Kiteorang bergerak dari rumah dalam pukul 10 pagi. Berenti di R&R dulu. Ada orang mengidam A&W.
Lokasi Stesen Gondola
Perut dah kenyang, kiteorang teruskan perjalanan. Kalau dari Ipoh, nak ke Genting Highlands, exit Tanjong Malim lagi dekat. Dari Tanjong Malim ke Genting Highlands dalam sejam setengah je. Pukul 1 tengahari dah sampai Genting Highlands Premium Outlet (GHPO).
Dulu sebelum ada GHPO, ada stesen gondola yang lama. Dia terletak sebelum GHPO. GHPO tu atas lagila kiranya. So sekarang ni hanya Awana Skyway je yang berfungsi. Macam mana pon korang kena masuk GHPO jugak kalau nak naik gondola.
Kiteorang tanya staff yang ada di kiosk tu. Budak kena beli tiket ke? Kalau beli tiket pegi balik, kalau tak jadi balik hari yang sama macam mana?
Untuk Glass Gondola harga tiket pergi dan balik RM30/person. So total untuk kami berempat RM120. Yang kecik sekali tu tak payah tiket. Nak beli standard gondola pon boleh. Pergi balik RM16/person. Tapi kalau time cuti digalakkan untuk beli yang express link atau glass gondola punya. Kalau tak, menapak lama la korang kat situ. Yang express link tu tak sure berapa RM. Terlepas pandang nak tengok kat screen kiosk.
Nasib baiklah beli glass gondola. Tak payah beratur panjang. Tapi kena tunggu sikitla sebab gondola dia tak sebanyak standard gondola. Glass gondola warna gondolanye warna hitam, standard gondola warna merah.
Dulu sebelum ada GHPO, ada stesen gondola yang lama. Dia terletak sebelum GHPO. GHPO tu atas lagila kiranya. So sekarang ni hanya Awana Skyway je yang berfungsi. Macam mana pon korang kena masuk GHPO jugak kalau nak naik gondola.
Macam mana nak beli tiket kereta kabel di Genting Highlands?
Nak beli tiket gondola di sana ada tiga cara. Korang boleh beli tiket godola di kaunter, self service di kiosk atau secara online . Kalau beli di kaunter korang akan dikenakan surcaj. Tapi disebabkan hari yang Marina pegi tu time cuti, ramai orang, kiteorang tak boleh beli di kaunter, kena beli di kiosk. Bukan apa, dah lama tak datang sini, nak tanya apa-apa yang patut. Kalau korang beli secara online tak payah beratur panjang. Bila dah beli tiket secara online, korang tunjuk tiket kat fon je. Masa Marina beli tiket di kiosk pun menunggu 15 minit barulah dapat beli tiket.Kiteorang tanya staff yang ada di kiosk tu. Budak kena beli tiket ke? Kalau beli tiket pegi balik, kalau tak jadi balik hari yang sama macam mana?
Harga tiket cable car Genting Highlands
Untuk budak yang kurang dari 90cm tak perlu beli tiket gondola. Untuk beli tiket pegi balik tu, tiket tu boleh guna untuk 72 jam, so takde masalah kalau korang nak beli tiket balik terus. Satu hal plak korang nak kena beratur panjang lagi nak beli tiket balik. 72 jam bersamaan 3 hari. Korang nak duk berapa lama kat genting tu plakkan?Untuk Glass Gondola harga tiket pergi dan balik RM30/person. So total untuk kami berempat RM120. Yang kecik sekali tu tak payah tiket. Nak beli standard gondola pon boleh. Pergi balik RM16/person. Tapi kalau time cuti digalakkan untuk beli yang express link atau glass gondola punya. Kalau tak, menapak lama la korang kat situ. Yang express link tu tak sure berapa RM. Terlepas pandang nak tengok kat screen kiosk.
Nasib baiklah beli glass gondola. Tak payah beratur panjang. Tapi kena tunggu sikitla sebab gondola dia tak sebanyak standard gondola. Glass gondola warna gondolanye warna hitam, standard gondola warna merah.
Inilah Akibatnya Pergi Genting Highlands Tak Buat Perancangan!
Sampai sana, hasrat nak tidur hotel la. Apakan daya, hotel full. Hasrat nak bermalam kat situ tak kesampaian. Makanye berjalan-jalan je la menikmati pemandangan. Fuhhh bestnye duk sini. Kabus, angin sejuk. Angin kuat. Dengar bunyi angin dalam video ni. Nak main kena beratur panjang. Nak beli tiket satu hal, nak main satu hal lagi. Kalau nak main indoor game under Skytropolis game, satu game RM10 weekdays, RM15 untuk cuti umum dan weekend. Tak dapat main pon tkpela. Yang penting misi nak bawak anak-anak naik gondola tercapai.
27 Comments
Pergi Genting naik gondola barulah happening kannn...Tapi haritu Sis tak berani nak amik gondola kaca tu hahaha gayattt..hahahaha..
