dia yg belanja kita.. aduhai!!! pasni dtg pantai timur kita jumpa plak ye.. jgn lupa singgah sini hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Sama sama awa. In sha allah nanti ke sana kita jumpa lagi

      Delete
  4. Wow, meriah yer pilihan breakfast. Thanks sharing marina. Nnt ke tanah merah boleh singgah sini

    ReplyDelete
  5. tempat lepak kalau ke rumah mak sdara di situ heheheh...pernah dating kat sini kikiki...

    ReplyDelete
  6. Banyaknya pilihan menu dia...dah banyak kali sampai Kelantan tapi Tanah Merah tak lagi...
    Sempat gak jumpa Awa ek...

    ReplyDelete
  7. Totally love post like this! Can help me plan ahead. Great share and the food are looking good 😆

    ReplyDelete
  8. menu kelantan jarang mengecewakan. memang best la. Lama tak sampai kelantan. mungkin nanti boleh cuba sini

    ReplyDelete
  9. Wah menarik ni. Tak.pernah sampai sini. Kalau blk.kelantan bolehla singgah

    ReplyDelete
  10. Syoknya.. macam-macam jenis pilihan makanan ada disediakan. Huisshhh rambang mata nak pilih mana satu ni hehehe.

    ReplyDelete
  11. Pergh sarapan pagi siap ade lauk bagai.. Kedai sampai tengahari ke.. Dasyatt.. Semua nnampak sedp

    ReplyDelete
  12. jenuh menepis nafsu cenggni ni. sedap2 belako. kat kelantan mesti murah2 kan

    ReplyDelete
  13. Banyak juga makanan dia kan. Kalau ke sana Qiss boleh try makan kat sini. Rasanya pernah dengar nama kedai ni. Best dapat jumpa Sis Awa. Qiss belum berkesempatan lagi.

    ReplyDelete
  14. Bestnya banyak makanan dan juga sedap-sedap belaka kat sini hehehehe tengok harga murah dan juga pilihan banyak hurmmm nanti kalau pergi sana boleh lah singgah makan kat sini ...

    ReplyDelete
  15. Percaya tak sis blm pernah sampai ke Tanah Merah Kelantan ni... sis baru dua kali sampai Kota Bahru je tu pun sekejap je...

    ReplyDelete
  16. tak pernah lagi sampai dkt Kelantan. In shaa Allah tahun ni bercadang nak ke sana. 😊

    ReplyDelete
  17. Nampak menyelerakan je. Tapi tu la, emi ni nama je orang kelantan tapi tak pernah pun pergi ke tanah merah hahaha

    ReplyDelete