Hotel di Tanah Rata, Cameron Highlands : Heritage Hotel

Masa Marina awal-awal sampai di Heritage Hotel, rasa biasa-biasa je, tak sejuk sangat dan tak panas. Angin sepoi-sepoi je. Marina sampai hotel dalam pukul 12 tengahari.

Marina ke sini sebab ikut husband pergi team building. Syiokkk betullah team building buat kat Cameron kan.

Kalau nak booking hotel, biasa Marina akan cari yang ada swimming pool sebab anak-anak request. Tapi ni kat Cameron kot, memang takde kolamlah. Sejukkk bekulah kome dalam swimming pool tu nanti.

Pemandangan dari bilik
Hotel Heritage

Hotel Heritage terletak di Jalan Gereja, Tanah Rata, Cameron Highlands. Tanah Rata ni kawasan puncak yang paling tinggi. Banyak facilities yang dekat di sini. Nak cari kedai makan senang, bank, mart, golf, semua ada dekat-dekat sini. 

Mungkin ni sebabnya office husband ambil keputusan untuk buat team building kat sini. Harga bilik pon berpatutan. Office mate husband nak extend satu malam, hotel charge RM188. Kalau booking online dapat lagi murah.

Di sekitar hotel ini terdapat apartment-apartment yang berpenghuni dan ada juga yang takde penghuni. Sesetengah apartment ni, pemiliknya buat homestay. Siapa yang nak buat family gathering kat apartment bolehlah booking apartment kat sini.

Kedai Makan di Tanah Rata

Pergi mana-mana mesti korang akan mencari tempat makan yang tak jauh dari hotel kan? Di Hotel Heritage tempat makannya tersangat banyaklah pilihan tempat makan yang korang boleh pilih. 

Nak senang dan malas nak fikir banyak nak makan apa korang boleh makan di Marrybrown. Yang nak minum kopi korang boleh ke Starbuck. Bagi penggemar steambot lagilah banyak pilihan. Salah satu kedai yang korang boleh pergi, kedai Taman Apple Cameron. Korang boleh google je. Mesti jumpa.

Time lunch, Marina lunch di Ikhwan Delight. Ikhwan ni banyak sangat cawangan kan? Tak sangka Ikhwan di Cameron ni ada western food. Kat Ipoh takde western food pon. Tempat dia cantik. Selesa nak makan kat sini. Kedainya terletak di hadapan Bank HSBC. Bangunan 2 tingkat. Ikhwan delight ni kat bahagian atas. Banyak menu jugak kat Ikhwan Delight ni. Harga pon berpatutan. 





Facilities

Ini yang Marina nampaklah sepanjang Marina duduk kat Hotel Heritage. Hotel Heritage ada menyediakan gym, mart, playroom, perpustakaan, ruang pool, surau dan dewan.

Antara semua ni Marina guna dia punya playroom. Anak-anak la sibuk ajak pergi playroom. Di situ ada seketul slide, seronok lah diorang main dalam tu. Masa tu budak lain takde. Agak selesa la jugak duduk kat playroom tu. Nak masuk kena tinggalkan kasut di luar. Agak bersihlah playroom dia. Di situ pon ada disediakan bilik toilet dan bilik sinki. TV pon ada disediakan di situ. Sepanjang masa channel cartoon je. Marina layanlah juga cerita cartoon sambil menunggu anak-anak main kat situ.

Bila diorang dah kebosanan, mulalah sel-sel otak berhubung, nak merayap tempat lain. Pergi singgah jap perpustakaan depan playroom tu. Marissa konon-konon rajin nak membaca. Sekali tengok buku-buku kat situ semua bahasa jepun. Hahahaha.

Playroom dia bersih ok. Boleh golek2 atas carpet tu.

Experience di Hotel Heritage

Biasanya Marina kalau ambil hotel, Marina suka ambil bilik yang besar sikit. Anak dara 3 orang, so bila bilik besar, selesa sikitlah nak bergerak. Tapi disebabkan ini husband punya team building dan office dia yang booking kan, bilik dia standard size lah. Bilik yang biasa untuk 2 orang. Agak kecil sikitla untuk kami berlima. Oklah. Masih boleh susun tempat anak-anak nak tidur nanti. Hihihi. Marina duduk di bilik yang katilnya size queen.