ReplyDeleteTak sabar tunggu yang dah siap kat luar nnati...tapi macam tak siap-siap kann..
Tu la tak siap lagi yg kat luar tu. Yg kat dalam tu biasa sangat utk anak2. Kat tmpt lain pon ada merry go round
DeleteAlahai gayat nya nak naik cable car yg glass gondola ni. Rasa macam x jejak lantai je hahaha.
ReplyDeleteSyoknyaaaa. jenjalan 1 family p naik genting. Takpe lah tak dpt bermalam pun, dh dpt naik tu pun dah happy dah kalau ain huuhuhu
ReplyDeleteadoiii...gayat oi naik gondola gelas tu..yg biasa pun dh rasa seram...
ReplyDeleteRed Linda~ https://anakperak.com
tetiba rindu genting highland. tapi to be honest, kalau first world hotel, kalau tak menginap pun tkpe sebab chinese ramai sangat and bilik tu hmmm boleh jd was was. baik daytrip je lah.
ReplyDeleteSeram pulak naik gondola ni tapi nampak macam best. Sebenarnya gayat. Hahaha...Gondola ni pernah naik kat Langkawi tu. Itupun seram....
ReplyDeletetak pernah lagi naik gondola genting ni.. biasa kat langkawi tu je. BBL kalu ke genting drive je. oh murah je harga rm30 pergi balik, tak payah pening kepala pusing parking kereta
ReplyDeleteSis pun dah merasa naik glass gondola ni. Memang gayat sikit tapi seronok gaklah. Nanti kalau kesana lagi nak naik lagi..hehehe
ReplyDeleteNaik gondola biasa pun dah gayat. Apatah lagi gondola kaca. Tidak!!! Hahaha...best dapat tengok pemandangan semulajadi yang mengasikkan tu. Hijau je...
ReplyDeleteKalau ke Genting kena try gondola.Seronok anak-anak Marina dapat naik gondola.Kalau semua permainan dah siap lg seronok ni.
ReplyDeleteoooo.. gondola ni kabel car la kan? hee. baru tahu gondola tu apa.. TB pernah naik sekali dulu masa pi genting.. tapi.. rasanya berbelas tahun yang lalu.. time tu ikut rombongan.. hahaha
ReplyDeleteAlhamdulillah, dapat juga buat aktiviti yg bermanfaat yg tak mungkin anak2 lupa. Bestnya naik gondola. Sejuk2 pulak tu. Bertambah gayat laaa nampaknya. Tapi Nur suka tempat tinggi. Seronok...
ReplyDeleteharganya dah naik la sekarang ni. dulu suka je pergi GH ni naik gondola ni. sejak rakyat dah bertambah ni, kurang pula masa nak ke sana..hehe
ReplyDeletebestnya pergi genting highland. lama dah tak pergi genting. last pergi Iza kahwin pun tak lagi. maybe nnti boleh ajak husband pergi pulak la.
ReplyDeleteFuhhhh. Meremang rasa bulu roma mengenangkan boleh tgk kat bawah.😆😆 gayatt
ReplyDeleteTak pernah lagi ke genting. Teringin nak pgi lepas baca entri ni. Bolehlah saya cuba naik gondola tu nnti. Terima kasih atas perkongsian ya
ReplyDeleteSeronok la anak2 tapi nasib baik gak diaorg tak gayat ek kalo saya dah gayat dah tu hehe
ReplyDeleteNaik genting wajib naik gondolanya. Haha. Sebab sekarang itu adalah salah satu tarikan utama. Sambil tu merasa sejuk-sejuk. Tak perlu dah susah2 nak naik atas dengan kereta dengan jalan yang bersimpang siur. Hehe.
ReplyDeleteDah lama tak naik genting. Tak pernah lagi merasa naik glass gondola ni. Walaupun mahal sikit dari standard gondola tapi berbaloi la sebab tak payah tunggu lama lepastu dapat view cantik walaupun tak nampak sangat sebab kabus haha
ReplyDeleteTeringin tapi Haida ni penggayat. so memang seriau nak naik. naik flight pun ngeri berpeluh tangan. hahaha
ReplyDeletesay baru naik genting gak baru ni, glass gondola menarikk, tapi kalau kabus tuu tak nampakk apaa laa dkt bawah tuu hahahah tapi still worth it
ReplyDeleteDah lama tak naik ke genting. nak juga merasa naik glass gondola ni.
ReplyDeletedah siap ke mainan kat genting tu
ReplyDeleteSeronoknya, nanti nak bawa anak-anak kesana. Genting Highland ni dah lama tak pi sana. Cuti sekolah dah nak dekat, boleh la booking siap-siap. Hehehe
ReplyDeletebestnye,nanti pergi genting nak cuba naik gondola laa.
ReplyDeleteAritu teringin nak naik glass gondola gak masa ke Langkawi tapi tak kesampaian sebab kengkawan ramai gayat hahaha
ReplyDelete