Vit's Bantu Gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur

Assalamualaikum Hai.

Pada 4 Oktober 2019 yang lalu, Vit's telah ke Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang untuk membantu gelandangan di sana. Program ini bertujuan untuk membantu meringankan beban bagi masyarakat yang memerlukan.

Program CSR: Vits Dekat Di Hati
Program ini dilaksanakan adalah merupakan tanda terima kasih dari pihak Vit's kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menyokong produk Vits selama 45 tahun sejak penubuhannya. 

Di program ini, Vits telah memberikan sumbangan kepada penghuni di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dengan menyediakan makanan dan produk Vits bagi meringakan beban mereka.

Sumbangan itu telah disampaikan kepada setiap penghuni oleh Pengarah Pembangunan Perniagaan Vit's, Encik Lai Yaeh Tat.

"Alhamdulillah dengan bantuan ini, kami harap agar dapat diteruskan agar mampu memberi semangat kepada kami dan penghuni di Pusat Transit ini" ulas Encik Izzul Haziq selaku pengarah Zon Tengah Yayasan Kebajikan Negara Malaysia.






Vits (Vit Makanan KL Sdn. Bhd.)
Vits merupakan sebuah jenama mee segera Malaysia serta merupakan pengilang Mee Segera Halal, Mee Ramen Halal dan Mee Udon Halal.

Produk Vits telah mendapat pengiktirafan Jakim Halal semenjak 35 tahun yang lalu

Produk Baru Vits

Kini Vits didatangkan dengan 2 produk baru iaitu Vits Bihun Segera Perisa Ketam dan Vits Bihun Segera Perisa Sayuran. 

Vits Bihun Segera:
▪Diperbuat 100% daripada beras
▪Tiada bahan pengawet
▪Tidak digoreng
▪Halal
▪Bebas Gluten

Produk ini boleh didapati secara online di Shopee, Lazada, Lelong.my, pgmall dan Superbuy.

Boleh juga didapati secara offline di Giant Hypermarket, Heromarket, Pasaraya CS danTF Valuemart.

Harga bagi Vits Bihun Segera Perisa Ketam dan Sayuran:
Cawan: RM3.50 (55gm × 1 cup)
Paket: RM7.00 (55gm x 5 packs)





Marina dah rasa kedua-dua produk baru ni. Ini pendapat personal Marina untuk Vits Bihun Segera Perisa Ketam dan Sayuran.

● Vits Bihun Segera Perisa Ketam
Marina suka perisa ketam ni. Sup dia rasa pedas-pedas manis. Tapi tak pedas sangat. Sedap sangat sampai duk teringat-ingat. Nak kena masak dan makan lagi ni. Hehe. Manis dia datang dari ketam. Perisa dia tak rasa kuat sangat. Ada sesetengah bihun segera ni rempah dia sangat kuat macam sup tulang tapi Vits Bihun Segera ni tak. Just nice. Tak berat. Vits Bihun Segera Perisa Ketam ni dia ada bagi perencah ketam, serbuk cili, minyak dan ketulan ketam rasanya. Meriah kandungan bihun ni which is I like. Hehe. Rating 10/10

Bihun Perisa Ketam

Vits Bihun Segera Perisa Sayuran
Sup dia pedas-pedas jugak sebab kat packaging dia memang bihun sup pedas. Tapi pedas dia tak melampau. Kalau bagi anak Marina makan pon diorang boleh tahan pedasnya. Sama seperti Bihun perisa ketam dia ada bagi minyak dan serbuk cili. Bihun Sayuran ni ada juga bagi perencah dan cendawan serta lobak merah. Sup dia ada sedikit rasa cendawan. Cendawan yang digunakan seperti cendawan yang digunakan untuk buat sup cendawan. Bihun perisa sayuran ni rasa sup dia ringan lagi daripada perisa ketam. Rempah dia hampir tak rasa. Rating 8/10 sebab Marina suka rasa sup yang medium, rasa rempah yang tak berapa kuat.


Bihun Perisa Sayuran


Website: www.vit.com.my

22 comments:

  1. Replies
    1. Thank you follow. Tak jumpa button nak follow balik

      Delete
  2. uiii...bihun perisa ketam. baru ni..terbayang makan lauk ketam.mesti sedap bihun ni.

    Dah start jual yer?nanti boleh cari, nk try

    Red Linda ~ https://anakperak.com

    ReplyDelete
  3. Bagusnya usaha sebegini. Moga lebih banyak syarikat yang akan tampil memberikan bantuan kepada yang memerlukan dan semoga semuanya dirahmatiNya serta dipermudahkanNya.

    ReplyDelete
  4. Belum pernah try produk Vits tapi usaha CSR mrk ini terbaik... membantu gelandangan.

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing! Nampak sedapnya! Nak try juga hehehe!! Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  6. wahhhh nampak macam menarik je bihun tu... tapi suka program csr macam ni diwujudkan dapat bantu mereka yang tak senasib.. semoga ada sinar untuk mereka.. :)

    ReplyDelete
  7. I haven’t heard about Vits. But the instant noodles looks delicious. Thank you for sharing and open up my world.

    ReplyDelete
  8. Wahh brand Vits ni memang dah lama di pasaran! Dulu selalu jugak beli mee Vits ni masa sekolah. best nya dapat join aktiviti macam ni. kalau ada lagi, nak join juga!

    ReplyDelete
  9. Nampak macam menarik je. Nanti nak cuba carilah. Hope senang la dapat stok. Perisa ketam tu macam memangil2 je 😂 terliur tengok

    ReplyDelete
  10. Sedap pulak nampak vits ni. And satu program terpuji. Semoga vits lebih maju di masa hadapan.

    ReplyDelete
  11. first time tau ada produk vits ni. tahniah kerana menjayakan progran yang sangat bermanfaat ini.semoga usaha diteruskan lagi.

    ReplyDelete
  12. baru tau produk ni. yang bihun tu berkenan nak cuba hehe.

    done follow blog ni :)

    ReplyDelete
  13. bagusnya program csr Vit ni bantu orang gelangan. erm nampak sedap mee segera tu. dah la hujan ni.. terus lapar BBL

    ReplyDelete
  14. Good to hear that the famous brand VITs doing their part in the CSR program to donate some of their delicious noodles.

    ReplyDelete
  15. Baru tau pasl vit ni... Ingat ape benda vut rupanya keluarkan produk mkanan seperti mihun tu.. Bgus juga ada dalam bekas cawan tu erk.. Bgus program yang dilakukan vit ni.. Sekali sekala tengok gelndangan..

    ReplyDelete
  16. Tak pernah cuba brand Vit's ni. Memang selalu nampak dipasaraya. Bagus inisiatif Vitz untuk bantu mereka yang memerlukan. Bantuan darinpihak korporat memang sangat dialu alukan

    ReplyDelete
  17. Bagus juga prog csr dari vits ni Punyai inisiatif untuk membantu orang lain. Dan sy beli stok vits ni kat rumah. Senang kalau nak masak mee goreng kegemaran anak boleh terus jer buat

    ReplyDelete
  18. Bagus usaha Vits bantu golongan gelandangan ni dn mereka yg memerlurkan. Bertuah tau dpt join event mcm ni

    ReplyDelete
  19. Wahh .. saya tak pernah dengar lagi jenama mee Vits ni. Berminat juga nak try! Company pun baik hati bantu orang yg susah.. sangat bagus usaha mereka ni.

    ReplyDelete
  20. ada perisa ketam. menarik ni. selalu nampak brand vit's ni mee keping2 tu je. tak tahu pun ada macam ni.

    ReplyDelete