Kalau duduk hotel Marina akan tengok toilet dulu. Lepas toilet, Marina tengok iron. Ada ke tidak iron dalam bilik. Malangnya nak iron kena di luar bilik. Iron kena berkongsi dengan beberapa bilik yang lain.

Toilet boleh tahanlah. Lupa plak nak snap gambar toilet. Ada bath tub. Jadilah bath tub kan. Swimming pool takde. Bolehlah diorang berendam dalam bath tub. Nak mandi shower kena masuk dalam bath tub. Takde bilik khas untuk shower. So air akan memercik ke lantai luar, so agak banjir sikit kat lantai. Lantainya lambat kering. Esoknya pon tak kering-kering lagi. Sejuk gedi pijak air di lantai.

Bilik dia ada kipas je, aircond takde. Kiteorang tidur pon tak pasang kipas tau. Sejuk sangat. Masih sejuk juga rupanya di Cameron Highlands ni. Jimat kos hotel-hotel kat Cameron Highlands ni tak perlu pasang dan tak perlu maintain aircond.

Pemandangan dari bilik di Hotel Heritage ni mendamaikan. Cantik je. Pagi-pagi nampak kabus di bukit-bukit. Biliknya ada balkoni. Korang boleh keluar, berdiri di balkoni untuk menghirup udara sejuk. Tapi takde kerusi atau meja yang diletakkan di luar untuk bersantai. 





Pandangan Marina tentang Hotel Heritage

So far Hotel Heritage ni ok je. Selesa. Cumanya bab iron tu kena keluar bilik plak kalau nak menggosok baju.  Lagi satu exhaust fan di toilet. Berfungsi ke idok tak taulah sebab semalaman toilet basah je. 


Orait sampai sini je sharing Marina menginap di Heritage Hotel. Mungkin Marina akan repeat lagi. Nak menikmati lagi udara sejuk di Cameron Highlands. Hehe.

11 comments:

  1. tak pernah check in lagi kat Heritage. boleh try sini pulak pasni. hehe

    ReplyDelete
  2. Tengok macam tu je hotel heritage ni agoda. Time lalu di Cameron highland pun pandang sepi je. Ok jugak ek tempatnya. Boleh la cuba nanti

    ReplyDelete
  3. Wah!!!!!!!! Cantik nyer hotel nie. Good review. Thank you for sharing. Take care.

    ReplyDelete
  4. Nampak besar dan selesa jugak hotel heritage ni kan. Fasiliti pun banyak dan berdwkatan. Nak makan pun mudah. Selalu pergi CH tak pernah stay kat sini

    ReplyDelete
  5. Ruang bilik nampak luas. Kalau ena pon mesti nak cek toilet dgn iron. Haha. Toilet kalau takde paip getah tu memang spoil giler. Tapi ok la dekat dengan kedai makan.

    ReplyDelete
  6. Cameron Highlands la tempat yang I dream nak pergi dari dlu. Tapi since I live in Sabah, jarang ada masa nak ke sana. If ya pun selalu stay in the city. Suasana sejuk memang my favorite. Dengan angin2 ni, confirm best sangat nak chill.

    ReplyDelete
  7. ok nak booking gak lah kalau nak pi ch ....lama tak melepak kat ladang teh sana ....

    ReplyDelete
  8. Oo heritage hotel.. lum pernah try.. saya pilih Copthorne dulu.. good info!! Boleh consider.

    ReplyDelete
  9. Dah lama tak pergi Caneron Highlands... klu oergi bole la cuba hotel warisan ni..

    ReplyDelete
  10. Sis sekali je naik Cameron, teringin nak naik sana lagi..seronok sebab sejuk je. Nanti kalau kesana boleh lah dok kat otel ni

    ReplyDelete
  11. pernah nampak hotel ni tapi x pernah berpeluang menginap. agak menarik juga dengan rekaan bangunannya..nampak sangat klasik dan cantik

    ReplyDelete